BTC USD 75,896.9 Gold USD 4,326.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB)

hehe...dah macam Bank Rakyat...tapi x boleh lawan KOSMA lagi div 30%...bila la nak buka lagi syer....pelaburan safe dalam koop ni.

Modal yang dilaburkan dalam saham koperasi tidak boleh diwithdraw sesuka hati tak macam saham amanah.
 
ada pendapat lain tak dari kawan2 smua..dapat borang ni smalam bank rakyat hantar..dah call koperasi ni dia kata target dividen setiap tahun 12% ke atas..apa komen semua..
 
Semalam punya berita...

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Bank koperasi Islam terbesar di Malaysia, Bank Rakyat, hari ini menjelaskan yang ia tidak mempunyai kaitan dengan operasi Koperasi Amanah Pelaburan Bhd (KAPB).

Dalam satu kenyataan, Bank Rakyat berkata sebagai sebuah insititusi perbankan, ia melaksanakan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak bagi memberi perkhidmatan nilai tambah kepada anggota dan pelanggannya.

"Menerusi inisiatif dengan KAPB, Bank Rakyat hanya terlibat sebagai ejen yang menguruskan pendaftaran anggota KAPB menerusi cawangan Bank Rakyat," jelasnya dalam kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak keliru tentang hubungan antara Bank Rakyat dengan KAPB kerana kedua-duanya merupakan entiti yang melaksanakan urusan perniagaan yang berbeza.

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus saluran komunikasi rasmi Bank Rakyat di laman sesawang, www.bankrakyat.com.my; Facebook www.facebook.com/myBANKRAKYAT dan di Twitter twitter.com/myBANKRAKYAT atau menghubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat di talian 1-300- 80-5454.
 
hmm fishy jugak ni.
x clear die invest kat mane.
 
datuk ilyas yang buat forex dgn kodana dulu ke tu.. ke datuk ilyas lain
 
Alhamdulillah,

Hari ni dah dapat penyata yang menyatakan jumlah saham yang dibeli dan surat rasmi dari KAPB menyatakan permohonan saya untuk menjadi ahli koperasi diLULUSKAN.

Mudah-mudahan tahun depan KAPB akan bagi lebih dari 15% dividen, amin... insya Allah..
 
Alhamdulillah,

Hari ni dah dapat penyata yang menyatakan jumlah saham yang dibeli dan surat rasmi dari KAPB menyatakan permohonan saya untuk menjadi ahli koperasi diLULUSKAN.

Mudah-mudahan tahun depan KAPB akan bagi lebih dari 15% dividen, amin... insya Allah..


mudah2an.. aminnn...:D
 
Back
Top
Log in Register