Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB)

CG Sponsors




General Juhziz

Super Active Member
Joined
Apr 21, 2010
Messages
8,682
Reaction score
254
Points
81
Kuala Lumpur: Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) mengisytiharkan pembayaran dividen pada kadar 15 peratus ke atas modal syer bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.
Pengerusi Eksekutif KAPB, Datuk Ilyas Mohamed berkata, pembahagian dividen akan diagihkan kepada 10,000 pemegang saham KAPB dengan jumlah keseluruhan RM2 juta.
“Dividen berkenaan akan dikreditkan ke Akaun Simpanan-i Bank Rakyat pelabur secara berperingkat mulai 15 Mac ini,” katanya selepas majlis pengumuman dividen di sini, semalam.
Menurutnya, ini adalah kali pertama pihaknya memberikan dividen selepas memulakan pelaburan sejak 2011.
“Kami memulakan pelaburan sejak 2011, namun mengumpulkan dividen sehingga tahun ini dan berjaya mengagihkan sehingga 15 peratus pada tahun ini.
“Ia berikutan hasil pelaburan yang dibuat melalui beberapa portfolio korporat termasuk automotif, perlombongan, pasaran kewangan dan hartanah,” katanya.
Menurutnya, pihaknya menjangkakan untuk mencatatkan jumlah anggota sehingga 100,000 menjelang akhir tahun ini dengan jumlah pelaburan sebanyak RM500 juta.
“Dengan pertambahan ahli baru, kami dapat meningkatkan pelaburan dalam sektor sedia ada yang mana diyakini mampu memberikan pulangan positif.
“Buat masa ini, kami akan memberi tumpuan kepada empat sektor utama ini dan tidak bercadang melabur dalam bidang lain,” katanya sambil menambah KAPB ditubuhkan dengan sasaran pelabur dalam kalangan Bumiputera berpendapatan tidak lebih RM300,000 setahun.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mac 2016 @ 8:52 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/121758#sthash.xn07IYh5.dpuf

ade sapa2 dah join tak??

mcm nye adelink dgn bank rakyat koop ni.

15% tu

modal join rm1050:">
 
Sponsored Post

nhaainfo

Active Member
Joined
Feb 19, 2014
Messages
1,322
Reaction score
3
Points
25
hehe...dah macam Bank Rakyat...tapi x boleh lawan KOSMA lagi div 30%...bila la nak buka lagi syer....pelaburan safe dalam koop ni.
 

adymfi

Fun Poster
Joined
Apr 30, 2008
Messages
327
Reaction score
44
Points
20
macam2 saham koperasi lah keluar.. esok dah ramai masuk tak larat nak bagi dividen tinggi...

Mula2 flow cantik.. nak tarik pelabur..:D
 

Abdul wahob

Super Active Member
Joined
Dec 26, 2011
Messages
8,041
Reaction score
49
Points
70
macam2 saham koperasi lah keluar.. esok dah ramai masuk tak larat nak bagi dividen tinggi...

Mula2 flow cantik.. nak tarik pelabur..:D
Btl tu tuan mcm bank persatuan dulu
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,216
Reaction score
396
Points
81
Kalau yang aku faham, start dari tahun 2011 sehingga ke 2014 tak ada sebarang pemberian dividen.
Tahun 2015 baru dapat 15%. So kalau dipuratakan akan jadi cuma 3% setahun.
 

adymfi

Fun Poster
Joined
Apr 30, 2008
Messages
327
Reaction score
44
Points
20
Btl tu tuan mcm bank persatuan dulu
Ya, tgh hari tadi saya dah jumpa pegawai Bank Rakyat. Mereka kata Bank Rakyat takde kena mengena langsung dengan koperasi ni. Mereka cuma bekerjasama bagi pelanggan koperasi guna akaun Bank rakyat utk tujuan beli dan jual saham koperasi je..

Info lanjut hubungi koperasi tersebut yang asik engage memanjang.

Untung rugi sendiri tanggung...:((
 

TokJayo777200

Fun Poster
Joined
Jan 21, 2010
Messages
928
Reaction score
56
Points
20
Walk in mana2 branch Bank Rakyat dan boleh register kat situ
 

a2zextra

Legendary Member
Joined
Sep 7, 2013
Messages
16,407
Reaction score
273
Points
141
Guna nama 'Amanah' tu yang orang makin jadi sangsi. :D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register