Cara Keluarkan Wang Pelaburan ASNB Secara Dalam Talian

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,455
Reaction score
3,341
Points
236
Amanah Saham Nasional Berhad hari ini mengumumkan bahawa wang pelaburan ASNB boleh dikeluarkan secara dalam talian bermula hari ini.

Memahami keadaan pelabur sekarang yang mungkin memerlukan sumber kewangan, ASNB menyediakan perkhidmatan pengeluaran online itu melalui portal dan aplikasi myASNB.

Jumlah pengeluaran yang dibenarkan adalah dari RM100 sehingga maksimum RM500 sebulan. Difahamkan juga, pengeluaran boleh dibuat untuk mana-mana unit amanah ASNB kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.

Bagi anda yang mahu membuat pengeluaran wang pelaburan ASNB secara online ini, boleh ikuti langkah dibawah.


Langkah Pertama: Daftar

Terlebih dahulu, pastikan anda berdaftar sebagai pengguna myASNB untuk menggunakan kemudahan ini. Untuk mendaftar klik pautan ini www.myasnb.com.my.

1587358515390.jpeg
1587358506468.png
1587358507641.png
1587358510553.png
1587358511648.png
1587358512233.png
1587358512765.png
1587358515390.jpeg
1587358516264.png


Langkah Kedua: Bahagian Portfolio
Kemudian, klik bahagian Portfolio. Seterusnya Transaksi pada unit amanah yang dikendaki dan pilih Jualan Balik.

1587358511648.png


Langkah Ketiga: Semak Maklumat Bank
Setelah memastikan maklumat bank anda betul, klik Seterusnya.

1587358507641.png


Langkah Keempat: Baca Pengisytiharan
Baca
, kemudiannya tandakan di kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya.

1587358510553.png


Langkah Kelima: Masukkan Amaun
Masukkan amaun, tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya.

1587358506468.png


Langkah Keenam: Semak Semula Butiran Bank
Semak semula butiran bank
yang telah dimasukkan dan klik Seterusnya.

1587358512233.png


Langkah Ketujuh: Permintaan TAC
Akhir sekali, klik Permintaan TAC, isikan nombor TAC dari peranti pintar anda. Kemudiannya klik Seterusnya.

1587358512765.png


Jika transaksi berjaya, pihak ASNB akan mengeluarkan resit secara atas talian yang memaparkan maklumat penting dan rujukan mengenai wang pelaburan tersebut.

1587358516264.png


Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi ASNB.

Semoga bermanfaat :)
 
Sponsored Post

ipinos

Active Member
Joined
Feb 10, 2014
Messages
1,499
Reaction score
22
Points
30
Terima Kasih TT, baik maklumat ni.
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,197
Reaction score
252
Points
131
lega ade pilihan mcm ni..
percuma plak tu..cuma nilai kluar tu masih kecil..
munkin PNB takut fund kluar secara besar2an..
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,455
Reaction score
3,341
Points
236
Boleh Keluarkan Pelaburan ASNB Menerusi Portal

20.04.2020 - Kuala Lumpur, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) hari ini mengumumkan kemudahan pengeluaran pelaburan secara dalam talian untuk dana unit amanah terpilih di bawah pengurusannya menerusi portal myASNB.

Menerusi kemudahan itu pemegang unit boleh mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB kecuali ASN Sara 2 dan ASN Equity 5 dan jumlah tersebut seterusnya akan dipindahkan ke akaun bank pelabur yang didaftarkan di myASNB pada hari bekerja yang berikutnya, kata ASNB dalam satu kenyataan.

“Pemegang unit dibenarkan membuat pengeluaran dengan jumlah minimum sebanyak RM100 bagi setiap transaksi.

“Bagaimanapun, kemudahan pengeluaran menerusi myASNB ini dihadkan kepada tiga kali transaksi setiap bulan dengan jumlah maksimum terkumpul sebanyak RM500 dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pelabur,” kata syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd itu.

Kemudahan pengeluaran dalam talian ini juga akan ditawarkan menerusi aplikasi mudah alih myASNB bermula 27 April 2020.

Untuk maklumat lanjut, para pemegang unit boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim di www.asnb.com.my atau menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899.

0d8dd87fe9e2fc18939408f4a24f0b8f.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/521570
 

Duit Tepi

Fun Poster
Joined
Dec 24, 2013
Messages
536
Reaction score
26
Points
30
Boleh withdraw 3x sebulan.. max rm500 utk 3x withdrawal
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,590
Reaction score
11,372
Points
2,376
Sponsored Post
Top
Log in Register