BTC USD 86,408.3 Gold USD 4,336.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KONGSI.. SATU hari SATU hadis

Nombor Hadis: 1550
Diriwayatkan Ibn Umar
"Apabila si mati dimasukkan ke dalam kubur, Nabi (saw) akan berkata: 'Bismillah, wa 'ala millati rasul-illah (Dengan Nama Allah dan menurut agama Rasulullah).'" Abu Khalid berkata pada suatu ketika, ketika si mati dimasukkan ke dalam kubur: "Bismillah wa 'ala sunnati rasulullah." Hisyam berkata dalam riwayatnya: "Bismillah, wa fi sabil-illah, wa 'ala millati rasul-illah (Dengan Nama Allah, kerana Allah dan menurut agama Rasulullah)." Sahih

tidak disuruh baca Al-Fatihah seperti yang kebiasaan orang lakukan sekarang..
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Zikir Jauhi Gangguan Jin dan Syaitan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ عِفْرِيتًا مِنْ الْجِنِّ تَفَلَّتَ عَلَيَّ الْبَارِحَةَ أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا لِيَقْطَعَ عَلَيَّ الصَّلَاةَ فَأَمْكَنَنِي اللَّهُ مِنْهُ فَأَرَدْتُ أَنْ أَرْبِطَهُ إِلَى سَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي الْمَسْجِدِ حَتَّى تُصْبِحُوا وَتَنْظُرُوا إِلَيْهِ كُلُّكُمْ فَذَكَرْتُ قَوْلَ أَخِي سُلَيْمَانَ رَبِّ هَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي قَالَ رَوْحٌ فَرَدَّهُ خَاسِئًا

Daripada Abu Hurairah dari Nabi SAW, Baginda bersabda: Sesungguhnya 'Ifrit dari golongan Jin malam tadi menggagguku untuk memutus solatku tapi Allah memberikan aku keupayaan untuk menundukkannya. Aku mahu mengikatnya di salah satu tiang daripada tiang-tiang masjid sehingga kewaktu subuh sehingga tiap orang daripada kalian akan dapat melihatnya. Namun aku teringat doa saudaraku Sulaiman AS ketika berdoa: '(Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku kerajaan yang tidak akan dimiliki oleh seseorangpun selepasku) (Surah Shaad: 35). Kemudian Baginda mengusirnya dalam keadaan hina. (HR Bukhari No: 441) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Manusia akan sentiasa diganggu oleh jin dan syaitan termasuklah ketika solat di kiri dan kanan, belakang dan hadapan dengan pelbagai gangguan dan bisikan.

2. Jin dan Syaitan adalah makhluk Allah yang tidak mempunyai kuasa untuk memberikan manfaat juga mudarat melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah ke atasnya. Manusia tidak sewajarnya menjadikan jin dan syaitan sebagai pelindung.

3. Jin terbahagi kepada dua golongan iaitu yang beragama Islam dan yang kufur terhadap Allah. Jin yang kufur dan Syaitan akan sentiasa berusaha menyesatkan manusia.

4. Rasulullah SAW menyuruh kita memohon perlindungan kepada Allah daripada golongan yang menyesatkan. Antaranya, doa sebelum mendirikan solat sepertimana firman Allah:

وَقُل رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنۡ هَمَزَٰتِ ٱلشَّيَٰطِينِ ٩٧ وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحۡضُرُونِ ٩٨

Maksudnya: Dan katakanlah: Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan tidak menghampiriku (Surah al-Mukminun ayat: 97-98)

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

26hb Muharam 1447H
22hb Julai 2025
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Hindari Kepercayaan Karut

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ رَدَّتْهُ الطِّيَرَةُ مِنْ حَاجَةٍ فَقَدْ أَشْرَكَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا كَفَّارَةُ ذَلِكَ قَالَ أَنْ يَقُولَ أَحَدُهُمْ اللَّهُمَّ لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُكَ وَلَا طَيْرَ إِلَّا طَيْرُكَ وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berpaling daripada melakukan sesuatu hajat kerana beranggapan akan bernasib sial maka dia telah melakukan syirik. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah penebus anggapan itu? Baginda menjawab: “Hendaklah seseorang daripada kamu mengucapkan:
اللَّهُمَّ لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُكَ وَلَا طَيْرَ إِلَّا طَيْرُكَ وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ
(Ya Allah, tiada kebaikan melainkan kebaikan-Mu dan tiada kesialan kecuali yang telah Engkau takdirkan dan tiada tuhan yang disembah selain Engkau).” (HR Ahmad, No: 6748) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Bulan Safar adalah bulan kedua dalam kalendar Hijrah selepas bulan Muharram. Antara maksud Safar adalah bulan yang diharamkan untuk berperang sebagaimana yang dilakukan oleh Arab Jahiliyyah. Mereka berperang pada bulan Muharram dan berhenti pada bulan Safar.

2. Masyarakat Arab Jahiliyyah menganggap bahawa perkara buruk akan berlaku apabila datang bulan Safar. Bahkan mereka menggelar bulan Safar sebagai bulan sial. Antara larangan lain adalah dalam urusan pernikahan, larangan untuk bermusafir pada bulan Safar dan lain-lain. Maka pandangan ini adalah satu kepercayaan masyarakat arab Jahiliyyah yang karut dan bertentangan dengan ajaran Islam.

3. Sesiapa yang mempercayai bulan tertentu atau burung tertentu membawa keburukan sehingga menghalangnya melakukan sesuatu seperti bermusafir, bernikah dan sebagainya, maka dia telah melakukan syirik.

4. Setiap Muslim perlu memantapkan keimanan dengan percaya kepada Qada’ dan Qadar yang telah ditetapkan Allah SWT serta menghilangkan tanggapan yang silap tersebut dengan bertawakal kepada Allah SWT.

5. Selain itu, setiap kita dianjurkan agar membaca doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW:

اللَّهُمَّ لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُكَ وَلَا طَيْرَ إِلَّا طَيْرُكَ وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ

Maksudnya: (Ya Allah, tiada kebaikan melainkan kebaikan-Mu dan tiada kesialan kecuali yang telah Engkau takdirkan dan tiada tuhan yang disembah selain Engkau)

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

27hb Muharam 1447H
23hb Julai 2025
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan Menjelang Malam

عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا اسْتَجْنَحَ اللَّيْلُ أَوْ قَالَ جُنْحُ اللَّيْلِ فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنْ الْعِشَاءِ فَخَلُّوهُمْ وَأَغْلِقْ بَابَكَ وَاذْكُرْ اسْمَ اللَّهِ وَأَطْفِئْ مِصْبَاحَكَ وَاذْكُرْ اسْمَ اللَّهِ وَأَوْكِ سِقَاءَكَ وَاذْكُرْ اسْمَ اللَّهِ وَخَمِّرْ إِنَاءَكَ وَاذْكُرْ اسْمَ اللَّهِ وَلَوْ تَعْرُضُ عَلَيْهِ شَيْئًا

Daripada Jabir RA dari Nabi SAW bersabda: Apabla menjelang malam ketika terbenamnya matahari, maka jagalah bayi-bayi kamu kerana pada ketika itu syaitan sedang berkeliaran. Jika telah berlalu beberapa ketika daripada waktu isyak, bolehlah kamu biarkan mereka dan tutuplah pintu rumah kalian dan sebutlah nama Allah dan padamkanlah lampu-lampu rumah kamu dan sebutlah nama Allah dan tutup tempat minum serta tutup pula bekas (tempat makanan) kamu dan sebutlah nama Allah padanya, walaupun kamu hanya sekedar melintangkan sesuatu di atasnya. (HR Bukhari No: 3280) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Waktu senja merupakan waktu permulaan bagi malam. Pada waktu ini, syaitan akan keluar berkeliaran. Mereka akan memasuki segenap ruang termasuk kediaman manusia sama ada untuk menggangu khususnya bayi, menggoda atau menumpang makan.

2. Keselamatan perlu diutamakan antaranya dengan melarang kanak-kanak keluar berkeliaran atau bermain di luar rumah apabila menjelang waktu senja. Pelbagai musuh berkeliaran pada waktu tersebut seperti syaitan, jin juga pelbagai makhluk jahat yang lain.

3. Perintah menutup dan mengunci pintu rumah di waktu malam agar rumah tidak dimasuki sebarang binatang buas dan berbisa juga penceroboh berupa pencuri, penjenayah dan sebagainya.

4. Rasulullah memerintah penting menjaga kebersihan dengan menutup bekas minuman dan makanan berbaki agar dijauhi daripada virus, bakteria, debu, kotoran atau dimasuki sesuatu yang boleh mencemarkan minuman dan makanan tersebut seperti cicak, lipas dan sebagainya.

5. Sunnah untuk kita menutup bekas-bekas makanan dan minuman agar tidak dihinggapi kuman dan bakteria. Amalan ini sebagai salah satu usaha untuk menjaga kesihatan daripada pelbagai penyakit.

6. Perintah menutup pintu, tempat minuman dan makanan dengan menyebut nama Allah bertujuan memohon perlindungan kepada Allah yang menjaga dan memelihara makhluk.

Pastikan anak-anak kita telah pulang kerumah sebelum masuknya waktu maghrib dan bagi anak lelaki dapat bersama ke masjid.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

28hb Muharam 1447H
24hb Julai 2025
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Zikir Apabila Terjaga Dari Tidur

عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ رضي الله عنه، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ تَعَارَّ مِنَ اللَّيْلِ فَقَالَ: لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، الْحَمْدُ لِلَّهِ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، ثُمَّ قَالَ: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، أَوْ دَعَا، اسْتُجِيبَ لَهُ، فَإِنْ تَوَضَّأَ وَصَلَّى قُبِلَتْ صَلاَتُهُ

Daripada Ubadah bin al-Samit RA dari Nabi SAW baginda bersabda: Barang siapa yang terjaga pada waktu malam, lalu mengucapkan:
لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، الْحَمْدُ لِلَّهِ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
“Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu baginya, bagiNya kekuasaan, dan baginya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu, segala pujian bagi Allah dan Maha Suci Allah, dan tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, dan tiada keupayaan dan kekuatan melainkan Allah.”
kemudian berkata: ‘Ya Allah, ampunilah aku’ atau berdoa, nescaya akan dikabulkan doanya. Jika dia berwuduk dan solat, nescaya akan diterima solatnya.” (HR Bukhari no: 1154) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Zikir adalah amalan yang menjadi wasilah untuk mendapatkan rahmat dan keampunan Allah.

2. Antara zikir yang Rasulullah SAW ajar apabila terjaga daripada tidur di waktu malam:
لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، الْحَمْدُ لِلَّهِ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Kemudian dia memohon ampun:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي
‘Ya Allah, ampunilah aku’
atau berdoa, nescaya akan dikabulkan doanya. Jika dia berwuduk dan solat, nescaya akan diterima solatnya.

3. Imam al-Nawawi dalam al-Adzkar menyatakan bahawa zikir ketika terjaga di malam hari ini adalah amalan yang amat digalakkan.

4. Berdoa pada waktu malam selepas terjaga daripada tidur dan diikuti dengan zikir adalah mustajab.

5. Keampunan Allah luas terbuka, walaupun seseorang hanya membaca zikir dan memohon keampunan tanpa melakukan ibadah lain.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

29hb Muharam 1447H
25hb Julai 2025
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Apabila Sakit

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: أَنَّهُ شَكَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَعًا يَجِدُهُ فِي جَسَدِهِ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي يَأْلَمُ مِنْ جَسَدِكَ وَقُلْ: بِسْمِ اللَّهِ، ثَلاثًا، وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ: أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

Daripada Abu ‘Abdillah ‘Uthman bin Abi al-‘As RA, beliau mengadu kepada Rasulullah SAW tentang kesakitan yang dirasainya pada tubuh badannya. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Letakkan tanganmu pada tempat yang sakit di tubuhmu dan katakan: ‘بِسْمِ اللَّهِ’ (Dengan nama Allah) sebanyak tiga kali. Kemudian katakan sebanyak tujuh kali: أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ (Aku berlindung dengan keagungan Allah dan kekuasaan-Nya daripada kejahatan apa yang aku rasai).” (HR Muslim No: 2203) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Sihat dan sakit adalah anugerah dan ketentuan daripada Allah kepada hambanya. Apabila sakit, kita diperintahkan untuk merawatnya disamping memohon doa penyembuhan sebagai sebahagian daripada ikhtiar.

2. Apabila kita sakit, Islam mengajar agar memohon perlindungan dan kesembuhan kepada Allah sebagai satu cara untuk mendidik hati agar sentiasa bersandar kepada Allah dalam setiap keadaan.

3. Rasulullah SAW mengajarkan cara untuk merawat diri apabila sakit dengan meletakkan tangan di tempat yang sakit dan membaca بِسْمِ اللَّهِ sebanyak tiga kali dan diikuti dengan doa أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ sebanyak 7 kali.

4. Allah yang Maha Berkuasa menyembuhkan. Tiada ubat atau rawatan yang lebih berkesan tanpa izin-Nya.

5. Meruqyah diri sendiri adalah sunnah yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Amalan ini boleh menjadi alternatif dan pelengkap kepada rawatan perubatan moden, dengan tetap meletakkan Allah sebagai penyembuh sebenar.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

01hb Safar 1447H
26hb Julai 2025
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Ketika Ziarah Pesakit

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ عَادَ مَرِيضًا لَمْ يَحْضُرْهُ أَجَلُهُ، فَقَالَ عِندَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ: أَسْأَلُ اللهَ العَظِيمَ، رَبَّ العَرْشِ العَظِيمِ، أَنْ يَشْفِيَكَ، إِلَّا عَافَاهُ اللهُ مِنْ ذَلِكَ المَرَضِ

Daripada Ibnu ‘Abbas RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: “Sesiapa yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, lalu dia mengucapkan sebanyak tujuh kali di sisinya: أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ، رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، أَنْ يَشْفِيَكَ (Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Pemilik ‘Arasy yang Agung, agar Dia menyembuhkanmu) nescaya Allah akan menyembuhkannya dari penyakit tersebut.” (HR Tirmizi No: 2083) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Menziarahi orang sakit adalah sunat yang sangat dituntut kerana akanmengeratkan silaturahim dan mengurangkan kesedihan pesakit dan keluarganya.

2. Ziarah orang sakit bukan hanya menunaikan hak sesama Muslim, tetapi juga kesempatan untuk mendoakan kebaikan buat pesakit.

3. Antara adab menziarahi pesakit adalah membawa harapan dan semangat dengan mendoakan kesembuhan buat pesakit. Antaranya dengan membaca doa ini sebanyak 7 kali:
" أَسْأَلُ اللهَ العَظِيمَ، رَبَّ العَرْشِ العَظِيمِ، أَنْ يَشْفِيَكَ "

Maksudnya: “Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Pemilik ‘Arasy yang Agung, agar Dia menyembuhkanmu.”

4. Doa adalah senjata mukmin dan merupakan sebahagian daripada ikhtiar disamping rawatan perubatan. Dalam hadis ini, kebergantungan diserahkan sepenuhnya kepada kebesaran dan kekuasaan Allah Tuhan Pemilik Arasy yang agung.

5. Semoga kita termasuk dalam kalangan orang yang sentiasa mendoakan khususnya kepada orang yang sakit dan menyebarkan rahmat kepada sesama manusia.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

02hb Safar 1447H
27hb Julai 2025
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Untuk Pesakit

عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَتَى مَرِيضًا أَوْ أُتِيَ بِهِ قَالَ: أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ، اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Daripada Aisyah Ummul Mukminin dikatakan bahawa Rasulullah SAW apabila mendatangi orang sakit, atau orang sakit itu dibawa kepada baginda, baginda akan berdoa:
أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ، اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
(Hilangkanlah penyakit, wahai Tuhan seluruh manusia. Sembuhkanlah, kerana Engkau adalah Penyembuh. Tiada kesembuhan kecuali kesembuhan daripada-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sedikit pun penyakit). (HR Bukhari No: 5675) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Ubat, doktor dan rawatan untuk pesakit adalah sebab (asbab) penyembuhan, namun kesembuhan mutlak adalah daripada Allah.

2. Ruqyah dan doa menjadi sunnah yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada orang yang sakit, bukan hanya sebagai bentuk simpati tetapi sebagai terapi ikhtiar dan pengharapan sebenar kepada Allah agar disembuhkan.

3. Antara adab dan doa yang lengkap untuk kesembuhan, tidak hanya meminta sembuh, tetapi sembuh sepenuhnya tanpa meninggalkan kesan penyakit, menunjukkan bahawa dalam Islam kita digalakkan meminta kesihatan yang sempurna.

4. Apabila kita menziarahi orang sakit atau dibawa kepada kita orang yang sedang sakit, sunat kita membacakan doa ini, sebagai bentuk empati dan pengharapan.

أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ، اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

03hb Safar 1447H
28hb Julai 2025
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pengakhiran Kalimah Untuk Masuk Syurga

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ

Daripada Mu‘az bin Jabal RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang akhir kata-katanya (sebelum meninggal dunia) ialah ‘Lā ilāha illā Allāh’ (Tiada tuhan melainkan Allah), maka dia akan masuk syurga." (HR Abu Daud No: 1621) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Kalimah "La ilaha illa Allah" (Tiada Tuhan melainkan Allah) adalah kunci utama syurga, ia merupakan asas akidah dan bukti keimanan seseorang.

2. Al-Qurtubi menyebutkan, maksud “akhir kalam” bukan semata-mata secara lisan fizikal, tetapi kalimah terakhir yang keluar dari kesedaran hati dan lidah serta diucapkan dengan iman yang benar, bukan secara kebetulan atau tanpa sedar.

3. Menurut Imam Ibn Rajab, hanya orang yang hidupnya dibina atas tauhid dan amal soleh akan diberi taufik oleh Allah untuk menyebut kalimah ini di akhir hayat.

4. Pengakhiran dengan kalimah ini adalah tanda husnul khatimah (pengakhiran yang baik) dan petanda besar keampunan Allah.

5. Orang yang biasa dengan zikrullah ketika hidup lebih mudah mengucapkannya ketika menghadapi sakaratul maut.

6. Hadis ini memberikan harapan besar kepada orang beriman: jika akhir kalimah kita ialah "La ilaha illa Allah", maka syurga adalah balasannya. Namun, juga menjadi peringatan bahawa pengakhiran itu tidak datang tanpa usaha. Bahkan memerlukan kehidupan yang dibina atas iman, amal, taubat dan pengharapan kepada rahmat Allah.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

04hb Safar 1447H
29hb Julai 2025
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ucapan Baik Untuk Jenazah

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ مُرَّ بِجَنَازَةٍ فَأُثْنِيَ عَلَيْهَا خَيْرٌ فَقَالَ نَبِيُّ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ وَجَبَتْ وَجَبَتْ وَجَبَتْ ‏"‏ ‏.‏ وَمُرَّ بِجَنَازَةٍ فَأُثْنِيَ عَلَيْهَا شَرٌّ فَقَالَ نَبِيُّ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ وَجَبَتْ وَجَبَتْ وَجَبَتْ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ عُمَرُ فِدًى لَكَ أَبِي وَأُمِّي مُرَّ بِجَنَازَةٍ فَأُثْنِيَ عَلَيْهَا خَيْرًا فَقُلْتَ وَجَبَتْ وَجَبَتْ وَجَبَتْ ‏.‏ وَمُرَّ بِجَنَازَةٍ فَأُثْنِيَ عَلَيْهَا شَرٌّ فَقُلْتَ وَجَبَتْ وَجَبَتْ وَجَبَتْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ مَنْ أَثْنَيْتُمْ عَلَيْهِ خَيْرًا وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ وَمَنْ أَثْنَيْتُمْ عَلَيْهِ شَرًّا وَجَبَتْ لَهُ النَّارُ أَنْتُمْ شُهَدَاءُ اللَّهِ فِي الأَرْضِ أَنْتُمْ شُهَدَاءُ اللَّهِ فِي الأَرْضِ أَنْتُمْ شُهَدَاءُ اللَّهِ فِي الأَرْضِ

Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Telah lalu satu jenazah, lalu orang ramai memuji kebaikannya. Maka Nabi Allah SAW bersabda: "Wajiblah (baginya)... Wajiblah... Wajiblah." Kemudian dilalui pula satu jenazah yang lain, lalu orang ramai menyebutkan keburukannya. Maka Nabi ﷺ bersabda: "Wajiblah (baginya)... Wajiblah... Wajiblah." Lalu Umar bin al-Khattab RA berkata: "Ayah dan ibuku menjadi tebusanmu, wahai Rasulullah! Satu jenazah dilalui dan orang memujinya dengan kebaikan, lalu engkau berkata: 'Wajiblah... Wajiblah... Wajiblah.' Kemudian satu jenazah lain dilalui dan orang menyebutkan keburukannya, lalu engkau berkata juga: 'Wajiblah... Wajiblah... Wajiblah'." Maka Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang kamu (orang ramai) puji dengan kebaikan, maka wajiblah baginya syurga. Dan sesiapa yang kamu puji dengan keburukan, maka wajiblah baginya neraka. Kamu semua adalah saksi-saksi Allah di atas muka bumi. Kamu semua adalah saksi-saksi Allah di atas muka bumi. Kamu semua adalah saksi-saksi Allah di atas muka bumi." (HR Muslim No: 2243) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Jika orang ramai menyebut kebaikan si mati, maka wajiblah syurga baginya begitulah sebaliknya jika orang ramai menyebut keburukan si mati, maka wajiblah neraka baginya. Namun bukan kerana orang ramai menentukan baik atau buruk seseorang, tetapi kerana pujian mereka mencerminkan keadaan sebenar si mati berdasarkan kehidupannya yang zahir.

2. Imam al-Qurtubi menjelaskan bahawa umat Islam yang soleh, apabila mereka menyaksikan kebaikan atau keburukan seseorang selepas kematian, maka ia adalah tanda bahawa Allah SWT menjadikan lidah mereka sebagai saksi kebenaran.

3. Kehidupan yang baik akan dikenang dengan baik. Menyebut kebaikan si mati adalah disunatkan, kerana ia termasuk doa dan penghormatan. Oleh itu jagalah hubungan baik, akhlak mulia, dan nama yang baik dalam masyarakat.

4. Orang yang dikenang dengan kezaliman atau kejahatan, walaupun sudah mati, tetap akan disebut dengan keburukan. Hal ini memberi peringatan kepada kita bahawa amal yang dilakukan tidak akan tersembunyi selama-lamanya.

5. Islam mengajar untuk beradab dengan jenazah, dan hanya menyebut kebaikan mereka, mengumpat si mati tanpa sebab adalah dosa besar.

6. Kita perlu hidup dengan amal soleh, akhlak yang baik, jujur, amanah dan memberi manfaat kepada orang lain, agar kita disebut dengan baik selepas kematian. Semoga itu menjadi tanda penerimaan amal kita di sisi Allah.

7. Elak daripada menjadi orang yang kehadirannya dibenci dan pemergiannya disyukuri.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

05hb Safar 1447H
30hb Julai 2025
 
Back
Top
Log in Register