BTC USD 85,457.8 Gold USD 4,283.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KONGSI.. SATU hari SATU hadis

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Zikir Ketika Menerima Musibah

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللَّهُ بِهِ: إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أَجِرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَاخْلُفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا إِلَّا أَخْلَفَ اللَّهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا. فَلَمَّا مَاتَ أَبُو سَلمَة قَالَت: أَيُّ الْمُسْلِمِينَ خَيْرٌ مِنْ أَبِي سَلَمَةَ؟ أَوَّلُ بَيْتِ هَاجَرَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ إِنِّي قُلْتُهَا فَأَخْلَفَ اللَّهُ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Daripada Ummu Salamah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa musibah, lalu dia mengucapkan sebagaimana yang diperintahkan Allah: ‘Innā lillāhi wa innā ilayhi rāji‘ūn (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali),
Ya Allah, berilah ganjaran kepadaku dalam musibahku ini dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik daripadanya’), melainkan Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya. Ummu Salamah berkata: Ketika Abu Salamah (suaminya) meninggal dunia, aku berkata (dalam hati): “Siapakah di kalangan kaum Muslimin yang lebih baik daripada Abu Salamah? Beliau adalah orang pertama yang berhijrah ke Rasulullah.” Namun aku tetap mengucapkannya (doa tersebut), lalu Allah menggantikannya untukku dengan Rasulullah SAW (yakni, Nabi SAW mengahwini Ummu Salamah). (HR Muslim No: 918) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Musibah adalah ujian kehidupan. Islam tidak melarang berduka, tetapi menuntut kita menghadapinya dengan sabar, redha dan doa.

2. Rasulullah SAW menganjurkan untuk mengucapkan zikir ini jika ditimpa musibah (kematian, kehilangan, kesakitan).

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أَجِرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَاخْلُفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Maksudnya: Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali), Ya Allah, berilah ganjaran kepadaku dalam musibahku ini dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik daripadanya’

3. Zikir dan Doa yang diajarkan Rasulullah SAW ini mengajar kita bahawa redha dengan qada' dan qadar Allah serta berdoa adalah tanda iman dan kekuatan jiwa.

4. Contohilah kehidupan Ummu Salamah RA, beliau kehilangan suami tercinta iaitu Abu Salamah namun beliau tetap Redha dan membaca doa seperti yang diajarkan Nabi SAW. Akhirnya Allah gantikan dengan sesuatu yang tidak disangka-sangka iaitu menjadi isteri kepada Rasulullah.

5. Ikhlas menghadapi ujian akan dibalasi dengan ganjaran besar yang lebih baik. Kadangkala Allah ganti dengan ketenangan hati, pahala besar, atau kedudukan mulia di akhirat.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

06hb Safar 1447H
31hb Julai 2025
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Zikir Selepas Makan Mengampunkan Dosa

عَنْ سَهْلِ بْنِ مُعَاذِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ أَكَلَ طَعَامًا فَقَالَ: الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Daripada Sahl bin Mu‘adz bin Anas, daripada bapanya, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang selepas makan mengucapkan:
الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ
'Segala puji bagi Allah yang telah memberi aku makan ini dan merezekikannya kepadaku tanpa sebarang daya dan kekuatan daripadaku,' nescaya akan diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu." (HR Tirmizi No: 3458) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Doa dan zikir adalah dituntut dalam apa juga yang dilakukan termasuk sebelum dan selepas makan.

2. Islam mengajar adab dan akhlak selepas makan. Barangsiapa selepas makan berzikir dan membaca doa ini;
الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ
Maka akan diampunkan dosa-dosa kecilnya. Hal ini menunjukkan luasnya rahmat Allah dan keberkatan doa-doa harian apabila dihayati dengan ikhlas.

3. Lafaz Doa ini mengandungi pengakuan bahawa tiada daya dan kekuatan pada kita melainkan dengan izin Allah. Bahkan mendidik jiwa untuk tidak sombong atau berbangga dengan usaha kita kerana rezeki bukan dari usaha kita semata-mata.

4. Al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwazi menyatakan: Hadis ini menunjukkan betapa besar nilai kesyukuran sebenar, hingga menjadi sebab diampunkan dosa.

5. Amalkan doa selepas makan ini

"الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا، وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ”

Maksudnya: 'Segala puji bagi Allah yang telah memberi aku makan ini dan merezekikannya kepadaku tanpa sebarang daya dan kekuatan daripadaku,'

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

07hb Safar 1447H
01hb Ogos 2025
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Zikir Penghapus Dosa Sebanyak Buih Dilaut

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

Daripada Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW baginda bersabda: Barangsiapa bertasbih kepada Allah selepas solat sebanyak tiga puluh tiga kali, dan bertahmid kepada Allah tiga puluh tiga kali, dan bertakbir kepada Allah tiga puluh tiga kali, hingga semuanya berjumlah sembilan puluh sembilan, dan baginda menambah dan kesempurnaan seratus adalah membaca Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku walahul walahul hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadiir, maka kesalahannya akan diampunkan walau sebanyak buih di lautan. (HR Muslim No: 939) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Antara amalan yang digalakkan selepas solat fardhu ialah membaca Tasbih (Subhaanallah) sebanyak 33 kali, Tahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan Takbir (Allahu Akbar) sebanyak 33 kali.

2. Bagi menjadikan zikir tersebut sempurna, zikir terakhir (ke 100) dibaca sekali:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

3. Sesiapa yang menyempurnakan zikir di atas dengan ikhlas, dosanya akan diampunkan walaupun sebanyak buih di lautan (dosa kecil).

4. Zikir ini merupakan salah satu bentuk kesyukuran atas nikmat solat dan kehidupan. Zikir ini juga berfungsi untuk membersihkan hati dan memperkukuh hubungan dengan Allah.

5. Luasnya Rahmat Allah ke atas hamba-hambanya. Amalan yang amat mudah dan ringan untuk dilakukan, tetapi mempunyai ganjaran yang sangat besar. Berusahalah untuk istiqamah dengan zikir selepas solat fardhu, semoga ia menjadi penghapus dosa.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

08hb Safar 1447H
02hb Ogos 2025
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Pagi dan Petang

حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْجَلِيلِ حَدَّثَنِي جَعْفَرُ بْنُ مَيْمُونٍ حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي بَكْرَةَ أَنَّهُ قَالَ لِأَبِيهِ : يَا أَبَتِ إِنِّي أَسْمَعُكَ تَدْعُو كُلَّ غَدَاةٍ اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ تُعِيدُهَا ثَلَاثًا حِينَ تُصْبِحُ وَثَلَاثًا حِينَ تُمْسِي وَتَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ تُعِيدُهَا حِينَ تُصْبِحُ ثَلَاثًا وَثَلَاثًا حِينَ تُمْسِي قَالَ نَعَمْ يَا بُنَيَّ إِنِّي سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُو بِهِنَّ فَأُحِبُّ أَنْ أَسْتَنَّ بِسُنَّتِهِ

Telah menceritakan kepada kami Abu ‘Amir, telah menceritakan kepada kami Abdul Jalil, telah menceritakan kepadaku Ja’far bin Maimun, telah menceritakan kepadaku Abdurrahman bin Abu Bakrah bahawa ia berkata kepada Ayahnya; “Wahai ayahku, aku mendengarmu berdoa di setiap pagi dengan: Ya Allah, berikanlah kesehatan buat badanku, buat pendengaran dan penglihatanku, tiada Tuhan yang berhak di sembah selain Engkau. Ayah selalu mengulanginya hingga tiga kali ketika pagi dan petang, dan ayah juga selalu berdoa dengan doa: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung diri kepada-Mu dari kekufuran, dan kefakiran, Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, tidak ada Tuhan yang berhak di sembah kecuali Engkau. Ayah pun selalu mengulanginya tiga kali di waktu subuh dan tiga kali lagi di waktu petang.” Abu Bakrah menjawab; “Benar, wahai anakku, sebab aku pernah mendengarnya dari Nabi SAW, baginda juga selalu berdoa dengan (kalimat tersebut) sementara aku senang mengikuti sunahnya.” (HR Ahmad No: 19534) Status: Hadis Hassan.

Pengajaran:

1. Berdoa dalam apa juga situasi adalah suatu tuntutan dalam kehidupan Muslim.

2. Antara doa Rasulullah SAW di waktu pagi dan diulang sebanyak tiga kali adalah:

اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: Ya Allah, berikanlah kesehatan buat badanku, buat pendengaran dan penglihatanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.

3. Antara doa Rasulullah SAW pada waktu petang juga dibaca tiga kali adalah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung diri kepada-Mu dari kekufuran, dan kefakiran, Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau.

Marilah kita amalkan doa ini diwaktu pagi dan petang.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

09hb Safar 1447H
03hb Ogos 2025
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berselawat Tuntutan Mukmin

عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَة قَالَ: لَمَّا نَزَلَتْ: {إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا} . قَالَ: قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ عَلِمْنَا السَّلَامَ فَكَيْفَ الصَّلَاةُ عَلَيْكَ "قُولُوا: اللَّهُمَّ صِلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ. إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ". وَكَانَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي لَيْلَى يَقُولُ: وَعَلَيْنَا مَعَهُمْ

Daripada Ka'b ibnu Ujrah berkata, bahawa ketika ayat ini diturunkan : Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Al-Ahzab: 56) Lalu kami bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui bagaimana cara mengucapkan salam penghormatan kepadamu. Maka bagaimanakah caranya mengucapkan selawat untukmu?" Rasulullah SAW. menjawab: Ucapkanlah, "Ya Allah, limpahkanlah selawat buat Muhammad dan keluarganya, sebagaimana telah Engkau limpahkan selawat buat Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan limpahkanlah berkah buat Muhammad dan keluarganya sebagaimana telah Engkau limpahkan berkah buat Ibrahim dan keluarganya. Sesungguh¬nya Engkau Maha Terpuji lagi Mahamulia.” Abdur Rahman ibnu Abu Laila mengatakan, "Semoga dilimpahkan pula kepada kami disertakan dengan mereka." (HR Bukhari No: 2497) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah suatu yang dituntut kepada setiap Mukmin.

2. Abul Aliyah telah mengatakan bahawa yang dimaksud dengan selawat daripada Allah ialah pujian-Nya kepada Nabi SAW. Selawat dari para malaikat ialah doa mereka untuk Baginda Nabi SAW.

3. Sufyan As-Sauri mengatakan bahawa selawat daripada Allah adalah rahmat-Nya, dan selawat daripada para malaikat adalah permohonan ampun bagi yang bersangkutan.

4. Rasulullah SAW mengajarkan cara berselawat ke atas baginda. Seafdhal-afdhal selawat adalah selawat yang biasa dibaca semasa tasyahud akhir setiap solat (Mustika Hadis 1/259) atau yang dipanggil selawat Ibrahimi:

اللَّهُمَّ صِلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ. إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

5. Setiap Mukmin dituntut berselawat setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW. Antaranya dengan lafaz:

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Atau

عَلَيْهِ الصّلاَةُ وَالسَّلاَمُ

Marilah kita memperbanyak selawat ke atas Rasulullah SAW. Abi Umamah berkata Rasulullah bersabda:

أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً

Maksudnya: Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku. (Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 3/249 No: 5791) Status: Hadis Hasan

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

10hb Safar 1447H
04hb Ogos 2025
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Yang Banyak Dibaca Rasulullah SAW

عن شهر بن حوشب قال‏:‏قُلْتُ لأُمِّ سَلَمَةَ : يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ مَا كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ عِنْدَكِ قَالَتْ : كَانَ أَكْثَرُ دُعَائِهِ : يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ قَالَتْ : فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ مَا لأَكْثَرِ دُعَائِكَ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ قَالَ : يَا أُمَّ سَلَمَةَ إِنَّهُ لَيْسَ آدَمِيٌّ إِلاَّ وَقَلْبُهُ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللهِ فَمَنْ شَاءَ أَقَامَ وَمَنْ شَاءَ أَزَاغَ

Daripada Syahr bin Hausyab, katanya: Aku pernah bertanya kepada Ummu Salamah: “Wahai Ummul Mukminin! Apakah doa Rasulullah SAW yang paling banyak apabila Baginda SAW disisi engkau?" Beliau menjawab: “Doa Baginda SAW yang paling banyak adalah: (يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ) - “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” - Ummu Salamah berkata: "Aku pernah berkata kepada Rasulullah SAW; Wahai Rasulullah! Betapa sering engkau berdoa: “يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ”. Lalu Baginda SAW menjawab: "Wahai Ummu Salamah! Sesungguhnya tidak ada seorang anak Adam pun melainkan hatinya berada di dalam genggaman kekuasaan Allah. Barangsiapa yang Allah kehendaki, maka Dia akan meluruskannya dan barangsiapa yang Allah kehendaki maka Dia akan membelokkannya." (HR Tirmizi No: 3522) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Sebagai Muslim kita perlu memperbanyak doa kepada Allah kerana doa umpama tali yang menghubungkan antara hamba dengan Pencipta.

2. Antara doa yang sering dan banyak diucapkan oleh Rasulullah SAW adalah permohonan agar ditetapkan hati:

يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Maksudnya: Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.

3. Dikhususkan doa untuk tetap hati kerana jika hati itu baik, maka seluruh anggota badan yang lain akan ikut menjadi baik.

4. Sesungguhnya tidak ada seorang anak Adam pun melainkan hatinya berada di dalam genggaman kekuasaan Allah. Barangsiapa yang Allah kehendaki, maka Dia akan meluruskannya dan barangsiapa yang Allah kehendaki maka Dia akan membelokkannya.

5. Setiap kita memiliki hati yang bila-bila masa boleh berubah (berbolak balik).

6. Rasulullah SAW mengajar doa agar kita memiliki hati yang tetap dan istiqamah

Banyakkan doa agar memiliki hati yang tetap dan istiqamah di atas jalan Islam.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

11hb Safar 1447H
05hb Ogos 2025
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Ketika Ujian Berat Menimpa

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَا يَتَمَنَّيَنَّ أَحَدٌ مِنْكُمُ الْمَوْتَ لِضُرٍّ نَزَلَ بِهِ، فَإِنْ كَانَ لَا بُدَّ مُتَمَنِّيًا لِلْمَوْتِ، فَلْيَقُلْ: اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي، وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي

Daripada Anas bin Malik RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana ditimpa musibah (kesusahan atau penderitaan). Jika dia terpaksa juga ingin berdoa (memohon kematian), maka hendaklah dia berkata: 'Ya Allah, hidupkanlah aku selagi kehidupan itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku.'" (HR Bukhari No: 6351) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Kita dilarang daripada meminta kematian hanya kerana ditimpa kesusahan, penyakit, kegagalan, atau tekanan hidup. Hidup dan mati adalah ketentuan qadar dan qada’ Allah, dan hikmah ujian yang datang tidak kita ketahui.

2. Kesabaran dalam mengharungi ujian kehidupan adalah jalan kepada pengampunan dan ganjaran yang besar. Ujian hidup adalah cara Allah meninggikan darjat hamba-Nya.

3. Jika kita merasa dalam keadaan sangat berat menghadapi ujian penyakit contohnya dan niatnya bukan untuk lari dari takdir, Nabi SAW mengajar doa yang lebih selamat dan penuh adab untuk dibaca:

اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي، وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي

Maksudnya: Ya Allah, hidupkanlah aku selagi kehidupan itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku.

4. Kehidupan atau kematian adalah rahsia Allah. Kita tidak tahu sama ada kesusahan hidup itu sebenarnya membawa kebaikan, atau kematian itu sebenarnya membawa keburukan, maka kita serahkan kepada Allah yang Maha Mengetahui.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

12hb Safar 1447H
06hb Ogos 2025
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Zikir Keluar Rumah

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ مَا خَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ بَيْتِي قَطُّ إِلاَّ رَفَعَ طَرْفَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ: اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عليَّ

Daripada Ummu Salamah, beliau berkata: Nabi SAW tidaklah keluar dari rumahku kecuali baginda menghadapkan pandangannya ke langit, lalu baginda membaca zikir:
اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عليَّ
(Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari aku tersesat atau disesatkan orang lain, dari aku tergelincir atau digelincirkan orang lain, daripada aku menzalimi atau dizalimi orang lain, dari kebodohanku atau dibodohkan orang lain) (HR Abu Daud No: 5094) Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW adalah contoh ikutan terbaik.

2. Antara adab etika keluar dari rumah ialah berzikir memohon perlindungan kepada Allah;


اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عليَّ
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari aku tersesat atau disesatkan orang lain, dari aku tergelincir atau digelincirkan orang lain, daripada aku menzalimi atau dizalimi orang lain, dari kebodohanku atau dibodohkan orang lain.

3. Zikir ini mengandungi permintaan perlindungan dari beberapa perkara:

a. Meminta perlindungan dari perkara yang berkaitan dengan agama iaitu perlindungan dari kesesatan atau disesatkan sama ada oleh Syaitan, Jin juga manusia yang ingin menjauhkan kita daripada jalan yang lurus.

b. Meminta perlindungan dari perkara yang berkaitan dengan masalah dunia iaitu menzalimi diri sendiri dengan dosa atau dizalimi orang lain terhadap jiwa, harta dan kehormatan.

c. Meminta perlindungan dari perkara yang berkaitan dengan interaksi dalam masyarakat iaitu tergelincir dalam dosa atau digelincirkan oleh orang lain dengan kejahatan mereka.

d. Meminta perlindungan dari kejahilan (kebodohan) diri sendiri atau diperbodohkan orang lain.

Berusahalah untuk mengamalkan doa ini ketika keluar rumah.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

13hb Safar 1447H
07hb Ogos 2025
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ucapan Salam Memasuki Rumah Tiada Penghuni

عَنْ نَافِعٍ أَنَّ عَبْدَ اللهِ بْنَ عُمَرَ قَالَ‏:‏ إِذَا دَخَلَ الْبَيْتَ غَيْرَ الْمَسْكُونِ فَلْيَقُلِ‏:‏ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ‏

Daripada Nafi` bahawa Abdullah bin Umar RA berkata: Sekiranya seseorang itu masuk ke dalam rumah yang tidak berpenghuni, maka ucapkanlah: “Assalamu ‘alaina wa ‘ala ‘ibadillah al-Solihin (salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh)” (HR Bukhari No: 1055) dalam Adab al-Mufrad. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Memberi salam ketika memasuki rumah sama ada yang berpenghuni mahupun yang tiada penghuni adalah dituntut.

2. Imam al-Mutawalli berkata: “Dianjurkan bagi orang yang masuk rumah sendiri untuk memberi salam atas keluarganya dan dianjurkan bagi orang yang hendak masuk masjid atau rumah yang di dalamnya tidak terdapat orang lain, maka ucapkanlah; ‘Assalamu ‘alaina wa ‘ala ‘ibadillahissolihin.’.

3. Imam Nawawi berkata: “Sebelum memasuki rumah yang tiada berpenghuni, dianjurkan untuk membaca basmallah, berdoa dan kemudian memberi salam.” (Kitab Raudhatul Thalibin)

Firman Allah SWT:

فَإِذَا دَخَلْتُم بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَىٰ أَنفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِّنْ عِندِ اللَّـهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً

Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. (Surah al-Nur ayat: 61)

Apabila kita ingin masuk ke dalam rumah atau bilik yang tiada penghuni, sama ada telah lama tiada berpenghuni ataupun yang kita diami cuma tiada orang di dalam, maka ucapkanlah:

السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ

Maksudnya: Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

14hb Safar 1447H
08hb Ogos 2025
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Zikir Melihat Sesuatu Yang Disukai dan Dibenci

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

Daripada 'Aisyah RA, kebiasaannya Rasulullah SAW jika menyaksikan hal-hal yang baginda sukai, baginda mengucapkan “Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmus solihat” (segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala amal soleh sempurna). Sedangkan jika baginda menyaksikan hal-hal yang tidak menyenangkan baginda mengucapkan “Alhamdulillah ‘ala kulli hal“ (segala puji bagi Allah atas segala keadaan)” (HR Ibn Majah No: 3803) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW adalah contoh ikutan yang paling baik. Baginda SAW mengajar adab dalam menghadapi pelbagai keadaan hidup, sama ada baik atau buruk. Ia adalah tanda kesempurnaan iman, iaitu bersyukur ketika senang dan reda serta memuji Allah ketika susah.

2. Rasulullah SAW mengajar kita ucapan zikir apabila melihat atau menerima suatu berita atau perkara yang kita sukai. Ucapkanlah kalimah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ
Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala amal soleh sempurna.

3. Rasulullah SAW juga mengajar kita ucapan zikir apabila menerima berita atau menyaksikan sesuatu yang tidak menyenangkan hati, maka ucapkanlah kalimah

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
Maksudnya: Segala puji bagi Allah atas segala keadaan.

4. Hadis ini mengajar kita untuk mengawal reaksi dan emosi dengan berpandukan kepada zikir dan kesedaran akan hikmah setiap yang berlaku.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

15hb Safar 1447H
09hb Ogos 2025
 
Back
Top
Log in Register