BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KONGSI.. SATU hari SATU hadis

MrBiz

Fun Poster
Messages
754
Joined
Apr 14, 2014
Messages
754
Reaction score
23
Points
30
Perkongsian hadis...
semoga kita semua sentiasa berada dalam keredaan ALLAH...
semoga kita semua sentiasa mendapat petunjuk dari ALLAH.. AMIN YARABB...


jika mana ada hadis yang diragukan sila semak dengan ahlinya..
kemudian tegurlah..
sy menerima dengan hati yang terbuka... :">
mari kita sama2 berkongsi ilmu...


sesungguhnya yang baik dari allah...
yang buruk dari diri sendiri... MAAF ZAHIR BATIN...

:)cgrock



Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1964.
Dari Urwah r.a. katanya: Abdullah bin Umar naik haji bersama dengan kami, dan kami dengar dia berkata: Saya mendengar Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengambil (menghilangkan) ilmu sekaligus sesudah diberikanNya, melainkan mengambil itu dengan mengambil (mewafatkan) ahli ilmu (Ulama) bersama ilmunya. Maka tinggallah orang-orang *****. Mereka diminta fatwanya, lalu mereka berfatwa menurut kemahuan sendiri. Sebab itu, mereka menyesatkan dan sesat."
 
Last edited:
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0609.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. melihat amat sedikit orang solat berjemaah. Kerana itu beliau bersabda: "Inginlah aku rasanya menyuruh seseorang mengimami solat berjemaah (menggantikan ku), kemudian aku pergi mencari orang-orang yang tidak datang berjemaah, Kalaulah mereka tahu betapa besarnya pahala yang akan mereka peroleh, nescaya mereka akan mendatanginya."
 
Last edited:
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0545.
Ibnu Umar r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Kunci yang ghaib ada lima;
tidak seorang pun dapat mengetahuinya melainkan hanya Allah swt.:
1. Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang akan terjadi esok.
2. Tidak seorang pun yang mengetahui bayi yang ada dalam kandungan.
3. Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang akan dikerjakannya esok.
4. Tidak seorang pun yang mengetahui di bumi mana dia akan mati, dan
5. Tidak seorang pun tahu bila hujan akan turun."
 
Last edited:
Salam, lagi bagus kalau tuan dapat sertakan sekali syarah hadis ni (cth Hadis Bukhari yg disyarahkan oleh Imam Ibnu Hajar Asqalani) sbb hadis2 sahih ni kalau tersalah tafsir/ambil makna boleh terlencong jugak :-)
 
Salam, lagi bagus kalau tuan dapat sertakan sekali syarah hadis ni (cth Hadis Bukhari yg disyarahkan oleh Imam Ibnu Hajar Asqalani) sbb hadis2 sahih ni kalau tersalah tafsir/ambil makna boleh terlencong jugak :-)

maaf tuan sy hanya menyampaikan...
hadis bukhari adalah hadis yang disampaikan oleh imam bukhari.
dan mempunyai Perawi

Menurut ilmu hadits Peperawi adalah “orang yang meriwayatkan hadits”

cth :

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0352.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Pada suatu ketika, Rasulullah saw. masuk ke dalam masjid. Tidak lama kemudian, masuk pula seorang lelaki lalu dia solat. Sesudah solat dia datang kepada Rasulullah saw. sambil memberi salam. Rasulullah menjawab salamnya sambil bersabda : "Ulanglah solatmu, kerana sesungguhnya kamu belum solat." Lalu orang itu mengulang solatnya seperti solat yang mula-mula tadi. Kemudian dia datang pula kepada Nabi saw. sambil memberi salam. Jawab Rasulullah, "Wa, 'alaikassalam." Kemudian beliau bersabda pula, "Ulang lagi solatmu!" Sesungguhnya engkau belum solat." Akhirnya orang itu mengulang solatnya sampai tiga kali. Kemudian dia berkata, "Demi Allah yang telah mengutus anda dengan agama ini, sesungguhnya aku belum tahu bagaimana caranya solat yang bagus. Kerana itu ajarilah aku." Sabda Nabi saw., "Apabila engkau berdiri hendak solat, bacalah takbir lebih dahulu. Sesudah itu baca ayat-ayat Quran yang mudah bagi mu. Sesudah itu rukuk sehingga rukukmu itu sempurna sekali. Sesudah itu bangkit dari rukuk sehingga engkau kembali berdiri dengan sempurna. Kemudian sujud dengan sempurna sekali. Kemudian duduk sehingga dudukmu sempurna sekali. Perbuatlah seterusnya seperti itu setiap kamu solat."

sesungguhnya yang baik dari allah..
yang buruk datang dari diri sendiri..
maaf jika ada yang kurang...

insya allah sy akan memilih hadis yang mudah difahami :">:">:">


terima kasih tuan menegur.. :)
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0806.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Sebaik-baiknya hari ialah hari Jumaat, kerana pada hari itu Adam dijadikan. Pada hari itu dia masuk syurga, pada hari itu pula dia keluar daripadanya, dan tidak terjadi kiamat melainkan pada hari Jumaat."
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1737.
Dari Ibnu 'Abbas r.a., bertanya: Nabi saw. bersabda: "Ada dua nikmat yang sering kebanyakan manusia tertipu tentangnya (sering melupakannya), yaitu: waktu sihat dan waktu lapang."
 
Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri china, hadis dhaif rasanya tapi masih boleh diambil kira. wallahualam
 
baca terjemahan hadis mana syok. buat macam ust samsuri tu. baca hadis arab, baca terjemahan melayu, kisah siapa perawinya, apa cerita pasal hadis tu.
macam hadis minum air kencing unta. bukan setakat boleh atau tidak tapi panjang berjela2 kisahnya.
 
dalam wasap grup ambe smua ada wakil sorang buat satu hari satu hadis ni..lagi satu duniaku dakwahku..
 
Back
Top
Log in Register