BTC USD 86,439.1 Gold USD 4,341.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KONGSI.. SATU hari SATU hadis

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharram)

عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُا حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Abdullah bin Abbas RA, beliau menceritakan: Ketika Nabi SAW melaksanakan puasa Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk puasa. Kemudian ada sahabat yang berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang diagungkan orang Yahudi dan Nasrani. Kemudian Nabi SAW bersabda: “Tahun depan, Insha Allah kita akan berpuasa pada hari ke sembilan.” Namun, belum sampai tahun depan, Nabi SAW diwafatkan. (HR Muslim No: 1916) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Antara hari yang digalakan berpuasa pada bulan Muharam ialah puasa sunat hari Tasu'a (9hb Muharam) iaitu sehari sebelum hari Asyura (10hb Muharam)

2. Puasa dua hari iaitu puasa sunat Tasu'a (9hb Muharam) dan puasa sunat Asyura (10hb Muharam) adalah untuk membezakan amalan berpuasa seorang Muslim dengan puasa orang Yahudi dan Keristian.

3. Ibnul Qayim dalam Zadul Ma’ad, 2/72 menjelaskan puasa yang berkait hari Asyura ada tiga Kategori:

a) Kategori paling sempurna, puasa tiga hari. Sehari sebelum Asyura, hari Asyura, dan sehari selepas Asyura (9hb, 10hb dan 11hb Muharam).

b) Kategori kedua, puasa pada 9hb dan 10hb Muharam berdasarkan banyak hadis.

c) Kategori ketiga, puasa pada10hb Muharam saja.

Marilah kita tunaikan puasa Sunat Tasu'a (9hb Muharam) yang jatuh pada 5hb Julai hari Sabtu dan puasa Sunat Asyura (10hb Muharam) pada 6hb Julai hari Ahad. Moga Allah akan mengampukan dosa-dosa kita setahun yang lalu.

Mungkinkah Muharam ini tidak akan kita temui pada tahun hadapan?

Membangun Ummah Madani

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

07hb Muharam 1447H
03hb Julai 2025
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Menjauhkan Dari Api Neraka

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ صَامَ يَوْمًا فِى سَبِيلِ اللَّهِ بَعَّدَ اللَّهُ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, aku mendengar Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa melakukan puasa satu hari di jalan Allah (dalam melakukan ketaatan pada Allah / jihad ), maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun. (HR Bukhari No: 2840) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Puasa adalah antara ibadat yang menjadikan seseorang hamba dekat dengan syurga dan jauh daripada neraka.

2. Puasa adalah perisai kepada seorang mukmin. Rasulullah SAW bersabda:

الصِّيَامُ جُنَّةٌ يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدْ مِنَ النَّارِ

Puasa adalah perisai, seorang hamba berperisai dengannya dari api neraka” (HR Ahmad 3/241) Status: Hadis Sahih

3. Sehari ibadat puasa oleh seorang Mukmin yang dilakukan dengan ikhlas akan menjauhkan seseorang dari neraka sejauh 70 tahun perjalanan.

4. Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk melakukan puasa sunat khususnya pada bulan Muharam. Antara hari yang digalakkan berpuasa selain daripada Isnin dan Khamis, puasa Tasu’a (9 Muharam) dan puasa Asyura (10 Muharam) juga puasa sunat pada pertengahan bulan hijrah atau dipanggil puasa hari puteh (13, 14 dan 15 haribulan Hijrah)

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَصُومَ مِنْ الشَّهْرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ الْبِيضَ ثَلَاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

Dari Abu Dzarr RA dia berkata; "Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa tiga hari Bidh (Putih) dalam sebulan iaitu tiga belas, empat belas dan lima belas." (HR Nasai No: 2380) Status: Hadis Hasan

Marilah kita melakukan puasa sunat pada sepanjang bulan Muharam ini selain daripada puasa pada hari ke 9 (Tasu’a), hari ke 10 (Asyura). Disamping puasa sunat hari Isnin dan Khamis juga puasa hari-hari puteh pada 13hb, 14hb dan 15hb Muharam.

Moga ibadat puasa akan menghindarkan kita dari api neraka.

Membangun Ummah Madani

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

08hb Muharam 1447H
04hb Julai 2025
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Menjauhkan Dari Api Neraka

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ صَامَ يَوْمًا فِى سَبِيلِ اللَّهِ بَعَّدَ اللَّهُ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, aku mendengar Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa melakukan puasa satu hari di jalan Allah (dalam melakukan ketaatan pada Allah / jihad ), maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun. (HR Bukhari No: 2840) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Puasa adalah antara ibadat yang menjadikan seseorang hamba dekat dengan syurga dan jauh daripada neraka.

2. Puasa adalah perisai kepada seorang mukmin. Rasulullah SAW bersabda:

الصِّيَامُ جُنَّةٌ يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدْ مِنَ النَّارِ

Puasa adalah perisai, seorang hamba berperisai dengannya dari api neraka” (HR Ahmad 3/241) Status: Hadis Sahih

3. Sehari ibadat puasa oleh seorang Mukmin yang dilakukan dengan ikhlas akan menjauhkan seseorang dari neraka sejauh 70 tahun perjalanan.

4. Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk melakukan puasa sunat khususnya pada bulan Muharam. Antara hari yang digalakkan berpuasa selain daripada Isnin dan Khamis, puasa Tasu’a (9 Muharam) dan puasa Asyura (10 Muharam) juga puasa sunat pada pertengahan bulan hijrah atau dipanggil puasa hari puteh (13, 14 dan 15 haribulan Hijrah)

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَصُومَ مِنْ الشَّهْرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ الْبِيضَ ثَلَاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

Dari Abu Dzarr RA dia berkata; "Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa tiga hari Bidh (Putih) dalam sebulan iaitu tiga belas, empat belas dan lima belas." (HR Nasai No: 2380) Status: Hadis Hasan

Marilah kita melakukan puasa sunat pada sepanjang bulan Muharam ini selain daripada puasa pada hari ke 9 (Tasu’a), hari ke 10 (Asyura). Disamping puasa sunat hari Isnin dan Khamis juga puasa hari-hari puteh pada 13hb, 14hb dan 15hb Muharam.

Moga ibadat puasa akan menghindarkan kita dari api neraka.

Membangun Ummah Madani

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

08hb Muharam 1447H
04hb Julai 2025
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berpuasa Hari Asyura Tanda Kecintaan Kepada Rasul

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَالْيَهُودُ تَصُومُ عَاشُورَاءَ فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ ظَهَرَ فِيهِ مُوسَى عَلَى فِرْعَوْنَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ أَنْتُمْ أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْهُمْ فَصُومُوا

Daripada Ibnu 'Abbas RA dia berkata; "Ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, baginda melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura` (10 muharam), mereka berkata; "Lebih tepatnya pada hari Musa mengalahkan Firaun. Maka Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya: "Kalian lebih berhak terhadap Musa daripada mereka, maka berpuasalah." (HR Bukhari No: 4312) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Ibadat Puasa adalah antara syariat yang diwajibkan keatas umat terdahulu. Puasa Hari Asyura (10 muharam) adalah antara syariat Nabi Musa sebagai tanda bersyukur diselamatkan dari Firaun dan tenteranya.

2. Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura sejak sebelum kewajipan berpuasa Ramadan dan mengajak para sahabat juga berpuasa.

3. Kita sebagai umat Islam lebih wajar menunjukkan tanda kecintaan kepada para Rasul termasuk kepada Nabi Allah Musa AS. Antara tanda kecintaan itu dengan berpuasa pada hari Nabi Allah Musa AS mengalahkan Firaun dan tenteranya yang ditenggelamkan di laut Merah sebagai tanda bersyukur.

4. Puasa ‘Asyura’ bukan sekadar ibadah, tetapi juga penghayatan kepada perjuangan nabi terdahulu dan tanda syukur kepada Allah SWT.

Moga Allah sentiasa menjadikan kita orang yang cinta dan kasih kepada para RasulNya. SELAMAT BERPUASA sunat di bulan Muharam.

Membangun Ummah Madani

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

09hb Muharam 1447H
05hb Julai 2025
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Ketika Berbaring Untuk Tidur

عَنْ أَبِي الْأَزْهَرِ الْأَنْمَارِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَخَذَ مَضْجَعَهُ مِنَ اللَّيْلِ قَالَ: بِسْمِ اللَّهِ وَضَعْتُ جَنْبِي، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي، وَأَخْسِئْ شَيْطَانِي، وَفُكَّ رِهَانِي، وَثَقِّلْ مِيزَانِي، وَاجْعَلْنِي فِي النَّدِيِّ الْأَعْلَى

Daripada Abu al-Azhar al-Anmari, bahawa Rasulullah SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada waktu malam, Baginda akan membaca:
بِسْمِ اللهِ وَضَعْتُ جَنْبِي، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي، وَأَخْسِئْ شَيْطَانِي، وَفُكَّ رِهَانِي، وَثَقِّلْ مِيزَانِي، وَاجْعَلْنِي فِي النَّدِيِّ الْأَعْلَى
"Dengan nama Allah aku letakkan lambungku (untuk tidur). Ya Allah, ampunilah dosaku, jauhkan syaitanku, lepaskan ikatan (dosa) daripadaku, beratkan timbangan (amal kebaikan)ku, dan tempatkanlah aku di kalangan orang yang mulia di tempat yang tinggi (di syurga)." (Sunan Abu Daud no. 5054) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Doa ini adalah amalan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW sebagai persiapan sebelum tidur. Dengan membacanya, kita memohon perlindungan, ampunan, dan kebaikan dari Allah SWT.

2. Doa yang dibaca apabila berbaring untuk tidur:

a) بِسْمِ اللَّهِ وَضَعْتُ جَنْبِي
“Dengan nama Allah aku baringkan tubuhku.”

Memulakan tidur dengan menyebut nama Allah sebagai tanda tawakal dan perlindungan.

b) اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي
“Ya Allah, ampunilah dosaku.”
Memohon keampunan atas dosa-dosa yang telah dilakukan.

c) وَأَخْسِئْ شَيْطَانِي
“Dan jauhkanlah syaitanku.”
Memohon perlindungan dari gangguan syaitan.

d) وَفُكَّ رِهَانِي
“Dan bebaskanlah aku dari ikatan dosaku.”
Memohon agar diri dibebaskan dari belenggu dosa dan kesalahan.

e) وَثَقِّلْ مِيزَانِي
“Dan beratkanlah timbangan amalanku.”
Memohon agar amalan kebaikan diterima dan diberatkan timbangannya.

f) وَاجْعَلْنِي فِي النَّدِيِّ الْأَعْلَى
“Dan tempatkanlah aku dalam kalangan orang-orang yang mulia di tempat yang tinggi.”
Memohon agar ditempatkan bersama para malaikat dan orang-orang soleh di syurga.

3. Hadis ini mengajarkan kepada kita agar sebelum tidur dimulai dengan doa mengingat Allah. Amalan ini dapat membawa keberkatan dalam tidur dan perlindungan sepanjang malam. Allah akan memberikan perlindungan dari syaitan dan gangguan lainnya.

4. Muslim disarankan untuk berdoa memohon ampunan dari dosa-dosa yang mungkin telah dilakukan sepanjang hari sebagai tanda kelemahan dan ketidaksempurnaan kita.

5. Berdoa kepada Allah agar diberikan keredhaan-Nya, serta dijauhkan dari azab-Nya dan mendapatkan tempat yang mulia di sisi-Nya.

6. Doa sebelum tidur adalah salah satu cara untuk memperbaiki keadaan kita, serta memperkuat hubungan kita dengan Allah. Dengan membaca doa ini, kita memohon ampunan Allah, perlindungan dari syaitan, dan keberkatan dalam hidup serta kedudukan yang terbaik di akhirat.

Membangun Ummah Madani

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

10hb Muharam 1447H
06hb Julai 2025
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Membaca Tiga Qul Sebelum Tidur

عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ: جَمَعَ كَفَّيْهِ، ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا، فَقَرَأَ فِيهِمَا: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، وَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، وَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ، ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ، يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ، يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ

Daripada Aisyah RA berkata: Apabila Nabi SAW hendak tidur setiap malam, baginda akan mengumpulkan kedua tapak tangannya, kemudian baginda meniupkan pada kedua tangannya (yakni, membacakan doa di kedua tangan), dan membaca: 'Qul huwa Allahu Ahad' (Surah Al-Ikhlas), 'Qul a'udhu bi rabbil-falaq' (Surah Al-Falaq), 'Qul a'udhu bi rabbil-nas' (Surah An-Nas). Kemudian baginda menyapukan kedua tangannya ke seluruh tubuhnya, dimulai dari kepala, muka serta apa sahaja yang dapat dicapai oleh tangannya. Baginda melakukan ini sebanyak tiga kali. (HR Bukhari No: 5017) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW setiap malam sebelum tidur akan menghimpunkan kedua telapak tangannya, lalu membaca tiga surah iaitu Surah Al-Ikhlas (Qul huwal-lahu ahad), Surah Al-Falaq (Qul a'udhu bi rabbil-falaq), dan Surah An-Nas (Qul a'udhu bi rabbil-nas) kemudian meniup ketelapak tangan diikuti dengan menyapu ke seluruh anggota bermula dari kepala dan diulang sebanyak tiga kali.

2. Imam al-Nawawi dalam al-Adzkar menjelaskan bahawa tiga surah ini adalah surah-surah perlindungan Surah Al-Ikhlas menegaskan tentang keesaan Allah, sementara Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas memohon perlindungan dari pelbagai kejahatan, baik yang kelihatan mahupun tidak, seperti gangguan syaitan, sihir, dan segala keburukan.

3. Rasulullah SAW menunjukkan kepada kita amalan kebiasaan baik untuk dilakukan sebelum tidur agar menjadi pelindung daripada gangguan dan keburukan ketika tidur.

4. Membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, dan Surah An-Nas adalah amalan yang mudah dilakukan dan memberi manfaat besar untuk menjaga keselamatan kita. Dengan mengikuti sunnah ini, kita dapat memperoleh keamanan, ketenangan, dan perlindungan dalam hidup kita, serta mengukuhkan iman kita terhadap Allah yang Maha Melindungi.

Membangun Ummah Madani

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

11hb Muharam 1447H
07hb Julai 2025
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bacaan Ayat Al-Kursi Sebelum Tidur

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: وَكَّلَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحِفْظِ زَكَاةِ رَمَضَانَ، فَأَتَانِي آتٍ، فَجَعَلَ يَحْثُو مِنْ الطَّعَامِ، فَأَخَذْتُهُ فَقُلْتُ: لَأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَذَكَرَ الْحَدِيثَ - فَقَالَ: إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الْكُرْسِيِّ، لَنْ يَزَالَ عَلَيْكَ مِنْ اللَّهِ حَافِظٌ، وَلَا يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ. فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوبٌ، ذَاكَ شَيْطَانٌ

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW telah memerintahkan saya untuk menjaga zakat Ramadan. Lalu datang seseorang yang mulai mengambil makanan, maka saya menahannya dan berkata, 'Saya akan membawamu kepada Rasulullah SAW.' Beliau kemudian menceritakan kejadian tersebut, dan Rasulullah SAW bersabda: 'Apabila kamu tidur di tempat tidurmu, bacalah Ayat Al-Kursi. Sesungguhnya Allah akan selalu menjagamu, dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi.' Kemudian Rasulullah SAW bersabda: 'Dia benar, meskipun dia adalah seorang pendusta. Itu adalah syaitan.' (HR Bukhari No: 2311) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Hadis ini menceritakan peristiwa Abu Hurairah RA yang bertugas menjaga gudang zakat. Beliau berjaya menangkap seseorang yang mengambil makanan zakat tanpa izin. Apabila Abu Hurairah RA hendak melaporkan kejadian tersebut kepada Nabi SAW, orang yang tertangkap memberitahu bahawa dia akan melindungi Abu Hurairah RA daripada gangguan syaitan jika beliau membaca Ayat al-Kursi sebelum tidur. Nabi SAW kemudian mengesahkan kebenaran kata-kata syaitan yang menyamar itu meskipun ia adalah pendusta.

2. Imam al-Nawawi dalam al-Majmu' menyatakan bahawa membaca Ayat al-Kursi sebelum tidur adalah sangat disyorkan, kerana ia memberikan perlindungan daripada syaitan dan kejahatan lainnya.

3. Imam al-Qurtubi dalam al-Jami' li Ahkam al-Quran menyebutkan bahawa Ayat al-Kursi mengandung pernyataan tentang keagungan dan kebesaran Allah, serta kekuasaan-Nya yang meliputi segala sesuatu, sehingga dengan membacanya sebelum tidur, seseorang akan terlindung dari segala gangguan syaitan dan bahaya lainnya.

4. Syaitan sering menggunakan cara yang halus untuk menggoda umat Islam, termasuk berpura-pura ingin menolong atau memberikan nasihat yang baik. Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa tidak semua yang kelihatan baik adalah benar. Oleh itu, kita perlu berhati-hati dengan merujuk kepada orang yang ahli dan berpegang kepada sunnah Nabi dalam setiap amalan.

5. Hadis ini mengajarkan kita tentang perlindungan yang diberikan oleh Allah apabila kita membaca Ayat al-Kursi sebelum tidur. Amalan ini yang sangat dianjurkan kerana mempunyai manfaat besar untuk menghindari gangguan syaitan serta mendapatkan keberkatan dan perlindungan Allah.

Membangun Ummah Madani

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

12hb Muharam 1447H
08hb Julai 2025
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bacaan Dua Ayat Terakhir Surah Al-Baqarah

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ

Daripada Abu Mas'ud al-Ansari RA menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari Surah al-Baqarah pada malam hari, maka ayat-ayat tersebut akan mencukupinya. (HR Bukhari No: 5009) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Dua ayat terakhir dari Surah al-Baqarah iaitu ayat 285 dan 286 memiliki keutamaan yang besar dan dapat memberikan perlindungan serta keberkatan bagi pembacanya.

2. Membaca dua ayat terakhir ini sebelum tidur adalah amalan sunnah yang sangat digalakkan.

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّـهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ ۚ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ ﴿٢٨٥﴾ لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ ﴿ ٢٨٦﴾

3. Dua ayat ini “mencukupi” bermaksud jika dibaca akan melindungi pembacanya daripada gangguan syaitan dan segala bentuk keburukan dan musibah sepanjang malam. Dua ayat ini mencakup pengakuan iman, keinsafan diri, dan permintaan rahmat serta kemenangan.

4. Menurut Imam al-Nawawi dalam Syarh Muslim bermaksud mencukupi sebagai ibadah pada malam itu yakni memadai dengan membacanya jika seseorang tidak dapat bangun tahajjud atau membaca banyak doa lain. Hal ini tidak bermaksud menggugurkan keutamaan qiyamullail, tetapi menunjukkan kelebihan dan ganjaran dua ayat itu sangat besar.

Membangun Ummah Madani

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

13hb Muharam 1447H
09hb Julai 2025
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bacaan Surah Al-Kafirun Bebaskan Daripada Syirik

عَنْ نُوفَلِ الأَشْجَعِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اقْرَأْ: (قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ) ثُمَّ نَمْ عَلَى خَاتِمَتِهَا، فَإِنَّهَا بَرَاءَةٌ مِنَ الشِّرْكِ

Daripada Nufail al-Ashja'i RA, beliau berkata: Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Bacalah Surah Al-Kafirun (katakanlah: Wahai orang-orang yang kafir) dan tidurkan dirimu pada akhirnya, kerana ia adalah pembebasan daripada syirik.' (HR Abu Daud No: 5055) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Surah Al-Kafirun adalah surah yang mengajak pembacanya untuk memahami perbezaan antara iman dan kekufuran. Surah ini menyebutkan bahawa tiada kompromi antara agama Islam dan kesyirikan.

2. Imam al-Nawawi dalam al-Majmu' menjelaskan bahawa Surah Al-Kafirun adalah pembebasan dari kesyirikan dan merupakan penegasan kuat terhadap ajaran tauhid. Membaca surah ini sebelum tidur adalah cara untuk menanamkan dalam hati kita bahawa kita terbebas dari sebarang bentuk syirik dan hanya menyembah Allah sahaja.

3. Imam al-Qurtubi menyatakan dalam tafsirnya bahawa membaca Surah Al-Kafirun sebelum tidur adalah cara untuk memastikan bahawa kita tidak terjebak dengan kesyirikan dalam hidup kita, dan ini juga merupakan satu bentuk perisai daripada godaan syaitan. Membaca surah ini juga dapat memperkuatkan keimanan kita kepada Allah dan menjauhkan kita dari segala keraguan atau kekeliruan mengenai agama.

4. Setiap Muslim harus sentiasa berwaspada terhadap segala bentuk kesyirikan, baik dalam bentuk penyembahan selain Allah ataupun sebarang kepercayaan yang bertentangan dengan tauhid.

5. Tidur setelah membaca surah Al-Kafirun menunjukkan bahawa kita berusaha untuk membersihkan diri dari segala bentuk kesyirikan yang mungkin tersembunyi dalam hati dan fikiran.

6. Hadis ini mengajarkan kita untuk membaca Surah Al-Kafirun sebelum tidur sebagai bentuk pembebasan diri dari kesyirikan dan untuk menjaga keimanan yang murni kepada Allah di samping mendapatkan perlindungan daripada Allah serta terhindar dari gangguan syaitan.

Membangun Ummah Madani

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

14hb Muharam 1447H
10hb Julai 2025
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kelebihan Surah Al-Mulk

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ :ضَرَبَ بَعْضُ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم خِبَاءَهُ عَلَى قَبْرٍ وَهُوَ لَا يَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ، فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ حَتَّى خَتَمَهَا، فَأَتَى النَّبِيَّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنِّي ضَرَبْتُ خِبَائِي عَلَى قَبْرٍ وَأَنَا لَا أَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ، فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الْمُلْكِ حَتَّى خَتَمَهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم :هِيَ الْمَانِعَةُ، هِيَ الْمُنْجِيَةُ، تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

Daripada Ibnu ‘Abbas RA, beliau berkata: “Seorang sahabat Nabi SAW telah mendirikan khemahnya di atas sebuah kubur tanpa dia mengetahui bahawa ia adalah sebuah kubur. Tiba-tiba dia mendengar seseorang di dalam kubur itu sedang membaca Surah Tabarak allazi biyadihi al-Mulk (Surah Al-Mulk) sehingga selesai. Lalu dia datang kepada Rasulullah SAW dan berkata:
‘Wahai Rasulullah, aku telah mendirikan khemahku di atas sebuah kubur dan aku tidak tahu bahawa ia adalah kubur. Tiba-tiba aku mendengar seseorang membaca Surah Al-Mulk sehingga selesai.’ Maka Rasulullah SAW bersabda: ‘Itulah surah yang menghalang, itulah yang menyelamatkan, ia menyelamatkannya daripada azab kubur.’” (HR Tirmizi No: 2890) Status Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Membaca Surah al-Mulk secara konsisten setiap malam sebelum tidur adalah sunnah yang membawa manfaat besar semasa di alam barzakh kelak.

2. Surah al-Mulk menyentuh tentang kekuasaan Allah, peringatan tentang akhirat, dan azab bagi yang ingkar.

3. Surah al-Mulk yang menjadi rutin di baca setiap malam akan menjadi pemberi syafaat kepada pembaca, menghalangnya daripada azab kubur dan menjadi penyelamat daripada api neraka.

4. Hormati kawasan perkuburan dan elakkan daripada melakukan sesuatu yang tidak sewajarnya seperti berjalan sesuka hati di atas kubur, menjadikan atas kubur sebagai tempat tinggal dan sebagainya.

Membangun Ummah Madani

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

15hb Muharam 1447H
11hb Julai 2025
 
Back
Top
Log in Register