BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Konflik Di Asia Barat: Mesyuarat Khas Kabinet Perinci Impak Terhadap Malaysia - Fadillah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
6d0ace3ef49bb4f78900bb292347a0b369b2b6423bfc6

KUALA LUMPUR, 12 Mac -- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof melawat Karnival Ramadan IWK pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Sahabat Istimewa IWK di IWK Eco Park Pantai Dalam hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Penilaian impak konflik di Asia Barat dalam jangka pendek, sederhana dan panjang terhadap Malaysia akan dibincang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Khas esok, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

"Apa yang lebih penting adalah untuk kita bersiap siaga terutamanya melibatkan sudut ekonomi rakyat. Perincian lanjut akan diumumkan esok selepas mesyuarat.

"Kita tidak mahu membuat sebarang keputusan sebelum semua perkara dibincangkan secara terperinci," katanya kepada pemberita semasa Majlis Berbuka Puasa bersama dengan Sahabat Istimewa Indah Water Konsortium di sini hari ini.

Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah pun mengadakan perbincangan awal mengenai isu berbangkit susulan konflik berkenaan.

Ketegangan di Asia Barat meruncing sejak 28 Feb susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran diikuti serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara-negara Teluk.

 
Back
Top
Log in Register