combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Datuk Fahmi Fadzil
Jawatankuasa khas yang dipengerusikan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bagi meneliti perkembangan serta impak ekonomi semasa susulan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran akan mula diaktifkan esok, kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata jawatankuasa berkenaan telah dibentuk semalam susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan memulakan mesyuarat bagi menilai perkembangan ekonomi serta kesannya kepada negara.
Bercakap pada sidang media pasca Mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini, Fahmi berkata hasil penelitian jawatankuasa itu kemudiannya akan dibentangkan dalam satu mesyuarat khas Jemaah Menteri yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini.
Terdahulu, Anwar pada sidang media khas hari ini berkata jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan Amir Hamzah yang akan membuat penilaian bersama Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan menteri lain yang berkaitan.
“Jawatankuasa tersebut akan menilai isu berkaitan impak ekonomi pada setiap hari supaya dapat dimaklumkan kepada pimpinan kerajaan,” kata Anwar, yang juga Menteri Kewangan.
Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa bekalan minyak di Malaysia adalah terkawal walaupun konflik di rantau itu berpotensi menjejaskan pasaran tenaga global.
“Bekalan produk petroleum di negara ini mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei 2026,” kata beliau.
Ketegangan di Asia Barat kekal tinggi sejak 28 Februari lepas apabila Israel dan AS melancarkan serangan ke atas Iran, yang kemudiannya mencetuskan serangan balas oleh Tehran terhadap kepentingan AS di negara Teluk.
Keadaan ini menimbulkan kebimbangan terhadap kestabilan laluan perdagangan global khususnya di Selat Hormuz.
Konflik Asia Barat: Jawatankuasa Khas Nilai Impak Ekonomi Akan Bermesyuarat Esok - Fahmi
Amir Hamzah Azizan, jawatankuasa khas, impak ekono