BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Konflik Asia Barat: Kerajaan Adakan Mesyuarat Jemaah Menteri Khas Jumaat Ini - PM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
78b15c1158f25d8d438fdeb35a7d78e469a952b2116d5

--REUTERS

Kerajaan akan mengadakan Mesyuarat Jemaah Menteri Khas pada Jumaat ini bagi meneliti kedudukan fiskal negara dan memantau secara rapi perkembangan situasi di Iran susulan konflik di Asia Barat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu susulan ketegangan semakin meruncing di rantau berkenaan yang berpotensi memberi kesan kepada ekonomi dunia termasuk Malaysia.

“Mesyuarat ini akan memberi ruang kepada anggota Jemaah Menteri untuk meneliti kedudukan fiskal negara, memantau perkembangan semasa secara masa nyata serta menentukan hala tuju dan langkah seterusnya yang perlu diambil oleh kerajaan.

“Kerajaan MADANI memandang serius tantangan langsung terhadap kestabilan ekonomi negara serta kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media khas mengenai perkembangan mutakhir  konflik di Asia Barat di sini hari ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata konflik yang tercetus susulan serangan Zionis Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran telah merebak sehingga melibatkan beberapa negara lain di rantau berkenaan.

Berita lanjut menyusul.

 
Back
Top
Log in Register