BTC USD 92,069.7 Gold USD 3,335.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Koleksi Siri Seram Tamar Jalis : Bercakap Dengan Jin 1 (1-24) Updated 25/3/2025 - End.

Sponsored Post

1741747891685.png

SIRI 11 : MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM



Datuk terus membaca sesuatu. Datuk mengambil seketul batu dari perut perahu. Batu itu dibalingkan pada lembaga yang terpacak dalam sungai. Bila batu itu terkena badan lelaki yang besar dan gagah. Dia segera menjerit dengan sekuat hatinya. Kemudian dia menghilangkan diri. Air sungai yang melempah terus surut. Suasana yang cerah bertukar menjadi gelap. Saya merenung ke langit. Bintang bertaburan. Mr.Brown tidak berkata walau sepatah pun. Dia terjelepuk dalam perut sampan.

“Dia sudah pergi,” kata datuk dan terus mengalah sampan ke hilir. Lebih kurang pukul sepuluh malam kami sampai ke Jambatan Pengkalan Bharu. Dari situ datuk menumpang lori ikan menuju ke Pekan Pantai Remis. Datuk membuat laporan ke balai polis. Sarjan Ramli menyuruh seorang pemandu kereta polis membawa datuk ke Jambatan Pengkalan Bharu kembali.

Dengan kereta polis kami menghantar Mr. Brown ke bunglownya. Kerana jam sudah pukul dua belas. Mr. Brown menyuruh saya dan datuk tidur di bunglownya. Kira-kira pukul dua pagi Mr. Brown menjerit tidak tentu arah. Dia berlari ke seluruh kawasan bunglownya sambil menjerit. Semua pekerja ladangnya menjadi gempar. Datuk dengan bantuan pekerja ladang getah berjaya menangkap Mr.Brown. Mr.Brown terpaksa diikat di pangkal pokok getah di depan bunglownya dengan rotan seni. Dan datuk terpaksa menjaganya hingga ke pagi.



Seorang kerani besar di ladang tersebut, Mr. Anadurai, terus menghubungi Hospital Lumut. Lebih kurang pukul sepuluh pagi sebuah ambulan dari Hospital Lumut tiba. Mr. Brown yang masih menjerit dan mengoyak pakaiannya dimasuk ke dalam kereta tersebut. Dari Hospital Lumut dia dibawa ke Hospital Besar Ipoh. Seminggu Mr.Brown duduk dalam jeriji besi di Hospital Besar Ipoh.

Lepas itu Mr. Brown dibawa ke rumah sakit otak di Tanjung Rambutan. Tiga bulan Mr.Brown ditempatkan di situ. Datuk tidak pernah sekali pun melawatnya. Penyakit Mr.Brown tidak juga mahu sembuh.

“Orang putih tu tak jujur,” datuk mengadu pada saya.

“Kenapa tok kata macam tu ?”

“Aku yakin dia tak jujur,” suara datuk merendah. Saya bertambah binggung kerana datuk tidak menerangkan apakah maksudnya dengan perkataan tidak jujur itu. Dan saya tidak mahu menyoal lebih lanjut tentang perkara tersebut. Datuk nampak resah saja sepanjang hari itu. Semua kerja yang dibuatnya terganggu. Dia asyik mahu marah saja, kalau saya membunyikan radio agak kuat.

“Aku mahu ke rumah orang putih bangsat tu, memanglah orang-orang dari England ni, satu bangsa yang tak boleh dipercayai, di depan kita bukan main baik, belakang kita jadi pengkhianat pada diri kita sendiri,” datuk merunggut panjang. Dia pun mengenakan seluar hitam dan baju merah ke badannya.

“Buat apa datuk ke rumah dia ?” Dia bukan ada.”

“Kau mana tau, ini urusan aku.” Datuk memijak anak tangga turun dan mengambil basikal di bawah rumah. Dengan basikal dia pergi rumah besar Mr.Brown. Lebih kurang pukul lima petang datuk pun pulang. Saya melihat dia membawa satu bungkusan kecil di pelantar basikalnya. Sebaik saja datuk menongkat basikal saya terus menghampirinya.

“Jangan pegang bungkusan tu.”

“Apa bendanya tok ?”

“Tanah yang diambil Mat Sallih bangsat tu, di tempat puaka disembunyikan dalam beg.”

“Tok nak buat apa dengan tanah itu.”

“Aku nak pulangkan balik, kalau tak dipulangkan kita kena petakanya.

Mendengar cakap datuk itu, fahamlah saya kenapa dia menuduh Mr.Brown tidak jujur. Dan malam itu saya menemani datuk menghanyutkan tanah di sungai. Datuk meletakkan tanah segumpal itu di atas upih pinang, kemudian dihanyutkan. Masa datuk melakukan semuanya itu, dia tidak bercakap atau bersuara cuma lulutnya saja yang kelihatan kumat-kamit membaca sesuatu.


Seminggu selepas datuk menghanyutkan tanah puaka itu. Datuk mendapat berita dari kerani besar ladang getah yang Mr.Brown telah meninggal dunia. Mayatnya telah pun dihantar ke England. Tempat Mr. Brown segera diganti oleh J. Mackintos dari Singapura, tetapi yang anehnya pengurus baru itu tidak berani duduk di bunglow.



Setiap kali dia tidur di bunglow tersebut. Dia selalu saja diganggu oleh satu lembaga yang menyerupai Mr. Brown. Kadang-kadang pengurus baru tiu diangkat dari bilik tidur ke ruang dapur. Ada kalanya dicampakkan ke tengah halaman bunglow. Jadi, bunglow besar yang serba lengkap terbiar. Dalam tahun 1960 bunglow besar itu dibakar oleh seorang pekarja ladang getah yang naik darah kerana setiap malam dia terdengar bunyi orang menangis dalam bunglow tersebut. Sebaik saja bunglow itu hangus di makan api. Pekerja itu mati ditimpa oleh salah satu tiang dari dalam bunglow itu hingga kini masih wujud. Penuh dengan pokok-pokok hutan.

Semua peristiwa itu dijadikan datuk sebagai pengajaran. Dia selalu mengingatkan saya begini : Lakukan semua pekerjaan atau apa saja dengan rasa tanggung jawab dan jujur. Kerana kejujuran adalah harga diri manusia yang tidak ternilai. Telalu sedikit manusia yang tidak jujur pada diri sendiri, pada janji dan sebagainya, bila kau menjadikan kejujuran itu panduan hidup, engkau akan merasa kebahagiannya.

Saya cuma anggukkan kepala sahaja bila mendengar dia berkata begitu. Beberapa bulan berselang, datuk menyatakan hasratnya untuk pergi ke Kampung Sadang untuk memikat burung waktu malam. Saya tidak tahu bagaimana datuk teringatkan hal itu. Pada fikiran saya dia sudah tentu melupakannya. Sebenarnya, saya sudah memutuskan dalam hati, bahawa saya tidak akan menurut bersama datuk pergi ke tempat tersebut.

“Minggu depan, petang Jumaat aku nak pergi,” datuk mengingatkan saya.

“Baguslah tu tok, barang-barang yang dulu semuanya ada di dalam bilik.”

“Kau bagaimana ? Tak mahu ikut sama ?” tanya datuk.

“Saya malaslah datuk.” Datuk puas hati dengan jawapan saya itu. Sementara menanti petang Jumaat, datuk hanya duduk di rumah saja. Kadang-kadang dia menjenguk bini mudanya di kampung bunian. Pada suatu petang. Selepas datuk menemui isteri mudanya, dia memanggil saya. Cepat-cepat saya menghampirinya. Datuk duduk terjuntai kaki di kepala tangga.

“Ada apa datuk ?”

“Dua tiga hari ni, aku selalu teringatkan adik bongsu aku yang duduk di Hulu Kuang, agaknya dia sakit.”

“Habis datuk nak pergi ke sana ?”

“Hajat tu memanglah begitu.”

“Kata datuk, datuk nak pergi ke Kampung Sadang.”

“Itu tak mustahak yang penting adik beradik.” Saya terdiam mendengar cakap datuk itu. Saya segera teringat, kali terakhir saya bertemu dengan adik bongsu datuk yang saya panggil ayah Ngah itu, dalam tahun 1947. Lepas itu saya tak pernah bertemu dengannya lagi, terlalu sukar untuk pergi ke Hulu Kuang. Tidak ada kenderaan yang boleh sampai ke sana. Lagipun kawasan itu termasuk dalam kawasan hitam, (sekarang sudah ada jalanraya dan kenderaan yang berulang-alik dari Chemor ke Hulu Kuang) kerana hal-hal itu saya dan datuk terpisah dengan keluarga.


Petang itu juga kami bertolak dari rumah datuk ke Ipoh dengan naiki bas. Dari Ipoh kami menyewa teksi pergi ke Chemor. Sampai ke Chemor sudah pukul enam petang. Kami tidak dibenarkan masuk ke Hulu Kuang, kerana kawasan itu terlibat dengan perintah berkurung dari jam enam petang hingga enam pagi.

Datuk terus melaporkan dirinya ke Balai Polis Chemor kerana kami membuat keputusan untuk tidur di masjid Chemor. Sesudah memberikan butir-butir mengenai diri kami kepada pihak polis, kami dibenarkan tidur di masjid tersebut. Sesudah menunaikan sembahyang Isyak, saya terus baring di bucu masjid. Datuk baring dekat tiang. Akhirnya saya terlena. Lebih kurang pukul dua malam, datuk mengejutkan saya.

“Bangun kita pergi ke Hulu Kuang.”

“Macam mana nak pergi, nanti kita kena tangkap atau ditembak askar.”

“Kau ni banyak cakap pula, bangun sajalah,” suara datuk keras.

Dia menarik tangan saya hingga terduduk. Saya terus kesat mata dengan belakang tangan. Datuk menyuruh saya berdiri di muka pintu masjid. Perintahnya saya ikuti.

“Sebentar lagi dia datang,” Datuk beritahu saya.

“Apa yang datang tok ?” tanya saya ingin tahu.

“Kau jangan banyak cakap,” Datuk menyergah saya.

Mukanya kelihatan bengis. Masa itu datuk sudahpun mengenakan baju hitam, seluar hitam di badan. Kepalanya juga dililit dengan kain hitam. Dalam hati kecil saya timbul keraguan tentang diri datuk. Saya mengira dia ada hubungan dengan pengganas komunis. Kalau tidak masakan dia berani berjalan malam waktu zaman dharurat.

“Ke tepi,” datuk menolak badan saya yang tercegat di muka pintu masjid. Saya tersungkur atas lantai. Datuk menampar tangan kanannya ke pangkal paha kanannya dengan sekuat hati. Dia melemparkan tujuh biji batu bertih ke tengah laman masjid. Kemudian datuk menekan ibu jari kanannya ke tapak tangan kiri tujuh kali berturut-turut.



Tiba-tiba saya terdengar bunyi suara harimau mengaum. Cukup kuat. Kepala lutut saya mengeletar. Dengan tiba-tiba sahaja saya rebah atas lantai masjid dan tidak berdaya bangun. Seekor harimau belang yang cukup besar muncul di depan halaman masjid sambil menguit-guitkan ekornya.

“Makanlah kau lapar,” suara datuk keras. Saya lihat harimau itu terus memakan tujuh biji bertih. Bila harimau itu selesai makan. Datuk segera merapatinya. Datuk menggosok-gosok kepala harimau itu dengan tangannya. Dan lidah harimau yang panjang itu menjilat pipi dan hidung datuk.



Harimau itu berguling-guling atas tanah sambil kakinya menampar seluruh badan datuk. Datuk mengosok perut harimau itu. Datuk mengira kuku di jari harimau. Datuk bermain-main dengan harimau macam bermain dengan anak kucing. Akhirnya datuk menepuk dahi harimau tujuh kali dengan tangan kiri. Harimau pula menjilat telinga kanan datuk tujuh kali.

“Bangun, kau dah kenyang.” Mendengar cakap datuk itu , harimau besar segera bangun sambil menguap. Saya bertambah ngeri melihat giginya yang tajam dan putih. Harimau itu menggaum lagi. Datuk memanggil saya. Saya cuba bangun tapi saya tidak berdaya. Tempurung lutut saya terasa longgar. Datuk terus menarik tangan saya. Saya diheret hingga ke depan harimau besar.


“Ini cucu aku,” datuk memberitahu harimau besar. Saya lihat sepasang mata harimau itu merenung ganas ke wajah datuk. Datuk berdehem tiga kali berturut-turut. Harimau itu melunjukan kaki depannya. Badannya direndahkan. Datuk mengangkat badan saya lalu diletakannya di pangkal tengkuk harimau berbadan besar serta berbelang tebal. Saya rasa nyawa saya sudah melayang dari badan. Badan saya jadi lembik. Saya tidak boleh duduk tegak. Dada dan muka saya terhempap atas batang leher harimau.

Bulu harimau yang kasar dan keras itu mencucuk batang hidung dan pipi saya. Bila harimau itu mengerak-gerak badannya saya juga ikut bergerak.

“Peluk tengkuknya kuat-kuat,” datuk mengigatkan saya.

Antara sedar dengan tidak saya lihat datuk terus naik atas belakang harimau. Harimau besar itu segera menegakkan badannya. Datuk terus menepuk-nepuk punggung harimau, macam gembala lembu menepuk punggung lembu.

“Ke Hulu Kuang,” saya terdengar suara datuk. Serentak dengan itu harimau pun melangkah. Saya rasa harimau itu berjalan bagaikan tidak jejak ke bumi. Melayang-layang di udara membelah pekan Chemor melintasi jambatan keretapi. Terus menghala ke kampung Cik Zainal serta melintasi kawasan Kampung Baru Tanah Hitam. Saya nampak tentera berjaga dengan senjata di tangan. Semuanya tidak memandang ke arah kami.



Kerana terlalu laju harimau itu bergerak. Badan saya terasa sejuk. Belum selesai saya menghitung dari satu sampai ke sepuluh. Harimau itu sudahpun tiba di kaki tangga rumah adik bongsu datuk. Hari masih gelap lagi. Kokok ayam masih kedengaran. Datuk menurunkan saya dari belakang harimau.

Sebelum harimau meninggalkan kami, datuk memberi harimau itu makan tujuh biji bertih. Saya tidak tahu dari mana bertih itu diperolehi oleh datuk. Selesai saja harimau itu memakan bertih. Lagi sekali datuk menepuk-nepuk dahi harimau. Datuk membisikkan sesuatu ke telinga harimau. Dan harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang diucapkan oleh datuk kerana telinganya bergerak-gerak.

“Balik ke rumah kita jaga kampung serta tanah ladang kita,” suara datuk meninggi. Harimau itu mengguap panjang. Dengan sekelip mata saja harimau besar hilang dari pandangan saya. Datuk tidak segera mengejutkan adik bongsunya. Menurut datuk pantang besar kalau kita menunggang harimau mengejutkan tuan rumah yang kita pergi sebelum tuan rumah itu terjaga.



Adik bongsu datuk terkejut , bila dia membuka pintu rumah pagi itu didapatinya kami duduk di kaki tangga. Dia mengucap panjang dan merasa takjub bagaimana kami boleh sampai pagi ke tempatnya sedangkan perintah berkurung berakhir pada jam enam pagi. Dia terus menyoal datuk bagaimana kami boleh sampai terlalu awal. Pertanyaan atau soalan itu tidak dijawab oleh datuk. Datuk mengubah tajuk perbualan pada perkara lain.

Sambil minum kopi pagi, adik bongsu datuk menceritakan keadaan kampung Hulu Kuang sambil bertanya khabar hal nenek serta anak cucu datuk. Perbualan datuk dengan adik bongsunya sungguh rancak pagi itu. Saya tidak banyak campur dalam perbualan mereka. Saya lebih senang berdiri di muka tingkap melihat daun-daun pokok yang menghijau serta puncak gunung yang diselimuti kabus nipis.

“Kau sakit, aku nampak kau kurus sangat ni,” saya terdengar suara datuk. Saya segera menoleh ke belakang. Saya lihat datuk sedang memerhati tubuh adik bongsunya yang cengkung dan kurus.

“Saya baru baik dari demam, dan tu kena berjaga malam pula,” jawab adik bongsu datuk.

“Hai, musim dharurat pun kena berjaga malam ?”

“Berjaga dalam rumah ?” sahut isteri adik bongsu datu dari dapur. Saya tertarik hati dengan perbualan itu. Memaksa saya duduk di sebelah datuk. Datuk saya lihat mengkerutkan keningnya.
“Kenapa pula tu. Ada pencuri ke ?” Pertanyaan itu tidak dijawab oleh adik bongsu datuk dan isterinya. Mereka kelihatan resah dan tidak menentu.

“Apa halnya cakap. Kalau boleh aku tolong, aku berusaha menolong kalau tak boleh kita cari orang lain untuk menolongnya,” datuk memberi sebuah harapan. Isteri adik bongsu datuk tersenyum. Adik bongsu datuk termenung panjang.

“Susah orang nak menolongnya,” begitu hampa nada suara adik bongsu datuk.

“Susah macam mana ?” tanya datuk.

“Kerja iblis.”

“Kita lawan cara iblis.”

Begini, di kampung ni ada toyol jadi-jadian , sekejap menjelma jadi kucing, sekejap jadi tikus.” Adik bongsu datuk menerangkan sambil merenung ke kiri kanan. Datuk terdiam. Lama juga datuk termenung. Datuk bangun berdiri di muka pintu. Tangan kanannya memaut jenang pintu. Datuk duduk kembali. “biasanya toyol jadi-jadian ni, ada orang yang membelanya. Dia mesti sepasang ada jantan betinanya. Rumah kau ada dia masuk ?”

“Ada, dia menyerupai kucing hitam, bila terserempak dengan kami dia menghilangkan diri.” Dengan penerangan adik bongsunya itu datuk dapat menduga bahawa toyol jadi-jadian itu masih belum mempunyai pasangan lagi.

Dan orang yang membela akan berusaha mencari pasangannya. Datuk memberitahu adik bongsunya, perkara itu boleh diatasi atau dilenyapkan terus dengan syarat dia harus tinggal di Hulu Kuang agak lama sedikit. Untuk mencari tuan punya toyol jadi-jadian itu memakan masa. Memerlukan beberapa syarat yang tertentu.

“Kerjanya sulit, tapi harapan masih ada kerana tuan punya masih mencari pasangannya lagi,” jelas datuk dengan tenang.

“Macam mana caranya ?” soal isteri adik bongsu datuk. Mendengarkan pertanyaan itu datuk tersenyum panjang sambil memicit pangkal dagu.

“Kita tunggu kalau ada perempuan mati beranak sulung, baru senang menangkap tuannya. ” Cakap datuk itu membuat adik bongsu datuk dan isterinya berpandangan.

Dalam kepala isteri adik bongsu datuk mula terbayang tentang perempuan-perempuan di Kampung Hulu Kuang yang mengandung anak sulung. Ada lima orang semuanya. Atas persetujuan orang-orang Kampung Hulu Kuang datuk diminta duduk di kampung tersebut selama dua bulan untuk menghalau toyol jadi-jadian yang menganggu kampung mereka.



Nasib datuk dan saya agak baik, baru tiga minggu di Hulu Kuang, terdengar salah seorang daripada penduduk kampung itu meninggal dunia ketika melahirkan anak sulung. Anak dan ibu mati serentak. Datuk pergi ke rumah keluarga yang malang itu, datuk turut sama menghantar jenazah ibu dan anak itu ke tanah kubur.
Tetapi, sebaik sahaja datuk pulang dari tanah kubur. Datuk tidak dapat tidur sepanjang malam.

Dia didatangi dengan berbagai-bagai mimpi yang ngeri dan menakutkan. Datuk membuka kertas firasat yang dibawanya. Waktu dia membaca firasat itulah datuk terdengar suara perempuan memujuk anak yang menangis di bawah rumah. Datuk membuka pintu, datuk melihat satu cahaya berekor panjang naik ke udara dari tanah perkuburan.

Datuk pun mengejutkan saya.
 
1741748112600.png



SIRI 12 : TOYOL JADI-JADIAN


Kalaulah bukan datuk yang mengejutkan saya di tengah malam buta itu sudah pasti kena penendang sulung saya. Kerana datuk, saya tidak dapat berbuat apa-apa. Terpaksa saya terima dengan manis muka, mestipun hati meradang dengan perbuatannya.

“Kenapa tok?” tanya saya sambil mengesel-gesel kelopak mata. Datuk tersenyum sambil meraba-raba misai bengkoknya yang macam tanduk seladang jantan. Sekali-kali misainya turut bergerak.

“Kita sudah hampir pada matlamatnya.”

“Matlamat apa tuk?”

“Mencari orang yang jadi tuan toyol.”

“Kalau kau faham baguslah.”

Datuk merebahkan badannya di sisi saya. Memang saya tidak sedar waktu mana datuk bangun. Bila saya buka kelopak mata, datuk sudah sudahpun selesai sembahyang subuh. Dia memaksa saya pergi ke perigi sendirian untuk mengambil air sembahyang. Saya patuh dengan cakapnya itu.


Datuk tidak dapat dapat melupakan kebiasaannya berjalan berbatu-batu sambil membasuh muka dan badannya dengan air embun waktu pagi. Datuk pula tidak mengambil semua air embun di daun kayu untuk membasuh muka dan badannya. Dia memilih jenis daun yang tidak miang atau gatal. Cara dia menyapu air ke muka juga agak ganjil. Dia memulakan dari pangkal dagu membawa ke atas hingga sampai ke gigi rambut. Kemudian baru dia membasuh kedua belah keningnya. Paling akhir sekali dilakukannya ialah memasukkan air ke dalam lubang hidung hingga bersin.

Kemudian datuk akan memijak rumput hijau tujuh kali ke arah matahari naik dan enam langkah ke arah matahari jatuh. Kebiasaannya itu, dibuatnya juga semasa dia berada di Ulu Kuang dekat Chemor, apa yang datuk lakukan saya terpaksa membuatnya dan datuk berjanji, pada suatu hari kelak, bila umur saya genap dua puluh satu tahun dia akan memberi beberapa mentera yang perlu dibaca bila mandiair embun.

Pagi itu, berjalanlah saya bersama datuk di pinggir Kampung Ulu Kuang sambil mandi air embun. Saya terasa seronok melihat matahari pagi dengan sinar yang kilau-kilauan di celah-celah pokok besar. Bila sinar matahari itu menikam air embun di hujung daun, kelihatan bermanik-manik dan sungguh menarik sekali.

Damai dan terhibur hati saya mendengan bunyi kicau beburung hutan yang bermacam ragam dan bermacam rupa yang terbang dan melompat dari dahan ke dahan. Sambil berjalan datuk memberitahu nama-nama burung yang saya nampak. Bilan matahari mula meninggi satu galah, saya dan datuk sudah jauh meninggalkan pinggir Kampung Ulu Kuang.



Kami memasuki satu lorong kecil menuju ke arah sebuah anak bukit. Di kaki bukit itu ternampak sebuah pokok berdinding tepas dan beratapkan daun rumbia. Tiangnya dari kayu hutan jenis bulat. Dalam jarak lima puluh langkah mahu sampai ke halaman pondok itu datuk berhenti berjalan.

“Kenapa datuk?” tanya saya ragu-ragu. Datuk diam, kedua belah tangannya dilekapkan atas dada. Kedua belah kelopak matanya dirapatkan. Datuk melangkah tujuh tapak ke depandan berdiri atas kedua belah tumit kakinya beberapa detik. Bila mata dibuka dan kedua belah tangan diluruskan serta tapak kaki memijak bumi, datuk kelihatan tersenyum.

“Memang tidak salah penglihatan aku malam tadi, cahaya dari tanah kubur itu menuju ke sini, “dengan tenang datuk bersuara. Saya jadi termanggu-manggu.

“Kita balik, kalu kita maju, kita bahaya,” datuk pun menarik tangan saya. Kami berpatah balik menuju ke rumah adik datuk.

Sepanjang jalan pulang itu datuk tidak banyak bercakap. Dia lebih banyak memerhatikan gerak geri rumput dan dedaun. Saya faham benar, bila datuk berbuat demikian ertinya dia menumpukan seluruh perhatinnya pada sesuatu benda yang tidak dapat dijangka oleh akal fikiran manusia biasa. Saya kira, fikiran dan perasaannya tertumpu ke satu alam yang lain.

Saya tidak berani bertanya padanya tentang hal itu. Saya takut dia naik angin. Kalau datuk naik angin, saya kena maki dengan percuma. Kalau datuk tidak maki, dia akan menjegilkan biji matanya sebesar telur ayam hutan.

“Jauh berjalan pagi ni,” soal adik datuk sebaik saja kami tiba di kaki tangga. Dia baru saja melepaskan ayam di reban. Saya tidak menjawab kecuali tersenyum panjang.

“Macam biasa,” balas datuk. Kami terus membasuh kaki dan memijak tangga naik ke rumah.

Di rumah tengah rumah sudah tersedia sarapan. Air kopi pekat dan rebus ubi kayu serta kelapa parut.

“Rumah siapa dekat belukar tu,” datuk mengkemukakan soalan. Adik datuk terdiam mengingati sesuatu.

“Rumah Kidon.”

“Orang sini jati?”

“Tidak, macam kita juga berasal tanah seberang.”

“Orang Padang ke orang Jambi.”

Pertanyaan datuk itu segera dijawab oleh adiknya. Saya sudahpun berhenti makan ubi rebus, Isteri adik datuk sudah turun ke tanah pergi ke ladang. Bila pertanyaan itu tidak mendapat jawapan, datuk tidak lagi mahu mengemukakan pertanyaan. Dia terus menghirup air kopi dengan tenang.

“Dari Sumatera katanya dari keturunan Batak,” tiba-tiba saja adik datuk bersuara.

“Ada bini tak?” cara tidak sengaja saya bertanya. Datuk menjeling tajam pada saya.

“Dah mati, bininya orang Kedah, emak bapanya bininya menetap di Kuala Kangsar” terang adik datuk dengan jujur.

“Ada anak?’ cepat-cepat datuk meningkah.

“Tak ada, bininya tu mati bersalin anak sulung,”

“Hummmm…,” suara datuk perlahan. Dia menekan pipi kirinya dengan tangan kanan. Terus-terang datuk menyatakan pada adiknya, bahawa dia perlu duduk di Ulu Kuang paling kurang enam bulan. Datuk juga meminta adiknya membuat sebuah pondok untuk diri dengan alasan senang untuk beramal ibadat serta berusaha menghancurkan tuanpunya toyol jadi-jadian. Permintaan datuk itu tidak keberatan untuk dipenuhi oleh adiknya.

Seminggu kemudian, terpacaklah sebuah pondok baru di Ulu Kuang Chemor yang didirikan secara gotong-royong oleh penduduk-penduduk di situ. Saya dan datuk pun pindahlah ke pondok baru.

Perkara yang tidak menyenangkan hati saya, bila duduk di pondok baru, ialah bila bulan menggambang penuh. Ketika itu kelihatanlah beberapa ekor harimau besar di depan pondok. Dari atas pondok datuk melompat ke tanah lalu bersilat dengan harimau-harimau itu.

Sekiranya, datuk malas ke tanah kerana badannya terlalu letih. Harimau-harimau itu akan menjulurkan ekornya dari celah lantai buluh. Datuk akan mencium atau mengurut-urut ekor harimau itu sambil membelitkan ke batang lehernya. Bila terdengar bunyi suara burung jampok atau burung hantu, barulah datuk memerintahkan harimau-harimau perliharaannya pulang.

“Ambilkan aku kain putih, mangkok putih, taruh air dalam mangkok putih separuh, kain putih letakkan ke dinding,” datuk mengeluarkan perintah pada saya malam itu. Kalau tidak silap, malam itu malam Rabu kira-kira pukul sepuluh. Apa yang diperintahkan datuk saya lakukan dengan senang hati.

Datuk duduk bersila di tengan pondok, Asap kemenyan dari dupa melintuk-liuk memenuhi ruang pondok. Baunya semerbak. Datuk mengatur tujuh piring di depan. Piring tepi sebelah kanan ditaruh batang lengkuas, sementara di sebelah kiri ditaruh sebatang serai. Piring tengah ditaruh darah ayam yang disembelihnya petang tadi.

Tiba-tiba seekor kucing hitam melompat masuk ke tengah pondok melalui pintu yang terdedah. Kucing itu merenung muka datuk dengan tajam. Datuk menghalaunya, kucing itu tidak mahu bergerak. Saya lihat datuk mengeluarkan secekak tualng-tulang ikan dari karung yang terletak sebelah kanannya. Datuk melemparkan tulang-tulang ikan kering itu pada kucing hitam. Dengan tiba-tiba batang lilin yang menyala padam. Saya menyalakan lilin tersebut. Saya lihat kucing hitam sudah hilang dan tempatnya diganti oleh sebungkus kain hitam. Saya kenal, kain hitam itu kepunyaan datuk.

Datuk menyuruh saya memadamkan lampu minyak tanah. Sebatang lilin yang bercahaya dipadamkannya. Keadaan dalam rumah jadi agak samar-samar dan sepi sekali. Bunyi katak dan cengkerik jelas kedengaran. Sayup-sayup terdengar suara burung hantu ganas di ranting. Atap pondok bagaikan bergerak-gerak ditempoh angin. Serentak dengan itu terdengar bunyi air menimpa atap pondok. Bulu roma saya tegak berdiri bila terdengar bunyi suara orang perempuan ketawa dan menangis tersedu-sedu, dekat pokok tembusu di belakang pondok.

“Suara langsuir, bertenang cucuku, bertenang kitan mencari jalan kebaikan dan bukan jalan jahat,” bidik datuk ke telinga saya.

Datuk tidak bergerak bila seketul batu besar meluru masuk ke dalam pondok. Batu itu tepat mengenai pangkal bahu kiri datuk. Bila batu jatuh atas lantai, pondok kecil bergegar datuk tidak peduli. Dengan pertolongan cahaya lilin saya merenung ke muka pintu. Satu lembaga besar tanpa tangan, tanpa kaki dan kepala berdiri di situ.

Datuk menarik muka saya. Dia suruh saya melihat air dalam mangkok putih. Di luar guruh bersahut-sahutan sedangkan cuaca malam itu cukup baik.

“Pedulikan semuanya itu, sekarang kau tengok kain putih tu, apa yang kau lihat, jangan kau ceritakan pada sesiapa, kalau kau buat juga padahnya kau tanggung sendiri,” kata datuk, dia terus menabur kemenyan atas bara dalam dupa.

Saya terpaku, saya hampir tidak percaya dengan apa yang saya lihat pada kain putih. Saya raba ibu jari kaki saya, saya raba telinga kanan saya, semuanya ada dan saya tahu, bahawa apa yang saya lihat itu bukan mimpi. Saya melihatnya dalam keadaan sedar dan siuman.

Saya melihat pada kain putih itu, batang tubuh seorang lelaki sedang menggali kubur. Lelaki itu melakukannya waktu malam, Badannya kelihatan berpeluh.

“Itulah Kidon mengorek kubur anaknya,” datuk memberi tahu saya.

Saya lihat mata cangkul Kidon menyentuh papan keranda. Kidon meletakkan cangkul ke tepi lalu menyapu peluh di dahi sebentar.

Kidon mengambil sebatang besi lalu mencungkil papan keranda. Bau busuk membuat dia hampir-hampir muntah. Kidon tidak peduli semuanya itu. Dia turun ke dalam lubang kubur. Dia menatang mayat anaknya keluar dari dalam kubur. Diletakkan dekat pokok.

Kidon masukkan papan keranda kembali, kemudian menimbus lubang kubur seperti sedia kala. Kidon masukkan mayat anaknya ke dalam guni plastik berwarna hijau. Dia memikul cangkul dan besi di bahu kiri. Tangan kanannya menjinjing mayat anaknya, macam menjinjing ikan dari pasar.


Sampai di rumah Kidon membuka kain kapan anaknya. Mayat anaknya diletakkan atas para yang sudah disiapkannya terlebih dahulu. Dia membasuh mayat anaknya dalam baldi besar.


“Air basuh mayat itu, diambil dri tujuh kuala anak sungai,” beritahu datuk pada saya. Saya angguk kepala. Mata tidak berkelip melihat kain putih, macam menonton wayang gambar, cuma tidak ada iringan muzik saja. Datuk hanya menerangkan sesekali saja pada saya. Anehnya datuk tidak melihat apa yang terjadi pada kian putih. Kedua matanya pemjam rapat seperti orang tidur, dengkor nafasnya macam orang yang sedang tidur lena.

Ketika itu, saya seperti tidak berada di dalam pondok. Saya berada di satu tempat asing sungguh sunyi sepi sekali.

“Air itu diambil ketika remang-remang senja, bersama bunyi gagak,” ujur datuk.
Saya lihat Kidon membuka semua pakaian di badan. Dia sudah bogel. Tujuh bunga yang berlainan warna dimasukkan ke dalam baldi. Selesai memandikan mayat anaknya, Kidon merenjiskan pula dengan air sebanyak tujuh kali, mulutnya membaca susuatu Kidon basuh muka dan minum air yang telah digunakan membasuh mayat anaknya tadi.

Saya perhatikan,. Kidon melakukan semuanya itu dengan teliti. Setitik air pun tidak jatuh ke atas lantai. Mayat anak itu diletakkan atas para. Kidon ambil air mandi mayat anaknya. Disiramkannya ke atas kepalanya hingga ke hujung kaki.

Selesai dengan tugas itu, Kidon melumurkan mayat anaknya dengan abu dapur dan minyak kelapa. Mayat anaknya tiu dibawa masuk ke dalam satu bilik. Disitu sudah tersedia sebuah salai tergantung. Mayat anaknya diletakkan atas salai tersebut dan ditutup dengan kulit kambing.


Kidon keluar dari kamar itu. Masuk semula dengan membawa zing buruk. Zing itu diletakkan di bawah salai. Atas zing itu ditaruh kayu arang dan habuk-habuk papan. Kidon menghidupkan api. Bila kayu arang sudah menjadi bara, barulah dia beredar.

“Mayat itu disalaikan selama empat puluh empat hari, dan Kidon terpaksa berpuasa selama tujuh hari tujuh malam, amalan itu dikenali dengan nama puasa pati Geni,” datuk membisikkan ke telinga saya. Di kain putih saya lihat Kidon duduk dengan meletakkan kedua belah tangannya atas lutut kiri dan kanan.



Dia membilang biji tasbih. Menurut datuk pekerjaan itu dilakukan tanpa diketahui oleh orang lain, selepas menjalani puasa tujuh hari barulah Kidon keluar rumah membuat pekerjaan biasanya iaitu menoreh getah di kebun Haji Ahmad Alam Shah. Bila mayat bayi sudah cukup disalai selama empat puluh empat hari, Kidon pun mencari dan menyediakan manisan lebah, pisang emas dan pisang embun. Kidon juga menyediakan sebuah katil lengkap dengan cadar dan bantal untuk seorang bayi.

Waktu tengah malam mayat itu pun diturunkan dari tempat salai, panjangnya cuma sejengkal dan besar lebih kurang sama besar dengan anak yang berusia dua tahun, sambil memangku bayinya di tangan kiri, Kidon membasahkan tubuhnya dengan air dengan tangan kanan. Dia terus berbisik dengan tenang ke telinga anaknya begini :

“Dengarlah anakku,
Perasaan dan hatimu
Bersatu dengan aku
Dua tubuh Satu harapanku
Kaulah yang mengerjakannya
Tujuh lapis bumi,
Tujuh lapis langit,
Bersatu di bukit Kaf
Bersemadi dalam diri kita."

Selesai Kidon membisikkan pada telinga anaknya, dia menarik nafas panjang-panjang, kemudian bibir bayi yang kering itu ditiupnya. Dia melakukan ini selama tujuh pagi dan tujuh malam. Mayat bayi kering itu diletakkan di tempat tidur dengan berteman lampu yang terus menyala selama dua puluh empat jam. Kidon yang berbadan kurus itu, bertambah kurus kerana kurang tidur. Taou dia merasa pusa. Dalam tempoh beberapa hari lagi mayat anaknya akan dapat digunakan untuk mencari harta orang kampung. Dia terus membayangkan tentang kemewahan dan kesenangkan dirinya sendiri.

Masa yang ditunggu pun tiba. Kidon masuk ke dalam bilik bayi keringnya. Dia mencium ubun-ubun bayi kering itu. Tiba-tiba ubun-ubun bayi kering itu mengeluarkan asap setelah Kidon menggunakan jampi serapah. Bayi kering itu menjelma menjadi kucing jantan hitam. Menjilat-jilat tapak tangan Kidon. Kidon pun menepuk-nepuk kepala kucing hitam. Kidon menjilat kaki kucing dengan lidahnya. Kemudian Kidon memberikan belut kering pada kucing itu. Dalam masa beberapa saat saja, belut kering itu habis dimakan oleh kucing itu.

“Kau pergi ke rumah orang kaya, kau ambil wangnya separuh dan bawa kemari,” Kidon memerintah kucing hitam.

Kucing itu menggaru-garu paapn lantai akhirnya terjun ikut tingkap. Tugas Kidon setiap malam ialah menumpukan perhatian pada pelita minyak tanah di depannya. Jika api pelitanya bergoyang tanpa angin ertinya toyol jelmaannya dalam bahaya, bagi mengatasinya dia harus memadamkan api pelita itu dengan secepat mungkin. Toyol jelmaannya akan ghaib dari pandangan orang. Saya terkejut bila melihat Kidon tersungkur di kain putih.

“Ilmunya sudah aku tawarkan,” suara datuk keras.

Dia membuka mata. Air dalam mangkok putih tertumpah dengan sendirinya. Lilin yang padam menyala sendiri begitu juga dengan pelita minyak tanah. Saya lihat dari kain hitam keluar asap berkepul-kepil. Tulang-tulang ikan yang berserakan atas lantai berkumpul dengan sendiri dan bergerak masuk ke dalam karung di samping datuk. Bila asap dari kain hitam hilang. Datuk pun mengangkat kain hitam itu.

“Kau lihat,” ujar datuk pada saya. Saya menggigit bibir. Saya lihat mayat kering terdampar atas lantai pondok. Baunya cukup busuk. Tekak saya jadi loya dan mahu muntah dibuatnya. Datuk membiarkan mayat kering itu di situ.

“Kau pulangkan pada yang berhak,” datuk bersuara lagi sambil menyiramkan darah ayam pada mayat kering. Saya perhatikan mayat kering itu bagaikan bergerak-gerak. Bila datuk melangkah mahu duduk di tempat asalnya. Seorang lelaki muncul di muka pintu membawa parang panjang. Badannya kurus. Di luar bunyi suara burung hantu kembali menguasai malam yang sepi. Di bawah pondok terdengar bunyi suara perempuan menangis.

“Kau datang Kidon,” lantang suara datuk.

“Jangan buat aku begini, aku mahu hidup, jawab Kidon.

“Kerjamu salah di sisi agama. Kau menyiksa mayat anakmu. Kau jadi tuan pada toyol jelmaan ini. Aku tahu dalam minggu ini kau mahu mencari pasangannya, bukan begitu Kidon.”

“Memang benar, bergitulah rancangan aku, tapi aku terpaksa membatalkannya, kerana menurut firasatku ada oang yang tahu rancangan aku tu, orang itu adalah kau.”

“Sekarang, apa yang kau mahu dari aku Kidon?”

“Pulangkan toyol jelmaan itu pada aku, aku sembah kau, aku sujud pada kau, janganlah perkara ini dihebuhkan.”

“Aku tidak mahu menghebahkan pada sesiapa tapi toyolmu akan aku pulangkan ke tempatnya malam ini juga.” Datuk memberi keputusan muktamad.

Kidon terdiam seketika. Dia melompat turun dan menghilangkan diri dalam kegelapan malam. Suara langsuir ketawa kedengaran dengan jelas. Bila suara itu hilang, saya terdengan suara orang menjerit meminta tolong. Saya renung muka datuk. Dia kelihatan muram. Niat saya mahu bertanya padanya suara siapa yng menjerit itu jadi terbantut melihat wajahnya dalam keadaan begitu. Suara siapa itu? Saya bertanya dalam hati. Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dada saya. Dia pun rapat pada saya.
 
1741748768565.png



SIRI 13: PENUNGGU HUTAN HULU KINTA



Datuk terus berbisik kepada saya, “tidurlah, esok kau akan tahu apa yang dah terjadi,” saya angguk kepala dan cuba memejamkan mata dengan harapan saya akan terus terlena. Usaha saya itu gagal sama sekali. Tetapi banyak perkara yang menakutkan datang dalam kepala saya. Datuk tahu dengan apa yang saya alami. Dua kali dia menghembus muka saay, kemudian memicit batang leher saya mencari urat tidur. Bila urat tidur itu dipicitnya, mata saya terasa berat sekali. Akhirnya saya terlena.

Bila saya membukakan kelopak mata, saya lihat datuk sudah pun selesai sembahyang subuh. Tanpa banyak bicara saya terus ke perigi mengambil air sembahyang. Bila saya mahu memulakan sembahyang saya lihat datuk menyandarkan badannya ke dinding. Kedua belah kakinya diluruskan.

“Aku harap kau akan jadi orang Islam yang teguh dengan rukun yang lima bila kau sudah jadi macam aku,” ujar datuk sebaik saja saya menyelesaikan perintah Allah. Saya tersenyum.


“Sembahyang itu tiang agama, kita pandai bercakap dan tahu hukum agama tidak bererti, kalau kita tidak sembahyang,” tambahnya sambil bangun. Datuk berdiri di muka pintu melihat matahari pagi yang mula terbit di kaki langit. Bunyi kicau burung mula kedengaran. Datuk turun ke tanah. Datuk turun ke tanah. Saya mengikutinya dari belakang. Sampai dekat pokok besar datuk berhenti berjalan.

“Kenapa ? Datuk tak mahu mandi embun pagi ni ?” tanya saya.

“Mandi, tapi aku nak mencari mayat Kidon dulu.”

“Aku agak di kawasan ni, kau cari arah matahari terbit dan aku arah matahari jatuh.” ” Baiklah Tok.”
Saya berjalan menuju ke arah pokok jejawi besar. Lebih kurang dalam dua puluh langkah mahu sampai ke pangkal pokok jejawi besar, saya terserempak dengan mayat Kidon. Badan saya menggigil saya lihat mayat Kidon tanpa kepala. Seluruh badannya bercalar, macam digaru oleh binatang buas. Datuk pun segera saya panggil.

“Kenapa ?” soal datuk

“Mayat.”

“Mayat,” suara datuk menurun. Dia pun melangkah menuju ke arah mayat Kidon. Datuk mematahkan anak-anak pokok lalu menutup mayat Kidon.

“Kita mandi embun dulu,” kata datuk dengan senyum.

“Mayat ni macam mana tok ?”

“Biarkan di situ dulu, lepas mandi embun baru kita uruskan, baru kita beritahu pada orang kampung.”

“Saya faham tok.”

Pagi itu, kami berjalan di tepi hutan kecil sambil mandi embun. Badan terasa cukup segar. Bila mandi embun selesai. Datuk terus menemui ketua kampung. Kerana Kidon tidak mempunyai sanak saudara, urusan pengkebumian mayatnya diuruskan oleh pesatuan khairat kematian kampung itu. Ketua kampung memberitahu pada semua penduduk, bahawa kematian Kidon di baham oleh harimau. Perkara yang serupa itu juga dilapurkan kepada pihak polis. Sejak kematian Kidon, Kampung Hulu Kuang tidak lagi diancam toyol yang mencuri wang penduduk dan barang-barang yang berharga.

Seminggu selepas itu kematian Kidon, pondoknya terbakar dengan sendiri waktu dinihari. Akhirnya orang-orang kampung tahu juga yang Kidon membela toyol jadi-jadian. Mereka datang mengucapkantahniah atas kejayaan datuk.

“Saya tidak membunuh Kidon, dia mati dimakan oleh toyol yang diciptanya sendiri, biasanya toyol jadi-jadian boleh mendurhaka pada tuannya, itulah kepala Kidon hilang,” kata datuk pada pada orang-orang kampung yang melawat pondok Kidon yang terbakar itu.

Waktu datuk mengkais-kais di kawasan rumah Kidon yang sudah dimakan api, datuk menemui tengkorak. Datuk yakin tengkorak itu ialah tengkorak Kidon. Masuk minggu kedua Kidon dikuburkan orang-orang kampung terdengar bunyi suara lelaki menjerit dari tanah kubur waktu malam. Bila disiasat ternyata suara itu datangnya dari kubur Kidon. Orang-oang kampung terpaksa membacakan Surah Yassin selama dua minggu di surau, mohon pada Allah supaya suara menjerit itu tidak kedengari oleh orang-orang kampung. Akhirnya dengan kuasa Allah yang maha besar suara itu tidak kedengaran lagi.

Menurut Imam Masjid kampung tersebut, perkara itu berlaku adalah dengan kuasa Allah yang mahu memperlihatkan kepada manusia di dunia, bahawa sesuatu yang dilakukan tidak mengikut atau terkeluar dari hukum-hukum agama akan mendapat balasan yang setimpal dari perbuatannya itu.

“Orang-orang islam yang baik mendapat rezeki yang halal melalui titik peluhnya sendiri, Islam menyuruh umatnya berusaha dengan cara yang baik, saya harap apa yang terjadi pada diri Kidon akan menjadi pelajaran pada kita semua.” Imam Kampung Hulu Kuang yang berbadan tegap itu memberitahu pada semua penduduk di satu petang di dewan orang ramai.



Dalam jangkaannya, saya dan datuk akan meninggalkan Hulu Kuang pada petang Khamis kerana pada malam Jumaat datuk akan bermalam di rumah isteri mudanya orang bunian. Jangkaan itu tidak terlaksana. Waktu saya bersiap-siap pada petang Rabu seorang lelaki dari Tanjung Rambutan mengajak datuk menembak kijang di Hulu Kinta.

“Saya setuju, tapi macam mana sekarang musim dharurat,” datuk bertanya pada orang yang mengajaknya. Orang itu ketawa.

“Sebenarnya, saya memang ada memasang jerat pelanduk, kancil dan lain-lain di hutan Hulu Kinta, kita dikenakan perintah berkurung pada waktu malam saja,”

“Jadi.”

“Kita boleh pergi pada waktu siang.”

“Hum begitu.”

“Tentu Setuju.”

Pada pagi Khamis, saya dan datuk menaiki bas dari Chemor ke Tanjung Rambutan. Dari situ berjalan kaki menuju ke batu lapan. Belumpun pukul sepuluh kami sudah berada di dalam hutan tebal. Sebelum itu kami melapurkan diri di Balai Polis Tanjung Rambutan dan menyatakan tujuan kami masuk ke dalam hutan.



Kawan baru datuk itu memberikan senapang kampunnya untuk digunakan oleh datuk di samping itu dia juga menyuruh datuk membuat beberapa jerat baru. Sampai di satu kawasan, kawan baru datuk menyuruh saya dan datuk menuju ke arah sebuah anak bukit yang menurutnya di situ ada beberapa jerat yang sedang dipasang. Sedangkan dia menuju ke arah lain.

Berpeluh juga saya berjalan dalam hutan itu. Satu keistimewaan datuk yang tidak terdaya saya melawannya ialah, dia terlalu cepat bergerak dalam hutan. Dahan-dahan dan pokok-pokok yang dipijaknya tidak berbunyi. Saya terkejut besar bila seekor harimau dengan tiba-tiba muncul dari balik rimbun pokok salak jambi. Matanya tajam merenung saya. Ekornya bergerak-gerak.


“Ah, kamu jangan kacau aku nak lalau di sini, pergi cari makan tempat lain,” begitulah datuk berdialog dengan harimau. Dan harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang datuk katakan itu. Dia bergerak perlahan-lahan dan akhirnya menghilangkan diri dalamhutan yang tebal itu.

“Berhenti,” datuk memamaut bahu saya.

“Kenapa tok ?”

“Sembunyikan diri balik pokok.” saya pun akur dengan cakap datuk. Dia meniarap di pangkal pokok besar. Saya juga begitu. Datuk mencangkung, macam kucing mahu menerkam sesuatu. Mata datuk tajam melihat pada rimbun anak-anak pokok yang bergerak. Seekor kancil muncul di depan kami. Datuk melompat bagaikan kucing, dalam sekelip mata saja dia berjaya menangkap kancil lalu dimasukkan ke dalam guni.

Kawasan yang kami masuk itu, sekarang sudah dijadikan pusat latihan dan rumah pasukan polis hutan- Hulu Kinta. Hutan tebal yang kami jelajahi dulu, sudah digantikan dengan hutan rumah pangsa yang bertingkat-tingkat. Datuk dan saya terus berjalan, kalaulah datuk itu adik saya sudah pasti saya menarik tangannya pulang, saya terasa bosan berjalan dalam hutan yang tebal dan lembab, dnegan bermacam-macam bunyi burung hutan. Saya merasakan kesal mengikutnya, kalaulah saya mengikut cakap adik datuk yang menyuruh saya tinggal di rumah tentulah saya tidak mengalami kesengsaraan semacam ini.

Bila saya fikirkan dalam-dalam, ada baiknya menurut datuk berburu dalam hutan. Dapat menambahkan pengalaman saya sendiri. Kepala dah hati terus melayan perasaan, kaki terus juga melangkah meredah duri dan onak. Saya mula terasa dahaga, tekak terasa cukup kering,

“Saya dahaga tok.”

“Kau memang banyak ragam, tadi gatal sangat nak ikut.”

“Jahanam.” Datuk merungut panjang sambil menyambung, “jalan ke depan lagi kalau-kalau ada paya atau kolam, lepas tu kau minum sampai bengkak perut,” datuk terus menolak saya. Ramalan datuk tepat, dua puluh langkah melangkah ke depan kami bersua dengan sebuah paya airnya cukup jernih. Bila saya mahu minum datuk segera menahan.

“Jangan minum.”

“Saya haus tok.”

“Minum di sini, datuk pun mencetus akar besar yang tergantung dari sepohon pokok rendang. Bila akar itu dipotong, darinya keluar air yang bersih. Dan air itu terus saya minum. Dahaga saya terus hilang. Bila saya merenung ke arah paya yang berair jernih, saya lihat air di paya itu bergerak-gerak . Di tengah perut paya itu terdapat seketul batu besar macam bentuk kapal. Saya terdengar bunyi suara orang ketawa panjang tetapi bentuk manusia memang tidak kelihatan.

“Ada suara tok.”

“Aku tahu, aku mendengarnya kerana itu aku tidak membenarkan kau meminum air paya.”

“Kita balik saja tok.”

“Tak usah kita tengok apa yang terjadi.”

Datuk dan saya pun segera bersembunyi di dalam rumpun pokok-pokok hutan. Sya lihat seorang perempuan berkulit putih berambut panjang sampai ke pinggang. Perempuan itu berkemban berenang ke tengah dan ke tepi sambil ketawa. Tiba-tiba perempuan itu hilang. Cuma yang tinggal di tengah paya ialah gelombang air yang beralun-alun memburu tepi paya.

“Siapa tu tok,” saya menyoal.

“Penunggu paya, jangan tunggu lama di sini, susah kita ,” datuk dan saya mula mengubah haluan, kami berjalan ke arah selatan. Datuk mula terasa sesuatu yang ganjil. Dia menyatakan rasa sangsinya terhadap kenalan barunya yang mengajak dia masuk hutan tadi.

Dia mula merasa kesal menerima pelawaan kawannya itu. Lebih aneh lagi kenalan barunya itu tidak pula menjumpai orang-orang di Hulu Kuang sebelum menemuinya. Masa melapurkan diri di Balai Polis Tanjung Rambutan, anggota polis bertugas di situ tidak menyoalnya, seolah-olah kenalan baru datuk itu wujud di depan anggota polis itu, meskipun kenalan datuk itu berdiri di depannya.

“Keganjilannya baru aku sedar sekarang,” rungut datuk. Saya tersenyum. Tetapi wajah datuk kelihatan muram membayangkan rasa kesal yang amat berat dideritainya.

“Aneh juga kawan kita tu, aku bagaikan terpukau. Apakah dia benar-benar manusia atau jin atau syaitan,” sebaik saja datuk berhenti bercakap, kenalan barunya terpacul di depan kami. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan datuk. Datuk menyambutnya. Mulut datuk bagaikan terkunci. Tidak terlahir kata-kata. Kata kenalan datuk itu menundingkan jarinya ke arah barat daya. Datuk angguk kepala lalu menarik tangan saya ke arah barat daya. Bila datuk dan saya menoleh ke belakang, kenalan datuk itu sudah tiada lagi.

Saya terasa bulu tengkuk saya meremang. Bau harum dan wangi mula menusuk lubang hidung saya dan datuk.

Datuk dan saya tidak berkata walau sepatahpun kami terus berjalan hingga sampai ke tebing Sungai Kinta. Di seberang sungai terdapat perkampungan orang asli. Perkampungan orang asli itu sekarang terkenal dengan nama Kinta Intek, kebanyakkan orang asli di situ sudah memeluk agama Islam.

Matahari sudah mula condong, bunyi deru air Sungai Kinta memekakkan lubang telinga. Datuk dan saya terus membasuh muka. Tidak jauh dari tempat kami berdiri terdapat sebuah jambatan merintangi sungai tersebut. Di sekitar kawasan jambatan itu sekarang jadi tumpuan orang ramai setiap hari Ahad untuk berkelah.

“Ke mana kita nak pergi tok, ” saya menyoal datuk.

“Nampaknya ada orang mahu menguji ilmu aku, tapi biarkanlah, ilmu yang aku tuntut untuk kebaikan . Allah yang tahu hati aku,” datuk bagaikan mengeluh. Dia turun ke dalam sungai dan mandi. Lepas mandi datuk tukar pakaian, memeng datuk membawa dua pasang pakaian satu untuk dipakai waktu berjalan dalam hutan, mana kala satu lagi digunakan untuk sembahyang. Datuk terus sembahyang asar di tepi sungai. Marah juga datuk pada saya kerana tidak membawa pakaian yang bersih untuk sembahyang.

Lama juga datuk duduk berehat di tepi sungai. Dia membaca sesuatu dan mengambil seketul batu. Batu itu dilemparkannya ke dalam sungai. Saya diam saja. Biarlah datuk melakukan apa saja yang difikirkannya patut. Dalam keadaan yang tidak tentu arah itu, saya tercium bau yang cukup wangi. Saya kira kenalan baru datuk akan menjelma di depan kami. Bau wangi itu hilang, kenalan datuk tidak juga menjelma.

Saya terus melihat langit, matahari kain condong ke barat. Hati saya sudah menggelabah. Datuk masih juga tenang dan damai.

“Kita balik saja,” datuk memberitahu saya. Cepat-cepat saya anggukan kepala. Saya dan datuk berpusing-pusing dalam hutan Hulu Kinta mencari jalan keluar. Kami tidak dapat menemui jalan yang mana kami lalu tadi, yang anehnay ialah sejauh mana kami bergerak, baik arah matahari jatuh atau matahari naik, kami akan sampai juga ke tepi tebing sungai, malah untuk sampai ke jambatan di sebelah hilir sungai kami tidak berdaya.



Jambatan itu nampak dekat dan kami boleh melihat orang asli berjalan di atasnya, tapi kami tidak dapat menembusi hutan tebal untuk sampai ke jambatan. Berkali-kali diusahakan untuk pergi ke situ tetapi kami gagal juga. Pergi balik pergi balik kami tetap berlegar-legar di kawasan tepi sungai itu juga.

Hari mula remang senja. Datuk menggunakan segala kepandaiannya, ternyata kepandaian datuk tidak berguna sama sekali di dalam hutan Hulu Kinta. Akhirnya datuk memutuskan untuk bermalam saja di tepi tebing sungai tersebut. Waktu saya mahu pergi ke dalam perut sungai, saya terserempak dengan seekor ular, sebesar batang kelapa. Saya menjerit. Datuk segara menghampiri saya. Datuk juga terkejut melihat ular besar itu. Lama juga datuk menenung mata ular itu.

“Matanya berkedip.” Kata datuk dengan penuh semangat.

“Kenapa, mata ular tidak berkedip ke datuk ?”

“Biasanya begitulah, kalau berkedip tu, tandanya jin atau bukan ular biasa.”

Saya terdiam mendengar penerangan datuk itu. Lagi sekali, saya dan datuk tercium bau wangi yang amat sangat. Hari bertambah gelap. Fikiran saya bertambah kacau. Datuk terus mengadap ular besar. Perlahan-lahan ular itu membuka lingkarannya. Dalam sekelip mata saja, ekornya menjunam ke dalam sungai. Air sungai yang mengalir deras jadi tertahan. Saya lihat air sungai mula melimpah ke atas terbing. Menenggelamkan batu-batu besar di tengah sungai di bahagian hulu, manakala di bahagian hilir sungai, saya lihat air tidak mengalir.

Saya perhatikan datuk bercakap sesuatu dengan ular tersebut. Setiap kali datuk mengahkiri percakapannya, ular itu mengerakkan kelopak matanya. Ular itu bagaikan mengerti dengan apa yang datuk cakapkan. Datuk menyuruh saya menutup mata. Saya patut pada cakapnya. Masa saya menutup mata itu saya terdengar bunyi suara angin yang cukup kuat. Saya juga terdengar bunyi dahan patah dirempuh angin. Bumi yang saya pijak saya rasa bergerak macam berlaku gerak gempa yang cukup dahsyat.

“Buka mata,” ujar datuk.

Saya pun membuka mata. Saya dapat diri saya dan datuk berada di sebuah surau tua. Saya terdengar suara Azan. Seorang lelaki berjubah hijau, berjanggut separas dada menyuruh saya dan datuk mengambil air sembahyang, orang tua berserban hijau itu menjadi Imam sembahyang Maghrib. Selepas membaca doa, orang tua berserban hijau itu menghantar saya dan datuk ke perkampungan orang asli. Dia menyerahkan saya pada penghulu orang asli yang dipanggilnya dengan nama tok batin bah aloi. Dia juga menyuruh penghulu orang asli itu menghantar saya dan datuk ke jalan besar Tanjung Rambutan - Ipoh pada siang esoknya. Penghulu orang asli itu memberi pengakuan akan membuat apa yang diperintahnya.

Bila orang tua itu membuka serban dan bersalaman dengan datuk, barulah saya kenal bahawa orang tua itulah yang menjadi kenalan baru datuk itu. Dia mengucapkan terima kasih pada datuk yang telah membinasakan Kidon. Dia juga mengingatkan datuk supaya jangan datang ke hutan Hulu Kinta tanpa menemuinya terlebih dahulu. Menurutnya, kawasan hutan Hulu Kinta adalah kawasannya. Dia juga meminta datuk memulangkan kancil yang ditangkap oleh datuk.


“Kalau kamu tidak menangkap binatang peliharaan aku, kami tidak akan sesat di sini,” katanya dengan senyum.

“Tapi, awak yang mengajak saya ke mari berburu ?”

“Saya mahu menguji sejauh mana awak boleh menghargai nyawa makhluk lain,” katanya dengan senyum.

“Saya jadi bingung dengan perbuatan kamu,” tingkah datuk.

Jangan bingung, selain dari manusia ada makhluk lain diam di bumi ini, kamu harus mengenali mereka, tapi kau terlebih dulu mengenali kekuasaan Allah yang menjadikan langit dan bumi,” tambah lelaki serban hijau. Kemudian dia menghilangkan diri. Sebelum tidur, penghulu orang asli memberitahu saya dan datuk dia telah memeluk agama Islam.

Orang bertanggung jawab mendorong dia memeluk agama islam ialah lelaki serban hijau itu. Saya menggigit lidah mendengar cakapnya. Datuk pun menceritakan semua peristiwa yang kami alami pada penghulu orang asli. Dia ketawa. Menurutnya ular besar memang selalu ditemui oleh anak buahnya. Anehnya ular itu tidak pernah membinasakan orang.

“Kalau dia lahu di depan rumah kami, waktu senja menunjukkan ada perkara yang tidak baik akan berlaku, tiga bulan dulu dia melintas waktu senja di kampung kami, seminggu kemudian anak saya mati lemas,” kata penghulu orang asli. Saya dan datuk anggukkan kepala.

“Lelaki serban hijau tu siapa tok batin ?” tanya saya

“Haji Lokman,” jawab penghulu orang asli. Selepas tida ada pertanyaan yang keluar dari mulut saya atau datuk. Saya dan datuk disuruh tidur di bahagian depan rumah penghulu itu. Pagi esoknya atas permintaan datuk penghulu orang asli itu membawa saya dan datuk ke kawasan tempat kami bertemu dengan lelaki serban hijau itu. Tidak terdapat sebarang kesan atau tanda kawasan itu pernah didiami oleh sesiapa pun.

“Di tempat ni tak ada apa-apa, dulu kami jumpa orang komunis bunuh diri di sini,” tanpa diminta penghulu orang asli menerangkan.

Saya dan datuk dihantar oleh penghulu orang asli hingga ke tepi jalan besar. Datuk dan saya membuat keputusan untuk berjalan kaki sahaja pergi ke Pekan Tanjung Rambutan yang jaraknya kira-kira dua batu saja. Sedang seronok melangkah, kenalan baru datuk muncul di depan kami dalam masa dua saat, kemudian dia menghilangkan diri. Sebaik saja saya dan datuk sampai di depan balai polis Tanjung Rambutan, beberapa orang Hulu Kuang bersama adik datuk tersenyum memandang kami, mereka sedang merancang untuk mencari kami di dalam hutan.
 
SIRI 14: BERSUAMIKAN HANTU RAYA


Tanpabertangguh-tangguh lagi datuk pun menceritakan, apa yang kami alami dalam hutanUlu Kinta pada orang-orang kampung Ulu Kinta yang menanti kami di depan BalaiPolis Tanjung Rambutan.Saya tidak melibatkan diri ketika datuk bercerita. Sayalebih senang duduk di pangkal pokok kelapa di rusuk kanan balai tersebut. Balaiitu kini sudah dirobohkan, digantikan dengan bangunan yang baru.

“Pelik juga ceritanya,betul ke ni?” Saya terdengar salah seorang daripada orang kampung itu bersuara.Sepasang mata datuk merenung tepat ke arah batang hidung orang itu.

“Terpulanglah pada awak,sama ada awak mahu percaya atau tidak, saya dan cucu sudah merasa danmengalaminya.”

“Apa yang orang tuberikan pada awak.”

“Beri apa? Awak gila ke.”Suara datuk mula meninggi dan orang itu terus diam.

Seorang anggota polismenghampiri kumpulan orang yang mengerumi datuk lalu bertanyakannya: “Apahalnya ni.”

“Orang hilang ni dahjumpa di sini,” seorang lelaki berbadan tegap memberitahu anggota polis yangsudah berusia hampir lima puluh tahun itu. Tanpa diminta datuk pun menceritakanapa yang dialaminya pada anggota polis itu.

Kemudian anggota polisitu mengakui apa yang dialami oleh datuk itu pernah dialami oleh beberapa orangpenduduk di sekitar Tanjung Rambutan yang pergi memburu ke kawasan itu.
“Tapi, saya belum pernah bertemu dengannya,” suara anggota polis itu merendah.Menurutnya, dalam waktu-waktu tertentu lelaki berserban hijau itu pernah munculdi Market Tanjung Rambutan. Anehnya, dia hanya bersalam saja dengan siapa yangdisukainya, bila orang yang disalami mahu bertanya sesuatu padanya dia akanhilang dengan sekelip mata sahaja.
“Bagi saya perkara ni,sudah jadi perkara biasa,” anggota polis itu menamatkan ceritanya dengan datuk.Datuk tidak puas hati dengan apa yang dicakapkan oleh anggota polis itu.

“Biasa macam mana?’ Datukmendesak Anggota polis yang mahu melangkah masuk ke dalam balai berpatah balik.

Dia berdiri betul-betuldi depan datuk. Matanya cukup tajam menyorot wajah datuk kemudian dia senyumsinis.

“Awak orang luar, manaawak tahu.” Termenung sejenak datuk mendengar cakap anggota polis itu.

“Memang, saya bukan orangdi sini, tentulah banyak perkara yang tidak saya tahu.”datuk merendah diri.

“Saya orang Tambun, sayatahu serba sedikit tentang orang yang awak kata itu.”

“Itulah yang mahu sayadengar.”

“Begini, orang itunamanya Haji Lokman. Masa zaman Jepun dulu, dia membunuh tiga orang askar Jepundi Pekan Tambun.”

“Sebabnya?”
“Dia tak tahan melihat penyiksaan yang dilakukan oleh askar-askar Jepun padaorang kampung.”
“Jepun tak tangkap dia?”soal datuk lagi.

Anggota polis yangberbadan tegap itu memicit pangkal dagunya sambil mengkerutkan kening lebatnya.

“Jepun cuba menangkapnyatapi tidak berjaya. Akhirnya dia ditangkap ketika menunaikan sembahyang Zohur.Dia dikurung, pada sebelum malamnya dia berjaya melepaskan diri, sejak itu diatidak pulang ke rumahnya.”

“Agaknya dia dibunuhJepun, cerita dia melepaskan diri waktu malam tu sengaja diada-adakan,” celahdatuk.

“Itulah yang anehnya, nakdikatakan mati, orang selalu berjumpa dengannya. Kalau dia hidup apa faedahnyamenyiksa diri dalam hutan meninggalkan anak bini.”

“Betul juga cakap awaktu.”

“Tapi awak jumpa diabukan?” soal anggota polis itu. Datuk angguk kepala.

“Lupakan saja perkaraitu,” tambah anggota polis itu sambil meninggalkan datuk, Orang-orang dari UluKuang yang berhimpun di situ berpandangan sama sendiri.

“Sudah, anggaplah inipengalam yang berharga untuk awak, sama ada orang mahu percaya atau tidak itubukan soalnya, tapi awak sudah melihat dan bercakpa dengannya,” salah seorangpenduduk Kampung Ulu Kuang membisikan ke telinga datuk.

“Betul cakap awak tu,”balas datuk.

Datuk dan orang-orang dari Kampun Ulu Kuang meninggalkan Balai Polis TanjungRambutan menaiki bas menuju ke Chemor . Dari Chemor naik basikal menuju keKampun Ulu Kuang.
Dua hari kemudian, saya dan datuk pun meninggalkan Kampung Ulu Kuang.Pengalaman-pengalaman aneh yang saya alami itu merupakan khazanah pengalamanyang tinggi nilainya. Saya kira boleh dijadikan panduan untuk hidup.
Sekaligus mengajar sayaerti kebesaran serta kekuasaan Allah. Sesungguhnya Allah maha besar dan mahaberkuasa boleh melakukan apa saja yang diinginnya dan tidak terjangkau olehakal fikiran manusia yang selalu mendakwa sudah cukup maju dengan ilmupengetahuan.

“Tahukah kau, di duniaini, tidak saja dipenuhi dengan manusia, tetapi dipenuhi juga dengan jin yangtak dapat dilihat dengan mata kasar, di sinilah pentingnya agama untukmanusia,” kata datuk pada saya ketika bas yang kami naiki melintasi PekanMenglembu.

“Aku harap,” tambah datuklagi, “kau akan jadi orang Islam yang baik. Manusia yang tidak beragama selalusesat.”

“Saya pun berharap hidupsaya akan menjadi manusia yang dikasihi oleh Allah.”

“Bagus tu, kau mestipatuh apa yang dipertintahnya, jauhi dari perkara yang ditegahnya. Tunaikan apayang ditetapkanoleh rukun kerana Islam itu tiang agama.”

“Saya faham tok.”

“Jika tidak patuh padayang lima tu, Islam kau tidak akan sempurna.”

“Saya tahu tok,” tekanansuara saya merendah. Angin yang masuk ikut tingkap bas menolak rambut sayadenga mesranya.

Sampai saja di kampung halaman datuk kami disambut oleh nenek dengan senanghati. Datuk tidak menceritakan apa yang dialaminya pada nenek.
Sayalah yang jadi tukanglapur kejadian pada nenek dan nenek tidak memberikan sebarang pendapat tentangperistiwa itu. Dia lebih banyak tersenyum dan angguk kepala. Saya tidak tahuapakah nenek suka atau percaya dengan apa yang saya katakan.

“Saya nak pergi,”tiba-tiba datuk muncul di ambang pintu tengah. Perbualan saya terhenti. Sayalihat datuk sudah berpakaian cukup kemas dengan baju melayu teluk belanggahitam serta seluar hitam. Songkok juga hitam.

“Ke mana ?” tanya nenek.

“Ke rumah bini muda,”balas datuk selamba. Nenek mengizinkan datuk pergi.

Dua hari sesudah datukpergi ke rumah bini mudanya di kampung orang bunian. Saya dipanggil olehJabatan Perhutanan Negeri Perak ke Batu Gajah untuk menjalani temuduga bagimemenuhi jawatan buruh hutan yang kosong dalam jabatan tersebut.

Saya terpilih danditempatkan di Slim River. Tidak lama saya bertugas di situ. Cuma satu minggusahaja. Saya berhenti kerana kerja itu saya kira tidak sesuai dengan jiwa saya.

“Aku tahu, kau taksesuai, perangai kau tak suka diperintah orang. Kau ni layak kerja sendiri jadipetani atau peniaga,” kata datuk menyambut kepulangan saya di anjung rumah.

Sesungguhnya jiwa sayarasa tenteram menjaga kebun datuk dan menjual buah-buahan hasil dusun datuk diCangkat Beranagan. Saya rasa hidup begini agak bebas. Sekali sekala ikut datukmenembak rusa atau kijang di mana-mana yang disukainya.

Pagi itu, seperti biasasaya pergi kedusun memetik buah langsat dan rambutan untuk dijual pada peraihyang datang pada sebelah petang. Sedang saya asyik bekerja, datuk menemui saya.

“Banyak yang kau dapatlangsat?”

“Kira dua pikul ada tuk.”

“Tinggalkan pada nenekuntuk menyelesaikan bila peraih Kum Meng datang petang ni.”

“Kenapa ?”

“Aku nak ajak kau kekampung Cangkat Cermin, ada wakil ketua kampung datang menjemput aku.”

“Apa halnya.”

“Usah tanya, ikut cakapaku.”

Saya terdiam danmeninggalkan bakul buah langsat di dusun. Dengan basikal saya dan datuk kekampung Cangkat Cermin yang terletak di lebuh raya Ipoh - Lumut. Masa itu,lebuh raya masih belum dibina lagi. Kami terpaksa berbasikal membelah jalantanah merah.

Sejak adanya lebuh raya,orang-orang di Cangkak Cermin tidak menggunakan jalan tanah merah yang lamaitu. Kami sampai ke rumah ketua kampung lebih kurang pukul dua petang. Saya dandatuk ditempatkan di satu bilik khas.

“Apa salahnya Tok Sidangmemanggil saya ?” soal datuk kepada Ketua Kampung yang berjanggut itu. KetuaKampung mengerutkan keningnya.

“Ada hajat besar.”

“Apa hajatnya?”

“Anak buah sayaberlakikan hantu raya.”

“Ha…,” mulut datukternganga.

Saya mula resah tidakmenentu. Ketua Kampung terus bercerita tentang diri anak buahnya yang malangitu. Setiap malam anak buahnya yang baru kematian suami itu di datangi olehhantu raya. Menurut ketua kampung itu, hantu raya tersebut tidur dan bercumbuanmesra dengannya hingga menjelang subuh.

“Siapa nama perempuanitu?” datuk mula menyoal.

“Timah.”

“Bila suaminya mati?”

“Kira-kira enam bulanyang lalu.”

“Ada anak?”

“Tak ada, suaminya matidilanggar lori balak di Pekan Air Tawar.”

“Ini kerjanya sulitsikit.” Datuk separuh mengeluh.

“Dia mengadu pada sayaminta tolong, bukan setakat itu saja, hantu raya itu kadang-kadang mengacauorang kampung,” tambah Ketua Kampung.

Datuk terdiam. Diaberfikir. Tiba-tiba datuk bangun. Berdiri dan berjalan di anjung rumah KetuaKampung.

“Saya perlu jumpadengannya,” itu yang terkeluar dari mulut datuk.

“Bila ?”

“Kalau boleh sekarangjuga.”

Ketua Kampung, saya dandatuk turun dari rumah. Ketua Kampung membawa kami ke rumah Timah denganmelintasi ladang getah kepunyaan orang Inggeris. Rumah Timah terletak disebidang tanah yang agak terpisah dengan rumah-rumah penduduk di situ. Dikawasan sekeliling rumahnya ditanam dengan ubi kayu dan keledek. Di bahagianbelakang rumahnya terdapat sepohon pokok cempaka. Tidak jauh daripada pokok ituterdapat sebatang pokok pulai.
Dari kaki tangga, Ketua Kampung memberi salam. Tidak ada jawapan. Lagi sekalisalam diberi. Pintu rumah Timah terkuak dengan sendiri. Batang tubuh Timahtidak juga muncul. Datuk pandang saya dan saya pandang Ketua Kampung. DahiKetua Kampung kelihatan berkerut.
Sinar matahari petangberansur teduh. Saya terdengar bunyi burung helang bertalu-talu, beberapa ekorburung gagak terbang rendah sambil berbunyi. Saya terasa bunyi burung gagak ituagak berbeda dengan bunyi suara gagak yang selalu saya dengar.

Tiba-tiba Timah munculdari bawah rumah. Rambutnya tidak terurus. Mukanya kelihatan pucat dan matanyanampak tidak bercahaya. Dia semacam takut saja melihat kedatangan kami. KetuaKampung segera memberi tahu tujuan kedatangan datuk dan saya. Timah tersenyumlalu mempersila kan kami naik ke rumah.

“Minta maaf ya,” katadatuk sambil memandang ke wajah Timah. “Rumah ini ada dua bilik, yang satu lagiuntuk siapa?”

“Untuk …,” Timah terdiam.Dia merenung muka Ketua Kampung. Melihat keadaan itu datuk tidak mengemukakanpertanyaan lagi.

“Memang rumah ini ada duabilik, saya ingat kerana saya yang mendirikan rumah ini bersama arwah suaminyadulu,” kata Ketua Kampung memberi penjelasan.

Datuk angguk kepala. Sayaagak terkejut bila datuk bersikap kurang ajar sedikit. Dia bangun lalu melihatkedua-dua bilik yang terdapat di dalam rumah itu. Saya tahu Ketua Kampung danTimah tidak senang dengan sikap datuk itu.

“Itu bilik saya ! janganmasuk,” jerit Timah bila datuk menghampiri bilik di bahagian kiri rumah. Datukangguk kepala sambil meraba-raba misai tebalnya. Datuk pergi ke bilik yang satulagi.
Saya terkejut bila datuk tunduk sambil kedua-dua belah tangannya memegangperut. Saya segera menerpa untuk membangunkan datuk. Secara mendadak saya rasapangkal lehar saya dipukul oleh sesuatu. Pandangan saya berpinar.
“Jangan datang,” pekikdatuk bila dia melihat Ketua Kampung mahu menerpa ke arahnya. Ketua Kampung puntak jadi datang. Saya dan datuk segera meninggalkan bilik tersebut.
“Merbahaya, kita mesti balik sekarang,” kata datuk. Ketua Kampung tergamam,bagitu juga dengan Timah. Dalam keadaan kelam kabut itu, datuk mengemukakansoalan pada Timah,
“Bilik siapa itu?”

“Bilik suami saya,” JawabTimah

“Dia dah mati. Untuk apabilik tu buatnya.”

“Saayyyya…,” suara Timahterputus.

Datuk tersenyum. Diasudah tahu apa yang dirahsiakan oleh Timah. Kami bertiga meninggalkan rumahTimah pulang ke rumah Ketua Kampung. Sebaik saja sampai ke kaki tangga, datukmeminta jasa baik Ketua Kampung untuk meminjam senapang kampung dan padasesiapa yang memiliki senapang.

“Buat apa?” Ketua Kampungmenyoal penuh ragu,.

“Nak menembak gagak untukmenolong Timah.”

“Begitu,” suara KetuaKampung menurun.

Dia segera mencarisenapang kampung. Setengah jam kemudian Ketua Kampung kembali dengan senapangdi bahu dan menyerahkan pada datuk.

Datuk membidik-bidiksenapang itu. Dia melurut laras senapang dengan tapak tangan kanan. Dengantenang datuk memasukkan peluru kedalam laras senapang, kemudian dia meludahtapak tangan kanan dua tiga kali. Buntut senapang digosok dengan tapak tanganyang ada air liur itu.
Datuk menghalakan senapang ke arah sepasang burung gagak yang terbang rendahmencari ulat daun pisang di kawasan rumah Ketua Kampung. Datuk segeramengambilnya segera. Bangkai gagak itu digantungnya pada dahan pokok mempelamdekat rumah Ketua Kampung.
Datuk naik ke rumah.Waktu hari mula remang-remang senja datuk menuju ke pangkal pokok mempelam. Diamenepuk bangkai gagak tiga kali sambil menabur garam halus di bangkai gagaktersebut. Gerak geri datuk itu saya perhati dengan teliti dari tingkap rumahKetua Kampung.
“Suami Si Timah itu mengamalkan, ilmu salah, membela hantu raya semasahidupnya. Begitulah datuk menyatakan pada Ketua Kampung sebaik saja dia masukke dalam rumah. Dengan jujur Ketua Kampung menyatakan dia memang tak tahuwalaupun suami Timah kawan rapatnya.
Ketua Kampung juga mengakui terdapat beberapa perkara aneh pada diri arwahsuami Timah, antaranya dia selalu ditemui oleh orang kampung bekerja di ladangpada waktu malam seorang diri, bertukang rumah waktu malam, mencari kayu waktumalam seorang diri. Ketika orang-orang melihat kejadian aneh itu , suami timah sebenarnyatidak ke mana-mana, berbual kosong dengan Ketua Kampung di rumahnya.
Bila Ketua Kampungbertanyakan hal itu suami Timah. Dia menafikan yang dia membuat kerja-kerjaitu. Malah menuduh orang-orang kampung mengadakan cerita yang bukan-bukankerana dengki dengan kesenangannya. Dan dengan penjelasannya itu Ketua Kampungtidak menyoalnya lagi.

Setelah menunaikansembahyang magrib datuk mengajak saya pergi ke suatu kawasan hutan tebal. Diamengandar bangkai gagak dengan tenang. Saya lihat mulut datuk terkumat kamitmembaca sesuatu. Datuk menyuruh saya bersembunyi di sebalik pokok besar. Datukmeletakkan bangkai gagak yang sudah dipanggang itu di kawasan lapang. Datukmenghidupkan api. Dia duduk di depan unggun api itu sambil berpeluk tubuh.

Dengan pertolongan cahayaapi itu , saya lihat satu lembaga hitam besar berdiri di depan datuk. Serentaksaya terdengar bermacam-macam bunyi. Ada bunyi suara orang menangis danmengilai. Ada suara gendang dipalu.

“Aku tidak bertujuanjahat, aku minta kau ambil anak kau semula, kau dari jin dan kami dari manusia.Tidak serupa cara hidupnya,” suara datuk meninggi. Lembaga hitam itu bertambahbesar. Dua tiga pokok besar yang dirempuhnya habis tumbang.

Seluruh kawasan itu sayarasa seperti dilanda ribut taufan yang amat kuat. Saya terdengan bunyi burunggagak berbunyi dan dalam saat itu juga burung gagak datuk terbang menuju kelembaga itu. suasana menjadi tenang. Lembaga hitam hilang dari pandangan saya.Datuk segera bangun dan mendapatkan saya.

“Kita ke rumah Timah,” perintahdatuk. Saya pun ikut perintahnya. Bukan lah suatu perkara yang mudah berjalandalam gelap. Dua tiga kali saya terjatuh tapi bangun semula. Akhirnya kamisampai rumah Timah. Lama juga kami di situ, tidak ada sesuatu pun yang dapatkami lihat. Semuanya macam biasa.

Datuk mengajak sayapulang ke rumah Ketua Kampung. Datuk menunaikan sembahyang Ishak. Sesudahmakan, datuk mengajak Ketua Kampung ke rumah Timah kembali. Kali ini datukmenyuruh saya dan Ketua Kampung berpecah, mencari tempat perlindungan masing-masing.Datuk memakai baju hitam dan seluar hitam. Dia membawa tiga batang serai, tigapuntung kayu yang sudah menjadi arang serta sebatang paku. Datuk tidak memakaiseluar hitam, dia memakai seluar kuning dan mengikat kepalanya dengan kainputih. Badan mula merasai kedinginan. Embun jantan mula menitik. Angin malamyang bergerak melanggar dedaun di halaman rumah. Dedaun yang berlaga samasendiri itu melahirkan bunyi tidak menentu. Bunyi katak bersahut-sahutansesekali terdengar bunyi suara anjing bertingkah dengan bunyi suara burunghantu dan jampok.
Saya lihat pintu rumah Timah berkuak dengan sendirinya. Sinar lampu minyaktanah menerangi sebahagian dari halaman rumah itu. saya lihat ada bayang-bayanghitam berdiri di muka pintu. Serentak dengan itu terdengar bunyi suara oranglelaki batuk bertalu-talu. Saya berlari mendapatkan datuk. Saya duduk disisinya, tiba datuk menyepak pangkal peha saya, saya terduduk.
“Jangan dekati aku,”katanya.

Saya pun segeramenjauhkan diri darinya. Datuk membakar kemayan dan membakar sesuatu. Darirumah Timah terdengar suara lelaki. Anjing kian kuat melolong. Saya terdengarkicau burung murai ditengah malam. Bulu roma saya berdiri. Ketua Kampung datangke tempat saya dan datuk.
Perhatian kami tertumpu pada pintu rumah Timah yang terdedah. Saya lihatseorang lelaki sedang duduk di muka pintu sambil menghisap rokok. Mukanya tidakberapa jelas kelihatan. Angin malam terus bertiup.
“Kau kenal siapa tu?”tanya datuk pada Ketua Kampung. Ketua Kampung terdiam. Dia terus menumpuperhatian pada rumah Timah.

“Latif, laki Timah,”katanya pendek. Datuk angguk kepala. Datuk meletakkan tiga batang serai didepannya. Tangannya menggenggam paku.

“Itu bukan latif, Ituhantu raya,” kata datuk. Sebaik saja datuk selesai bercakap, seketul batumelayang ke arah Ketua Kampung. Kerana Ketua Kampung juga pandai bersilat, diamengelak. Batu terkena pangkal pokok. Datuk mencabut keris lalu menikam bumi.Ketika datuk mencabut keris pintu rumah Timah terkaup dengan sendirinya. Kamibertiga masuk ke bawah rumah Timah. Apa yang kami dengar Timah bercakapsesuatu. Kami juga terdengar suara Timah merayu dan suara lelaki sedang dilamun berahi yang kuat. Suara Timah bertambah manja dan mengerang kepuasan.

“Hantu tu sedang berkasihdengan Timah,” datuk memberitahu Ketua Kampung.

Datuk menikam tiang serirumah Timah dengan sekuat hati. Bila datuk mencabut keris rumah Timah bergegar.Semua barang yang ada dalam rumah bergerak dan jatuh ke atas lantai. Timahmenjerit dan terjun ke halaman rumah. Terjelepok Timah di situ. Satu lembagahitam yang besar terus mengangkat Timah yang tidak sedar diri itu.

Datuk menyerbu ke arahlembaga hitam itu. datuk melintas di depannya. Ketua Kampung dan saya turutsama ke situ.

“Berhenti, kau syaitan.,”jerit datuk.

Lembaga hitam itumelepaskan Timah ke atas bumi. Dia merenung tajam ke arah datuk.

“Latif…,” pekik KetuaKampung.

Lembaga hitam itu segera bertukar menjadi lelaki yang berbadan kurus, berkainpelekat tanpa baju dengan rambut tak terurus. Dia membuka langkah mengatursilat.
“Tidak ada jalan lain,kita mesti memusnahkannya malam ini juga, kalau sudah sampai subuh kita berjayamembunuhnya selama-lamanya kita tidak akan dapat melenyapkannya dari kampungini,” ujar datuk.

Mendengar cakap datuk,lelaki kurus itu bertambah marah dan bertukar menjadi lembaga yang hitamsehitam bulu burung gagak. Seluruh badannya berbulu. Matanya kelihatanmengeluarkan cahaya.

Datuk mengambil tigabatang surai sambil mengacu-ngacu ke arahnya. Setiap kali serai itu dilihatnya, lembaga hitam itu akan menjerit. Seluruh kampung bergema denganjeritannya yang amat menakutkan itu. Lembaga itu menutup matannya dari melihatbatang serai. Datuk lalu menayangkan pula kepak burung gagak ke arahnya.Lembaga hitam itu berguling-guling di atas tanah bagaikan menahan kesakitan.

“Aku tahu asal usul mudan roh mu tidak diterima bumi, aku akan menyempurnakan diri mu kerana engkauadalah manusia yang berasal dari tanah dan ke tanah juga lah engkau kembali,”kata datuk. Lembaga itu terus berguling-guling.

“Dia bini aku,” secaramendadak lembaga itu bersuara dan bangun. Datuk tergamam. Dalam rasa cemas itulembaga hitam menerpa ke arah datuk sambil kedua-dua belah tangannya yang hitamberbulu tebal menekan batang leher datuk.
 
SIRI 15 : DIKEJAR MAYAT


Dalampergelutan yang hebat itu, ternyata datuk tidak dapat menandingi tubuh lembagayang berbulu lebat itu. Datuk sering saja tercampak. Dan memang perangai datuktidak mudah mengaku kalah. Dia terus bergelut.Saya dan ketua kampung didakaprasa kecemasan. Di langit saya lihat tidak ada sebiji bintang bersinar.Pokok-pokok di kiri kanan bagaikan dilanda taufan. Suara burung hantu bagaikanorang berlagu mengiringi petarungan datuk dengan lembaga itu.
Tiba-tiba,saya lihat berpuluh-puluh ekor burng gagak hinggap di ranting pokok.Berbunyi bersahut-sahutan. Kemudain burung-burung gagak itu terus turun ketanah lapang. Tanah tiu jadi gelap dengan burung gagak. Saya benar-benar beradadalam keadaan cemas.Lembaga yang berbulu lebat terus mencampakkan tubuh datukkepangkal pokok pisang.
“Bacalah ayat al-Qurshi,”bisik keuta kampung pada saya. Saya terdiam, dalam saat-saat cemas begitu, sayajadi terlupa untuk mengingati ayat tersebut. Bila saya cuba, pembacaan sayabanyak yang silap. Saya menggelabah tidak tentu arah. Datuk tidak juga bangundari perdu pikok pisang.
Saya teringat pesan datuk, bahawa ayat al-Fatihah adalah ibu segala ayat danmempunyai kelebihan yang tersendiri. Jadi, kalau kita berhadapan dengan musuhdan sudah tidak ada cara lain untuk mempertahankan diri, bacalah ayat tersebutsambil berusaha melepaskan diri dari musuh dengan bertawakal pasa Allah yangmaha besar.
Jadi, al-Fatihah pun sayabaca dengan teliti supaya tidak silap. Bila sudah selesai dibaca saya mulaterasa semacam ada semangat baru dalam diri saya. Fahamlah saya, bahawa tidakada kuasa yng lebih gagah dan kuat dari kuasa Allah. Saya perhatikan ketuakampung masih terus membaca ayat al-Qurshi.

Di tanah lapang lembagahidup yang berbulu, berdiri gagah dikelilingi oleh berjuta-juta burung gagak.Saya renung ke langit. Saya lihat ada benda terbang separas pucuk pokok kekabu,berkilau-kilau. Benda itu seakan-akan bentuk batang buruk, di bahagian bawahnyakeluar sejenis benda semacam tali, berwarna merah. Benda itu berlegar-legaratas bumbung rumah Timah dan akhirnya hilang lalu diganti oleh suara perempuanketawa manja.

Saya raba telinga, hidungdan mata bagi mempastikan apakah perkara yang saya alami, satu khayalan sayasendiri. Saya meraba bumi dan rumput. Ternyata saya tidak berhhayal, sayaberhadapan dengan satu dunia yang cukup ganjil dan aneh sekali.

Dalam samar-samar malamitu , cara kebetulan di langit bulan mula bersinar. Saya lihat datuk bangunmenuju ke arah kami. Di tangannya masih tergenggam batan serai dan bulu burunggagak.
“Hebat,” sepatah perkataan kelaur dari mulut datuk. Dia terus duduk, kemudianmencangkung, macam orang mahu memulakan perlumbaan lari. Lepas itu bergeraklagi. Kedua belah tangannya diletakkan ke daepan, kaki diluruskan ke belakang.Dengan perintah datuk, ketua kampung mencacakkan bulu burung gagak dan batangserai di depannya.
Datuk merenung ke arahlembaga yang berbulu hitam, saya lihat datuk bagaikan harimau yang mahumenerkam mangsanya. Sepuluh jarinya mencakar-cakar tanah. Dia pejamkan matanyalalu mulutnya bergerak-gerak. Saya terdengan datuk memebaca sepotong ayat darial-Quran. Saya amati pembacaannya, memang datuk membaca ayat yang pernah dibacaoleh nabi Allah Yunus ketika ia berada dalam perut ikan.

Datuk menyerahkan hatidan perasaannya pada Allah yang maha besar. Memang semua kepandaian yang adapadanya tidak terdaya melawan hantu raya jelmaan syaitan itu. datuk terusberdiri. Bulu gagak diangaktnya. Serentak dengan itu dia menyuruh saya membakarkertas. Bila api sudah menyala. Ketua kampung lalu menghimpunkan daun-daunkering atas api yang membara itu.

Entah dari mana datukmendapat kemenyan, dalam tempoh beberapa saat sja kawasan kami penuh dengan baukemenyan. Makin kuat bau kemenyan masuk lubang hidung, kian kuat bunyipokok-pokok di sekeliling kami dirempuh angin, dahan-dahan bagaikan jatuh mahumenimpa kami, tetapi bili dilihat ke atas pokok pun tidak bergoyang. Suaragagak tetap bersahut-sahutan.
Datuk membongkok dan terus menumbuk tanah. Semua burung gagak di tanah. Semuaburung gagak di tanah lapang berterbangan. Hilang dengan sekelip mata. Deruangin tidak sekuat tadi. Semuanya terasa menyepi. Saya lihat lembaga hitamhilang. Lebih kurang antara lima hingga tujuh minit kami dipeluk sepi. Datukmeletakkan bulu gagak atas lengan. Ditiup tiga kali berturut-turut.
“Kau,” tempik ketuakampung, bila di depan kami wuduj batang tubuh suami Timah. Bila datuk mahumenerpa ke arahnya. Batang tubuh suami Timah segera hilang. Tempatnyadigantikan dengan kain putih. Kain itu bergerak dan mengelumbung. Saya, ketuakampung dan datuk terus melihatnya dengan penuh teliti.

“Mayat,” kata saya

“Ya,” memang dalam kainitu mayat,” jawab datuk.

“Mayat siapa?” tanya ketuakampung.

“Mayat suami Timah ,”pendek datuk menjawab, sambil menyinsing lengan baju.

Mayat yang terbujur itubegerak lalu mengoyakkan kain kapannya. Mayat itu terus duduk. Kainkapanberkumpul di bahagian pinggang. Ketua kampung memberitahu saya, bahawa itulahmayat suami Timah yang telah ditanam oleh orang-orang kampung saya dulu. Mayatitu memusingkan badannya sambil duduk. Merenung ke arah datuk dengan pandanganyang cukup tajam. Bau busuk mula menguasai kawasan tempat kami bernaung. Sayabagaikan mahu terkeluar isi perut.

Angin malan terusbertiup. Macam-macam bunyi yang kami dengan. Dalam suasana yang begitu, sayaterdengar bunyi suara orang lelaki merintih menahan kesakitan. Saya tidak tahudari mana suara itu datang.

“Kau orang jang bercakapwalau sepatah apapun,” datuk mengingatkan kami. Dia maju selangkah ke depan.Saya perhatikan mata mayat itu lama-lama. Saya terkejut, memang di bahagianmata itu terdapat lubang yang boleh mengeluarkan cahaya, kalau seimbas pandanglubang itu tidak mudah kelihatan terpelohong, kelihatan macam mata manusia yangsempurna.

Datuk undur ke belakang.Dia membuka baju dan mengenakan ke tubuhnya kembali dalam keadaan terbalik.Dari rusuk baju sebelah kirinya datuk mengambil sebatang jarum panjang. Mayatyang sudah berbau itu berpusing-pusing di atas tanah. Datuk membaca mentera danmenepuk bumi tiga kali. Batang serai dibuang ke arah kanan manakala bulu burunggagak dipijaknya dengan kaki kiri. Datuk melangkah dua tapak ke depan.

:”Kau suami Timah.”

Cukup lantang suaradatuk. Mayat itu angguk kepala dan menutup kepalanya dengan kain kapan semula.

“Kau kenal ketuakampung,” tambah datuk. Mayat itu buka kain kapan lalu merenung ke muka ketuakampung. Mayat anggukkan kepala. Saya merasa cukup seram. Datuk menggawang-gawangkantangan di depan matanya.

Mayat itu berpusing kearah datuk kembali. Datuk menumbuk tanah dan mayat suami Timah di depannyaterus menjerit. Bergema ke seluruh kawasan., pokok-pokok kecil bagaikam mahutercabut. Mayat itu cuba bangun, tetapi tidak boleh. Punggungnya sepertimelekat pada bumi.

Datuk pun mengangkatkedua belah tangannya ke ats. Lalu diturunkan perlahan-lahan. Berhenti separasdada. Sepuluh jari tangan datuk kelihatan kembang macam menahan sesuatu. Sayaperhatikan kaki kanan datuk terbenam ke dalam bumi separas buku lali. Mayat didepannya terus berhempas pulas.

Mulut datukberkumat-kamit. Fahamlah saya datuk sedang berdailog dengan mayat. Keranaselalu saja mengikut datuk dan selalu pula melihat dia bercakap dengan makhlukganjil. Saya dapat membaca dan mentafsir apa yang dicakapkan oleh datukmenerusi gerak bibirnya.

Lebih kurang datukberbicara :

“Kenapa kau datang kedunia ini?”

“Menuntut sesuatu.”

“Apa yang kau tuntut?”

“Isteriku.”

“Engkau dengannya tidakboleh bersama.”

“Aku tahu, tapi aku mahupulang padanya, aku mahu dia membela dan memberi aku makan.”

“Kalau dia tidak mahubagaimana?”

“Aku akan mencarikeluarga aku yang terdekat untuk meminta perlindungan.”

Datuk berhenti bercakap.Timah yang sedar dari pengsan menerkam ke arah kami. Mayat itu masihterkapai-kapai. Timah terus berlindung di belakang ketua kampung.

“Apa pesannya pada kausebelum dia mati?”

Dengan mendadak sajadatuk mengajukan pertanyaan pada Timah. Timah termenung sejenak mengingatisesuatu.

“Tak ada apa-apa,” sahutTimah.

“Mesti ada, kalau tidakhantu suami kau tidak pulang,” sanggah datuk. Timah mengigit bibir.
Mayat suami Timah kelihatan berhempas pulas mahu bangun. Bila mayat itu bolehbangun, datuk menekan kaki kirinya yang terdapat bulu burung gagak di bawahnya.
“Kalau kaki initerangkat, syaitan yang menyerupai suami Timah akan lari, kemudian mengacausemua penduduk kampung,” ujar datuk pada ketua kampung. Serentak saya dan ketuakampung angguk kepala

Dalam keadaan yang serbagawat itu, dengan tiba-tiba Timah bersuara :

“Dia ada pesan, sebelumdia dimandikan dan dikapan, dia suruh saya tikamkan tapak kakinya denganjarum.”

“Kau buat apa yangdisuruhnya,” datuk memotong cakap Timah.

“Tidak.”

“Sebab?”

“Tak sampai hati.”

“Kalau kau membuatnyadulu, semua ini tidak akan terjadi.”

“Saya tak faham.”

“Suami kau yangsebenarnya sudah mati, apa yang kau lihat dan kita lihat ini ialah kapitnya .”

“Maksudnya,” soal Timahmacam orang bodoh.

“Suami kau masa hidupnyaberkawan dengan syaitan, bila dia mati, kapit atau kawannya itu mencari tuanyang lain.”

Dengan cakap datuk itu,Timah mengerti tentang keadaannya yang sebenar. Dan dia mula faham, kenapa masasuaminya hidup dulu, tanah sawah dan kebun tidak pernah dijenguk, tetapi habisditebas dan dicuci orang. Bila ditanya pada suaminya. Dia hanya mendapatjawapan begini: Sahabat kita yang mengerjakannya. Dan sekarang fahamlah Timah,siapakah sahabat suaminya yang sebenar. Dia juga mula faham kenapa suaminyaselalu bercakap seorang diri waktu dinihari. Ketua kampung terus tercenggangmelihat keadaan yang tidak pernah dimimpikan untuk melihatnya.

Datuk menyuruh sayamemijak bulu burung gagak. Saya akur dengan perintahnya itu. Bila dipijak,tapak kaki saya terasa cukup panas. Datuk terus meluru ke arah mayat. Datukmerentap kain kapan yang membalut bahagian kaki mayat itu. Mayat terusmenghulurkan kedua belah tangannya pada datuk, seolah-olah minta tolong.

Datuk tidak menghiraukansemuanya itu. saya lihat datuk terus menarik kaki mayat. Dia memasukkan sesuatudi situ. Lagi sekali mayat itu menjerit. Bila gema jerit mayat itu berakhir,saya lihat datuk duduk berdirikan lutut. Di atas kepala saya terdengar bunyisesuatu yang berat dan keras melanggar pokok. Saya terus meniarap. Bila sayabangun dari meniarap. Saya lihat mayat suami Timah sudah tidak ada lagi disitu, tetapi bau busuk tidak juga hilang dari tempat yang kami duduki.

Datuk datang ke arahkami. Di kaki langit cahaya kemerah-merahan mula naik. Tidak lama sepelas itu,terdengar suara beduk dipalu orang bertalu-talu dan diikuti dengan suara Azanmemecahkan kedamaian subuh hening.

Datuk menyuruh Timahkembali ke rumahnya, kami bertiga terus menuju ke surau. Selepas mandi danmenunaikan fardhu subuh, datuk mengadu pada saya kepalanya terasa pening.Sebaik saja datuk melangkah mahu keluar dari surau, dia terjatuh. Orang-orangkampung mengusung datuk ke rumah ketua kampung.

Seorang dukun dipanggiluntuk merawat datuk, setelah minum air panas bercampur limau nipis, sakitkepala datuk beransur kurang, kemudian dukun itu mengurut seluruh badan datukhingga pulih.

“Angin,” kata dukun itupada datuk, sebaik saja datuk sendawa dan kentut bertalu-talu. Semua orang yangberada di rumah riuh rendah. Bila ketawa sudah berakhir, ketua kampungmenceritakan apa yang kami alami malam semalam. Ada yang mengkerutkan muka danada pula yang geleng kepala. Tetapi, mereka tidak menolak untuk diajak pergitempat kejadian malam semalam.

Semuanya terpaksamengalah pada ketua kampung yang meminta mereka sarapan pagi di rumahnya.Kira-kira dua belas orang penduduk kampung, termasuklah saya, datuk dan ketuakampung terpaksa duduk bersila di anjung rumah ketua kampung menikmati kopi danrebus pisang pagi itu. Badan terasa segar, bila perut sudah diisi barulah sedapmengatur perjalanan.
Matahari pagi terus bersinar ketika kami meninggalkan anjung rumah ketuakampung. Sepanjang perjalanan tidak banyak orang yang bertanya sesuatu daripadadatuk atau saya, semuanya melangkah dengan tenang.
Kira-kira dua rantai mahusampai ke tempat kejadian tersebut, semua orang menekup hidung. Bau busuk mulatercium. Dua tiga orang kampung tidak mahu meneruskan perjalanan. Mereka muntahdan terus pulang.

“Bau bangkai apa?” sayaterdengar suara bertanya pada datuk. Pertanyaan itu tidak segera dijawab olehdatuk. Dia cuma tersenyum.

“Entah, cuba tanya ketuakampung,” sebaik saja datuk habis bercakap dia berdehem dua tiga kali.
“Itulah bau yang kami cium sepanjang malam.” Sahut ketua kampung sebelum orangyang bertanya mengemukakan pertanyaan padanya.
Bila saja kami masuk ketempat kejadian malam tadi. Bau busuk itu bertambah kuat. Datuk terusmenunjukkan pada orang-orang kampung tempat mayat itu duduk. Tanah di situkelihatan berlubang. Di sekelilingnya terdapat sejenis serbuk berwarna putihseperti hampas kelapa. Bau busuk yang cukup meloyakan tekak itu berpunca darisitu.

Tiba-tiba datuk mengambilsecebis kain putih yang terdapat di situ. Bila diangkat kain itu, ia bertukarmenjadi habuk macam tepung. Tangan datuk yang memegang kain itu digosokkan ketapak kaki kiri. Tujuan datuk berbuat begitu mahu menghilangkan bau busuk yangterdapat di tapak tangannya.

“Ini membuktikan, bahawasyaitan tu memang wujud, dia mempengaruhi anak adam mengikut keadaan,” ujardatuk tenang.

Matahari pagi kian meninggi,sudah melampaui pucuk getah. Dari situ, kami terus ke rumah Timah. Sampai sajadi kaki tangga rumahnya, Timah terus mengadu bahawa dia tidak boleh duduk didalam rumah peninggalan suaminya.

“Kenapa?” Ketua kampungmenyoal.

“Seluruh rumah berbaubusuk, macam bau bangkai, hingga beras dalam tempayan pun berbau busuk tok,”suara Timah sayu. Dengan perintah datuk, saya disuruh naik ke rumah. Sebaiksaja saya berada di muka pintu , saya terus termuntah. Semua yang saya makanpagi itu habis keluar. Cepat-cepat saya turun.

Atas persetujuanorang-oarng kampung sebuh rumah lain didirikan untuk Timah. Rumah lamanyaditinggalkan terbiar. Rumah baru Timah didirikan berhampiran dengan rumah ketuakampung, dengan usaha ketua kampung itu sendiri (tiga bulan selepas itu) Timahdijodohkan dengan seorang nelayan yang tinggal di Telok Gadung - Pulau Pangkor.

Habis dari perkongsianhidup Timah dengan suami barunya itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki.Dan anak lelaki itu kini sudah bekerja dengan Bank Bumiputra. Dalam tahun 1977,anak lelaki Timah itu telah ditukarkan dari Bank Bumiputra Ipoh ke BankBumiputra Batu Pahat - Johor dan sekarang bertugas di Kuala Lumpur. Masaorang-orang kampung mendirikan rumah Timah, saya dan datuk turut membantunya.Malah, sebelum Timah pindah ke rumah barunya, datuklah orang pertama tidur disitu. Tujuan datuk berbuat begitu untuk menjamin rumah itu tidak didatangi olehsebarang hantu syaitan, di samping datuk mencari sesuatu alamat.

Menurut datuk, setiaporang yang mahu menduduki rumah baru, sekurang-kurang satu malam mesti ditiduroleh orang lelaki terlebih dulu dengan membawa sebungkus gula, susu dansegenggam beras. Orang yang tidur di situ, mestilah dirinya dalam keadaanbersih.
Sebaik-baiknya melakukan sembahyang hajat di rumah itu, mohon petunjuk dariAllah atau memohon padaNya supaya orang yang akan mendudukinya kelak tetapselamat serta melakukan sesuatu yang baik dan teguh iman serta kuat beribadat.
Pada hari Timah menaikirumah barunya, orang-orang kampung telah mengadakan pembacaan doa selamat. Duahari selepas Timah duduk di rumah baru, saya dan datuk pun meninggalkan KampungCangkat Cermin.

Sebaik saja datuk sampaike rumahnya, dia lagi sekali jatuh pengsan. Bila datuk sedar dari pengsanseluruh badannya lebam. Dia tidak boleh berdiri. Datuk terpaksa merangkak darimuka pintu hingga ke tempat tidur. Seluruh sendinya tersa sakit, macamditikam-tikam dengan jarum.
Bila malam, datuk menjerit sendiri. Anehnya datuk saya, bila dibawa ke doktorternyata dia tidak mengalami sebarang sakit dan bila dia masuk ke dalam rumah,sakitnya datang semula. Dan datuk tidak mengizinkan saya atau nenek mencaridukun untuk mengubatinya.
Sakit datuk ituberlanjutan hingga ke bulan puasa, tetapi yang peliknya datuk dapat meneruskanpuasanya dengan sempurna. Pada malam dua puluh tujuh likur, datuk memanggilsaya dan nenek. Dia menyuruh kami mencari limau tiga serangkai yang mengarah kematahari terbit.

Limau itu harus dipetiksendiri tanpa mengunakan galah atau tangga. Akhirnya apa yang dikehendaki olehdatuk itu saya perolehi. Dia suruh saya meletakkan limau itu di atas pingganputih bersama pinang kering.

Lebih kurang pukul duabelas malam. Rumah datuk didatangi oleh bau yang cukup wangi. Saya lihat pinturumah datuk terbuka dengan sendiri. Tidak berapa lama selepas itu, sayaterdengar bunyi suara orang perempuan membaca Quran, suaranya cukup merdu yangdatangnya dari tempat tidur datuk.

Perkara itu berlaku tigamalam berturut-turut. Saya tanyakan hal itu pada nenek. Kata nenek isteri mudadatuk datang mengubatnya. Kadang-kadang saya terdengar orang bercakap dengandatuk. Pernah saya terdengar orang itu bertengkar dengan datuk. Bilapertengkaran itu berakhir suasanan menjadi sepi.

Kemudian dengan jelassaya mendengar suara orang perempuan barkata begini pada datuk : Al-Quran yangditurunkan oleh Allah sudah cukup lengkap untuk manusia. Di dalamnyatersembunyi seribu rahsia perubatan, apa salahnya kita mengambil ayat-ayatdarinya untuk penawar.
Dan saya tidak pernah bertanyakan hal itu pada datuk. Walau bagaimanapun sayamerasa gembira, bila pagi Syawal tiba, saya lihat datuk sudah sihat. Dia bangunpagi-pagi dan membaca al-Quran sebelum pergi sembahyang hari raya. Di masjiddatuk duduk di barisan hadapan membaca takbir bersama orang ramai.
Setelah selesaisembahyang hari raya, saya dan datuk terus menziarahi rumah seluruh pendudukkampung. Bila saya dan datuk kembali ke rumah , saya terkejut melihat dua orangperempuna duduk di anjung ruamh. Perempuan yang berusia agak lanjut itutersenyum pada saya bila saya melintas di depannya, manakala perempuan mudayang berselindang lingkup itu wajahny terlalu manis air mukanya cukup bersih.

Siapa bertanya dalam dirisaya, siapakah gerangan perempuan itu?” Dalam keadaan yang kebingungan itu sayalihat perempuan itu mendekati datuk lalu mencium tangan datuk dengandiperhatikan oleh perempuan di sebelahnya. Nenek cuma tersenyum saja.
 
SIRI 16 : KAIN DALAM PERUT GADIS


Sesudahperempuan muda itu mencium tangan datuk, dia pun membetulkan selindangnya yangjatuh ke atas bahu. Saya lihat alis mata perempuan itu cukup tebal dan lentik.Kerlingnya cukup tajam. Datuk memperkemaskan silanya dan sepasang mata datukterus meratah ke paras wanita muda di depannya.Nenek terus menghidangkan lemangdan rendang. Bunyi mercun dan meriam buluh sekali-kali terdengar juga memecahkesunyian kampung. Tiba-tiba saya terkejut, perempuan tua bangun serentak,tanpa menjamah barang-barang yang dihidangkan oleh nenek.

Mereka menuju ke mukapintu, sampai bendul pintu mereka merenung ke arah nenek dan datuk sambilmelambaikan tangan. Datuk kelihatan tersenyum senang. Perempuan tua danperempuan muda memijak anak tangga. Sinar matahari yang mencerah di luarmenerpa ke wajah mereka.
Datuk, tiba-tiba terbatuk dengan kuat. Mata nenek dan mata saya tertumpu kewajah datuk sebentar. Bila saya dan nenek berpusing ke arah muka pintu, batangtubuh perempuan muda dan tua sudah tidak kelihatan lagi di situ. Hilang entahke mana.
“Ke mana mereka pergitok?” saya bertanya. Datuk merenung muka nenek. Mereka berbalas senyum laludatuk menghadapi hidang yang tersedia.

“Siapa mereka tok?”

Datuk terus menghampirisaya. Dia menepuk bahu saya sambil berkata :

“Itulah nenek muda kau,”suara datuk menendang gegendang telinga saya. Wajah datuk saya lihat, terpamirsejuta kepuasan dalam dirinya. Saya renung muka nenek, rasa cemburu di wajahnyatidak timbul. Betapa nenek berkorban untuk kebahagian datuk. Fikir saya dalamhati.

“Sudahlah tu, mariminum,” datuk menarik tangan saya. Nenek ketawa melihat telatah saya yangmenurutperintah datuk itu. Nenek terus duduk di sisi saya. Selesai makanketupat dan rendang datuk mengajak saya ke tanah perkuburan untuk melihatpusara datuk nenek. Selesai menziarahi kubur datuk nenek dan menghadiahkanal-Fatihah atas roh, mereka, datuk terus mengheret saya bertandang ke rumahkenalannya. Satu kerja yang amat tidak saya senangi. Menyusurlah sayadi bawahpepohon getah mengikut langkah datuk yang rancak. Sinar matahari yang keraspetang itu memaksa badan saya mengeluarkan peluh. Baju dan seluar terasabergetah. Kain samping sudah tidak lekat di pinggang sudah bertukar menjadikain selipang.

“Ke mana kita tok, sayadan tak tahan ni,” saya mengadu.

“Jalan sikit lagi, kitapergi ke rumah Ujang Selamat.”

“Jauh lagi ke ?”

“Lepas pokok asam kumbangsampailah kita.” Suara datuk mula keras. Matanya, tajam memandang muka saya.

Tempat yang dituju sampaijuga, sebuah rumah papan beratap zing di pinggir bukit Paya Takung . Halamanrumah yang bersih itu menghala ke sawah yang saujana mata memandang. Itulahrumah Ujang Selamat ketua kampung Paya Takung dan rumahnya adalah rumah yangpaling cantik dan besar di dalam kampung tersebut.

Ujang Selamat yangberbadan tegap, bermisai lebat memakai seluar dan baju hitam mempersilakan sayadan datuk naik. Datuk dan Ujang Selamat bersalaman. Ujang Selamat ketawamenampakkan giginya yang besar dan kekuningan itu. Data datuk, Ujang Selamatberasal dari negeri Petani di Selatan Siam. Dia meninggalkan kampung halamannyasesudah tercetus peperangan antara rakyat Petani yang menuntut kemerdekaan darikerajaan Siam.

Dalam pertempuran itu,banyak rakyat petani yang tewas ditawan oleh tentera Siam. Ujang Selamatmelarikan diri hingga sampai ke kampung Paya Takung. Dia bertani dan bercucuktanam hingga berjaya mendirikan rumah dan membeli tanah di situ. Kemudiankahwin dengan orang di situ hingga beranak cucu.

Sedang saya dan datuk asyik menjamah lemang, tiba-tiba rumah Ujang Selamatdidatangi tetamu. Lima orang semuanya. Ujang Selamat memperkenalkan saya dandatuk pada tetamu tersebut. Kami bersalaman, berkenal mesra dan sama-samamenjamu selera.
Selesai mengisi perut.Kelima-lima tetamu itu meninggalkan rumah Ujang Selamat. Saya bingkas, dudukkat bendul.

“Memang hajat tu nak kerumah awak, bila awak dah datang elok benarlah,” kata Ujang Selamat pada datuksambil mengipaskan badannya dengan kertas suratkhabar.

“Apa halnya?”

“Awak pawang besar tentutau atau dapat tanda-tanda,”

“Saya bukannya pawang,saya cuma berusaha untuk menolong.”

“Begini.” Ujang Selamatmemperkemaskan silanya. Perut gendutnya yang berlapis itu bagaikanbergerak-gerak. Angin dari tengah wawah terasa menyapu wajah.

Datuk termenung panjang,saya lihat daun telinganya bergerak tiga kali ke depan, macam telinga arnab.Mata dan muka Ujang Selamat ditenungnya.

“Ada saudara mara awakyang sakit?” tanya datuk.

“Semalam, ada orang dariParit mencari, kalau ada orang yang boleh mengubat anak dara
berperut buncit.”
“Tidak, dia sakit,” bijimata Ujang Selamat terbeliak memandang wajah datuk. Saya sandarkan badan kedinding. Matahari petang kian condong.

“Kaum awak Ujang?” soaldatuk.

“Ada kena mengena denganbini saya.”

“Jadi apa ikthiar kau?”

Minta jasa tok pawanglahuntuk mencari orang mengubatnya atau tok pawang sendiri berusaha.”

Datuk terdiam, saya tahudatuk tidak berapa senang kalau dia dipanggil pawang atau bomoh. Itu bukanlahcita-citanya, tetapi kalau dia dipanggil pemburu atau tok buru, dia memang takmenolak. Dia megah kalau ada orang yang memanggilnya demikian. Datuk termenungpanjang. Saya memanglah tidak begitu gembira kalau datuk memenuhi permintaanUjang Selamat itu, tetapi sesiapa pun tidak dapat menahan sikap terpuji datukyang suka menolong orang itu.

Di luar, matahari mulacondong, tanah sawah yang sudah ditumbuhi rumput-rumput padi sudah tidak berapajelas kelihatan, burung pipit terbang rendah menuju ke pohon yang memagaribatas sawah.

“Bagaimana?” soal UjangSelamat sebaik saja kami sampai di kaki tangga. Datuk terdiam. Ujang Selamatmasih lagi berdiri di tepinya. Memang, Ujang Selamat minta kata pasti daridatuk.

“Kena tengok macam manajenis penyakitnya.”

“Bila agaknya, kita bolehpergi.”

“Ujang, usahlah kaususah, pagi esok kita pergi dengan bas.”

“Baiklah,” suara UjangSelamat dibungai kegembiraan.

Malam itu datukmenceritakan pada nenek tentang hasratnya untuk menolong orang sakit. Nenekmembantah dengan alasan, sejak akhir-akhir ini, setiap kali datuk pulang darimengubati orang sakit, dia pula akan diserang sakit, hingga terpaksa menjemputisteri mudanya. Dan hal bigini tidak berapa digemari oleh nenek, sebagaiseorang wanita walau sebaik mana hatinya, raca cemburu itu tetap wujud dalamdirinya. Akhirnya, nenek mengalah juga bila datuk menerangkan bahawa di dalamhidupnya dua perkara saja yang boleh mengembirakan hatinya.

Pertama memburu binatangdan kedua menolong orang sakit dengan tidak membelakangi kasih sayang dantugasnya sebagai seorang suami terhadap isteri. Seperti biasa sebelum datukpergi ke suatu tempat untuk mengubat orang dia akan melakukan sembahyang hajat.Mohon restu dari Allah yang maha besar. Dan malam itu datuk pun melakukansembahyang hajat.

Dan pagi esoknya, saya,datuk dan Ujang Selamat bertolak dengan bas menuju ke Parit. Dari pekan kecilitu kami menaiki perahu menyemberang Sungai Perak menuju ke sebuah kampung.Belanja Kiri namanya. Dari pengkalan perahu kami berjalan arah ke utara menujuke sebuah rumah yang dikelilingi dengan pokok buah-buahan seperti durian,langsat, manggis dan rambutan.
Ujang memperkenalkan datuk dengan Haji Azhar tuan rumah. Dan Ujang Selamatmenyatakan tujuan dan maksud datuk datang ke rumahnya. Haji Azhar yang berkulitputih berambut jarang itu tersemyum. Dia mempersilakan kami naik ke rumahnya.Kami naik ke rumahnya. Kami duduk di bahagian anjung rumah. Haji Azhar terusmenyatakan rasa putus asanya untuk mengubati sakit yng dideritai oleh anaknya.Sudah berbelas ekar tanah bendangnya dijual. Sudah berpuluh dukun Siam, China,Gurkha dan orang Asli ditemui mengubati sakit anaknya, semuanya menemuikegagalan.
Dia hanya menyerahkanpada keadaan saja. Dan menerima siapa saja yang datang ke rumahnya untukmengubati sakit anaknya itu. Untuk mencari dukun atau pawang dia tidak mahu.Dia benar-benar kecewa.

Datuk meminta izin padaHaji Azhar untuk melihat si sakit. Dengan rasa rendah hati Haji Azhar membawasaya dan datuk masuk ke dalam bilik anaknya. Datuk merenung muka anak dara HajiAzhar sambil mulutnya membaca sesuatu.

Anak dara Haji Azhargelisah di tempat pembaringan. Matanya bersinar-sinar merenung ke wajah datuk.Perut anak dara Haji Azhar kelihatan membusut mengandung sembilan bulan.Nafasnya kelihatan tersangkut-sangkut, rambut panjangnya menutup bantal dibawah kepalanya.

Datuk minta kebenaranpada Haji Azhar dan isterinya untuk menjamah tubuh anaknya. Mereka mengizinkan.Datuk pun meraba pergelanggan tangan anak dara Haji Azhar lalu berkata :

“Dah berapa lama kenasakit ni?”

“Dah dekat setahun , tapibaru dua bulan ni yang teruknya.”

“Berjalan ke bilik airpun kena pimpin,” celah isteri Haji Azhar. Datuk anggukkan kepala.

Saya, datuk dan HajiAzhar kembali ke ruang tengah rumah. Kami dapati Ujang Selamat tidak ada . Dadasaya berdebar. Dengan tidak diminta Haji Azhar terus menceritakan pada datukselain daripada berubat cara kampung dia juga sudah membawa anaknya ke rumahsakit Ipoh. Hampir sebulan anaknya ditempatkan di rumah sakit tersebut.

Setelah diperiksadidapati anaknya itu tidak mengalami sebarang sakit ataupun mengandung. Phakrumah sakit berpendapat sebab perut anaknya buncit kerana mengandungi air. Danmereka pun berusaha mengeluarkan air dari perut anaknya itu, tetapi usaha itugagal. Perut anaknya tidak juga mahu surut. Akhirnya anak kesayangan Haji Azhardibawa pulang.

Dua bulan sesudah itulagi sekali Haji Azhar membawa anaknya ke rumah sakit besar - Ipoh. Perutanaknya di X-ray. Pihak doktor di rumah sakit itu tetap berpendapat anaknyatidak menghidap sebarang jenis penyakit, malah salah seorang doktor Melayubertugas di situ, Dr. Megat Khas telah menasihatkan Haji Azhar supaya berubatcara kampung. (Dan Megat Khas sudah meninggal dunia dalam tahun tujuh puluhan).

Semua yang diceritakanoleh Haji Azhar itu, didengar oleh datuk dengan cukup teliti. Dan setip kaliHaji Azhar berhenti bercakap sepasang matanya tetap tertumpu ke wajah datuk,seolah-olah dia mengharapkan sangat-sangat datuk dapat menyembuhkan penyakitdideritai oleh anaknya itu.

“Siapa nama anak tuanHaji itu?”

“Latifah.”

“Dulu pernah dipinangorang atau ada menaruh hati pada sesiapa?”

“Menaruh hati tu, sayatak tahulah, tapi orang meminangnya memang ada.”

“Jadi bertunang.”

“Tidak, saya tolak.”

“Sebab.”

“Belum masanya.”

Datuk anggukkan kepaladua tiga kali. Sesekali datuk merenung keluar ikut tingkap rumah yang terdedah.Kemudian datuk memberi janji pada Haji Azhar untuk berikhtiar mengubatianaknya, dengan syarat Haji Azhar harus menyediakan buah pinang merkah dipokok, daun delima dan tulang kucing hitam. Dengan pertolongan Ujang Selamatsemua benda-benda tiu dapat diadakan.
Lebih kurang pukul sepuluh malam datuk pun mula menjalankan tugasnya dengapenuh teliti. Sedang datuk membaca mentera, tiba-tiba seketul batu melayangmasuk ke dalam rumah. Jatuh di hujung kepala anak dara Haji Azhar. Dengansekelip mata saja batu kecil itu, mengeluarkan asap yang berkepul-kepul penuhsatu ruang rumah. Semua orang dalam rumah itu habis terbatuk.
Datuk bangun, lalu membuka kain lilit kepalanya. Dua tiga kali dia mengibaskankain lilit kepalanya ke kanan dan ke kiri. Asap itu berhenti dan batu punghaib. Tempat batu itu jatuh nampak berlubang dan hangus. Datuk berhenti darimeneruskan kerjanya.
“Nampaknya sakit anaktuan haji ni, dibuat dengan cara sihir, ada orang dendam dengan keluarga tuanhaji. Ini semua kerja syaitan,” rungut datuk sambil merenung muka Haji Azhar.

“Orang yang membalasdendam ni, bukan kepalang orang, saya minta diri untuk mengubatnya,” sambungdatuk. Muka Haji Azhar berubah. Saya perhatikan kedua belah kelopak matanyadigenangi air jernih. Anaknya yang terlentang kelihatan resah dan badannyaberpeluh.
Datuk menarik tangan Haji Azhar ke sudut rumahnya. Datuk merapatkan mulutnya ketelinga Haji Azhar.
“Tangguh dulu, kitaikhtiar cara lain malam, esok,” kata datuk.

“Saya mengikut saja,asalkan sakit anak saya baik.”

“Saya tahu, sakit anaktuan haji ni, bukan sebarang sakit, ada campur kerja syaitan.”

“Habis apa yang mestisaya buat?”

“Bersabar dan berikhtiar,dalam alam ini, yang maha berkuasa adalah Allah dan tidak ada penyakit yangtidak boleh diubat, kalau diizinkan Allah.”

Mendengar cakap datukitu, Haji Azhar tersenyum. Masih ada harapan untuknya berusaha. Ujang Selamatjuga memberi harapan yang begitu juga pada Haji Azhar. Sepanjang malam itu,saya dan datuk tidak dapat tidur dengan cukup lena, kerana bermacam-macam bunyiyang kami dengar di luar rumah Haji Azhar, bila hal itu diceritakan pada HajiAzhar pagi esoknya, dia mengakui bahawa sejak anaknya jatuh sakit. Bunyi begitumemang selalu didengarnya.

Datuk membuat keputusanuntuk pergi ke rumah kawannya di Sungai Rokam - Ipoh. Menurut datuk kawannyaitu berasal dari Bawean dan boleh mengubati sakit yang dialami oleh anak HajiAzhar itu. Dengan daya usaha Ujang Selamat, datuk pun bertolak ke Ipoh dengansebuah kereta kepunyaan anak buah Ujang Selamat. Datuk meninggalkan KampungBelanja Kiri di tepi tebing Sungai Perak itu, kira-kira pukul lapan setengahpagi. Dan pukul lima petang dia pun pulang dengan seorang wakil yang berbadankurus.

“Ini kawan saya, namanyaWansi, dah dua kali ke Mekah,” datuk memperkenalkan kawannya pada Haji Azhardan orang-orang yang menyambut kepulanganya di halam rumah. Datuk terusbercerita tentang kawannya tiu pada orang ramai. Kata datuk, kawannya itu dulubekerja dengan Kelab Lumba Kuda Perak, memang handal berjudi, minum arak dankaki perempuan, bila dia jatuh sakit teruk, tiga bulan terlantar di rumahmembuat dia insaf, bila dia baik dari sakit terus menjadi baik dan meninggalkankerja-kerja yang ditegah oleh Allah.

Sebelum mengubati anakdara Haji Azhar, Wansi meminta hanya saya, datuk dan dirinya saja yang bolehberada di tempat dia akan lakukan kerjanya. Semua permintaannya itu dipenuhi.Dia juga meminta pada Haji Azhar semua kerja yang dilakukannya jangandiberitahu pada orang ramai.

Satu syarat yang agakganjil yang dikenakan oleh Wansi, dia minta Haji Azhar membuat sebuah pondokkecil di depan rumah Haji Azhar dan pondok itu tidak berpintu. Orang yang bolehmendiami pondok itu ialah saya, datuk dan dirinya sendiri. Hari yang dipiliholeh Wansi untuk mengubat ialah hari Rabu, mulai pukul satu tengahari.

Sebelum itu, kami tidakdiberkan menemui sesiapa, selama lima jam, kami tidak boleh memijak tanah,tidak buang air kecil dan besar. Satu kerja yang cukup siksa saya rasakan,kerana datuk mahu saya mengenali berbagai ragam kehidupan yang ganjil atasdunia ini, saya terpaksa mematuhinya.

Tengahari Rabu, mataharisudah agak tergelincir dari ubun-ubun kepala. Saya dan datuk serta Wansimenghadap dupa yang mengeluarkan asap kemenyan kerana semua tingkap di pondokitu ditutup, badan terasa panas.

“Sedia,” kata Wansi yangsebaya dengan usia datuk. Dia pun mula bercakap dalam bahasa Bawean, terlalucepat cakapnya. Dia berhenti lalu merenung pada datuk. Dia angguk kepala. Datukjuga angguk kepala. Datuk menghampirinya.

“Ada apa Wansi?” tanyadatuk.

“Kita baca ayat Qurandulu,” jawab Wansi sambil menerangkan pada datuk ayat mana yang mesti dibaca.Sedang mereka asyik membaca ayat-ayat suci itu, pondok kami bagaikan digegarorang, serentak dengan itu api menyala dengan tiba-tiba di tengah pondok. Bilaapi itu dipadamkan, menyala pula di bahagian lain. Saya jadi kelam-kabut dibuatnya.

Dengan tenang Wansimencampakkan seketul besi ke tempat api yang menyala itu. Tiba-tiba api itupadam dengan sendiri. Dan api ajaib itu tidak lagi datang menyerang pondok.Saya diberitahu oleh datuk, besi yang berjaya memusnahkan api ajaib itu didepan dupa.

Muka Wansi kelihatanberkerut. Seekor kelawar hitam terbang rendah di depan dupa lalu jatuh di situ.Wansi mengambil kelawar hitam itu dimasukkan ke dalam uncang yang dibuat darikain hitam.
Wansi bangun. Dia merenung datuk dan saya. Wansi melangkah keluar pondok, ikuttingkap. Saya dan datuk juga berbuat demikian, sebaik saja kami bertiga memijakbumi, dua tiga titik darah jatuh atas pipi kami, dari mana datangnya saya puntidak tahu. Wansi naik ke rumah Haji Azhar terus masuk ke dalam bilik tempatanak dara Haji Azhar terkapar.
Saya terkejut, bila Wansimerentap kain yang menutup perut anak dara Haji Azhar. Perut anak dara itukelihatan berkilat dengan urat-urat yang timbul sekali imbas macam buahtembikai. Wansi menekan perut anak dara itu dengan kedua belah tangannya.Jeritan anak dara itu menguasai seluruh Kampunh Belanja Kiri. Saya dengan datukhanya melihat saja. Jeritan anak dara yang kuat itu, makin lama, makin beransurkurang dan akhirnya berhenti terus. Dari hidung anak dara itu keluar darah.

Wansi terus menekan perutanak dara itu, saya lihat tangan Wansi yang keras itu masuk ke dalam perut anakdara itu bagaikan terkoyak. Pergelangan tangan Wansi penuh dengan darah.Tiba-tiba Wansi berpaling pada datuk dan berkata:

“Sudah dapat.”

“Apa dia?”

Wansi tidak menjawabpertanyaan datuk itu. Dia terus menarik tangannya dari perut anak dara. Sayalihat ditangan Wansi terlekat kain batik Jawa yang berlipat cantik. Dengansegera perut anak dara yang buncit itu terus kempis dan rata. Wansi melihatlilihan darah di perut anak dara itu. Dia membaca susuatu, kemudian perut anakdara itu digosoknya dengan tapak tangan kanan tiga kali berturut-turut. Dalamsekelip mata saja perut itu bercantum kembali tidak terdapat sebarang kesanluka atau darah di situ

Anak dara Haji Azharsedar dari pensan. Dia membuka matanya dan memandang ke arah datuk. Anak daraHaji Azhar bangun dan terus duduk.

“Kenal, kain siapa ni?”tanya datuk pada anak dara Haji Azhar.

“Saya punya, tapi sudahlama hilang dalam simpanan saya.”

“Di mana hilangnya?”Wansi pula menyoal.”

“Kain batik tu, sayajemur di ampai, tiba-tiba hilang, itu saja yang saya ingat,” terang anak daraHaji Azhar dengan jujur.

Datuk pun memanggil HajiAzhar dan isterinya. Mereka mengakuinya, bahawa kain batik tu dibeli oleh HajiAzhar ketika dia pergi menziarahi keluarganya di Bandung-Indionesia, bilapulang ke rumah kain itu dihadiahkan pada Latifah anaknya. Dan pada suatu hariLatifah mendapati kain batik itu hilang di ampaian sesudah basuh.

Pada petang Rabu itujuga, Latifah anak dara Haji Azhar dimandikan dengan tujuh jenis bunga di tepitebing Sungai Perak oleh Wansi, Menjelang waktu Maghrib Latifah di letakkan diatas pelantar yang dibina berhampiran dengan ampai tempat kain batiknya hilang.Semua kerja dilakukan oleh Wansi.

Pada sebelah malamnya,ketika Wansi dan datuk bercakap di anjung rumah, seketul tulang lengan manusiadilemparkan oleh satu lembaga hitam dari halaman rumah. Bila tulang lengan itudijamah oleh datuk, tulang itu terus menjadi arang.

“Sekarang, kita mestimenangkap orang yang mensihirkan kain batik ke dalam perut anak dara HajiAzhar,” ujar datuk pada Wansi.

“Ya, tapi aku tak mahuorang itu dibalas memadai saja dia disuruh bertaubat,” sebaik saja Wansi habisbercakap, wajah seorang lelaki muncul di depan Wansi dari dalam kegelapan malamitu, bila datuk mengamati wajah pemuda itu ternyata dia adalah pawang orangasli yang terkenal dari batu enam belas jalan Tapah ke Cameron Highland,Pahang.

Wajah lelaki yang bengisitu kelihatan mengeluarkan asap dan melangkah mahu menerkam ke arah datuk danWansi…
 
SIRI 17 : BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI


Dan Wansisegera bangun. Datuk juga begitu. Dalam beberapa saat saja lelaki itu hilangdari penglihatan datuk dan Wansi. Serentak dengan itu, terdengar suara jeritanLatifah yang cukup keras dan nyaring. Datuk dan Wansi segera masuk ke dalambilik Latifah.Latifah Berguling-guling atas lantai, kedua belah tangannyamemegang batang leher. Matanya kelihatan merah. Haji Azhar dan isterinya tidakdapat berbuat apa-apa selain daripada menangis. Wansi segera memegangpergelangan kaki kiri Latifah. Ditekannya dengan sekuat hati atas lantai.Jeritan Latifah berhenti dan tidak lagi berguling-guling atau meronta-ronta.Wansi menyuruh Haji Azhar mengangkat anaknya ke atas tilam. Datuk rapat kepadaWansi dan mendengar dengan tiliti apa yang dicakapkan oleh Wansi padanya. Dtukkeluar dari bilik untuk beberapa minit. Masuk kembali dengan kain hitamterselipang di bahu. Wansi menyambar kain hitam itu lalu melibas ke badanLatifah tiga kali berturut-turut.

Datuk duduk di hujungkepala Latifah. Dia membaca sesuatu. Tiga kali dahi Latifah ditamparnya denganbelakang tangan. Latifah bangun dan terus duduk.

“Apa yang kau nampaknak?” tanya Wansi.

“Orang hitam mengajak sayakeluar,” sura Latifah merendah.

“Lagi apa yang dibuatnyapada kau,” sanggah datuk.

“Dia lari dengantiba-tiba,” jawab Latifah tenang.

Wansi terdiam seketika.Dia meminta pencil dan kertas. Bila kertas dan pencil sudah ada di tangannya.Dia menulis sepotong ayat al-Quran. Kertas yang sudah ditulinya itu diserahkanpada Haji Azhar.

“Bacalah ayat ini, ketelinga Latifah bil di agak resah. Dan kau harus mengamalkannya,” ujar Wansi.

“Caranya?” tanya HajiAzhar.

“Baca seratus kaliselepas kau sembahyang yang lima waktu, bila dia sebati dengan dirimu, banyakfaedahnya. Untuk menghalau hantu syaitan.” Cukup lebut nada suara Wansi.Serentak dengan itu dia menyerahkan sebatang besi pendek yang berbentuk tulang.Menurut Wansi besi itu adalah besi tulang lengan mawas.

“Besi ni saya tinggalkanpada awak untuk tiga minggu, lepas tu saya ambil balik,” tambah Wansi. Besitulang mawas bertukar tangan dari Wansi ke tangan Haji Azhar.

“Untuk apa?”

“Untuk mengubat penyakitanak kau,” sahut datuk.

“Kalau dalam tempoh tigaminggu, anak saya tak baik macam mana?”

“Dengan pertolongan Allahanak kau akan baik. Percayalah, dengan syarat selama tiga minggu, jangan berisesiapa menemui Latifah, kecuali kau dan emaknya,” Wansi memberikan sebuahkeyakinan dan harapan pada Haji Azhar.

Haji Azhar tersenyum.Sebelum meninggalkan bilik Latifah Wansi berpesan pada Haji Azhar supayamengunci bilik dari dalam. Dan jangan memperhiraukan dengan apa yang berlaku diluar. Haji Azhar angguk kepala.

Rumah Haji Azhar cukupbesar. Ada lapan bilik di dalamnya. Jarak bilik Latifah dengan anjung rumahmemang agak jauh juga jaraknya. Pada mulanya Haji Azhar menawarkan dua bilikpenginapan untuk kami, tetapi datuk dan Wansi menolak dengan alasan tidur dianjung lebih baik. Tidak panas serta mudah menjalankan kerja-kerja untukmengubati Latifah.

Saya resah tidak menentu.Dua tiga kali saya memejamkan mata. Saya tidak juga mahu tidur. Lampu gaslinsudah lama dipadamkan. Digantikan dengan lampu minyak tanah sengaja dipendekkanoleh datuk. Cahayanya sekadar cukup menerangi wajah datuk dan Wansi, tetapilingkaran cahaya lampu itu sampai juga ke muka saya, agaknya kerana itulah sayatidak dapat tidur.

Saya merenung ke arahdatuk dan Wansi. Mereka sedang membalut rokok daun sambil bercakap sesuatu. Sayamula terdengar kokok ayam bertalu-talu, saya kira sudah hampir pukul dua malam.Dugaan saya tepat sekali. Tidak lama lepas itu, terdengar bunyi jam loceng HajiAzhar berbunyi dua kali berturut-turut.

Angin malam yang bertiupmenambahkan rasa dingin di badan. Saya terpaksa membengkokkan badan, sepertiangka lima. Sayup-sayup saya terdengar suara burung hantu dan suara anjingmenyalak panjang. Datuk dan Wansi masih juga belum tidur.

Tiba-tiba, datuk danWansi melompat dan lampu padam. Bila datuk menyalakan lampu minyak tanahkembali terdapat batang pisang berkembar dua terletak atas lantai di anjungrumah. Batang pisang itu seolah-olah baru lepas digunakan untuk memandikanmayat. Bila datuk mahu menjamah batang pisang tersebut, cepat-cepat Wansimenyepak tangan datuk.

“Jangan dipegang,” kataWansi.

Saya mengeletarsendirian. Dua kali saya cuba bangun, tetapi saya terjatuh dengan sendirihingga kain yang saya pakai terlucut dari pinggang. Saya bogel dalam sinarsamar-samar cahaya lampu minyak tanah. Wansi yang terpandangkan saya turuttersenyum.

“Kau pergi ke sana,”katanya pada saya, sambil merungut kerana datuk membawa saya. Tanpa banyakbicara saya akur dengan perintahnya. Saya bersandar pada tiang rumah. Sayalihat dari batang pisang itu keluar asap berkepul-kepul. Dua tiga ekor kelawarhitam berterbangan dengan bebasnya di anjung ruamh, kelawar hitam itu akankencing, airnya merah macam darah.

Di luar anjung,kedengaran bunyi deru angin yang cukup kuat. Saya lihat ada bayang putihmemanjang melayang di halaman rumah. Darah saya tersirap. Benda putih itu masukke dalam kawasan anjung dan hilang betul-betul di tengah-tengan batang pisang.Suasana di luar rumah agak gamat juga dengan bunyi suara kokok ayam, salakkananjing dan suara jampuk bersahut-sahutan. Kelawar yang hinggap di bahagiananjung rumah terus bersuara, cukup seram, giginya yang putih berkilat itunampak tajam di samping memperlihatkan taringnya.

Saya jadi tidak tentuarah. Berdiri salah, duduk pun salah. Apakah syaitan-syaitan ini akan meragutnyawa saya. Timbul pertanyaan dalam diri. Dalam keadaan yang serba gawat itu,saya masih dapat membaca beberapa potong ayat al-Quran yang saya kira dapatmenghalau syaitan-syaitan itu. Datuk dan Wansi kelihatan tenang memandangbatang pisang yang berasap itu.
Wansi berdiri lalu mengangkat sebelah tangannya ke atas. Lengan tangan kananyang diangkatnya itu dirapatkan pada lubang telinga kanannya. Sementara tangankirinya diletakkan atas dada, kaki kanannya, menapak dua tapak ke depan.Manakala kaki kirinya dibengkokkan sedikit.
Wansi menjerit sekuathati. Bila jeritannya berakhir. Dia bercakap dalam loghat bahasa Bawean,selesai dia bercakap, beberapa ketul batu dan kayu berterbangan masuk ke dalamanjung ruamh. Wansi sedikitpun tidak bergerak. Bunyi suara kucing hutan melalakdi bawah rumah. Beberapa ekor tupai hitam, entah dari mana datangnyaberlompatan di lantai. Semuanya melompat ke tanah. Sebaik saja tupai-tupai itughaib, seekor beruk besar muncuk di depan datuk dan Wansi.

Kali ini datuk mara kedepan dan menolak Wansi ke belakang. Saya agak, tentulah datuk tahu, bahawakawannya itu tidak berdaya menentang cubaan syaitan-syaitan itu. Datuk berpeluktubuh. Dia membaca mentera hingga tubuhnya kelihatan berasap. Batang pisang ditengah anjung bagaikan diangkat orang, bergerak sendiri menuju ke muka pintudan hilang dalam gelap.
Tempat batang pisang itu digantikan dengan api yang menyala ganas. Bahang panasitu terasa ke muka saya. Wansi mengambil uncang hitam lalu memukul ke arah api.Api itu mula runduk. Wansi memukul lagi hingga api itu bertukar mejadi barasebesar bola pingpong. Bara itu terbang. Berlegar-legar dalam rumah akhirnyakeluar menuju ke pondok tempat saya dan datuk serta Wansi beranung dulu. Pondokitu terbakar.
“Orang ni benar-benar mahumemalukan keluarga Haji Azhar dan mahu membinasakan kita,” kata Wansi sambilmelurut langan kirinya dengan tapak tangan kanan. Dalam beberapa saat sajapondok itu hancur menjadi abu. Bara api sebesar bola pingpong menuju ke arahkepala Wansi. Cepat-cepat Wansi mengelakkan diri. Sementara itu , datuk masihberusaha untuk menghalau syaitan-syaitan ganas itu mengikut kemampuan yangterdaya olehnya.

Bara api sebesar bolapingpong terus berlegar-legar dalam ruang anjung. Wansi mula bertindak, sayalihat mukanya berubah. Mulutnya terus bercakap dalam bahasa Bawean. Wansimembalut tangan kanannya dengan uncang hitam, kemudian bola bara api itudipegangnya sekuat hati. Saya lihat tapak tangannya berasap. Saya kira dalamhal ini Wansi lebih gagah dan banyak ilmu dunianya jika dibandingkan dengankehandalan yang terdapat dalam diri datuk.

Datuk tersandar didinding. Mukanya kelihatan biru. Dua kali datuk terbatuk dan mengeluarkan darahyang cukup kental. Saya urut belakang datuk. Wansi meletakkan bola api yang sudahmenjadi seketul arang itu di tengah anjung rumah. Dia rapat pada datuk. Duakali dia menumbuk belakang datuk.

Datuk terbatuk,dari mulutdatuk keluar segumpal cacing tanah dan ulat bulu. Cacing dan ulat bulu itubergerak atas lantai. Wansi memukulkan uncangnya ke muka datuk. Datuk segerapulih. Wansi kembali ke tempat arang yang diletaknya. Arang itu masih berasap.Bila asapnya hilang saya lihat ada kepala manusia terletak di situ, Berlilitdengan kain. Matanya terkedip-kedip merenung ke muka datuk, bagaikan mintapertolongan.

“Saya kenal dia Wansi,”kata datuk.

“Siapa manusia ni?”

“Bomoh orang asli, daribatu enam belas, saya pernah bertemu dengannya dua kali,” terang datuk denganjujur. Wansi tersenyum. Wansi duduk bersila di depan kepala manusia yangseoah-olah melekap pada papan lantai itu.

“Kenapa kau buat jahatdengan orang?” tanya Wansi.

“Saya dapat upah encik,”jawab kepala itu dalam gaya bahasa orang asli bercakap Melayu. Matanyaterkelip-kelip macam katak puru kena sembur air. Wansi atau datuk. Biarkanmereka dengan tugas mereka. Saya cuma mahu melihat peristiwa ini sebagai bahankenangan atau sejarah yang tersimpan dalam diri saya. Itu saja tekad saya.

“Siapa yang mengupahkau?” datuk menyoal.

“Orang kampung ini juga.”

“Siapa namanya.”

“Tak boleh cakap encik,itu sumpah saya,”

“Awak tahu, kerja awak nimenyusahkan saya dan orang lain,” kian keras nada suara Wansi. Datuk mularesah. Dia berpusing-pusing dua tiga kali di depan kepala yang terlekap dilantai.

“Tak tahu encik, diadatang minta tolong, katanya orang itu meludah mukanya waktu dia usik-usikuntuk ajak kahwin, orang itu maki dia, jadi saya ingat perbuatan orang itu takbaik menghina sesama manusia kerana itu saya tolong dia.” Bagaikan mahu berbuihmulut orang itu bercakap, cukup siksa.

Datuk dan Wansi berbisik.Kepala yang terlekap di lantai kelihatan bergerak-gerak. Mukanyaberpeluh-peluh. Dua tiga helai rambunya gugur. Suasanan malam yang tadi agakgawat sekarang sudah cukup tenang.

“Awak mesti bercakapbetul dengan saya, kalau tidak saya botakkan kepala awak di sini,” Wansi mulamengugut. Datuk mengigit bibir.

“Jangan buat jahat denganorang encik.”

“Saya tak buat jahat,awak yang mulakan dulu.”

“Saya mengaku, saya dahkalah, encik kuat. Apa yang encik mahu sekarang?”

“Jangan kacau orang dibaruh, nanti orang di darat susah, siapa orang di baruh yang upah awak?”

“Baiklah encik, kalausaya cakapkan, encik mesti berjanji dengan saya tidak balas dendam.”

“Kami tak mahu balasdendam, kami cuma mahu tahu saja.”

“Orang itu akan datangsendiri berjumpa encik minta maaf, saya akan suruh dia jumpa encik,”

“Bila?” potong datukdengan cepat.

“Dua hari lagi.”

Selesai saja orang itubercakap. Wansi pun memukul kepala orang itu dengan uncang yang dibuat darikain hitam. Kepala orang itu pun hilang. Jam milik Haji Azhar berbunyi empatkali berturut-turut. Dingin subuh mula meresap ke batang tubuh saya. Dalamkedingannan yang menggigit tulang itu saya terlelap . Bila saya membuka kelopakmata, matahari pagi sudah pun memancarkan sinarnya di halaman rumah. Murai danmerbah sudahpun berhenti berkicau.

Datuk dan Wansi dudukbersila panggung sambil menghisap daun rokok nipah. Mereka merenung ke arahpondok yang tertegun gagah di bawah kelopak matahari pagi. Kepala saya terasapening kerana malam tadi saya menyaksikan dengan mata kepala saya sendiripondok itu musnah dijilat api. Apakah saya bermimpi atau ditipu oleh perasaantakut yang menguasai diri saya. Timbul berbagai pertanyaan dalam hati kecilsaya.

“Kenapa pondok ini tidakhancur tok, malam tadi saya lihat terbakar,” itulah pertanyaan pertama pagiitu, saya ajukan pada datuk. Datuk merenung muka saya sambil tersenyum.

“Memang terbakar, tetapidibakar oleh syaitan,” balas datuk.

Saya terdiam. Memanglahperkara ini tidak masuk di akal. Kalau diceritakan pada sesiapapun tidak adaorang yang percaya sedangkan pada kenyataannya saya melihat kejadian-kejadianitu sendiri.

Bila datuk melihat dayatermenung panjang, dia pun menghampiri saya. Dan menyatakan apa yang saya lihatiut, bukanlah satu perkara yang aneh. Semuanya terjadi atas kemahuan Allah yangmaha besar.

“Allah itu maha pemurahdan penyayang.”

“Jadi,” tingkah saya.

“Dia akan memperkenankanapa juga yang diminta oleh mahkluknya sama ada jahat atau baik.”

“Kalau minta jahat bagaimana?”

“Dipenuhinya dantanggunglah akibat dari permintaan itu. Sebagai manusia kita diberikan fikiranuntuk meminta sesuatu yang baik atau jahat.”

Saya pun angguk kepalamendengar cakap datuk itu. dalam masa yang sama Haji Azhar minta datuk dan Wansiduduk sebulan di tempatnya.

“Minta maaf, saya banyakurusan. Saya boleh tunggu hingga hari Jumaat kerana ada orang yang akan datangke sini?” Saya lihat wajah Wansi cukup tenang.

“Siapa?” soal Haji Azhar.

“Nantilah saya beritahukemudian, lagi pun saya mesti balik cepat kerana saya belum lagi membuatpersiapan untuk…’” suara Wansi terhenti. Dia merenung keluar pada pepohonrambutan dan langsat yang disentuh angin pagi. Matahari terus bersinar garang.

“Nak ke mana selepasmengubat anak saya ni?”

“Saya nak berangkat keTanah Suci,” jawapan Wansi itu amat mengejutkan hati datuk. Memang sebelum ini,Wansi tidak pernah menceritakan hal itu padanya. Saya merasa amat kagum dengandatuk dan Wansi yang tidak mahu menceritakan apa yang di alaminya malam tadi padaHaji Azhar. Meskipun Haji Azhar bertanya beberapa kali. Seolah-olah merekasepakat merahsiakan perkara itu.

Bagi menanti hari Jumaatyang ditunggu, saya dan datuk serta Wansi ke Cangkat Banjar dan CangkatMelintang mencari akar-akar kayu dan pucuk-pucuk hutan. Akar-akar kayu yangdipilih itu dijadikan minuman menggantikan kopi, sementara pucuk-pucuk kayudijadikan air pembasuh muka selepas menunaikan sembahyang subuh.

Menurut Wansi akar-akarkayu itu berguna bagi mencegah sakit buah pinggang, darah tinggi. Pucuk-pucukhutan pula berkesan bagi perjalanan darah di samping mengkalkan wajah supayakelihatan muda dan merah.

Memang sudah menjadiamalan dalam hidup datuk selepas menunaikan sembahyang subuh, dia akan membacaQuran. Begitu juga dengan Wansi. Saya disuruh oleh datuk membaca surah Yassin.Kelam-kabut juga saya dibuatnya oleh datuk. Bagamana tidak menggelabah biladatuk menyuruh saya membaca surah Yassin tanpa naskah Yassin Bila melihat sayadalam keadaan cemas begitu. Wansi memberikan naskah Yassin pada saya.

“Kau mesti ikut macamdatuk kau, boleh baca Yassin tanpa buku,” ujar Wansi.

“Dah diajar, tapi cucusaya ni keras kepala sikit,” tingkah datuk. Disambut dengan ketawa yangmemanjang dari Wansi.

Ketika matahari mulabersinar. Dari muka jalan masuk ke rumah Haji Azhar, kelihatan seorang pemudaberbadan tegap mendatangi ke arah datuk dan Wansi. Sebaik saja sampai di kakitangga pemuda itu memberi salam. Wansi mempersilakannya naik.

“Jangan mengapakan saya,malam tadi saya tak boleh tidur, badan saya macam tebakar hangat sampai kepagi,” terus terang pemuda berkulit hitam manis, berhidung mancung, rambut ikalitu meluah kan rahsia dirinya. Wansi dan datuk berpandangan.

“Badan saya masih terasadingin, walaupun matahari bersinar terang, kabus nipis kelihatan keluar daribumi di antara pepohon manggis dan langsat. Suasanan di Kampung Belanja kiripagi itu terasa cukup tenteram dengan kicau burung. Melompat dari dahan kedahan.

“Apa sebabnya awak datangke sini?” datuk bersuara parau.

“Sayalah yang mengupahbomoh orang asli memasukkan kain batik ke dalam perut anak Haji Azhar,” sambungpemuda itu sambil merenung lantai. Wansi memperkemaskan silanya.

“Kau harus tahu membuatatau menganiaya sesama manusia satu dosa besar. Allah tidak dapat mengampunkannyasekiranya orang yang kena aniaya itu tidak memaafkannya,” terang Wansi.

“Saya tahu, sayabertaubat tuan, saya melakukannya kerana mengikut nafsu.” Sebaik saja pemudaitu selesai bercakap. Haji Azhar dipanggil oleh Wansi. Haji Azhar pun segeradatang. Duduk bersila di antara datuk dan Wansi.

“Inilah orang yang sayatunggu,” kata Wansi pada Haji Azhar. Bila mata haji Azhar terbeliak. Dia kenalbenar dengan pemuda itu, pernah berkerja dengannya sebagai pemandu botpenambang dari Belanja Kiri ke Pekan Parit, di seberang tebing Sungai Perak,Haji Azhar tahu pemuda itu boleh bergerak bebas dalam kawasan rumahnya.Orangnya pendiam dan bersopan-santun.

“Apa, dia keluarga awak?”Satu pertanyaan keluar dari mulut Haji Azhar.

“Tidak tuan Haji,” pendekjawab Wansi.

“Habis kenapa dia jumpaawak.”

“Usah tanya tentang halitu, kalau awak sayangkan anak awak, jangan rosakkan budak ni, jangan dipukulatau membalas dendam.”

“Saya tak faham.”

“Saya boleh beri awakfaham, tapi awak jangan membalas dendam kerana perbuatan itu ditegah oleh agamakita yang suci, kalau awak boleh memenuhi syarat ni, awak akan bahagia hidupnyadan pemuda ini akan tenteram jiwanya.”

“Saya berjanji,” satukeputusan tegas dari Haji Azhar.

Datuk serta Wansiberdiri. Pemuda dan Haji Azhar duduk berhadapan sambil bersalaman, waktu salamkeduanya belum terbuka. Datuk membaca ikrar yang bermaksud, bahawa Haji Azhartidak akan membalas dendam dan pemuda itu akan bertaubat. Selasai saja ikraritu dibuat, barulah Wansi menceritakan apa yang dilakukan oleh pemuda ituterhadap anaknya. Badan Haji Azhar saya lihat menggigil menahan marah.

Bila semua urusanselesai. Pada sebelah malamnya diadakan kenduri doa selamat. Dan pada keesokanharinya kami bertiga pun berangakat meninggalkan Kampung Belanja Kiri. Duabulan lepas itu, saya dijemput oleh Haji Azhar datang ke rumahnya lagi sekali,untuk menyaksikan Latifah bersanding dengan pemuda yang dipilih oleh HajiAzhar.

Dengan pemuda pilihanbapanya itu, Latifah memperolehi dua orang anak. Sekarang Latifah menetap diKulai, Johor. Menurut cerita yang terbaru saya dengar, anak sulung Latifahsudah melahirkan dua orang anak. Haji Azhar meninggal dunia dalam tahun 1980 diBelanja Kiri kerana sakit tua, isterinya masih lagi hidup dan tinggal bersamaLatifah.

Pemuda yang mengupahbomoh siam itu meninggalkan kampung, Belanja Kiri, sesudah meminta ampun danmaaf pada Haji Azhar. Walaupun perkahwinan Latifah pada hari itu cukup meriahtetapi datuk tetap berwajah suram, kerana Wansi yang banyak berjasa pada keluargaHaji Azhar tidak dapat datang. Dia meninggal dunia di Tanah Suci.

Dua hari selepas menghadiri majlis perkahwinan anak Haji Azhar itu, saya dengandatuk pergi ke Cangkat Pinggang dekat Kampar kerana urusan membeli tanah dusun.Dua malam tidur di rumah ketua Kampung Cangkat Pinggan. Lepas itu kami bertolakke Tapah. Di Tapah datuk menginap dua hari di rumah kawannya di Lubuk Katakkira-kira suku batu dari Pekan Tapah.
Pada keesokan harinyasaya dengan datuk bertolak dari Pekan Tapah menuju ke Cameran Highlands. Sampaidi Batu enam belas datuk memetik loceng bas. Kami turun di situ. Dari gigijalan kami memasuki satu lorong yang kiri kanannya di tumbuhi pokok-pokokhutan. Di hujung lorong itu terdapat sebuah perkampungan orang asli.

Tidak jauh dari kampungornag asli pada masa itu, terdapat berberapa buah bangunan pekerja-pekerja yangterlibat dengan pembinaan projek haidro elektrik. Kebanyakan pekerjanya terdiridaripada pemuda-pemuda Melayu terutama di bahagian buruh kasar seperti menebukterowong dan meratakan batu. Pergerakkan pekerja-pekerja itu dapat dilihatdengan mudah dari perkampungan orang asli yang terletak di kawasan tanah yangtinggi. Sekarang projek itu sudah siap.

Kedatangan saya disambutdengan baik oleh bomoh orang asli yang berwajah agak garang itu. Namanya BahLanjut. Dia mempersilakan saya dan datuk duduk di anjung rumahnya. Apa yangmendatangkan rasa kurang senang dalam diri saya, bila melihat anjingkepunyaannya berkeliaran dalam rumah. Hati saya agak terhibur kerana dariradionya terdengar suara Saloma mendendangkan lagu Mengapa Dirindu yang menjadilagu top ketika itu.

Kerana mahu menghormatidatuk dan saya yang diketahuinya tidak berapa senang dengan keadaan rumahnya,lalu dia menempatkan kami di sebuah pondok yang keadaannya cukup bersih. Siapdengan tempat tidur dan tikar sembahyang. Menurut Bah Lanjut, pondok itu memangdikhaskan untuk orang Melayu dan Islam bermalam bila meminta ubat darinya.Dalam pertumuan itu Bah Lanjut berkali-kali minta ampun dan maaf atasperbuatannya di masa lalu. Malah, dia sanggup mengajar beberapa ilmu yang adapada dirinya untuk datuk.

Hasratnya itu tidakditolak, datuk mahu menuntut ilmu darinya asalkan ilmu yang dituntut itu tidakbercanggah dengan hukum-hukum Allah. Bagi tujuan itu, datuk dan saya terpaksatinggal di perkampungan orang asli itu selama dua minggu. Di sini tugas sayabertambah lagi, terpaksa menjadi tukang masak pada datuk di samping berburuayam hutan dan pelanduk untuk lauk makan tengahari dan malam, beras disediakanoleh Bah Lanjut hasil dari tanaman padi humanya di lereng bukit.
 
SIRI 18 : DIGANGGU LEMBAGA HITAM


Di luar hujanturun mencurah-curah. Kilat dan guruh tingkah meningkah. Cahaya kilat yangmasuk ke dalam pondok menjilat wajah datuk, Bah Lanjut dan saya. Bila bunyihujan beransur reda, diganti pula dengan bunyi angin yang cukup keras melanggardahan dan reranting pokok hutan. Api pelita melintuk-liuk mengikut arah tiupanangin. Bagi menyelamatkan api pelita dari padam, Bah Lanjut segera menaruh daunbertam muda di sekelilingi badan pelita.

Beberapa bahagiandaripada daun bertam muda itu dibuat lubang kecil bagi mendapatkan cahaya daripelita tersebut. Di luar hujan sudah berhenti terus. Angin sudah tidak sekerastadi merempuh reranting dan dedahan pokok hutan. Bunyi cengkerik cukup gamat.Sekali-sekala terdengar lolongan anjing hutan sayup-sayup. Bunyi suara burungtukang cukup nyaring. Saya melihat jam saku datuk yang bertali tembaga dihujung lututnya.

Waktu Bah Lanjutmemperkemaskan silanya,saya dengar raungan harimau cukup nyaring bersamatempikan gajah. Tanpa di minta oleh datuk, Bah Lanjut perkenalkannya denganpemuda yang membalas dendam pada anak Haji Azhar. Menurut Bah Lanjut, seorangasli membawa pemuda itu menemuinya dan menceritakan apa yang di alami olehpemuda itu hingga timbul rasa balas di hatinya.

"Saya menolongnya kerana saya fikir dia telah dihina," nada suara BahLanjut penuh kesal. Datuk tersenyum dan menyuruh Bah Lanjut melupakan peristiwatersebut.

"Lupakan tentang tu, mari kita cerita tentang hal lain," ujur datuksambil melagakan gigi bawah.

Bah Lanjut melunjurkan ke dua kakinya. Kulit belakang Bah Lanjut bertemu dengandinding pondok yang diperbuat dari kulit kayu Merbau dan Jelutung.

"Ilmu kita bukan untuk merosakkan orang, ilmu kita untuk menolongorang," keluh Bah Lanjut.

"Ilmu kita pun begitu juga," tingkah datuk.

Beberapa ekor nyamuk hutan berterbangan dalam pondok. Melihat saya resah dengankedatangan nyamuk itu, Bah Lanjut menepuk tangan, saya lihat nyamuk yangberterbangan itu menuju ke arahnya Bah Lanjut menadahkan kedua belah tapaktangannya. Nyamuk-nyamuk jatuh atas tapak tanganya.

"Pulanglah,jangan kacau kami," kata Bah Lanjut Nyamuk di tapak tangansegera terbang menuju ke arah tepi dinding dan terus keluar.

Bunyi suara cengkerik di luar pondok beransur kendur. Malam bertambah dingin.Dua kali saya menguap panjang. Datuk dan Bah Lanjut masih terus bercakap.

"Mahu awak menuntut ilmu pengasih?" kelopak mata saya terasa ringan,mata saya bersinar merenung kearah muka Bah Lanjut. Saya mengisut ke arahnya,kepala lutut saya dengan kepala lutut Bah Lanjut berlaga.

"Caranya?" soal datuk. Hati saya cukup gembira, saya memangmengharapkan Bah Lanjut menurunkan ilmu itu pada datuk dan sekali gus saya akandapat mengutip ilmu itu. Saya kira, ilmu pengasih itu cukup baik untuk saya,bila saya sudah ada ilmu pengasih saya boleh memilih bakal isteri dari anakdara yang wajahnya cantik dari kalangan orang yang berada. Kalau saya dipanggil untuk temuduga sebarang pekerjaan, ilmu pengasih dapat menolong saya.

Orang menemuduga saya akan kasih pada saya, lalu memberikan pekerjaan, walaupuntidak ada kelulusan, fikir saya dalam hati.

Bah Lanjut mengunyah sesuatu didalam mulut. Saya tidak tahu apa yangdikunyahnya.

"Ilmu tu saya tak mahu, bagilah saya ilmu-ilmu lain," ujur datuksecara tidak langsung membunuh harapan yang bertunas dalam hati saya. Sayamengeluh dan datuk tersenyum merenung ke arah saya, bagaikan dia tahu, apa yangbergolak dalam dada saya.

"Kalau awak tak mahu, berikan pada cucu awak," Bah Lanjutmengemukakan cadangan. Lagi sekali, saya Iihat senyum datuk bermain di bibir.

"Jodoh pertemuan dan rezeki di tentukan oleh Allah yang maha besar,"datuk menepis cakap Bah Lanjut.

"Kita disuruh berusaha."

"Bukan dengan cara itu tok batin, lagi pula ilmu pengasih ni, banyak burukbaiknya, terutama kalau terlepas ketangan orang muda."

"Tujuannya baik "

"Memang tujuannya baik, tujuan baiknya sikit sangat. Yang dibuat tujuanyang jahat yang banyak di lakukan, ilmu tu banyak penggodanya."

"Jadi, awak tak mahulah. Kalau awak mahu,boleh saya bawa naik bukit danguna mencari ibu minyaknya."

"Terima kasih sajalah tok batin," suara datuk merendah.

Bah Lanjut terdiam. Suara anjing hutan makin keras. Bunyi burung hantu danjampuk bersahut-sahutan di puncak bukit. Sesekali saya terdengar bunyi orangberjalan di bawah pondok. Malam bertambah larut. Datuk bangun, lalu membukapondok. Datuk terkejut. Dua tapak dia undur ke belakang. Muka datuk pucat. BahLanjut menerkam ke arahnya.

Saya juga menerkam ke muka pintu. Kaki kami bagaikan terpaku di lantai. Di mukapintu, terjegat satu lembaga berbulu hitam tebal. Dahi lembaga itu berbulu,lubang hidungnya cukup luas. Gigi putih lembaga itu menyeringai, bagaikan mahumenelan kami. Saya amati lembaga itu lama-lama. Bentuknya macam seekor monyetbesar. Tiba-tiba, Bah Lanjut bergolek diatas lantai menuju ke arah pelita. Diacabut daun bertam, lalu membakar kain pelikat datuk yang tersangkut dekatdinding. Dengan mendadak saja api marak dalam pondok kami. Dan lembaga yangberdiri dikaki tangga bersuara, bagaikan suara beruang jantan tercium buahkelubi.

Lembaga itu menggawang-gawangkan tangannya ke kiri dan ke kanan. Kemudianlengannya yang berbulu itu menutup kedua belah matanya. Lembaga hitam itumenjerit dengan sekuat hatinya, lalu menendang dinding dekat pintu. Dindingyang dibuat dari kulit kayu itu runtuh dan pecah berkaca.
Lembaga itu melompat ke tanah dan diikuti dengan bunyi kayu tangga patah.Lembaga itu pun hilang dalam kegelapan malam yang pekat itu.

Datuk, saya dan Bah Lanjut kembali duduk di ruang tengah pondok, sesudah apiyang membakar kain pelikat datuk dipadamkan.

"Apa bendanya tu tok batin?" soal datuk dengan tenang. Bah Lanjutterdiam. Dia merenung liar ke kiri dan ke kanan.

"lnilah masalah yang kami hadapi sekarang," bisik Bah Lanjut padadatuk. Datuk angguk kepala. macam itek angsa bertemu kawan. Saya resah sendiri.Bimbang benar hati saya, kalau lembaga hitam itu datang lagi.

"Saya harap awak boleh menolong kami dalam hal ini?" Bah Lanjutmenyuarakan hasrat hatinya. Datuk merenung lantai yang terbuat dari buluh itu.Bah Lanjut nampak resah. Sesekali dia membetulkan parang yang tersangkut dipinggangnya.

"Benda tu, cuma takut pada api saja," sambung Bah Lanjut dengan rasakesal. Dan barulah saya faham, kenapa waktu tengahari mahu jatuh di kakilantai, orang asli membakar kayu besar yang dilonggokkan di sekeliling rumahmereka.

Api biarkan menyala hingga ke subuh. Bah Lanjut berjalan ke hulu ke hilir dalamruang pondok. Berhenti dekat bendul pemisah, antara ruang tengah dengan dapur.Dia duduk dekat bendul sambil menakik -nakik kayu bendul dengan parangkontotnya. Datuk hanya memperhatikan saja tingkah laku Bah Lanjut. Darigerak-geri itu, datuk dapat meramalkan, bahawa penghulu orang asli itu di amokrasa resah yang tidak menentu. Bah Lanjut merenung ke arah Datuk. Datuk angkatkepala lalu pandangan mereka bertembung.

"Yang kita bimbangkan tentang keselamatan anak buah kita, terutamaanak-anak dara," Bah Lanjut mengeluh.

"Sebab?"

"Binatang sial tu, mencari anak dara, sudah dua orang anak buah saya dikampung bukit sebelah mati kerananya."

"Dahsyat tu."

"Kerana itulah, kalau boleh saya mahu minta tolong dari awak, walaupunsaya handal tetapi dalam hal ni, saya mengaku kalah," Bah Lanjut mengakuikelemahan yang terdapat pada dirinya. Datuk kerutkan dahi. Saya rebahkan badandi atas lantai buhuh. Bah Lanjut bangun ambil kain dari dalam beg datuk. Kainitu dicampakkannya pada saya.

"Selimut badan kau, sejuk ni," ujamya sambil ketawa kecil. Bah Lanjutterns mendekati datuk. Mereka bercakap. Apa yang dikatakan oleh mereka itudapat ditangkap oleh gegendang telinga saya, walaupun kelopak mata saya pejamrapat.

Fikiran saya berperang sama sendiri. Bentuk lembaga hitam yang besar itumenari-nari dalam kepala saya. Bagaimana, ketika saya terlelap lembaga itudatang, lalu membawa saya ke tempatnya? Barangkali lembaga itu memakan dagingmanusia. Apakah daging peha saya akan dibahamnya?

Semuanya berlegar-Iegar dalam kepala saya. Datuk terus juga bercakap dengan BahLanjut. Saya pusing kanan. Setiap kali badan saya bergerak, lantai buluh tetapberbunyi kiuk-kiuk. Bila bunyi itu terdengar berturut-turut kali,saya terasaseronok,macam satu nada irama lagu yang terjadi tanpa penciptanya.

Bah Lanjut memberitahu datuk, lembaga hitam itu sudah dua tiga kali masuk kedalam perkampungannya, malah satu ketika anak buahnya hampir berjaya memberkaslembaga hitam itu dengan mengepungnya, tetapi lembaga itu berjaya menghilangkandiri dengan berpaut pada dahan meranti condong. Menurut Bah Lanjut, setiap kalilembaga hitam datang, mesti diiringi dengan bunyi burung hantu atau salakananjing hutan.

Begini saja, esok kita cari kesan tapak kakinya," datuk memberi satukeputusan yang muktamad. Dan Bah Lanjut bersetuju dengan cadangan datuk itu.

"Sampai ke mana?" soal Bah Lanjut.

"Sehingga mana yang boleh kita cari," batas datuk . Bah Lanjutanggukkan kepala. Mereka terus bercakap. Gegendang telinga saya sudah tidakmampu mahu mendengar perbualan datuk dengan Bah Lanjut. Saya terlelap. Bilasaya terjaga dari tidur, saya lihat Bah Lanjut sudah tiada dalam pondok.

Datuk saya Iihat masih termenung panjang. Malas saya mahu menyuruh datuk tidur.Saya kira dia sedang memikirkan sesuatu. Saya tidur kembali. Pagi itu,sembahyang subuh, datuk terus mengajak saya mandi air embun. Pagi diperkampungan orang asli cukup mengesankan. Saya melihat matahari terbit dipuncak banjaran gunung titiwangsa, kabus nipis berarak menuju ke dada langit,kicau burung hutan dan ayam hutan bersahut-sahutan.

Lepas mandi air embun, saya bakar ubi kayu dan datuk masak air panas. Bilamatahari sudah meninggi, sayup-sayup terdengar bunyi suara jentera dan pekerjahidro-elektrik dan di turuti dengan bunyi ledakkan yang cukup kuat.

"Apa benda tu tok?" tanya saya.

"Dia orang tebuk bukit buat terowong air," begitulah datuk memberipenjelasan. Saya melihat ke arah bunyi ledakkan itu, saya lihat ada asapberkepul naik ke udara.

Selesai makan ubi bakar dan minum kopi, Bah Lanjut datang menemui datuk. Diamengajak datuk mencari kesan tapak kaki lembaga hitam yang datang ke pondokmalam tadi.

"Boleh, nanti saya tukar pakaian," jawab datuk.

Saya dan datuk pun ke atas pondok. Bah Lanjut menanti di tanah. Dia memakaiseluar pendek kuning, berbaju hitam dengan parang kontot tersangkut dipinggang. Sumpit panjangnya tersandang di belakang.

Saya dan datuk turun ke tanah. Sesudah berkeliling di kawasan sekitar pondok.Saya terjumpa kesan tapak kaki binatang, macam bentuk tapak kaki gajah,mempunyai empat jari. Saya segera memberitahu datuk dan Bah Lanjut.

"Memang inilah tapak kakinya," kata Bah Lanjut sambil menguis dedaundi kelilingi tapak kaki itu. Bah Lanjut berhenti menguis. Dia mengambil sesuatudari muka tanah.

"Inilah bulunya," pekik Bah Lanjut sambil menunjukkan pada datuk.

Saya dan datuk pun rapat pada Bah Lanjut. Bulu hitam keras itu pindah daritapak tangan Bah Lanjut ke tapak tangan datuk. Datuk renung bulu hitam kerasitu. Bila bulu itu terkena sinar matahari, warnanya menjadi perang. Datukmenyerahkan bulu itu pada Bah Lanjut. Dan Bah Lanjut memasukkan ke dalam buluhyang tersangkut di pinggang sebelah kirinya. Berpandukan kepada kesan tapakkaki itu, kami bergerak menuju ke arah barat daya. Datuk dan Bah Lanjut menemuibeberapa ranting kayu patah kena pijak. Dua tiga pokok hutan kelihatanterkulai, bagaikan dirempuh sesuatu. Kesan itu hilang disebuah lurah menghalake sebuah anak bukit yang di pisahkan oleh sebatang anak sungai denganperkampungan orang asli.

Matahari sudah berada betul-betul di tengah kepala. Kerana kesan tapak kakilembaga itu tidak dapat di kesan lagi, datuk dan Bah Lanjut membuat keputusanpulang saja ke pondok. Datuk memberi janji akan menolong Bah Lanjut mengatasimasalah tersebut, demi keselamatan anak buahnya. Dan Bah Lanjut juga memberiikrar akan membantu datuk sedaya upaya untuk menangkap atau mengusir lembagahitam itu.

Sebaik saja kami sampai di pondok, lima orang pemuda Melayu dengan topi putihberbucu depan belakang, seakan-akan bentuk topi keledar menanti kami. Merekabercakap sesama sendiri.

"Apa halnya ni," tanya Bah Lanjut. Kelima-lima pemuda itu diam. Matamereka merenung tepat ke arah saya dan datuk . Salah seorang daripada pemudaitu berbadan tegap, berkulit hitam manis menghampiri saya.

"Awak orang asli atau orang Melayu?" tanyanya dengan berbisik padasaya. Saya tersenyum. Aneh juga rasanya, kerana mereka tidak dapat membezakansaya dan datuk dengan orang asli.

"Saya orang Melayu," jawab saya.

"Itu datuk saya," muka anak muda yang bertanya kelihatan berubah.

Dia hulurkan tangan, bersalam dengan saya dan datuk .

"Saya Zamri," katanya pada datuk .

"Awak orang mana?"

"Saya orang Jeram, dekat Kuala Dipang, Kampar, saya bekerja di sini."Mendengar cakap pemuda itu, datuk angguk kepala dan tersenyum. Datuk lalumempersilakan mereka duduk di atas tunggul kayu di halaman pondok. Bah Lanjutberdiri di depan kumpulan pemuda tersebut.Saya terus duduk di sisi salah seoranganak muda yang berkulit hitam, berhidung mancung.

Tanpa diminta anak muda itu memberitahu saya namanya, Amiruddin, berasal dariTeluk Bahang, Pulau Pinang. Sudah dua tahun menjadi buruh hidro elektrik disitu.

"Apa halnya?" tanya Bah Lanjut lagi. Zamri bangun sambil meraba-rababatang hidungnya.

"Kawan kami kena patuk ular di kaki bukit, waktu menebas," katanya.

Bah Lanjut renung muka datuk dan menyatakan, pekerja-pekerja di situ memangselalu menemuinya jika ada menghadapi kesulitan seperti itu.

"Kenapa tak bawa jumpa doktor?" datuk menghadapkan pertanyaan itupada Zamri. Bah Lanjut menggosok-gosok ulu parang kontotnya.

"Salah seorang kawan saya sudah pun jumpa ketua, memang mahu dibawa keHospital Tapah, tetapi kami terpaksa tunggu kereta.

"Dia mana kawan awak tu?" saya pula bertanya.

"Ada dekat setor, menanti kereta."

Bah Lanjut membisikkan sesuatu ke telinga datuk. Kemudian Bah Lanjut mengajakkelima-lima pemuda itu pergi ke tempat kawan mereka yang kena patuk ular itu.Setelah meredah hutan dan menuruni dua buah anak bukit, akhirnya saya, dandatuk dan Bah Lanjut sampai ke belakang setor.
Di situ, saya lihat seorang pemuda terbaring atas pangkin. Seorang lelakiberbangsa Jerman berdiri di sisinya. Pangkal peha pemuda yang baru berusialebih kurang dua puluh lima tahun itu diikat dengan kain kuat-kuat. Lelakiberbangsa Jerman itu meletakkan sesuatu di bahagian bawah peha yang sudahdiikat itu.

Pemuda yang malang itu tidak bergerak. Dadanya kelihatan berombak. Keduakelopak matanya rapat. Zamri menghampiri lelaki Jerman yang berbadan tegap.Mereka bercakap dalam bahasa Inggeris. Dua tiga kali orang Jerman itu gelengkepala. Zamri terus juga bercakap akhirnya orang Jerman menghampiri datuk.

"Migiteis," ujur lelaki itu. Datuk angguk kepal. Lelaki itu bercakapsesuatu pada datuk. Saya lihat kelopak mata datuk pejam celik. Dia tidakmengerti dengan apa yang diperkatakan oleh orang Jerman itu. Bahasa yangdiucapkan oleh orang Jerman itu terlalu asing buatnya.

"Ini ketua kami, dia setuju memberi peluang pada kami mengubat kawan yangmalang itu, mengikut cara kampung, sementara menanti kereta yang akanmembawanya ke rumah sakit Tapah," Zamri menjadi juru bahasa pada datuk danBah Lanjut.

Orang Jerman yang berbadan tegap itu renung muka datuk dan Bah Lanjut. Bilaorang Jerman itu meninggalkan bahagian belakang setor menuju ke pejabatkecilnya bengkel membaiki lokomotif, Bah Lanjut memerintahkan Zamri dankawan-kawannya mencari batang tepus dan pokok pisang karok (pisang hutan) sertadaun langkah dengan secepat mungkin.

Tidak sampai dua puluh minit, barang-barang yang dikehendaki oleh Bah Lanjutitu diperolehi, pemuda malang di atas pangkin di bawa kesatu tempat lapangberdekatan dengan pokok jelutung mati dahan. Bah Lanjut meletakkanbarang-barang yang di kehendaki di sekeliling pangkin.

"Pukul berapa?" tanya saya pada Zamri.

"Dekat pukul dua petang," jawabnya, tiba-tiba datuk menepuk bahu sayamenyuruh saya diam. Bah Lanjut mengambil batang tepus lalu dipukul ke pangkalpokok pinang hutan, dipalu ke tanah tujuh kali. Manakala pucuk daun langkapdikoyak-koyak, separuh dibuang ke dalam hutan, separuh lagi dikunyahnya.

Pucuk langkap yang sudah hancur itu diluahkan di pangkal pangkin. Bah Lanjutmenyuruh saya dan datuk serta kawan-kawan Zamri, duduk di satu tempat agak jauhjuga jaraknya dengan pangkin sambil berpesan jangan bercakap atau bangun. Dangerak gerinya jangan di tegur. Kami beredar.
Muka Zamri dan kawan-kawan agak cemas, mereka agak bimbang kalau-kalau yangkena patuk ular itu tidak pulih dalam waktu yang ditepatkan, kereta dari BatuTiga Puluh Dua akan datang dan ketua mereka akan memerintahkan supaya kawanyang malang itu dibawa segera ke Hospital Tapah. Bah Lanjut duduk mencangkungdi depan pangkin.

Dia bercakap dalam bahasa orang asli, macam kicau burung hantu bunyinya. Lepasitu dia mengambil sehelai daun berhampiran tempat tersebut lalu meniupnya.Bunyi tiupan dari daun itu cukup nyaring dan sakit gegendang telinga sayadibuatnya. Bah Lanjut terus meniupnya tanpa berhenti-henti. Peluh di dahi dandi belakang mula keluar. Tiba-tiba saya melihat beberapa ekor ular keluar darihutan kecil di belakang kami, semuanya meluru ke arah pangkin pemuda malangitu. Anehnya, ular itu berpatah balik kedalam hutan.

Bah Lanjut terus meniup daun tanpa berhenti-henti. Tanah lapang dekat pangkinpemuda malang itu, sudah pun di penuhi dengan berbagai bentuk ular, beberapaekor ular menjalar dan memanjat belakang Bah Lanjut yang meniup daun. Sayaberasa takut, belum pernah saya melihat ular sebanyak itu dengan beranika rupadan bentuk. Saya kira semua ular di dalam hutan sekitar itu berkumpul di situ.

Dada saya berdebar, tanpa memperdulikan kami, ular-ular terus berkeliarankeluar dan masuk ke dalam hutan belakang. Kami tidak bergerak. Kami benar-benarjadi tunggul buruk. Saya jeling kemuka daluk. Saya lihat wajahnya tetep tenang.Ular berkeliaran di kaki pangkin. Bah Lanjut terus meniup daun, ular yangbegitu banyak di tanah lapang beransur kurang.

Kawan Zamri yang malang masih terkapar atas pangkin di panggang matahari yangkeras. Dalam beberapa saat saja, semua ular yang ada di situ ghaib semuanya.Bah Lanjut duduk kembali, dia terus meniup daun dengan sekuat hatinya. Seekorular hitam, sebesar lengan kanan saya merayap keluar dari hutan di belakangkami. Ular itu bergerak malas menuju ke arah Bah Lanjut. Ia berhentibetul-betul di depan Bah Lanjut. Ular itu panggungkan kepala di depan muka BahLanjut.

Kepala Bah Lanjut dan kepala ular itu kelihatan sarna parasnya. Ular itumematuk leher atau kepala Bah Lanjut. Ular hitam yang nampak berkilat di sinarmatahari itu merebahkan badannya atas tanah seketika, kemudian panggung kepalalagi. Perbuatan itu dilakukannya sebanyak tiga kali berturut.Nada tiupan dariBah Lanjut beransur perlahan, iramanya yang tadinya keras berubah pada nadairama yang agak sayu sedikit.

Ular hitam di hadapannya bergerak malas menuju ke arah pangkin, bergerak denganbebasnya di atas tubuh kawan Zamri yang terkapar di situ. Ular itu berhentibetul-betul di bahagian dada kawan Zamri yang malang.

Ular panggung kepala Iagi ke arah Bah Lanjut, nada tiupan Bah Lanjut bertambahIemah, ular hitam rebahkan kepala Ialu merayap ke celah peha kawan Zamri danberhenti di situ.

Saya Iihat ular itu membenamkan kepalanya di bawah ikatan pada kawan Zamri,lamajuga ular itu mengisap sesuatu di situ. Bah Lanjut bangun, bunyi tiupan daridaun di celah mulut Bah Lanjut bertambah perlahan.

Ular hitam berpusing atas pangkin, kemudian turun ke tanah dengan gerak yangamat perlahan sekali. Sebaik sahaja ular hitam itu sampai di hadapan BahLanjut, ular hitam itu sudah tidak bergerak Iagi. Bah Lanjut menerkam ke arahkawan Zamri di atas pangkin, daun hutan yang di buat serunai dikelapkanbahagian betis kawan Zamri yang di patuk ular itu. Bah Lanjut menepuk dadakawan Zamri. Kawan Zamri di atas pangkin menggerakkan kaki dan tangan. BahLanjut menggamit kami datang ke arahnya.

"Dia dah sedar dari pengsan, bisanya dah dihisap oleh ular yangmematuknya," kata Bah Lanjut, kawan Zamri yang malang pun bangun. Diaturun dari pangkin. Serentak dengan itu kereta dari Batu Tiga PuIuh Dua punsampai dan orang Jerman yang mengetuai pekerja di situ datang ke arah kami,mukanya bengis, dia memaki Zamri dan kawan-kawannya kerana membawa pemuda yangkena patuk ular ke tempat lain tanpa memberitahunya.

Orang Jerman itu terkejut, bila dia melihat pemuda yang kena patuk uIar itusudah boleh berdiri serta berjalan ke arahnya dan terus bersalam dengannya.Orang Jerman memeluk datuk dan Bah Lanjut sebagai tanda mengucapkan ribuanterima kasih kerana berjaya menyelamatkan pekerjanya.

"Beri dia berehat duIu, petang esok saya datang lagi," kata BahLanjut pada Zamri. Bah Lanjut mengambil bangkai ular hitam itu dandibelitkannya ke leher.

"Buat apa?" tanya duduk penuh ragu.

"Mesti ditanam," jawabnya.Datuk dan saya berpandangan.

"Ilmu inilah yang mahu saya tuntut dari awak," datuk menyatakanhasratnya.

"Boleh, tapi awak mesti tolong saya hancurkan lembaga hitam duIu."

"Saya cuba tok batin."

Kami pun meninggalkan kawasan pekerja hidro elektrik menuju kearah perkampunganorang asli. Sebaik sahaja sampai di pondok, datuk terus duduk di atas tunggulburuk di hadapan pondok. Bah Lanjut terus pulang ke rumahnya.

Saya terus masuk ke dalam pondok merebahkan badan, kerana terlalu letih sayatertidur. Bila saya terjaga dari tidur, saya lihat datuk membincangkan sesuatudengan Bah Lanjut. Saya segera mendapatkan mereka.

"Malam ini, kita tunggu lembaga hitam tu datang, esok kita pergi kekampung lain dekat Kampung Raja di Tanah Rata," datuk memberitahu saya.Saya terdiam. Bah Lanjut renung muka saya.

"Di kampung orang darat sana, ada orang sakit kena sembur lembagahitam." Bah Lanjut menerangkan kepada saya.

"Walaupun begitu, malam ini kita mesti berjaga kalau lembaga hitam itudatang," terang Bah Lanjut. Saya angguk kepala.
 
SIRI 19 : DIRESAPI SEMANGAT MONYET


Langit diBatu Enam Belas Jalan Tapah-Cameron Highlands malam itu cukup cerah. Bah Lanjutdan datuk terus berjaga di pangkal pokok Jelutung patah dahan. Saya terusmencampakkan dahan dan ranting kayu ke dalam unggun api di belakang pondok.Bahang dari unggun itu menghilangkan rasa dingin yang menyelimut tubuh saya.Sesekali terdengar bunyi dahan kayu berlaga sesama sendiri, dirempuh anginmalam, lalu melahirkan satu nada irama yang memanjang. Embun jantan mulamenitik atas kepala saya.

"Sudahdinihari," keluh datuk. Bah Lanjut angguk kepala. Matanya merenung tajamke arah hutan tebal di sebelah kanan pondok. Saya terus mencampakkanpuntung-puntung kayu ke dalam unggun, bila puntung kayu berada di dalam anggunapi, ia kelihatan marak dan bunga api berterbangan ke udara. Saya kira sudahpukul dua lebih. Suara binatang buas terdengar sayup-sayup di kaki bukit. Sayalihat datuk tertidur di pangkal pokok Jelutung. Bah Lanjut terus bergerak kehulu ke hilir sambil memaut golok di pinggang. Saya tidak memperdulikan mereka.

Tiba-tiba saya terasakelopak mata cukup berat. Lepas itu, saya tidak tahu apa yang berlaku, bilasaya membuka mata kembali, saya lihat Bah lanjut pula tertidur di pangkal pokokJelutung dan datuk pula bertindak sebagai pengawal. Datuk, saya dan Bah Lanjutmerasa cukup kecewa. Lembaga hitam yang dinantikan sepanjang malam, tidak jugamenjelma.

"Dia bagaikan tahukita menantinya," kata datuk pada Bah Lanjut sesudah melihat fajar subuhbangun di kaki langit.

"Dia takutagaknya," sahut Bah Lanjut.

"Boleh jadijuga," balas datuk dan Bah Lanjut kecewa. Bah Lanjut meminta diri pulangkerumahnya. Saya dan datuk beredar menuju ke arah sebuah anak sungai. Kamimengambil air sembahyang. Hari mula beransur cerah.

Waktu datuk mahu mendakianak bukit ke pondok, di terserempak dengan tapak kaki binatang, sebesar tapakkaki gajah, anehnya tapak kaki menyerupai tapak kaki manusia, tetapi mempunyaiempat jari. Jari sebelah kanan berbentuk bulat macam anak lesung batu. Datukmembuat kesimpulan, itulah ibu jari kaki lembaga hitam. Datuk menandakan kesantapak kaki binatang itu dengan sebatang pokok kecil yang dipatahkan dua.Sebelum beredar datuk baca sesuatu di situ.

"Supaya janganhilang bila dicari," datuk memberitahu saya. Dan saya cuma tersenyumsambil angguk kepala dua tiga kali.

Selepas menunaikansembahyang subuh dan bersarapan pagi, saya dan datuk di halaman pondok.Beberapa minit kemudian Bah Lanjut datang. Wajahnya nampak riang.

"Kita kena bertolakpergi ke sana," katanya. "Jalan kaki," sahut Bah Lanjut.

"Susah tu,"celah saya.

"Tak susah sebelummatahari condong sampailah kita ke sana." Bah Lanjut memberikan satukeyakinan dalam diri saya. Datuk termenung panjang. Datuk berjalan dua tigatapak keliling halaman pondok. Berhenti betul-betul di depan kaki tanggapondok.

"Begini tok batin,tok batin pergi dulu, kami ikut kemudian." "Nanti sesat, susah."

"Tak apa, syaratutamanya bila tok batin sampai ke sana, tandakan kawasan
itu dengan kain merah," datuk mengemukakan cadangan.
"Cara?"

"Ikat kain merahpada buluh, dan buluh itu dicacakkan atas tanah lapang."

"Baiklah." BahLanjut pun melangkah ke arah utara. Sebelum hilang ditelan oleh pokok-pokokhutan yang tebal itu, Bah Lanjut sempat melambaikan tangan ke arah saya dandatuk. Saya lihat cukup tangkas Bah Lanjut bergerak, saya tidak dapat melihatbayang atau tubuhnya kecuali melihat pokok-pokok yang bergerak saja. Tidaksampai lima minit, saya tidak dapat mendengar suara Bah Lanjut menjawab laungandari datuk. Matahari bertambah tinggi, tetapi rasa sejuk masih kuat mencengkamdiri. Bibir saya terketar-ketar. Datuk mengambil dua tiga helai daun kayu muda.Digosoknya ke tapak tangan beberapa kali.

"Bila kita bertolakke Kampung Raja tok?" tanya saya sesudah melihat datuk tidak membuatsebarang persiapan untuk pergi ke tempat tersebut. Datuk tidak menjawabpertanyaan saya. Dia terus menakuk-nakuk pangkal pokok jelutung dengan golokperaknya. Datuk menyuruh saya mencari ranting dan dahan kering. Saya patuhdengannya. Saya sudahpun berjaya mengumpul satu bekas dahan dan ranting kering.Saya tempatkan di bawah pokok.

"Bila kita nakpergi," tanya saya lagi sekali. Datuk merenung tajam ke arah saya. Diakerutkan mukanya.

"Itu urusan aku.Bila aku ajak, kau ikut. Kalau tidak kau tunggu di sana," nada suara datukmembayangkan kemarahan. Datuk terus duduk atas tunggul buruk. Saya terdiammemukul tanah dengan tangan kiri sebanyak tiga kali. Matahari terus memancar.Bunyi burung terus bersahut-sahutan. Saya duduk termenung di bawah pondok.Tidak berani saya melihat muka datuk yang macam muka harimau itu. Datuk berubahtempat duduk bersila di bawah pokok jelutung. Kedua belah lengannya diletakkanatas kepala lutut.

Mata datuk merenung kearah hutan. Tiba-tiba saya lihat beberapa ekor monyet melompat atas dahansambil menjerit, monyet-monyet itu terus melompat dari dahan ke dahan dengancepat seperti dikejar sesuatu. Dada saya berdebar, dari sebelah utara pondok,keluar dua ekor harimau belang berbadan besar. Salah seekor daripada harimaubelang badannya besar. Salah seekor dari pada harimau itu ternyata mempunyaikaki yang untut sebelah kiri.

Harimau itu menuju kearah datuk yang duduk mencangkung Lebih kurang lima minit lamanya, salah seekordaripada harimau itu memusingkan ekornya mengusap dan menyapu wajah datukdengan ekornya. Datuk membiarkan harimau itu melakukan apa saja terhadapdirinya. Bila sudah penat, harimau itu beredar dan duduk kembali di depandatuk. Harimau yang seekor lagi pula, menerpa ke arah datuk dan menjilat wajahdatuk dengan lidahnya yang merah. Saya lihat misai harimau yang keras ituberlaga dengan misai datuk yang lembut. Datuk menepuk-nepuk pangkal leherharimau itu dengan lemah lembut. Harimau itu mengaum kecil. Datuk memeluk leherharimau itu dengan penuh rasa kasih sayang.

"Kau rindukanaku," terdengar suara datuk. Harimau menggerak-gerakkan ekomya. Manakalaharimau yang lagi seekor berguling-guling di atas tanah sambil keempat-empatkakinya menghala ke langit.

"Aku dan cucukuselamat di sini, pulanglah. Berkalih hari kau datang ke sini," selesaisaja datuk bercakap, dia bangun. Harimau segera berdiri di sisinya. Harimaukaki untut sebelah kanan, yang tidak untut di sebelah kiri.

"Pulanglah,"tambah datuk lagi sambil menepuk-nepuk belakang harimau.

Kedua ekor harimau itumengaum serentak. Dan berjalan tenang masuk ke dalam hutan tebal. Datukmerapati saya lalu menyuruh saya memasak nasi. Datuk juga memberitahu saya,bahawa dia akan turun ke sungai untuk menangkap ikan.

Datuk terus meninggalkansaya di pondok. Dan saya terus menghidupkan api. Membasuh beras dan memasaknasi. Sebaik saja air nasi di dalam periuk kering, datuk kembali dari sungaimembawa ikan. Datuk mencari kayu kecil dan ikan itu lalu dipanggang dandiangkatkan pada api. Semuanya berjalan dengan baik. Bila matahari sudah beradabetul-betul di tengah kepala, saya dan datuk terus makan, datuk berdiri dihalaman melihat bayangannya di atas bumi.

"Sudah masuksekarang," pendek saja suara datuk. Dan fahamlah saya, bahawa datukmenyuruh saya pergi ke sungai mengambil air sembahyang. Saya terus pergi kesungai. Setelah selesai sembahyang, datuk terus duduk di pangkal jelutung.Entah apa yang dibuat oleh datuk di situ saya sendiri pun tidak tahu.

"Bah Lanjut sudahsampai ke tempat yang dituju," datuk memberitahu saya. Datuk terus naikke pondok. Ambil pakaian dan barang-barang keperluan. Saya juga berbuat begitu.Datuk menutup kedua belah mata saya dengan kain hitam. Dia menyuruh sayaberdiri di kaki tangga. Saya akur dengan perintah itu, datuk menyuruh sayameluruskan kedua belah tangan saya ke hadapan.

Darah saya tersirap. Sayamenyentuh badan harimau. Saya terasa lidah harimau menjilat-jilat kedua belahlengan saya. Datuk memimpin saya ke depan, lalu mendudukkan saya atas badanharimau.

"Kau tunggang diasendirian," kata Datuk.

"Aku naik belakangsiuntut, tetapi jangan buka kain penutup mata, kalau kauingkar, kau tak akanmelihat dunia lagi," sambung datuk ada nada mengugut perasaan hati saya.

"Saya fahamtok."

"Faham saja takmahu, tapi mesti taat," tengking datuk.

"Saya taatdatuk"

"Hum ...bagus."

Saya terasa harimau yangsaya tunggang itu bergerak perlahan-lahan, kemudian laju dan terus laju sayaterasa kedua belah cuping telinga saya cukup sejuk kerana di sentuh angin. Sayatidak pasti sama ada harimau yang saya naik itu terbang atau berjalan di atasbumi. Dalam saya berfikir-fikir itu, harimau yang saya naik berhenti berjalan.Datuk pun membuka kain yang membalut ke dua belah mata saya.

"Bagus, kau dahberani sekarang," serentak dengan ucapan itu datuk terus memukul belakangsaya dua tiga kali. Saya raba bibir saya yang terasa kebas. Saya gigit bibirhingga terasa sakit.

"Kaudah beranisekarang," ulang datuk sambil mengeluarkan bertih dari uncangnya. Bertihitu ditaburkannya atas tanah lapang untuk makanan harimau peliharaannya.Sesudah memakan bertih, harimau itu mengaum kecil sambil menggoyang-goyangekornya. Datuk tepuk kepala harimau dan iapun terus masuk ke dalam hutan teballalu hilang.

“Di mana kita sekarang nitok?"

"Kita ikut tepihutan ni menuju ke arah matahari naik." Datuk dan saya pun melangkahserentak meredah hutan, melanggar akar dan duri. Sayup-sayup terdengar bunyikokok ayam hutan, tingkah meningkah dengan salakan anjing.

Saya yakin, bahawa kamimemang tidak jauh dari perkampungan orang asli. Matahari bertambah condong,kabus tebal mula bangkit di sekitar kawasan hutan. Badan saya bertambah sejuk.Datuk dan saya terus meredah hutan, dari jauh sudah nampak asap berkepul daripuncak sebuah bukit kecil.

"Berhenti,"datuk memaut bahu kanan saya. Kami terdengar bunyi benda bergerak di sebelahkiri, saya lihat pokok-pokok di situ bergerak sendiri. Dada bertambah cemas.Seorang lelaki muncul di situ.

"Bagaimana cepatawak sampai," kata Bah Lanjut kehairanan.

"Kita belum lagimemacak kain," tambahnya sambil meraba dahi. Datuk tidak menjawabpertanyaan itu. Datuk meminta Bah Lanjut membawanya segera ke perkampunganorang asli di Kampung Raja.

"Mari," ajakBah Lanjut, Kami lagi sekali menyelusup di bawah akar dan pokok hutan. Akhimyakami sampai ke sebuah kawasan perkampungan orang asli. Bah Lanjut membawa kamike sebuah rumah di tepi pokok meranti. Bah Lanjut memperkenalkan datuk padapenghuni rumah itu.
Bah Lanjut juga meminta tuan rumah itu menyediakan sebuah tempat khas untukdatuk dan saya, tempat itu mestilah bersih, tidak boleh anjing masuk ke situ.Tuanpunya rumah itu sanggup menyediakan apa yang diminta oleh Bah Lanjut. Sayadan datuk ditempatkan di sebuah rumah kosong berhampiran dengan sebuah anaksungai.

Datuk gembira, kerana diamudah mengambil air sembahyang dan mandi. Sesudah meletakkan barang-barang yangdi bawa ke rumah itu, saya dan datuk kembali semula ke rumah yang mula-mula ditemui.Bah Lanjut sudah menanti di situ. Bah Lanjut bercakap dalam bahasaibundanya dengan tuan rumah itu.

Kemudian, Bah Lanjutmembawa saya dan datuk ke satu ruang di tengah rumah. Seorang gadis orang asliterbaring di situ. Cantik juga raut wajahnya. Di hujung kaki itu terletakbeberapa naskah majalah filem. Di hujung kepalanya pula terletak beberapabatang keladi dan pucuk ubi kayu.
Bah Lanjut memberitahu datuk nama gadis itu ialah Kuntum. Menurut Bah Lanjut,dulu Kuntum tinggal di Jalan Parang, bersekolah di situ. Gagah untukmenyambungkan pelajaran ke sekolah menengah di Tapah. Dia terpaksa pulang kekawasan Kampung Raja membantu orang tuanya bercucuk-tanam. Hinggalah pada suatuhari, Kuntum telah di tangkap oleh satu lembaga hitam, ketika dia menanam padidi lereng bukit.

Tiga hari, tiga malamKuntum hilang, akhimya orang bertamu Kuntum duduk menangis di pangkal pokokbertam yang berduri lebat. Bila bawa pulang ke rumah, Kuntum meraung-raungtidak tentu arah. Kuntum terpaksa diikat, dengan kepandaian Bah Lanjut, sakitKuntum beransur baik, anehnya pula, Kuntum tidak dapat bergerak ke mana-manawaktu siang. Dia terkapar di ruang khas.

Bila malam, Kuntum akan sihat seperti orang yang Iidak terkena apa-apa. Diaboleh memasak, membaca dan menyanyi. Kadang-kadang turun ke tengah halamanmenari dengan iringan bunyi suara buluh yang dihentakkan ke bumi. Menjelangdinihari, satu lembaga hitam akan datang lalu memangku Kuntum untuk di bawa kedalam hutan.

Bila fajar subuh bangkitke kaki langit lembaga hitam akan memulangkan Kuntum.

Kerana hari sudahberansur gelap, datuk minta diri untuk pulang ke rumah yang disediakan untukkami. Datuk berjanji akan pulang ke rumah Kuntum sesudah waktu Isyak. Datuktidak dapat memberikan kata putus samada dia boleh mengubati atau tidakpenyakit yang dideritai oleh gadis orang asli itu. Datuk sekedar menyatakannya.

Saya lihat datuk sudah mengenakan baju dan seluar hitam ke badan. Kepalanyadililitkan dengan kain merah selebar dua jari. Datuk mengikat uncang hitam dipinggang. Dia menyuruh saya memakai baju Melayu putih dan seluar putih.Belitkan kain kuning ke kepala saya. Hati saya berdebar, belum pernah datukmenyuruh.

"Bermacam usaha telah dilakukan, pernah orang-orang di sini menyeranglembaga hitam itu, tetapi semua tidak berjaya, lembaga hitam itu lebih kuatdari kami," beritahu Bah Lanjut pada datuk. Datuk kelihatan resah. Diagigit hibir.

"Jadi sekarang bagaimana?" tanya datuk.

"Kedua orang tua Kuntum tidak dapat berbuat apa-apa, melainkan menyerahkanKuntum pada lembaga hitam itu, saya pun harap awak akan dapat menolong kamidalam hal ini," secara jujur Bah Lanjut menyuarakan hasrat hatinya.

Dia memberitahu kepada kedua orang tua Kuntum bahawa dia akan menyiasat dan mengkajipunca penyakit itu terlebih dahulu, sebelum memberikan ubat. Selepas sembahyangIsyak, datuk terus baring. Pusing kiri, pusing kanan. Akhimya dia terlelap.Bila melihat datuk terlelap, saya pun merebahkan badan dengan harapan datukakan melupakan janjinya dengan Bah Lanjut. Saya tahu dan faham benar, kalaudatuk pergi ke situ. Sejam dua jam kerjanya tidak akan selesai.

"Bangun," sergah datuk pada saya. Kelam-kabut saya dibuatnya. Sayamemakai pakaian. Mahu bertanya, saya takut datuk naik angin. Jalan paling baiksaya ikuti ialah, patuh saja dengan apa yang di perintahnya.

"Bawa damar," ujar datuk.

Saya pun ambil damar dari beg yang terletak dekat dinding rumah. Kemudian, sayaikut datuk turun. Sebaik saja kaki saya memijak bumi, saya terasa badan sayaseram sejuk. Saya melihat cahaya api yang berkelip-kelip dari arah rumah orangtua Kuntum. Datuk terus melangkah sambil menarik tangan saya.

"Datuk," jerit saya sekuat hati bila melihat satu lembaga hitamberdiri di kiri saya. Datuk pun menoleh ke arah lembaga itu. Cepat-cepat datukmeraba mancis api di dalam saku seluarnya. Datuk membakar kertas yang barudiambil dari dalam uncang hitam. Cahaya dari kertas yang dibakar, menerangikawasan dari sekitar. Saya dapat melihat lembaga hitam itu dengan jelas.Tingginya, lebih kurang tinggi saya, seluruh badannya berbulu.

Wajahnya macam wajah beruk. Datuk menerkam ke arah lembaga hitam itu sambilmembuka silat harimau meniti batang. Lembaga hitam itu menepis setiap buahsilat yang datuk lepaskan, saya lihat lembaga hitam itu juga boleh bersilat,mengikut rentak silat datuk. Api yang membakar kertas padam. Datuk terusbersilat.

Suara lembaga hitam itu mengaum sambil mematahkan pokok-pokok kecil disekelilingnya. Kerana datuk tidak dapat menahan serangan lembaga hitam itu,datuk berundur hingga sampai ke kaki tangga, saya terus naik ke rumah, lalumembawa pelita minyak tanah kemuka pintu. Cahaya dari pelita minyak tanah itu,dapat menolong saya melihat gerak lembaga hitam itu bertarung dengan datuk.

Satu tendangan yang kencang membuat lembaga hitam itu terguling.

Lembaga hitam menjerit dengan sekuat hati. Serentak dengan itu beberapa lembagahitam lain muncul semuanya mahu menyerbu ke arah datuk. Kali ini saya tidakwajar membiarkan datuk berjuang sendirian. Saya harus bertindak.

Saya ambil golok yang terletak di ruang rumah kemudian melompat ke tanah, lalumembuka silat halilintar. Saya melompat ke kiri dan ke kanan sambiI menikambertubi. Salah satu lembaga hitam itu yang terkena tikaman saya menjerit lalu masukke dalam hutan, dengan di ikuti oleh lembaga hitam yang lain. Datuk terdudukatas tanah. Dadanya berombak -ombak menahan penat. Dengan mendadak saja sayalihat Bah Lanjut muncul di hadapan saya dan datuk.

Hati saya segera bertanya sendirian, apakah lembaga hitam itu ada hubungannyadengan Bah Lanjut. Apakah lembaga hitam itu jelmaan dari Bah Lanjut. Semuanyabersarang dalam kepala saya. Dengan cara berbisik, saya ajukan pertanyaan itupada datuk.

Tanpa diduga, datuk terus menampar muka saya. Sakitnya bukan kepalang. BahLanjut terkejut melihat aksi datuk itu. Tetapi dia tidak berani bertanya kenapadatuk melakukan hal itu pada saya. Dengan cara penuh diplomasi datuk menyuruhBah Lanjut menunggu kedatangannya di rumah orang tua Kuntum. Bah Lanjut akurdengan permintaan datuk itu.

Bila Bah Lanjut sudah agak jauh dari kami, barulah datuk dan saya memulakanperjalanan ke rumah orang tua Kuntum. Datuk memilih jalan belakang. Ada duasebab kenapa datuk memilih jalan belakang, pertama dia mahu kedatangannya tidakdi ketahui oleh Kuntum dan kedua orang tuanya. Kedua, datuk mahu mengesan dariarah mana lembaga hitam itu masuk ke rumah
Kuntum.

"Kenapa ikut belakang, pintu depan terbuka," suara Bah Lanjut nyaringdalam gelap. Dia muncul tiba-tiba di hadapan saya dan datuk. Lagi sekali hatisaya berdebar. Dan macam-macam sangka yang buruk terhadap Bah Lanjut timbul dihati. Datuk tidak menjawab dan saya mengikut langkah Bah Lanjut. Kemudian naikke rumah.

Ayah Kuntum tersenyum menyambut kedatangan kami. Sementara ibunya dudukmeneangkung dekat dinding. Datuk terus bercakap dengan kedua orang tua Kuntum.Datuk membuka uncang kain hitam dan mengeluarkan kain merah, lalu dibakarnyabucu kain merah. Bila api itu mula mahu marak, datuk memadamkannya. Secaramendadak saja Kuntum bangun lalu menyepak tangan datuk. Dia bercakap sesuatuyang saya lihat datuk mengerti. Datuk terus memukul tulang kering Kuntum denganbelakang tangan.

Kuntum menjerit lalu rebah. Ayah Kuntum bangun sambil mengeluarkan parang mahumenetak datuk. Perbuatannya itu segera di tahan oleh Bah Lanjut. Segera BahLanjut menerangkan padanya kenapa datuk berbuat demikian. Ayah Kuntum mengertidan minta maaf pada datuk.

Kuntum segera diangkat ke tempatnya dan dibaringkan di situ. Malam bertambahlarut. Di luar rumah terdengar orang berjalan dan bunyi ranting kering patahkena pijak.

Beberapa ekor kelawar liar beterbangan. Tiba-tiba hidung saya tercium bau wangiyang amat sangat. Mata saya terasa berat sekali. Kepala terasa sakit denganmendadak. Saya lihat ayah dan ibu Kuntum tersungkur ke lantai, begitu jugadengan Bah Lanjut. Tidak sampai lima minit mereka berdengkur.

"Berikan aku damar," datuk minta damar dari saya. Saya serahkan damarpada datuk. Datuk segera memecahkan damar itu dengan hati-hati. Separuhdiberikan pada saya dan separuh lagi diambilnya.

Datuk suruh saya menekapkan damar itu ke hidung. Bila saya tercium damar,matasaya kembali segar. Kemudian datuk menyuruh saya pura-pura tidur danterdengkur. Datuk juga berbuat begitu. Saya terasa rumah bergegar. Saya membukamata sedikit tetapi saya terus pura-pura berdengkur.

Kuntum berlari ke tengah rumah. Dia menghulurkan tangannya pada lembaga hitamyang macam beruk di muka pintu. Lembaga hitam yang berwajah hodoh itu memelukKuntum. Hidungnya yang dempak dan keras itu di tekan ke pipi Kuntum yang lembutsambil bersuara "Heh ... heh heh ... heh ... hum".

Kuntum menjerit manja kerana terasa geli bila bulu lembaga hitam itu menikamkulit badannya. Lembaga hitam itu terus mendukung Kuntum ketempat tidur. Sayadan datuk menggolek-golekkan badan sambiI berdengkur hingga sampai ke pinturuang tempat Kuntum tidur.Lembaga hitam meletakan Kuntum ke atas lantai. Diaterus mencium Kuntum bertubi-tubi. Kuntum mengerang kepuasan.

Datuk menarik kaki saya lalu meratakan bibirnya ke telinga saya.

"Kau pergi kesana, jangan lihat," ujur datuk. Saya menginsutkan badanke arah lain. Tempat saya segera di ganti oleh datuk. Walaupun begitu telingasaya masih dapat menangkap suara Kuntum yang sesekali mengerang bersama bunyisuara lembaga hitam itu. Saya terkejut bila lembaga hitam itu menjerit. Sayasudah tidak dapat berpura-pura tidur lagi. Saya buka mata.

Saya lihat datuk berdiri di hadapan lembaga hitam. Kuntum terkapar di lantai.Telanjang bulat, matanya tegak merenung atap rumah. Datuk menyuruh sayamelekapkan damar ke lubang hidung Bah Lanjut dan kedua orang tua Kuntum. Biladamar dicium, semuanya bangun. Masing-masing terkejut melihat datuk berhadapandengan lembaga hitam. Bah Lanjut lalu memasang lampu minyak tanah. Ruangmenjadi terang benderang.

Saya nampak cukup jelas, lembaga hitam itu sebenamya ialah sejenis monyet besardan mempunyai sepasang mata yang cukup tajam. Datuk terus mempertahankan diridari serangan lembaga hitam. Bah Lanjut dan kedua orang tua Kuntum mula rapatke arah Iembaga hitam.

Melihat keadaan yang cemas itu, lembaga hitam itu terus melompat dua tigakali. Kemudian menghempaskan badannya di dinding rumah yang di perbuat darikulit kayu. Dinding rumah pecah. Lembaga hitam itu jatuh ke tanah dan menjeritlalu melarikan diri dalam gelap yang pekat.

Tanpa membuang masa lagi datuk terus rapat kepala kepada Kuntum. Tubuh Kuntumdibalut dengan kain batik. Datuk minta Bah Lanjut mencarikan daun dedap. BahLanjut segera mencarinya.

Datuk merimbas daun itu ke tubuh Kunntum sebanyak tujuh kali. Kuntum terkejutdan dia bagaikan tersedar dari mimpi lalu bertanya pada ibunya apa yang sudahterjadi. Ibunya menceritakan peristiwa yang berlaku. Kuntum menangis.

Datuk mengambil damar itu diramasnya kuat-kuat. Saya lihat dari celah-celahjari datuk keluar asap. Damar yang sudah hancur itu digaulkan dengan daun dedapdalam satu bekas. Datuk melumurkan semuanya ke tubuh Kuntum.

Datuk membiarkan Kuntum berguling atas lantai. Kuntum kelihatan macam ikankekeringan air. Kuntum terus lemah dan tidak berdaya. Tubuh Kuntum dilitupiasap dan asap itu membentuk satu lembaga yang menyerupai monyet besar berdirihingga sampai ke bumbung. Datuk membaca sesuatu lalu menghembuskan ke arah asapyang berbentuk lembaga itu.

Asap berpecah sekejap, bercantum kembali, berbentuk macam bantal guling,melayang-layang di dalam rumah. Datuk pun menggigit bibir.

Dengan tangkas datuk membuka tapak tangan dan menghalakan ke arah asapberbentuk lembaga. Datuk menghembus kearah tapak tangannya. Asap berbentuklembaga itu menuju ke arah pintu lalu keluar.

"Binatang sial itu, sudah meresapkan semangatnya ke dalam Kuntum,"kata datuk.

Bah Lanjut terkejut. Datuk menyuruh Bah Lanjut menjaga Kuntum hingga ke siang.Dan datuk serta saya kembali ke rumah khas. Pagi esoknya, saya dan datukmenemui kesan dan tapak kaki seperti yang kami temui di Kampung Batu EnamBelas.

Datuk segera memanggil Bah Lanjut. Mereka membuat keputusan untuk mengesantapak kaki itu ke arah mana lembaga hitam itu lari. Sebelum pergi, saya dandatuk melihat Kuntum dulu. Saya lihat Kuntum bertambah segar, tetapi mukanyakelihatan pucat.

Setelah berbincang dengan Bah Lanjut lebih kurang sepuluh minit, kami pun mulamengesan tapak kaki lembaga hitam itu. Kerana malam tadi tidak hujan, kesantapak kaki itu dapat dilihat dengan jelas.

Kami terus berjalan sambil memotong anak-anak pokok hutan sebagai tanda tempatitu sudah kami lalui. Dua kali saya saya berhenti kerana perjalanan itu terasacukup jauh. Matahari yang tadi terang sudah beransur condong. Tempat yang kamituju masih juga belum sampai. Bila hari sudah beransur gelap, kesan kaki itusudah dapat kami kesan. Ia hilang betul-betul di hadapan sebuah gua.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register