BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KM tolak tangguh PRN Melaka

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25
5b6429bc-03-pc-ab-rauf-yusoh.jpg

Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh menegaskan tidak nampak keperluan menangguhkan PRN Melaka kerana ‘asasnya tidak cukup’.

Ab Rauf berkata, tiada asas kukuh bagi penangguhan dengan PRN itu dijangka diadakan pada tahun ini selaras perlembagaan negeri.

Tegasnya, tempoh pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) berakhir pada Disember depan.

“Berdasarkan peruntukan sedia ada, pilihan raya (negeri) boleh diadakan pada bila-bila masa bermula Mei hingga tamat tempoh tarikh tersebut (pada Disember).

“Dan saya tidak nampak keperluan untuk menangguhkan pilihan raya ini, kerana asasnya tidak cukup untuk menyokong cadangan (menangguhkan) tersebut,” katanya menurut Bernama selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Enrique of Malaccam di Melaka.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan dilaporkan, berkata beliau akan membawa usul untuk menangguhkan PRN Johor dan PRN Melaka ke Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, susulan krisis geopolitik di Asia Barat.

Selain itu, Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong yang juga ketua DAP negeri mencadangkan kerajaan Melaka mengemukakan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat bagi menangguhkan PRN negeri itu susulan krisis bekalan global.
 
Back
Top
Log in Register