BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KKM Lulus Peruntukan Segera Tambah Baik Kemudahan Di Kemar, Perkukuh Akses Kesihatan Orang Asli

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

KKM Lulus Peruntukan Segera Tambah Baik Kemudahan Di Kemar, Perkukuh Akses Kesihatan Orang Asli​

e1ec61344d7b60692441c9b876dfff656a788bc79389a

fb Dr Dzulkefly Ahmad

Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan peruntukan serta-merta sebanyak RM500,000 bagi menambah baik kemudahan di Klinik Kesihatan (KK) Kemar, Gerik dalam usaha memperkukuh perkhidmatan kepada penduduk Orang Asli di kawasan berkenaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata tumpuan akan diberikan kepada pembinaan Rumah Penyimpan Bot yang baharu.

“Fasiliti ini memikul tanggungjawab besar dalam menyalurkan perkhidmatan kesihatan kepada komuniti Orang Asli yang amat bergantung kepadanya.

“Kemudahan sedia ada yang telah berusia lebih 11 tahun kini makin usang dan hanya mampu memuatkan sebuah bot sahaja lantas menyukarkan kerja perlindungan serta penyelenggaraan aset penting ini,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Beliau berkata peruntukan turut disalurkan bagi perolehan aset seperti pacuan empat roda bagi menggantikan kenderaan sedia ada yang sudah uzur dan pembelian kelengkapan perubatan kritikal yang amat diperlukan bagi melancarkan proses intubasi ketika mengendalikan kes kecemasan.

Dzulkefly juga berkata KKM komited dalam menyegerakan projek pembinaan KK Kemar yang baharu agar penduduk menikmati kemudahan penjagaan kesihatan yang jauh lebih selesa, komprehensif dan moden.

Terdahulu, beliau melakukan tinjauan dan menyantuni warga kerja fasiliti kesihatan itu dalam siri lawatannya ke Hulu Perak.

Menerusi hantaran berasingan, Dzulkefly memaklumkan beliau turut merasmikan Bot Medik 8 di Jeti Belum Rainforest Resort ketika lawatan itu dalam usaha memendekkan tempoh respons kecemasan membabitkan lebih 4,500 penduduk Orang Asli di sekitar RPS Kemar yang bergantung sepenuhnya kepada laluan air sebagai perhubungan.

Beliau berkata bot pelbagai guna berkapasiti 12 penumpang bernilai RM350,000 itu akan melengkapi armada enam bot KKM sedia ada.

 
Back
Top
Log in Register