BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Enam Pendaki Berjaya Dibawa Keluar, Dirawat Di Klinik Kesihatan Pos Kemar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,173
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,173
Reaction score
346
Points
141

Enam Pendaki Berjaya Dibawa Keluar, Dirawat Di Klinik Kesihatan Pos Kemar​

d25c1e6279f46d3c8bb3990702941ecc60ea9d408846d


Enam individu yang menyertai Ekspedisi Trans Gerah di Gunung Gerah, Kelantan, selamat dibawa keluar oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) malam ini.

Ketua Polis Daerah Gerik Superintenden Abdul Samad Othman berkata mangsa dibawa keluar dari Kem Kulim dan tiba di Kampung Lelar kira-kira 8.45 malam.

“Kesemua mangsa sedang menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pos Kemar dan berada dalam keadaan baik serta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa sebelum ini berkumpul di Kem Kulim bersama pasukan penyelamat sebelum meneruskan perjalanan ke Pos Kemar.

Operasi membawa keluar mangsa turut dibantu pasukan malim gunung dari Perak dan Kelantan, yang melibatkan 10 anggota.

Sebelum ini, Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, dan isteri Siti Zulaiha Norizan, 39, serta anak Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9, serta dua malim gunung Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43, dilaporkan hilang selepas mendaki gunung itu pada 29 Ogos.

Mereka dilaporkan gagal keluar dari hutan mengikut tarikh dijadualkan, iaitu 3 Sept dan ahli keluarga membuat laporan polis semalam.

 
Back
Top
Log in Register