Kisah Seorang Perokok

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Isteri ------ Abang ni tak habis-habis merokok. Membazir abang tau tak?
Suami ---- Apa nak buat, susah nak berhenti.
Isteri ------ Abang hisap rokok ape?
Suami ---- Dunhill, kenape?
Isteri ------ Sehari berapa ringgit duit abang habiskan beli rokok?
Suami ---- RM20 je.
Isteri ------ RM20 JE abang cakap?? Itu baru sehari tau. Kalau sebulan dah RM600. Kalau setahun tak ke dah RM7200? Abang dah berapa tahun hisap rokok?
Suami ---- (dengan selamba) 20 tahun.
Isteri ------ Tengok tu, 20 tahun. Kiranya abang dah membazir sebanyak RM144,000!
Suami ---- Ok lah tu..
Isteri ------ Ok apenye!.. Kalau dulu abang tak mula hisap rokok, sekarang abang dah boleh pakai Toyota Alphard tau..huh..
Suami ---- Hmm.. (malas layan)

Kedua-dua mereka terdiam seketika ..

Suami ---- Awak pulak?
Isteri ------ Saya?
Suami ---- Yelah.
Isteri ------ Kenapa dengan saya?
Suami ---- Awak hisap rokok jugak ke?
Isteri ------ Eh tolonglah, saya tak pernah hisap rokok tau.
Suami ---- Habis, mana Toyota Alphard awak?
 
Top
Log in Register