Kisah Aneh dan Misteri Seorang Bakal Pendekar

CG Sponsors




TengkuHaadi

Active+ Member
Joined
Mar 24, 2008
Messages
4,330
Reaction score
466
Points
41


Seorang lelaki sedang memandu keretanya tiba-tiba keretanya mengalami kerosakan dan berhenti berdekatan dengan sebuah gelanggang persilatan. Oleh kerana hari pun sudah malam, dia pun pergi ke gelanggang tersebut dan mengetuk pintu itu. Pintu dibuka dan seorg mahaguru tua menyambutnya.

Lelaki itu berkata: "minta maaf tuan, bolehkah saya bermalam di sini kerana kereta saya rosak secara tiba-tiba." Mahaguru itu lantas menerima permintaan lelaki itu dengan senyuman dan senang hati.

Dia menyediakan tempat tidur, persalinan dan makanan untuk lelaki itu. Setelah kekenyangan lelaki itu pun cuba melelapkan matanya. Selang beberapa ketika dia terdengar sesuatu bunyi yang aneh... Dia teringin nak mengetahui bunyi apakah itu namun dibatalkan saja niatnya kerana terlalu letih.

Keesokan paginya dia pun bertanya kepada mahaguru itu tentang bunyi itu, tetapi dia menjawab: "bunyi ini hanya boleh didngar pd malam tadi setiap tahun namun saya tak boleh beritahu awak kerana awak bukan seorang pendekar..."

Lelaki itu kelihatan kecewa kerana tidak dapat mengetahui tentang bunyi yg pelik itu tetapi apapun dia berterima kasih di atas layanan yang diberikan, kemudian dia pun bergerak pulang ke tempatnya, setelah keretanya dibaiki.

Setahun selepas itu..

Lelaki itu kembali pada tarikh yang sama sekali lagi mahaguru itu menyediakan tempat tidur serta makanan kepada lelaki itu... Pada malamnya dia tidak tidur dan mendngar bunyi yang aneh yg pernah didengarinya pada tahun yang lepas.

Keesokan paginya lelaki itu pun bertanya kepada mahaguru mengenai bunyi itu tetapi dia menjawab:

"saya tak boleh bagitahu awak kerana awak bukan seorang pendekar".

Lelaki itu cuba mendesak pendekar tua memberitahunya namun jawapannya tetap sama.. dia enggan beritahu kerana lelaki itu bukan seorang pendekar.

Pada tahun berikutnya lelaki itu kembali lagi... Pada keesokan paginya, seperti biasa lelaki itu cuba bertanya dan merayu untuk mengetahui bunyi aneh apakah yang didengarinya malam tadi namun pendekar tua tetap dengan jawapannya.

Akhirnya lelaki itu tidak dapat bersabar lagi lalu berkata "Baiklah! baiklah! nampaknya sampai mati pun aku takkan dapat tahu bunyi aneh tu kerana aku bukan seorang pendekar".

Kalaulah satu-satunya cara untuk saya mengetahui bunyi aneh itu ialah dengan menjadi seorang pendekar. "Macam mana caranya saya untuk menjadi seorang pendekar?" Kata mahaguru: "Sekiranya benar kamu hendak menjadi seorang pendekar.. kamu mestilah mengembara ke seluruh dunia."

Kamu mesti menguasai kesemua ilmu persilatan dari 20 glanggang persilatan di seluruh dunia dan kamu mesti menewaskan kesemua 200 pendekar handalan baru aku akan iktiraf kau sebagai seorang pendekar.

Lelaki itu bersetuju lalu dengan semangat yang berkobar-kobar dia pun memulakan pengembaraannya untuk menjadi seorang pendekar.

20 tahun kemudian...

Lelaki itu kembali semula ke gelanggang tersebut dlm keadaan tubuh badan yang gagah perkasa dan berparut di sebelah mukanya dan dia berkata kepada sang pendekar tua itu: "saya telah menguasai ilmu dari 20 sekolah persilatan dan aku telah menewaskan kesemua 200 orang pendekar handalan"

Sang pendekar tua itu menjawab: "Tahniah, sekarang kamu telah menjadi seorang pendekar. Untuk mengotakan janji saya akan menunjukkn kamu punca bunyi aneh itu"

Pendekar tua pun membawa lelaki itu ke sebuah pintu papan di belakang glanggang. Katanya: "bunyi aneh yang kamu nak tahu ada di belakang pintu itu"

Dengan hati yang berdebar-debar selepas penantian selama 23 tahun lelaki itu pun cuba membuka pintu itu. Tetapi pintu itu berkunci...

Dia berasa sangat marah lalu bertanya "mana kuncinya?".

Mahaguru pun memberi kunci kepadanya dan dia pun membuka pintu papan itu dan apa yang didapatinya di sebalik pintu papan itu ialah pintu yang diperbuat dari besi yg brkunci.

Lelaki itu pun meminta kunci dan mahaguru itu pun memberinya..

Selepas meminta kunci dia pun membuka dan memasuki pintu yang diperbuat dari tembaga, seterusnya perak... Disebalik pintu perak itu dia mendapati ada sebuah pintu yang diperbuat dari emas.

Akhirnya pendekar tua berkata:

Inilah kunci yang terakhir untuk pintu emas yang terakhir itu...

Selepas dibukanya pintu yang terakhir itu.. dia akhirnya menjumpai punca bunyi aneh yang di dengarnya itu. Lelaki itu berasa sungguh terkejut dan tersangat kagum melihat punca bunyi aneh itu..









Tetapi dia tak boleh bagitahu anda semua apakah itu, kerana anda bukan seorang PENDEKAR..!!

Sorry ya!
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,589
Reaction score
11,041
Points
1,906
mengada ngadanya haha :))
taknak cerita lak kenapa kat ending tu :D
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,510
Reaction score
1,601
Points
596
Last tak tau juga wakakkakaka
 

xxxOoOxxx

Fun Poster
Joined
May 31, 2011
Messages
261
Reaction score
12
Points
25
cis sungguh.. dengan penuh debaran aku baca
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
11,373
Reaction score
2,199
Points
191
disebabkan aku pendekar..
so aku dh tahu jawapan dia..

sorry TT x lawak.. :))
 

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,993
Reaction score
1,646
Points
206
ARGHHHH YEARHHHHH!

raso mcm nk hempok laptop ni ateh kpalo tt... tapi nanti nk kno bli baru plak...
 

Name:

Active Member
Joined
Dec 25, 2012
Messages
2,092
Reaction score
272
Points
51
semata2 nak dengar bunyi anih,

sanggup menghabiskan masa 20 tahun,

moralnya aq pun tak tahu bunyi apa haha.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register