BTC USD 118,176 Gold USD 3,354.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Seorang Suami yang Kedekut

lempeng

Fun Poster
Messages
528
Joined
Dec 16, 2005
Messages
528
Reaction score
137
Points
23
Kisah Seorang Suami yang Kedekut



Sepasang suami isteri, dah lama kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si suami teramatlah kedekut, bukan setakat taik idung masin, Taik mata pun masin gak. Salah satu aktiviti tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.

Tahun pertama, si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu.

"Tuan, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?" tanya si suami.

"Tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan" jawab pilot tu.

"Uuiishh.. mahalnya… tak jadilah saya nak naik," jawab si suami lalu menarik tangan isterinya dan berlalu dari situ.

"Alaa... abang ni, RM50 pun nak berkira, setahun sekali je bang, dah lama saya nak naik pesawat camtu," rayu si isteri dengan nada manja dengan harapan si suami akan ubah fikiran.

"Jangan nak mengada-ngada ye, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli." Jawab si suami bakhil tu.

Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Bukannya tak mampu, dalam bank melambak lagi duit dia.

Tahun kedua, mereka pergi lagi. Si isteri sekali lagi memujuk suaminya untuk menaiki pesawat tu. Berjumpalah mereka dengan pilot tu, pilot yang sama bertugas macam tahun lepas juga. Tapi kali ni, bayaranya dah jadi RM80...

Apa lagi, sekali lagi kecewalah si isteri tadi. Memang tak dibagi can langsung.


Tahun ketiga, mereka pergi lagi... Si isteri tadi awal-awal lagi dah pujuk si suami untuk menaiki pesawat ringan tu.

"Baiklah, kalau bayaranya kurang dari RM30, kita naiklah," kata suaminya yang membuatkan si isteri menarik muka masam sebab dia tahu - bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni.

Mereka berdua pun pergilah ke pesawat yang sama macam tahun lepas dan jumpa dengan pilot yang sama juga. Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100.

Segeralah si suami menarik tangan isterinya berlalu daru situ. Si pilot tadi yang kesiankan si isteri yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula.

"Encik, berapa yang encik sanggup bayar?" tanya pilot itu kepada si suami.

"Aku cuma nak bayar bawah RM30 aje," jawab si suami pula.

Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi "Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dengan satu syarat."

Gembiralah si suami tadi, RM20 aje kot dan bertanya dengan penuh teruja, "Tapi apa syaratnya Tuan?"


"semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran RM10 bagi setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteri encik," jawab pilot tadi sambil tersenyum.

"Baiklah, saya setuju!" jawab si suami dengan yakin sekali.

Maka, naiklah mereka ke atas pesawat itu. Pilot tadi pun ada niat lain sebenarnya. dia nak ajar si suami yang kedekut tadi.

Dia pun buatlah aksi-aksi acrobatik yang diakui cukup membahayakan – pelbaagai aksi dia buat, tapi hairan jugak dia, sebab suami isteri yang duduk kat belakang dia langsung tak menjerit pun.

Dia cuba lagi buat aksi-aksi yang merbahaya, berpusing-pusing pesawat tu, tapi tetap senyap juga. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun mendaratkan pesawatnya.
Rasa rugi pulak sebab cuma boleh dapat RM20 aje.


Bila dah mendarat, dilihat hanya si suami yang turun dari pesawat tu.

"Ehh? mana isteri encik?"tanya pilot tu terkejut.

"Dia dah jatuh masa kau pusing-pusing pesawat tadi."

"Hahh?!! Apasal tak cakap?!"

"Hish, mana boleh, kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran pulakk.." jawab si suami dengan muka takde perasaan sambil menghulurkan RM20 kepada pilot tadi dan terus berlalu pergi...


:::::::::::::::::::::::
 
Back
Top
Log in Register