BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Sate Ria suatu masa dahulu...

puyol

CG Top Poster Club
gem
Messages
43,838
Top Poster #9
Joined
Jun 28, 2011
Messages
43,838
Reaction score
7,407
Points
481
logo+sate+ria.jpg


Nama Restoran Sate Ria suatu ketika dahulu amat masyur sekitar 80an hingga awal 90an, perniagaan ini mampu dikembangkan menjadi perniagaan secara francais yang lebih maju berbanding perniagaan makanan segera yang lain pada ketika itu seperti Kentucky Fried Chicken (KFC), Shakey’s Pizza dan White Castle Hamburger. Secara kebetulan, perniagaan makanan segera luar negara berkenaan juga berada dibawah satu payung pengurusan yang sama, iaitu Innovest Food Chain Sdn. Bhd. Namun badai yang melanda syarikat induk itu pada tahun 1992 telah menjejaskan perniagaan makanan segera yang dinaunginya. (Lokman Mansor, 1999).

sate+ria+80an.jpg


Menurut laporan Berita Harian bertarikh 2 Januari 1989, Sate Ria Sdn. Bhd. pada mulanya merupakan anak syarikat Mara Holding, dan ketika dibawah pengurusan ini, Sate Ria berada di zaman emasnya. Berpuluh cawangan restoran dalam dan luar negara dibuka, dibantu pula dengan skim pinjaman perniagaan sehingga RM8,000 untuk pada graduan bagi memulakan perniagaan Sate Ria. Harga sate yang ditawarkan kepada pengusaha adalah 15 sen dan mereka dibenarkan menjual dengan harga diantara 15 sen hingga 30 sen secucuk.( NST, 17 Ogos 1987).

iklan.jpg


Sate Ria juga telah mengembangkan sayap perniagaanya hingga ke luar negara, bermula dengan Singapura dan kemudiannya ke eropah. Pada tahun 1987, cawangannya di London telah dibuka dan mencatatkan penjualan purata sehingga $100,000 sebulan, malah syarikat ini juga telah melabur dengan memperolehi mesin yang boleh menghasilkan 400 cucuk sate sejam (NST, 4 Ogos 1987). Sate Ria kemudiannya turut menambah cawangannya di luar negara, antaranya Korea Selatan, New Zealand, German, Canada dan Australia.

cawangan+singapore.jpg


pembukaan+sate+ria+singapura.jpg


Sinar yang ada sewaktu mula berpindah milik dibawah pengurusan Innovest Bhd pada tahun 1988 tidak kekal lama, meskipun syarikat ini berjaya membawa Sate Ria menembusi pasaran di Canada, German dan Australia. Pada masa yang sama, pemindahan ini juga memberi impak kepada rangkaian restoren Sate Ria, ada diantaranya telah bertindak keluar dari kontrak asal, maka muncullah restoran Sate Ria Singapura yang dimiliki oleh Haji Jalil Haron misalannya.

sate+ria+australia.jpg


sate+ria+nz.jpg


Pada tahun 2008, syarikat ini dikatakan cuba bangkit semula iaitu dengan kemunculan restorannya di Shah Alam, malah turut menyertai pameran Francais International Malaysia di PWTC pada tahun yang sama dan Malaysian International Food & Beverages Trade Fair (MIFB) pada tahun 2009 di PWTC.


Sumber
 
Tak pernah dengar pebende sate ria ni.. sedap ke? sape yg pernah mkn?
 
Setahu aku.. Sate ria tu sate ikan le... Yg bulat2 dicucuk di lidi. Kuah pencicah warna merah
 
Tak pernah dengar pebende sate ria ni.. sedap ke? sape yg pernah mkn?

Kalau hg tak pernah dengar pasal Sate ria ni maksudnya hg tak beranak lagi la masa tu :)...melawak ja tuan yer...
 
pernah merasa masa di BB Plaza... sayang jenama dah kuat tp pengurusan lemah
 
ni crita lama.... femes dulu2... siap iklan dalam tv..
 
Kalau hg tak pernah dengar pasal Sate ria ni maksudnya hg tak beranak lagi la masa tu :)...melawak ja tuan yer...

tahun 80an kawan dah lahir hehehe, mungkin sebab dok kampung tu yg tak tau...:D:D:D
 
Kecik2 dulu selalu ayah aku bawak gi makan kat satey ria ni... harga secucuk 25sen... masa tuh kira harga standrad laa sebab waktu tuh satey pasar malam 15 sen...
 
Dorang juga pelopor satey arnab mula2 sekali...
 
kalo tak silap dulu kat KOMTAR Penang ada restoran ni...satu level dgn McD
 
Back
Top
Log in Register