puyol
CG Top Poster Club

- Messages
- 43,841
Top Poster #9
- Joined
- Jun 28, 2011
- Messages
- 43,841
- Reaction score
- 7,407
- Points
- 481
Nama Restoran Sate Ria suatu ketika dahulu amat masyur sekitar 80an hingga awal 90an, perniagaan ini mampu dikembangkan menjadi perniagaan secara francais yang lebih maju berbanding perniagaan makanan segera yang lain pada ketika itu seperti Kentucky Fried Chicken (KFC), Shakey’s Pizza dan White Castle Hamburger. Secara kebetulan, perniagaan makanan segera luar negara berkenaan juga berada dibawah satu payung pengurusan yang sama, iaitu Innovest Food Chain Sdn. Bhd. Namun badai yang melanda syarikat induk itu pada tahun 1992 telah menjejaskan perniagaan makanan segera yang dinaunginya. (Lokman Mansor, 1999).
Menurut laporan Berita Harian bertarikh 2 Januari 1989, Sate Ria Sdn. Bhd. pada mulanya merupakan anak syarikat Mara Holding, dan ketika dibawah pengurusan ini, Sate Ria berada di zaman emasnya. Berpuluh cawangan restoran dalam dan luar negara dibuka, dibantu pula dengan skim pinjaman perniagaan sehingga RM8,000 untuk pada graduan bagi memulakan perniagaan Sate Ria. Harga sate yang ditawarkan kepada pengusaha adalah 15 sen dan mereka dibenarkan menjual dengan harga diantara 15 sen hingga 30 sen secucuk.( NST, 17 Ogos 1987).
Sate Ria juga telah mengembangkan sayap perniagaanya hingga ke luar negara, bermula dengan Singapura dan kemudiannya ke eropah. Pada tahun 1987, cawangannya di London telah dibuka dan mencatatkan penjualan purata sehingga $100,000 sebulan, malah syarikat ini juga telah melabur dengan memperolehi mesin yang boleh menghasilkan 400 cucuk sate sejam (NST, 4 Ogos 1987). Sate Ria kemudiannya turut menambah cawangannya di luar negara, antaranya Korea Selatan, New Zealand, German, Canada dan Australia.
Sinar yang ada sewaktu mula berpindah milik dibawah pengurusan Innovest Bhd pada tahun 1988 tidak kekal lama, meskipun syarikat ini berjaya membawa Sate Ria menembusi pasaran di Canada, German dan Australia. Pada masa yang sama, pemindahan ini juga memberi impak kepada rangkaian restoren Sate Ria, ada diantaranya telah bertindak keluar dari kontrak asal, maka muncullah restoran Sate Ria Singapura yang dimiliki oleh Haji Jalil Haron misalannya.
Pada tahun 2008, syarikat ini dikatakan cuba bangkit semula iaitu dengan kemunculan restorannya di Shah Alam, malah turut menyertai pameran Francais International Malaysia di PWTC pada tahun yang sama dan Malaysian International Food & Beverages Trade Fair (MIFB) pada tahun 2009 di PWTC.
Sumber