BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Benar Edisi Seram

Letih sejak kecil nampak makhluk pelbagai rupa, hidup berkecamuk! Semuanya kerana insiden di taman permainan​


553.jpg

Gangguan makhluk halus yang berterusan boleh menjejaskan kehidupan. -Gambar hiasan

HIDUP ini tidak adil, demikian apa yang dirasai seorang wanita pertengahan usia dikenali sebagai Aisyah.
Aisyah terbaring kelesuan di dalam bilik tidurnya sambil memandang kipas siling yang ligat berputar, sesekali dia menghela nafas kepenatan, runsing memikirkan masalah hidup.
Asyik menyelami emosi, Aisyah mengimbas semula masa silamnya, setiap satu dimainkan seperli sebuah filem.

2567156.jpeg

Alam ghaib sememangnya wujud dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. -Gambar hiasan


Memorinya terhenti pada satu insiden yang berlaku ketika umurnya lapan tahun. Memang sudah berdekad berlalu tetapi masih segar dalam ingatan.
"Weh Na, jom la balik! Dah Maghrib ni kita masih duduk dekat taman permainan. Nanti ibu kita marah," kata Aisyah kepada Aina yang merupakan rakan karibnya di sekolah rendah.

"Sabar la kejap Ecah, aku nak main buaian ni sekejap je lagi. Jangan jadi penakut sangat!" balas Aina.
Penat berdiri, Aisyah pun melabuhkan punggungnya di bangku berdekatan sementara menunggu sahabatnya melepaskan gian bermain buaian.

Tiba-tiba, angin sepoi-sepoi bahasa menyapa tubuh Aisyah dari belakang. Namun sedikit aneh apabila pohon berhampiran hanya kaku, tidak turut meliuk-liuk seiring bayu yang bertiup.

Aisyah pun memalingkan pandangannya kepada punca angin itu, yang mana dia percaya datang dari kawasan belukar yang merimbun dengan lalang liar, hanya beberapa meter dari taman permainan.
Perasaan ingin tahu muncul dan Aisyah bingkas bangun berjalan menuju ke arah belukar untuk 'menyiasat' apa sebenarnya berlaku.

Setelah diamati, terbentang kawasan berumput yang kemas dipotong, seolah-olah dijaga oleh seseorang yang pakar dalam bidang penjagaan landskap.

Ia membentuk sebatang lorong dengan lalang liar memagar bahagian kiri dan kanannya. Di hujung laluan itu berdiri dua batang pokok yang sudah mati tetapi tinggi melampai.
Aisyah terus mara ke hadapan, ketika itu dia hanya seorang kanak-kanak naif yang tidak memikirkan risiko yang mungkin menanti.

2567155.jpeg

Kawasan yang tenang mungkin mempunyai bahaya menanti. -Gambar hiasan


"Apa benda tu, pokok ni macam pintu ke suatu tempat, seperti portal dalam kartun Ben 10 yang abang aku tengok dekat televisyen, boleh pergi ke alam lain.
"Apa jadi kalau aku masuk ke dalam, jom cuba," getus Aisyah dalam hatinya.

Belum sempat Aisyah meneruskan langkahnya, angin kencang langsung menderu dan menolak tubuh kecil Aisyah ke belakang sehingga dia jatuh tertiarap di atas tanah. Aisyah terus pengsan tidak sedarkan diri.

"Ecah bangun! Bangun anakku! Cuba cerita apa yang terjadi. Nasib baik Na cepat panggilkan mak tadi. Panasnya badan Ecah ya Allah," kedengaran sayup-sayup suara ibu Aisyah.
Aisyah perlahan-lahan cuba membuka matanya, kelihatan orang kampung ramai mengerumuni dirinya termasuk ahli kariah surau kampung.

2567157.jpeg

Gangguan mistik boleh menjejaskan kesihatan mental. -Gambar hiasan


Anjakan paradigma

Bermula hari itu, kehidupan Aisyah berubah sepenuhnya. Dia dianugerahkan dengan kebolehan untuk melihat makhluk ghaib.
Anugerah bukanlah perkataan yang tepat bagi Aisyah, lebih kepada sesuatu yang menghancurkan hidupnya. Atau terminologi yang sering dibualkan dalam kalangan masyarakat kita, dibuka 'hijab'.

Pelbagai entiti jelik, tidak kira besar atau kecil, pendek atau rendah, tirus atau lebar sudah dilihat Aisyah. Selain itu, hampir kesemua ikhtiar perubatan sudah dicuba tetapi belum direzekikan untuk membuahkan hasil.

Hidup Aisyah sentiasa bergelumang dengan ketakutan dan rasa gentar, dia tidak mampu menjalani kehidupan hariannya seperti manusia normal. Hanya terperuk di dalam bilik keseorangan, mengurung diri daripada melihat 'makhluk' di luar sana.

Lebih tragis, Aisyah hilang keberanian dan keyakinan diri, tidak mempunyai kerjaya, tidak mempunyai pasangan sehidup semati, terputus sepenuhnya daripada kehidupan sosial dan masyarakat. Sungguh malang nasib hidupnya.

Masa hadapan bagaimanakah yang menanti Aisyah?
"Erghh," bunyi garau dari luar bilik Aisyah lantas menyentak lamunannya, kelihatan lembaga hitam bergerak berhampiran tingkap.
"Aduh, datang lagi 'dia' ni, jangan kacau aku la woi!" teriak Aisyah separuh gila.....

sumber - https://www.mstar.com.my/xpose/mist...uk-semuanya-kerana-insiden-di-taman-permainan

Ni hijab terbuka la kan
Tu nampak makhluk halus
Cuma ada je yang dah lali
Bergantung kekuatan dalaman masing²
 

Kereta diekori kain putih terbang, 3 sahabat serik memandu ke Kelantan waktu malam​



553.jpg

Perjalanan pada waktu malam lebih mencabar kerana penglihatan pemandu agak terbatas. -Gambar hiasan

UMAT Islam di Malaysia dijangka mula berpuasa pada pertengahan Mac.
Sebelum Ramadan menjelma, Ayie bersama dua sahabatnya merancang percutian tiga hari dua malam untuk meneroka Kelantan yang terkenal sebagai syurga makanan.

Pada 25 Februari, Ayie, Mirul dan Faris memulakan perjalanan dari Shah Alam, Selangor ke Kelantan sekitar pukul 9 malam.

Trafik pada malam itu begitu lancar, malah kereta Perodua Ativa dinaiki mereka mula menghampiri kawasan Gua Musang kira-kira pukul 1 pagi.

Ayie yang bertindak sebagai pemandu menurunkan tingkap kereta untuk menghisap rokok bagi menghilangkan rasa mengantuk.

2575982.jpeg

Ramai pelancong datang ke Kelantan untuk merasai pelbagai menu menarik di negeri itu. -Gambar hiasan

Mirul dan Faris pula lena berdengkur di celah-celah kesunyian malam sambil ditemani lagu yang diputarkan di corong radio kereta itu.

Tiba-tiba, Ayie menjerit kuat sebelum dia menekan brek kereta secara mengejut, menyebabkan Mirul dan Faris turut terjaga dari tidur.

"Kenapa weh, kau ada terlanggar haiwan ke?" soal Mirul cemas.
Ayie yang kelihatan berdebar ketika itu memberitahu dia melihat sehelai kain putih terbang mengiringi kereta dinaiki mereka.

Disebabkan Ayie masih ketakutan, dia disuruh berehat dan Faris memandu kereta untuk meneruskan pemanduan.
Ketika itu, Ayie dan Mirul juga tidak dapat tidur, sebaliknya mereka cuba berborak-borak dengan Faris yang sedang memandu untuk menghilangkan rasa takut.

Dalam 10 minit kemudian, mereka bertiga menyedari kain putih misteri itu muncul sekali lagi.

2575981.jpeg

Selain risiko keselamatan, pemanduan pada waktu malam sering dikaitkan dengan kejadian misteri yang menakutkan. -Gambar hiasan

Ia dilihat terbang mengekori kereta ketika mereka melalui kawasan berbukit di jajahan Gua Musang.
Mirul terus membuka alunan ayat suci al-Quran melalui telefon manakala Faris cuba memberanikan diri meneruskan pemanduan seperti biasa.

Beberapa minit kemudian, kelibat kain putih itu terus hilang, sekali gus memberi kelegaan buat mereka bertiga.
Meskipun kejadian itu dianggap menakutkan, program tiga hari mereka untuk mencari makanan-makanan viral di Kelantan diteruskan seperti biasa.

"Seronok makan kat sini, banyak pilihan, harga pun berpatutan. Tapi kalau ingat balik perjalanan malam tu, serik nak datang lagi lain kali," ujar Ayie sebelum disambut ketawa kecil dua rakannya.
"Cuak kita malam tu. Esok nak balik Shah Alam, kita bergerak waktu pagi sajalah. InsyaAllah selamat dan tak ada gangguan," cadang Mirul pula.

sumber - https://www.mstar.com.my/xpose/mist...sahabat-serik-memandu-ke-kelantan-waktu-malam
 
2 minggu lepas aku travel bersama rombongan ke Medan Indonesia. Tempat yg dilawati adalah daerah Prapat dan Tasik Toba. Bila masuk jer kawasan sana suasana amat berbeza sekali sbb kawasan tu penduduk kebanyakan Kristian. Sepanjang jalan penuh dengan greja khatolik. Dan sepanjang jalan juga boleh nampak kuburan Kristian tepi rumah, depan rumah dalam kebun dan teramat banyak. Seriau juga. Tapi dia org dah biasa dh jadi tempat lepak lepak je. Sampai di Tasik Toba kami ke pulau samosir. Ke perkampungan batak. Dapat beli souvenir dan dapat menari tarian batak. Kat sini pun suasananya lain macam. Setelah seminggu balik dari Medan aku terasa pinggan aku sangat berat dan sakit hingga lah ke hari ini.nak sholat pun susah. Mlm tadi aku ruqyah diri sendiri dan menyapu minyak (kasturi). Meremang bulu roma dan aku hampir muntah-muntah. Dlm kepala ni duk pikir pikir juga kut kut ada yg menumpang. Kpd yg nk pergi ke tasik toba tu hati hati lah ye.
Rasanya mmg ade yg menumpang tu..muntah tu dia nak keluar la xtahan panas.
 

Teruja nak edit video mandi air terjun, TikToker mulut celupar meracau selepas tengok semula rakaman​

Khamis, 21 Mac 2024 9:30 AM
Oleh: MSTAR

553.jpg

Aktiviti mandi-manda di kawasan air terjun digemari ramai anak muda. -Gambar hiasan

BAGI meraikan kedatangan bulan Ramadan, Na (bukan nama sebenar) mengajak tiga rakannya untuk berkelah dan mandi-manda di kawasan air terjun.

Selepas berbincang, empat sekawan itu memilih sebuah kawasan air terjun di Hulu Langat, Selangor untuk dikunjungi pada hujung minggu terakhir sebelum umat Islam di Malaysia mula berpuasa.

Semuanya berjalan dengan lancar, malah Na dan rakan-rakannya seronok menjamu selera sambil membasahkan tubuh dalam air yang dingin.

Na merupakan seorang TikToker yang memiliki lebih 50,000 pengikut, malah dia juga aktif berkongsi pelbagai 'content' tentang kehidupannya.

Dalam kunjungan itu, Na turut membuat rakaman video di kawasan air terjun berkenaan.
"Jangan mandi jauh sangat, nanti kena tarik dengan hantu air," ujar Na kepada rakannya sambil tergelak.

2600261.jpeg

Kita dinasihati agar menjaga tutur kata dan tingkah laku setiap kali masuk hutan atau pergi ke kawasan air terjun. -Gambar hiasan

"Eh bodohlah. Kau jangan celupar kat tempat macam ni. Mamp*s kita nanti," balas salah seorang rakannya, disambut gelak tawa mereka berempat.

Selepas separuh hari menghabiskan masa bergembira dan bergurau-senda di kawasan berkenaan, Na dan rakan-rakannya bergerak balik ke rumah masing-masing pada pukul 3 petang.

Selesai menghantar rakannya, Na memandu sendirian dan pulang ke kediaman keluarganya di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Akibat keletihan, Na tertidur selepas azan Asar dan terjaga kira-kira pukul 8 malam selepas adiknya datang mengetuk pintu bilik.

"Ayah pesan jangan lupa solat Magrhib," laung adiknya di sebalik pintu.
Selepas puas menggeliat, Na terus bangun mandi, namun dia mengabaikan pesanan untuk menunaikan solat Maghrib.

Na sanggup meninggalkan solat kerana dia sudah tidak sabar-sabar untuk menonton semula rakaman sebelum membuat suntingan untuk 'content' TikTok.

Ketika membelek video-video di air terjun, Na terkejut apabila menyedari terdapat kelibat wanita tua yang berwajah buruk berdiri di belakang rakannya.

2600262.jpg

Banyak kawasan air terjun yang boleh dikunjungi di negara ini. -Gambar hiasan

Seingat Na, hanya mereka berempat yang seronok bermandi-manda di kawasan air terjun itu.
Secara tiba-tiba, Na yang duduk sendirian di dalam bilik terkejut apabila merasakan seperti bahunya ditepuk kuat.

Dalam masa itu juga, Na mula tidak sedarkan diri dan mula meraung seperti orang gila.
Ahli keluarganya yang terkejut dengan jeritan itu terus masuk ke dalam bilik untuk melihat keadaan Na.

Pada malam itu, bapa Na terpaksa memanggil seorang ustaz kerana dia tidak berhenti-henti meracau.
Jeritan Na semakin kuat apabila azan dilaungkan, malah dia juga mencakar lantai seperti sedang dirasuk.

Kira-kira 11.30 malam, ustaz berkenaan berjaya merawat Na dan dia hanya terbaring keletihan di riba ibunya.
Ustaz memaklumkan Na mungkin terkena gangguan kerana tidak menjaga kelakuan dan tutur katanya ketika mandi air terjun.

sumber - https://www.mstar.com.my/xpose/mist...celupar-meracau-selepas-tengok-semula-rakaman
 
2 minggu lepas aku travel bersama rombongan ke Medan Indonesia. Tempat yg dilawati adalah daerah Prapat dan Tasik Toba. Bila masuk jer kawasan sana suasana amat berbeza sekali sbb kawasan tu penduduk kebanyakan Kristian. Sepanjang jalan penuh dengan greja khatolik. Dan sepanjang jalan juga boleh nampak kuburan Kristian tepi rumah, depan rumah dalam kebun dan teramat banyak. Seriau juga. Tapi dia org dah biasa dh jadi tempat lepak lepak je. Sampai di Tasik Toba kami ke pulau samosir. Ke perkampungan batak. Dapat beli souvenir dan dapat menari tarian batak. Kat sini pun suasananya lain macam. Setelah seminggu balik dari Medan aku terasa pinggan aku sangat berat dan sakit hingga lah ke hari ini.nak sholat pun susah. Mlm tadi aku ruqyah diri sendiri dan menyapu minyak (kasturi). Meremang bulu roma dan aku hampir muntah-muntah. Dlm kepala ni duk pikir pikir juga kut kut ada yg menumpang. Kpd yg nk pergi ke tasik toba tu hati hati lah ye.
tepi jln ade babi golek...huhu
 

Misteri ‘mat rempit’ tak berkepala pintas kereta tengah malam​

  • Oleh RIZAM ZAKARIYA
  • 14 April 2024, 8:25 am

a41e6302-9add-459f-83d2-3ca14d4e8c08ss.jpg


Ketika melalui laluan yang sunyi itu, Fairus yang memandu kereta tiba-tiba dikejutkan dengan cahaya lampu daripada beberapa motosikal di belakangnya. – Ilustrasi Shah Hasan

KITA sering dimomok-momokkan dengan pelbagai kisah seram dan misteri yang dikatakan terjadi di serata pelusuk di negara ini.

Sama ada ia benar-benar terjadi ataupun sekadar satu cerita rekaan, kejadian tersebut pasti akan menghantui fikiran dan terpahat di dalam ingatan mereka yang pernah mengalaminya.

Begitulah yang dirasai oleh Fairus (bukan nama sebenar) tatkala diminta bercerita mengenai pengalamannya berhadapan dengan kejadian seram dan misteri termasuk pada malam menjelang raya.

Membuka cerita, Fairus yang kini berusia 45 tahun dan menetap di Cheras, Selangor berkata, kisah tersebut berlaku kira-kira 20 tahun lalu ketika dia sedang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung halamannya di Pahang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ketika itu, saya bekerja di Kuala Lumpur dan disebabkan terpaksa bekerja hingga hari terakhir Ramadan, maka saya tiada pilihan melainkan perlu bertolak pulang ke kampung pada malam menjelang raya.

“Disebabkan ketika itu saya masih bujang, maka saya hanya bertolak untuk pulang ke kampung sekitar pukul 10 malam.

“Tambahan pula, jarak kampung halaman saya dari Kuala Lumpur hanyalah sekitar 200 kilometer yang mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit perjalanan,” katanya.

Menurut Fairus lagi, jangkaannya meleset apabila sebaik memasuki Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), kenderaan masih lagi banyak menyebabkan dia turut terperangkap dalam kesesakan.

Jelasnya, kesesakan tersebut diburukkan lagi dengan adanya kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori yang terbalik dan menutupi jalan, menyebabkan arus kenderaan perlahan selain terpaksa dilencongkan ke laluan kontra.

Cerita Fairus lagi, setelah dua jam terperangkap di Lebuh Raya KLK dan mendapati laluan di Lebuh Raya Pantai Timur menuju ke Pahang turut mengalami kesesakan, dia mengambil keputusan untuk menggunakan jalan lama menghala ke bandar Temerloh.

Situasi yang berlaku itu menyebabkan dia berada lebih lama di atas jalan raya dan hari semakin melepasi tengah malam.

Sebaik hampir tiba di kampungnya, dia melencongkan kenderaannya dengan memasuki jalan pintas memandangkan jaraknya lebih dekat berbanding menggunakan laluan utama.

Tambahnya, jalan pintas tersebut agak luas dan selesa seperti laluan utama ke kampungnya, cuma ia agak sunyi dan gelap kerana tiada lampu jalan.

Sebaik memasuki jalan pintas tersebut kira-kira satu kilometer, kata Fairus, dia dapati hanya keretanya yang melaluinya tanpa ada sebarang kenderaan lain di belakang dan depan.

Dia tidak memikirkan apa-apa, sebaliknya hanya terus memandu untuk cepat tiba di kampung halamannya.

“Sebaik melepasi satu kawasan selekoh tajam dan menuju ke laluan lurus yang agak panjang, tiba-tiba saya terlihat ada cahaya lampu beberapa motosikal dari arah belakang yang melulu agak laju.

“Pada waktu itu, saya fikirkan ia mungkin sekumpulan penunggang motosikal yang memecut laju menyebabkan saya memperlahan kenderaan bagi memberi peluang mereka memintas.

“Sebaik motosikal pertama melintasi sisi kereta saya, alangkah terkejutnya apabila mendapati keadaan motosikal tersebut seakan-akan remuk di bahagian hadapan, manakala penunggangnya sedang berbaring ala ‘superman’ tanpa kepala.

“Keadaan semakin pelik dan seram apabila penunggang motosikal kedua dan ketiga pula turut melakukan aksi yang sama dengan keadaan badan masing-masing berlumuran darah, seakan-akan baru terlibat dalam kemalangan,” katanya.

Cerita Fairus lagi, terkejut dengan apa yang disaksikannya, dia terus memperlahankan kenderaannya sambil mulutnya beristighfar dan membaca beberapa surah al-Quran bagi meredakan ketakutannya.

Lebih menakutkan katanya, apabila kelibat ketiga-tiga motosikal berkenaan tiba-tiba hilang dari pandangan dalam sekelip mata.

Tambahnya, tidak lama selepas itu, ada sebuah kenderaan lain memintasnya menyebabkan dia mengambil keputusan untuk mengekorinya bagi menghilangkan rasa takut.

“Keesokannya, sewaktu bertemu rakan-rakan sekampung untuk berhari raya, saya menceritakan pengalaman yang dialami tersebut.

“Menurut mereka, laluan tersebut sememangnya agak keras dan tidak digalakkan untuk melaluinya pada waktu lewat malam terutama berseorangan.

“Malah kata mereka, kejadian sama telah dialami oleh ramai pengguna jalan raya sebelum itu termasuk salah seorang daripada rakan saya itu.

“Ia mungkin disebabkan oleh roh sekumpulan mangsa kemalangan jalan raya yang tidak tenteram selepas terlibat dalam kemalangan maut ketika terlibat dalam lumba haram yang berlaku kira-kira 10 tahun yang lalu,” katanya.

Tambah Fairus, selepas kejadian tersebut, dia akan mengelak daripada menggunakan jalan pintas tersebut pada waktu malam terutama sekiranya bersorangan bagi mengelak kejadian seram tersebut berulang kembali.

sumber - https://www.kosmo.com.my/2024/04/14/misteri-mat-rempit-tak-berkepala-pintas-kereta-tengah-malam/
 
Rindu thread lejen ni dgn cite2 yg menyeramkan dari geng2 CG sendiri

Selalu nya pengalaman time belajar atau kat kg dulu2

Sekarang ni agaknya semua sekolah asrama dgn kg2 dh pupus segala hantu saitan 🤣😅

Jadi xde cite terbaru yg menyeramkan
 

“Masuk je rumah aku dah rasa seram sejuk, patutlah ada bau busuk, diam-diam aku selongkar almari roomate”​

24/04/2024 by MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN
roomt.jpg


Assalamu’alaikum, aku seorang student ipt tapi bukan uia laa..Student disebuah kolej yg baru dinaiktaraf jadi universiti. Haha

Aku nak cerita pasal benda yg jadi time aku first masuk rumah sewa ni sampai lah sekarang.
Aku sem 1 lagi dah blah duduk rumah sewa sebab aku malas nak duk asrama.


Rumah ni atas bukit.. Kawasan perumahan baru. Rumah 2tingkat, selesa lah sebab besar lagi satu dekat semua bilik ada tandas.
Sewa dia pun memang umphhh jugak laa nak bayar tiap² bulan.

roomt.jpg


First aku masuk rumah ni, aku dapat master bedroom, rumah ni memang kosong, takda apa² furniture pun.. Katil apa semua memang takda kami masuk sini selai sepinggang .. Tidur pun hanya beralaskan Toto narita.

Mula masuk rumah ni memang aku dah rasa seram sejuk, bukan apa.. Aku ni jenis boleh nampak, boleh rasa kalau ada benda (makhluk halus) ..

Sebab sini kawasan perumahan baru, tak banyak org lagi time tu tak macam skrg, dah ada org yg duduk. Boleh kata setiap malam anjing akan menyalak depan rumah kami.

Bukan setakat depan rumah, tapi kat blkg rumah pun ada. Bukan sekor dua tapi banyak. Yg pelik, anjing selalu menyalak dekat rumah ni ja..

Nak dijadikan cerita, hari first aku tidur okay laa. Takda apa² gangguan lagi, tapi lepas selang 2-3 hari aku dah mula rasa, dah mula nampak something.

Benda pertama aku nampak dalam rumah ni time aku nak tido, dalam pukul 12 macam tu. aku nampak ada benda terapung atas badan salah sorang housemate aku ni..

Dia macam lembaga, besar sangat terapung betul² atas housemate aku ni.. Time tu aku dengan dia tidur berjarak laa satu tilam. Kiranya tilam tengah² tu kosong sebab housemate aku yg sorg tu balik rumah dia.

Memang cuak gila, jantung aku berdegup kencang bagai nak pecah ..

Tapi aku tak cerita dekat sapa² sebab aku takmau takut kan org lain.. Ya lah, kadang ada yg jenis tak kuat kan.. So aku diam² dulu ja laa..

Oh ya. Satu lagi aku ada nampak ada benda bertenggek dekat atas almari housemate aku tu.
Tak mampu nak berkata²..

(Aku dah cerita benda ni dekat housemate aku yg aku nampak atas dia tu, dia selamba ja.. Tak gentar pun, padahal orang dia kecik jaa.. Kurus kering, tapi hati kental)

New sem, aku tukar bilik, aku pindah pergi bilik hujung sekali,
Tempat aku dekat dgn tandas. So aku akan dengar orang keluar masuk bilik air.

Pukul 3 pagi aku dengar bunyi orang bukak shower mandi dalam bilik air siap nyanyi pulak tu tapi mendayu², padahal aku tengok semua tengah nyenyak lena dekat tempat masing²..

Aku dah rasa semacam dah. Aku buat taktau, aku pasang earphone bukak lagu kuat² lepastu tertidur tapi dalam keadaan yg tak tenang .

Ada satu hari ni, time tu tengah cuti sem, aku plan nak balik rumah ni sekejap sebab nak amek beg baju, nak bawak balik, aku balik lah dengan Kawan aku yg sorang ni.

Time kami dah sampai dari penang ke kuale ni, kami dah rasa tak sedap hati tapi masing² diam kan diri, nak sedap kan hati masing²..

Malam tu kami lepak dekat ruang tamu ja sebab rumah kosong kan takdak orang, makan la kejap dekat ruang tamu tu..

Tengah best sembang² tetiba dengar bunyi orang macam bukak gate .. Kami pun apa lagi memang cuak laa. Bunyi dia punya la kuat.. Kawan aku ni dah tanya aku banyak kali dah “dah lock pintu kan?”

Aku pun macam berlagak cool la. Bajet tenang. Kami makan tak habis lepastu terus lari tidur dekat bilik atas.
Kawan aku ni time bila nak jadi something dia akan cepat mengantuk n tidur awal. Yang sengsara nya aku wey.

Tengah best² dia tidur, aku dengar bunyi orang berlari² dekat balkoni, lepastu yg paling tak boleh blah.
Aku dengar bunyi tapak kaki orang naik tangga ke bilik yg kami tidur tu. Bunyi dia bukannya slow, kuat kot.

Bunyi orang naik tangga hentak² kaki. Lama jugak la bunyi tu.. Dah laa time tu ada kami berdua ja dalam rumah tu. Aku dah seram dah.. Aku dah fikir bukan².. Kalau bukan manusia mesti benda tu.

Aku buat² tak dengar mcm takda apa, tak jadi malam tu nak packing² baju.

Esok pagi tu baru aku kemas baju, blah cepat² terus drpd rumah tu walaupun tiket tren pukul 12 lebih. Dalam pukul 10 tu kami dah keluar.. Punya seram laa

Aku tak tahan duk bilik tu aku tukar tidur dekat ruang tamu dekat bawah pulak. Sampai sekarang aku menapak dekat ruang tamu bawah ni.

Aku ingatkan aku kurang sikit laa nampak² kat bawah ni, ternyata lagi teruk adalah. Hahaha.

Lagi banyak aku nampak.
Sebab furniture dalam rumah ni tak lengkap so aku boleh nampak sampai ke dapur.

Yg agak seram dekat bawah ni time aku nampak benda tu dekat meja makan. Aku tidur atas sofa, sofa ni pulak boleh mengadap ke meja makan tu, memang terkejut ah nampak baju putih rambut panjang tengah duduk ja dekat situ.

Nasib baik dia duduk pandang belah sana bukan belah aku. Kalau tak taktau apa kejadian aku kat situ.

Lepastu ada jugak satu hari tu, aku nampak lembaga tinggi, besar macam orang tengah perhati dekat tingkap dapur tu lama pulak tu. Dia macam tenung dekat ruang tamu ni jaa.

Tempat aku tidur. Serius cakap, memang besar and tak mungkin orang sebab belakang rumah tu gelap, sunyi.

Mana ada orang lalu lorong belakang rumah tu.
Ada orang cakap tu mungkin hantu raya aku pun taktau laa..

Pernah haritu aku nampak kepala terbang. Apa orang panggil, penanggal ka ? Aku baru balik drpd kedai runcit, malam tu baru dalam pukul 8 lebih..

Takda lah malam sangat, aku nampak benda tu ada dekat rumah jiran aku, aku mula tu sekali pandang ja ingat orang aku tak kisah laa. Lepas 2kali pandang dia terbang. Terus aku lari masuk rumah.

Satu lagi, aku baru balik drpd kedai makan, malam dalam pukul 9 lebih macam tu. Takpa lah aku straight balik rumah sewa terus la sebab kedai makan tu tak jauh pun dgn rumah sewa, bawak moto slow² jaa depan rumah, tetiba aku nampak baju putih rambut panjang tunggu dekat dengan pintu rumah, aku pun apa lagi buat² tak nampak aku terus jalan straight pusing² dulu.

Aku memang takmau lagi la nak masuk rumah, aku taktau la dia perasan aku ka tak lepas aku dah tak larat nak pusing² ingat nak balik rumah, punya la berharap benda tu dah takda sebab dah pukul berapa dah takkan aku nak tidur luar kot.

Aku terpaksa tabahkan hati buat mcm tak ada apa², parking moto betul² sebelah dia. Aku turun, lalu buat macam tak nampak, tak perasan dia, lepastu terus kunci pintu rumah.

Time tu memang cuak gila la wey, dekat sebelah aku ja! Muka macam takda apa tapi jantung dah berdegup kencang macam baru lepas marathon dengan usain bolt.

Setakat tu ja lah, sebenarnya banyak lagi, dengar bunyi guli, rasa macam orang lalu blkg kita, cawan tiba² jatuh, suis lampu/kipas tetiba tertutup, tudung saji yg kukuh atas meja tu pun tetiba jatuh. Banyak sangat tiba² nya pun.. Haha.

Banyak lagi kejadian aneh yg jadi.. Tambah² lagi baru ni.. Baru sangat jadi ni.

Ya lah lepas habis short sem ada cuti 2minggu, aku dgn Kawan aku org yg last balik kami dah kemas rumah cantik bersih tapi bila balik sini minggu lepas, (aku org first balik sini sorg²) tengok keadaan rumah ni macam bersepah.. Serius aku cakap, tak macam yg kami tinggalkan sblm balik.

Aku masuk rumah, bau rumah busuk sangat macam bau bangkai yg berulat / sampah yg dah berminggu² tak buang.

Kawan aku simpan moto dia dalam rumah sebab dia sorang ja yg tak bawak balik moto, aku taktau macam mana boleh ada pisau dalam raga moto dia. Lepastu, bilik bawah punya bilik air terbuka paip air

. Tak tutup.. Melimpah air dalam tandas tu. Padahal aku org terakhir yg guna tandas tu. Aku masuk pun bukannya mandi ka apa, aku cuma salin baju sebelum nak balik Penang. Lantai dekat bilik air tu pun dah kering. Tapi Sapa yg buka paip air tu? Sedangkan org yg last balik aku?

Benda yg agak menakutkan aku bila aku nampak dekat dapur tu, benda tu macam tengah selongkar tong sampah.
Dia macam berkeliaran dekat dapur. Bila aku nak pergi check dekat dapur benda tu macam perasan aku, dia lari duk atas rak pinggan mangkuk.

Lepastu jatuh la satu cawan plastik.. Aku pun dah rasa tak sedap hati, aku tak jadi pergi ke dapur, aku buka lampu ruang tamu. Tidur lah aku dalam cahaya .. Haha

Oh ya, ada setengah aku cerita dekat housemate aku, ada yg aku simpan sendiri sebab ada kisah yg seram sangat .. Lepas aku cerita, mula lah sorang demi sorang housemate aku buka cerita. Pernah rasa lah, pernah nampak la..

So setiap kali depa nampak ka, rasa tak sedap hati ka, mesti depa cerita dekat aku dulu.

Haha. Nak kata aku hati tabah, tak jugak tapi sebab dah selalu nampak kita terpaksa kawal diri drpd nampak macam takut sangat.

Kalau nampak tu, reaction kena buat macam takda apa².. Padahal dalam hati ni, hanya Allah yg tahu.
Apa yg aku cerita ni hanya yg aku nampak dekat sini ja laa..

Pengalaman aku sendiri sebenarnya dah terlampau banyak. Dekat asrama pun aku pernah nampak sebelum masuk rumah sewa. Banyak jugak la yg aku nampak time dekat asrama.

Kadang dekat rumah aku sendiri pun aku nampak. Balik kampung pun aku nampak, aku dengar macam².. Hehe
Drpd info yg aku dapat drpd org sini, dulu area kawasan perumahan kami ni hutan belantara.

Depa kata dulu orang banyak buang benda dekat sini.. Ada yg kata selalu ada bungkuih(pocong) laa area sini..
Depa kata depa sendiri takut nak mai area sini sebab seram dia lain macam sikit. Depa terkejut jugak la kami student berani mai sewa area sini.

Sekian, ni ja lah luahan hatiku..
Goodnight, Assalamu’alaikum..
– Makcik karipap

sumber - https://www.inforakyat.net/masuk-je...busuk-diam-diam-aku-selongkar-almari-roomate/
 
Back
Top
Log in Register