BTC USD 81,115.2 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Benar Edisi Seram

lama dah kita tak share cerita seram kn. okay geng, mlm ni aku akan post satu kisah seram kt sini. tapi kisah ni panjang sket lah. kisah seram pasal family aku........nantikan malam ini.
dah 2024 dah ni.. abang tak pos lagi cerita ni. ke memang panjang betul ceritanya.. huhu..
 
Wanita terkejut bersembang dengan ‘Jelmaan’ ibu di ruang tamu poadahal ibu masih di luar rumah​

jelmaan.jpg

Kewujudan makhluk halus di sekeliling kita tidk boleh disangkalkan kerana ‘mereka’ ini juga merupakan ciptaan Allah jadi kita harus percaya akan keberadaan mereka.

Ada yang percaya makhluk halus ini juga berupaya menjelma dalam satu bentuk yang sangat menyeramkan
namun terkadang dia hanya memberikan ‘hint’ untuk memberitahu bahawa mereka ada disekeliling kita.

Pun begitu, macm mana pula jika ‘dia’ menjelma dalam satu bentuk yang menyerupai ahli keluarga kita?
sudah pasti ianya sangat menyeramkan bahkan membuatkan kita terpedaya dengan kewujudannya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita mengimbas semula pengalamannya yang berdepan dengan situasi seram mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @tiyakamal2, dia memaklumkan bahawa ketia itu ibunya yang pulang malam kerana bekerja memintanya untuk memasak nasi ekoran ibunya itu membeli lauk di luar untuk makan bersama anaknya di rumah.

Bagaimana pun, ketika dia sedang bermain telefon bimbit, satu perkara aneh berlaku dimana dia melihat ibunya berada di ruang tamu dengan memakai baju kelawar.

“Saya rasa saya baru main phone dalam 5-10 minit macam tu, lepastu bila saya bangun, saya tengok mak saya ada kat ruang tamu duduk pakai baju kelawar.. saya ingat mak saya dah balik saya yang tak sedar.. terlena ke..”

“Saya tanya mak saya bila sampai tapi mak saya tak jawab.. saya ingat dia marah sebab saya tak masak nasi. Saya pun kelam kabut lah basuh beras masak nasi semua lepastu mak saya datang berdiri sebelah saya macam ni (sambil menunjukkan reaksi bediri kaku sambil menjeling ke arahnya)”

Ibunya itu kemudian duduk di ruang tamu semula dan wanita ini pergi ke sofa untuk bersembang dengan ibunya itu.
“Tadi mak beli lauk apa? nak panaskan ke?” tanya wanita ini.

Namun dia hanya senyum dan menjawab ‘takde apalah, tak apalah’. Tiba-tiba telefon bimbit wanita ini berbunyi dan ibunya memaklumkan dia akan pulang dalam masa 5 minit dan memintanya untuk turun ke bawah mengangkat barang.

“Saya tengok di bahagian ruang tamu tu, ‘benda’ itu berdiri dan tengok ke arah tingkap ruang tamu.. saya dah ketar dan masa saya nak keluar, dia tanya saya nak pergi mana tu dan saya menjawab nak pergi ke kedai.. dia hanya senyum dan saya duduk di luar rumah sampai ibu saya balik”

“Saya mengendap di tingkap ruang tamu tengok dia tengah buat apa lepastu dia cuma berdiri straight sahaja. Lepas 5 min dia cakap, ‘dah tahu ke’?”

Lepas ibu wanita ini pulang, mereka bersama-sama masuk ke dalam rumah namun apa yang lebih mengejutkan adalah mereka terhidu satu bau yang lain macam seperti bau bunga yang tidak dapat diterangkan dalam video tersebut.

- inforakyat
 
Bab tanya, "Dah tahu ke" tu yang seram.
 
Kalau macam ni saka ke
 
2 minggu lepas aku travel bersama rombongan ke Medan Indonesia. Tempat yg dilawati adalah daerah Prapat dan Tasik Toba. Bila masuk jer kawasan sana suasana amat berbeza sekali sbb kawasan tu penduduk kebanyakan Kristian. Sepanjang jalan penuh dengan greja khatolik. Dan sepanjang jalan juga boleh nampak kuburan Kristian tepi rumah, depan rumah dalam kebun dan teramat banyak. Seriau juga. Tapi dia org dah biasa dh jadi tempat lepak lepak je. Sampai di Tasik Toba kami ke pulau samosir. Ke perkampungan batak. Dapat beli souvenir dan dapat menari tarian batak. Kat sini pun suasananya lain macam. Setelah seminggu balik dari Medan aku terasa pinggan aku sangat berat dan sakit hingga lah ke hari ini.nak sholat pun susah. Mlm tadi aku ruqyah diri sendiri dan menyapu minyak (kasturi). Meremang bulu roma dan aku hampir muntah-muntah. Dlm kepala ni duk pikir pikir juga kut kut ada yg menumpang. Kpd yg nk pergi ke tasik toba tu hati hati lah ye.
 
Letih sejak kecil nampak makhluk pelbagai rupa, hidup berkecamuk! Semuanya kerana insiden di taman permainan​

553.jpg

Gangguan makhluk halus yang berterusan boleh menjejaskan kehidupan. -Gambar hiasan

HIDUP ini tidak adil, demikian apa yang dirasai seorang wanita pertengahan usia dikenali sebagai Aisyah.
Aisyah terbaring kelesuan di dalam bilik tidurnya sambil memandang kipas siling yang ligat berputar, sesekali dia menghela nafas kepenatan, runsing memikirkan masalah hidup.
Asyik menyelami emosi, Aisyah mengimbas semula masa silamnya, setiap satu dimainkan seperli sebuah filem.

2567156.jpeg

Alam ghaib sememangnya wujud dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. -Gambar hiasan

Memorinya terhenti pada satu insiden yang berlaku ketika umurnya lapan tahun. Memang sudah berdekad berlalu tetapi masih segar dalam ingatan.
"Weh Na, jom la balik! Dah Maghrib ni kita masih duduk dekat taman permainan. Nanti ibu kita marah," kata Aisyah kepada Aina yang merupakan rakan karibnya di sekolah rendah.

"Sabar la kejap Ecah, aku nak main buaian ni sekejap je lagi. Jangan jadi penakut sangat!" balas Aina.
Penat berdiri, Aisyah pun melabuhkan punggungnya di bangku berdekatan sementara menunggu sahabatnya melepaskan gian bermain buaian.

Tiba-tiba, angin sepoi-sepoi bahasa menyapa tubuh Aisyah dari belakang. Namun sedikit aneh apabila pohon berhampiran hanya kaku, tidak turut meliuk-liuk seiring bayu yang bertiup.

Aisyah pun memalingkan pandangannya kepada punca angin itu, yang mana dia percaya datang dari kawasan belukar yang merimbun dengan lalang liar, hanya beberapa meter dari taman permainan.
Perasaan ingin tahu muncul dan Aisyah bingkas bangun berjalan menuju ke arah belukar untuk 'menyiasat' apa sebenarnya berlaku.

Setelah diamati, terbentang kawasan berumput yang kemas dipotong, seolah-olah dijaga oleh seseorang yang pakar dalam bidang penjagaan landskap.

Ia membentuk sebatang lorong dengan lalang liar memagar bahagian kiri dan kanannya. Di hujung laluan itu berdiri dua batang pokok yang sudah mati tetapi tinggi melampai.
Aisyah terus mara ke hadapan, ketika itu dia hanya seorang kanak-kanak naif yang tidak memikirkan risiko yang mungkin menanti.

2567155.jpeg

Kawasan yang tenang mungkin mempunyai bahaya menanti. -Gambar hiasan

"Apa benda tu, pokok ni macam pintu ke suatu tempat, seperti portal dalam kartun Ben 10 yang abang aku tengok dekat televisyen, boleh pergi ke alam lain.
"Apa jadi kalau aku masuk ke dalam, jom cuba," getus Aisyah dalam hatinya.

Belum sempat Aisyah meneruskan langkahnya, angin kencang langsung menderu dan menolak tubuh kecil Aisyah ke belakang sehingga dia jatuh tertiarap di atas tanah. Aisyah terus pengsan tidak sedarkan diri.

"Ecah bangun! Bangun anakku! Cuba cerita apa yang terjadi. Nasib baik Na cepat panggilkan mak tadi. Panasnya badan Ecah ya Allah," kedengaran sayup-sayup suara ibu Aisyah.
Aisyah perlahan-lahan cuba membuka matanya, kelihatan orang kampung ramai mengerumuni dirinya termasuk ahli kariah surau kampung.

2567157.jpeg

Gangguan mistik boleh menjejaskan kesihatan mental. -Gambar hiasan

Anjakan paradigma

Bermula hari itu, kehidupan Aisyah berubah sepenuhnya. Dia dianugerahkan dengan kebolehan untuk melihat makhluk ghaib.
Anugerah bukanlah perkataan yang tepat bagi Aisyah, lebih kepada sesuatu yang menghancurkan hidupnya. Atau terminologi yang sering dibualkan dalam kalangan masyarakat kita, dibuka 'hijab'.

Pelbagai entiti jelik, tidak kira besar atau kecil, pendek atau rendah, tirus atau lebar sudah dilihat Aisyah. Selain itu, hampir kesemua ikhtiar perubatan sudah dicuba tetapi belum direzekikan untuk membuahkan hasil.

Hidup Aisyah sentiasa bergelumang dengan ketakutan dan rasa gentar, dia tidak mampu menjalani kehidupan hariannya seperti manusia normal. Hanya terperuk di dalam bilik keseorangan, mengurung diri daripada melihat 'makhluk' di luar sana.

Lebih tragis, Aisyah hilang keberanian dan keyakinan diri, tidak mempunyai kerjaya, tidak mempunyai pasangan sehidup semati, terputus sepenuhnya daripada kehidupan sosial dan masyarakat. Sungguh malang nasib hidupnya.

Masa hadapan bagaimanakah yang menanti Aisyah?
"Erghh," bunyi garau dari luar bilik Aisyah lantas menyentak lamunannya, kelihatan lembaga hitam bergerak berhampiran tingkap.
"Aduh, datang lagi 'dia' ni, jangan kacau aku la woi!" teriak Aisyah separuh gila.....

sumber - https://www.mstar.com.my/xpose/mist...uk-semuanya-kerana-insiden-di-taman-permainan
 
Kereta terpakai murah ada ‘sejarah’, baru guna sebulan banyak benda aneh berlaku! Kemuncak makhluk muka hancur ‘tumpang’​

Khamis, 14 Mac 2024 9:30 AM
Oleh: MSTAR

553.jpg

Gangguan makhluk halus ketika memandu boleh menyebabkan pemandu hilang kawalan. -Gambar hiasan

HAMPIR enam bulan mengumpul wang, Zali akhirnya berjaya membeli sebuah kereta terpakai untuk diberikan kepada isterinya.

Sejak adanya kereta itu, Zali yang bekerja sebagai pembantu jualan tidak lagi perlu menghantar dan menjemput anak-anaknya di sekolah.
Tugas itu diserahkan 100 peratus kepada Syuhada, malah kereta Proton Wira itu juga boleh digunakan isterinya untuk keluar ke pasar atau berjalan-jalan.

Selepas sebulan dibeli, Syuhada mula mengadu kepada suaminya tentang beberapa kejadian pelik melibatkan kereta itu.
Menurut Syuhada, dia sentiasa terasa diperhatikan, tambah-tambah lagi ketika memandu sendirian namun Zali hanya ketawa kecil dan menganggap ia mainan perasaan sahaja.

2590150.jpeg

Banyak kereta terpakai dijual pada harga murah. -Gambar hiasan

Namun pada suatu hari, berlaku satu kejadian menakutkan sehingga menyebabkan isterinya hampir kehilangan nyawa.

Dalam kejadian itu, Syuhada keluar bersendirian kira-kira pukul 9 malam untuk ke rumah ibunya yang terletak di kampung bersebelahan.
Sejurus keluar dari simpang rumahnya, Syuhada merasakan kereta yang dipandunya itu sangat berat, malah ia tidak bergerak laju meskipun dia menekan pedal minyak sehingga rapat.

Syuhada mula tidak sedap hati, namun dia meneruskan pemanduan seperti biasa sambil mulutnya terkumat-kamit membaca ayat Qursi.
Sampai sahaja di kawasan pokok buluh di hujung kampungnya, Syuhada terkejut melihat kelibat makhluk misteri yang duduk di kerusi penumpang belakang.

Lebih mengerikan, muka makhluk itu kelihatan hancur dengan bau busuk seperti baru sahaja terlibat kemalangan ngeri.
Akibat terkejut, Syuhada nyaris terbabas masuk ke dalam parit besar namun dia berjaya menekan brek dan mengawal stereng keretanya.

2590152.jpg

Lakukan pemeriksaan terperinci sebelum anda membeli kereta terpakai. -Gambar hiasan

Kebetulan ketika itu, seorang pemuda yang menunggang motosikal melalui kawasan berkenaan lantas Syuhada terus berlari meminta tolong sebelum dia dihantar pulang ke rumahnya.

Dipendekkan cerita, Zali membawa Syuhada bertemu seorang ustaz pada malam itu juga kerana isterinya tidak berhenti-henti menangis dan meracau.

Menurut ustaz itu, makhluk berkenaan mungkin mempunyai kaitan dengan 'sejarah' kereta berkenaan.
Beberapa hari selepas itu, barulah Zali mendapat tahu cerita sebenar daripada pemilik asal kereta tersebut.
Rupa-rupanya, anak buah kepada pemilik asal kereta itu maut selepas terbabit kemalangan ketika menaiki kenderaan sama.

Kereta itu dibaiki semula bagi untuk kegunaan keluarga selepas rosak teruk dalam kemalangan itu.
Bagaimanapun, keluarga mereka turut berdepan gangguan, menyebabkan pemilik asal mengambil keputusan untuk menjualnya dengan harga serendah RM3,000 sahaja.

Zali kesal selepas mendapat tahu hal sebenar, malah dia juga kini sedang mencari pembeli baharu untuk memiliki kereta berkenaan.

sumber - https://www.mstar.com.my/xpose/mist...-berlaku-kemuncak-makhluk-muka-hancur-tumpang
 
Back
Top
Log in Register