BTC USD 77,677.1 Gold USD 4,393.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Benar Edisi Seram

Wanita baru bersalin anak sulung meraung dalam wad! Meracau nampak benda hodoh tepi tingkap​

Selasa, 13 Ogos 2024 9:30 AM
Oleh: MSTAR

553.jpg

Hospital sering dikaitkan dengan gangguan mistik sejak dulu lagi. -Gambar hiasan

PENGALAMAN bersalin anak pertama menyebabkan Wani trauma sehingga dia meluahkan hasrat untuk 'menutup kilang' dalam tempoh beberapa tahun.

Ketika melahirkan putera sulungnya di sebuah hospital pada Disember tahun lalu, Wani berkata dia berdepan kesakitan melampau ekoran komplikasi yang berlaku.

Tidak cukup dengan itu, ujar Wani dia juga beberapa kali berdepan gangguan mistik ketika ditahan selama beberapa hari di hospital berkenaan.

Diganggu dengan bayang-bayang serta bunyi aneh khusunya pada waktu malam menjadi antara ujian yang perlu ditempuhi Wani.

Namun, kemuncak gangguan itu berlaku pada malam terakhir sebelum Wani dibenarkan discaj yang mana ia benar-benar meninggalkan kesan mendalam buatnya.

Imbas Wani, gangguan mula berlaku selepas waktu Maghrib ketika selepas dia selesai membersihkan diri.

Ketika itu, tidak ramai pesakit berada di dalam wad berkenaan, malah suasana juga agak sunyi dan lengang.

2852290.jpeg

Wanita baru bersalin masih berada dalam keadaan lemah, menyebabkan mereka mudah terkena gangguan mistik. -Gambar hiasan

Ketika Wani berbaring di katilnya, dia mula terhidu bau hanyir yang tiba-tiba menerpa, menyebabkan dia loya dan hampir termuntah.

Ketika Wani mahu mengambil tisu di sebelah katilnya, dia terkejut apabila menyedari terdapat kelibat hitam berambut panjang berada di tepi tingkap wad.

Katil Wani terletak di betul-betul di tepi tingkap, menyebabkan dia terus menjerit meminta pertolongan akibat terkejut.

Wani cuba melihat ke arah tingkap sekali lagi, namun dia mendapati sudah tiada sebarang kelibat berada di situ.

Dua jururawat bertugas turut datang dan bertanya kepada Wani ekoran suaranya yang kedengaran sehingga ke seluruh wad.

"Saya nampak ada benda hodoh, tak tahu makhluk apa kat tepi tingkap. Nampak macam ada kesan darah dekat muka, bau hamis," cerita Wani sambil mengesat air mata.

Kedua-dua juruawat itu saling berpandangan antara satu sama lain sebelum mereka menggosok lengan Wani memintanya bertenang.

Ia bukanlah aduan pertama yang diterima mereka sepanjang berkhidmat di hospital itu,

Selepas berbincang, mereka akhirnya bersetuju untuk memindahkan Wani ke katil depan yang berdekatan dengan beberapa lagi pesakit lain.

Akibat gangguan itu, Wani turut diserang demam, namun keadaanya beransur pulih keesokan harinya sebelum dia dibenarkan discaj.

Selepas dibawa pulang ke rumah, bapa mentua Wani turut memanggil seorang ustaz untuk memulihkan semangatnya.

 

Tidak bertuan, keris peninggalan arwah bapa tiba-tiba berdiri sendiri... Anak meracau selepas buka ikatan kain kuning​

Rabu, 07 Ogos 2024 9:30 AM
Oleh: MSTAR

553.jpg

Kejadian keris berdiri sendiri pernah menjadi bualan ramai sebelum ini. -Gambar hiasan

SEMINGGU selepas Paksu Jusoh meninggal dunia, kediamannya di sebuah jajahan di negeri Kelantan mula sepi daripada kehadiran penghuni.

Selesai sahaja kenduri tahlil pada hari ketujuh, kesemua anak cucunya mula berangkat pulang ke rumah masing-masing.

Yang tinggal berdekatan hanyalah Mek Ani, anak sulung arwah Paksu Jusoh yang kini diamanahkan untuk menjaga rumah pusaka berkenaan.

Rumah papan di pinggir desa itu sememangnya sunyi kerana isteri arwah juga telah lama meninggal dunia.

Pada hujung minggu lalu, Mek Ani bersama anak lelakinya, Zamri, pergi ke kediaman itu untuk mengemas barang-barang milik arwah.

Ketika sedang mengemas di bilik tidur, Mek Ani terlihat bungkusan kain kuning yang diletakkan bersama lipatan kain pelikat.

2840948.jpg

Barang peninggalan si mati perlu diuruskan sebaiknya dan diagihkan dengan adil. -Gambar hiasan

Tanpa berfikir panjang, Mek Ani membuka lilitan tali putih di sekeliling kain kuning itu dan dia melihat sebilah keris yang berwarna kehitam-hitaman.

Dia kemudiannya meletakkan keris itu di atas lantai dan terus menyelongkar almari milik bapanya untuk mengemas segala pakaian yang ditinggalkan.

Ketika sedang membelek buku-buku lama bapanya, Mek Ani terdengar seperti ada orang sedang berlari di atas bumbung rumah itu.

Tiba-tiba, keris yang dikeluarkannya tadi mula bergetar di atas lantai sebelum ia tiba-tiba berdiri sendiri, seolah-olah terapung di udara.

Mek Ani yang terkejut terus menjerit kuat sehingga didengari oleh Zamri yang sedang membersihkan halaman rumah.

Mek Ani mula meracau seperti orang dirasuk, memaksa Zamri melaungkan azan untuk meredakan keadaan.

2840946.jpg

Penggunaan keris sering dikaitkan dengan elemen mistik. -Gambar hiasan

Ketika itu, mata Mek Ani bertukar merah, malah suaranya juga bertukar kasar.

Selepas hampir 15 minit melolong dan menggelupur, Mek Ani yang keletihan hanya mampu bersandar pada dinding sambil menangis.

"Ma tengok keris ni bangun sendiri, Ya Allah," ujar Mek Ani kepada anaknya.
Zamri terus mengambil keris itu yang sudah berhenti bergerak dan membalutnya semula di dalam kain kuning.

Selepas pulang ke rumah, Mek Ani bersama keluarganya pergi berjumpa dengan seorang ustaz untuk menceritakan kejadian berkenaan.

Menurut ustaz, arwah bapa Mek Ani tidak sempat menurunkan keris berkenaan kepada pewarisnya, menyebabkan Mek Ani diganggu selepas dia membuka ikatannya.

Atas bantuan ustaz, gangguan mistik berkaitan keris itu mula berhenti, malah ia juga telah disimpan di tempat selamat oleh suami Mek Ani.

 

“Ada perhimpunan pocong ke?” - Gadis menipu tengah ‘period’ terima padah, silap besar sindir rakan asrama pergi solat jemaah​

Khamis, 01 Ogos 2024 9:30 AM

553.jpg

Gangguan makhluk halus menyerupai pelbagai bentuk. -Gambar hiasan

MELANGKAH ke alam universiti dan berjauhan daripada ibu bapa memerlukan kekuatan diri.

Apatah lagi ketika memasuki kolej kediaman yang berbeza suasananya daripada di rumah.

Begitulah fasa kehidupan baharu yang perlu ditempuhi seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dikenali sebagai Marsya di sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di selatan tanah air.

Segalanya berjalan lancar pada minggu-minggu awal pengajian, malah Marsya berkesempatan membuat kawan baharu yang juga rakan sebiliknya dikenali sebagai Anis.

2832797.jpeg

Kenalan baharu boleh dijalinkan ketika berkongsi bilik. -Gambar hiasan


Marsya dilihat serasi dengan Anis kerana masing-masing berkongsi mulut yang lancang dan tidak mudah terguris hati sekiranya berjenaka kasar, atau dalam erti kata mudah, 'masuk air'.

Selaku gadis bandar dari Selangor, Marsya bersyukur akan keberadaan Anis kerana ia sedikit sebanyak membantunya untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di asrama.

"Weh malam ni turun tak program solat Isyak berjemaah dekat dataran kolej kita? Aku macam malas nak pergi, tapi staf residen kolej cakap kehadiran wajib.

"Boleh dapat stiker untuk permohonan kolej semester depan, kita dah la banyak kali ponteng program sebelum ni.

Aku takut semester baharu nanti tiba-tiba kena campak duduk luar, nak cari rumah sewa yang selesa bukan senang.

"Jom la gerak sekali malam ni," ujar Anis cuba memujuk Marsya untuk menyertainya dalam program keagamaan pada malam tersebut.

Masrya bagaimanapun tidak berminat dan sudah mempunyai perancangan untuk menghabiskan masa di bilik menonton filem.

"Aku tak join kot, aku rasa petang kejap lagi aku period ni, harap-harapnya la. Kau pergi je, nanti tolong tandakan nama aku sekali dalam senarai kehadiran tu.

"Alang-alang tu kirimkan sikit pahala solat kau dekat aku, memandangkan aku ni pendosa tegar," kata Marsya berseloroh.

Weh Sya, kau histeria, kau okay tak ni?​

ANIS​


Tiba senja, Anis sedang bersiap untuk menghadiri program solat berjemaah, manakala Marsya yang hanya mengenakan pakaian tidur sibuk menjenguk ke luar tingkap, memerhatikan penghuni kolej berbondong-bondong berjalan menuju ke dataran.

"Dah macam hantu gula-gula semua, ada perhimpunan pocong ke ni?," ujar Masrya sarkastik merujuk kepada kumpulan pelajar perempuan bertelekung yang sedang diperhatikannya.

"Aduh kau ni, jahat sangat mulut tu. Kau betul tak nak ikut eh, aku gerak dulu tau. Jangan buat benda bukan-bukan waktu aku tak ada," kata Anis sebelum menutup pintu bilik.

"Ya, kau tak perlu risau pasal aku, selamat mendekatkan diri dengan Tuhan," ujar Marysa yang pantas melabuhkan punggungnya di atas katil untuk bermalas-malasan.

Lampu bilik yang sedikit malap menyebabkan Marsya menjadi mamai dan seterusnya terlelap, hasrat untuk menonton Netflix menerusi tablet akhirnya lebur.

2832804.jpeg

Menetap berseorangan di kolej kediaman pastinya menyeramkan. -Gambar hiasan


Namun dalam keasyikan Marsya melayari alam mimpi, dia terjaga apabila mendengar bunyi tapak kaki di dalam bilik.

"Weh Nis, kau dah balik ke? Awalnya habis solat," kata Marsya separuh sedar sambil cuba mencari rakannya di dalam bilik itu.

Marsya bagaimanapun tersirap darah apabila pandangannya menangkap lembaga hitam berdiri di penjuru bilik, merenung terus ke arahnya.

Walaupun dalam kesamaran, dapat dipastikan kewujudan entiti berkenaan dan ia bukanlah sekadar bayangan cahaya atau seangkatan dengannya.

Marsya tergamam dengan mata terbuntang luas, badan menjadi kaku sehingga tidak mampu bergerak, sungguh diharapkan semua ini hanya mimpi dan bukannya realiti.

2832812.jpeg

Gangguan makhluk halus boleh berlaku kepada insan yang berjiwa lemah. -Gambar hiasan


Setiap saat yang berlalu terasa berjam-jam lamanya, minda Marsya tidak berdaya memproses deruan adrenalin yang sedang dialami tubuhnya, serentak itu semuanya menjadi gelap.

Marsya pengsan kerana ketakutan yang teramat sangat, segala ingatan tentang kejadian menimpanya menjadi pudar.

Ketika kembali sedar, Marsya sudah berada di tengah surau sambil dikelilingi jemaah yang sedang mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran.

"Weh Sya, kau histeria, kau okay tak ni?," ujar Anis.

Kini Marysa sedar akan bahana percakapannya, benarlah peribahasa kerana mulut, badan binasa.

 
2 minggu lepas aku travel bersama rombongan ke Medan Indonesia. Tempat yg dilawati adalah daerah Prapat dan Tasik Toba. Bila masuk jer kawasan sana suasana amat berbeza sekali sbb kawasan tu penduduk kebanyakan Kristian. Sepanjang jalan penuh dengan greja khatolik. Dan sepanjang jalan juga boleh nampak kuburan Kristian tepi rumah, depan rumah dalam kebun dan teramat banyak. Seriau juga. Tapi dia org dah biasa dh jadi tempat lepak lepak je. Sampai di Tasik Toba kami ke pulau samosir. Ke perkampungan batak. Dapat beli souvenir dan dapat menari tarian batak. Kat sini pun suasananya lain macam. Setelah seminggu balik dari Medan aku terasa pinggan aku sangat berat dan sakit hingga lah ke hari ini.nak sholat pun susah. Mlm tadi aku ruqyah diri sendiri dan menyapu minyak (kasturi). Meremang bulu roma dan aku hampir muntah-muntah. Dlm kepala ni duk pikir pikir juga kut kut ada yg menumpang. Kpd yg nk pergi ke tasik toba tu hati hati lah ye.

dengar macam seram tu. thank you atas perkongsian bro
 

Rumah sewa diganggu lepas 2 minggu housemate meninggal, perawat bongkar barang kotor di bilik arwah jadi punca​

Selasa, 14 Januari 2025 9:30 AM


553.jpg

Pakaian kotor yang dibiarkan berlonggok dalam tempoh lama turut dikaitkan sebagai punca gangguan mistik. -Gambar hiasan

EMPAT tahun menyewa bersama di ibu kota, tiga rakan serumah ini masing-masing sudah menganggap hubungan sesama mereka seperti darah daging sendiri.

Iryad, Zul dan Akim (bukan nama sebenar) yang masih bujang terpaksa menyewa bersama demi menangani kos hidup yang tinggi di Kuala Lumpur.

Mereka hidup harmoni, namun masalah mula timbul selepas Akim yang bekerja sebagai petugas penghantaran makanan meninggal dunia akibat kemalangan.

Sudah hampir dua minggu jenazah dikebumikan di kampungnya, namun barang-barang arwah masih belum diambil oleh keluarganya.

Suasana sunyi pada waktu malam di rumah sewa itu pula mula membuatkan bunyi-bunyi aneh kedengaran dari bilik arwah.

Dua malam berturut-turut Irsyad dan Zul diganggu dengan bunyi suara tangisan yang garau.
Irsyad dan Zul memberanikan diri untuk membuka pintu bilik arwah namun mendapati tiada apa-apa yang pelik di dalamnya.

3115045.jpeg

Gangguan di rumah sewa pastinya mengganggu keharmonian penghuninya. -Gambar hiasan

Malam esoknya, Zul menerima gangguan yang lebih dahsyat apabila dia melihat kelibat arwah dalam keadaan muka berdarah, kira-kira pukul 1 pagi.

Ketika melewati bilik arwah yang terbuka pintunya, langkah Zul terhenti apabila dia melihat kelibat arwah Akim sedang memandang tepat ke arahnya sambil menangis.

Ekoran gangguan itu, Zul dan Irsyad terpaksa tidur bersama dan memaklumkan kejadian tersebut kepada pemilik rumah pada keesokan harinya.

Pemilik rumah iaitu Abang Hafiz mencadangkan agar mereka membersihkan bilik arwah dan menghubungi keluarganya untuk mengambil barang-barang yang masih ada.

Bimbang gangguan menjadi bertambah buruk, Abang Hafiz turut memanggil seorang perawat untuk datang ke rumah berkenaan bagi mencari puncanya.

Menurut perawat itu, gangguan berlaku kerana pakaian-pakaian arwah yang kotor dan belum dicuci masih ada di dalam biliknya.

Perawat itu turut mencadangkan supaya dua sahabat berkenaan membersihkan bilik arwah.
Beberapa hari kemudian, keluarga arwah Akim datang untuk mengambil segala barang peninggalannya di rumah sewa.

Sejak itu, Zul dan Irsyad sudah tidak berdepan gangguan, malah mereka juga sudah menerima penyewa baharu untuk menggantikan tempat Akim.

 
Back
Top
Log in Register