BTC USD 76,485.3 Gold USD 4,341.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Benar Edisi Seram

Pendaki Gunung Yong Belar ‘disambut’ suara riuh-rendah... Bunyi aneh makin ketara ketika kawan baca al-Fatihah​

Sabtu, 27 April 2024 8:00 PM
Oleh: MSTAR


553.jpg


KERAP timbul perbincangan dalam masyarakat tentang kewujudan alam ghaib, dimensi yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Antara yang sering menggusarkan orang ramai adalah pendedahan pelbagai bentuk gangguan makhluk halus, seperti penampakan entiti, bau dan juga bunyi.

Melalui satu video tular di laman TikTok, seorang wanita menceritakan momen seram yang dilaluinya ketika mendaki bersama rakan di Gunung Yong Belar, Perak.


2663996.jpeg


Pemandangan dari puncak Gunung Yong Belar yang berketinggian 2,181 meter. -Foto Aishah Azan


Berdasarkan video tersebut, wanita itu mendakwa dia mendengar suara riuh-rendah pada audio latar meskipun ketika rakaman sedang dibuat, suasana sekitar adalah hening.

"Waktu ni saya antara orang terawal sampai dekat Kem Kasut dengan dua kawan yang lain. Seorang kawan saya ni namanya Irfan, dia imamkan solat.

"Dia baca al-Fatihah dengan agak kuat serta alunannya juga sedap, jadi saya tergerak untuk mula merakam, menarik hendak dimasukkan ke dalam video rangkuman perjalanan kami.

"Tapi alangkah terkejutnya saya apabila buka balik video tu, saya dapat dengar bunyi bising dekat belakang, seolah macam ramai orang di situ. Suara itu tidak lantang, ia seakan-akan bisikan.

"Padahal di kiri dan kanan saya tiada orang, kumpulan pendaki yang lain pun berada jauh daripada saya. Apa benda yang saya dengar tu agaknya?," soal itu wanita cuba mencari jawapan kepada keanehan tersebut.

Tambah wanita itu lagi, rakaman video tersebut bukan satu-satunya gangguan yang dialaminya ketika mendaki pada hari terbabit.

Saya duduk dalam khemah dekat hutan, tiba-tiba dengar bunyi bising orang berborak di luar padahal memang tiada siapa ni.​


WARGA MAYA​

"Waktu saya mendaki secara berkumpulan tu, saya jalan lambat dan ketinggalan sekejap di belakang. Yang lain semua dah di depan. Tiba-tiba saya dengar suara macam ramai orang dekat satu lokasi tu.

"Seperti wujud perkampungan sekitar kawasan berkenaan, tapi di tengah hutan belantara. Saya cekalkan hati dan terus jalan pantas untuk masuk semula dalam kumpulan, tak mahu fikir bukan-bukan," ujar wanita tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya tampil berkongsikan kisah merinding bulu roma yang turut dialami mereka.

2664023.jpeg


Pelbagai makhluk di dalam hutan yang masih belum dikenal pasti. -Gambar hiasan


"Saya dengan kawan pun baru balik daripada berkelah di Yong Belar, kami sesat sampai terpusing-pusing di tempat sama, dekat 20 jam baru boleh keluar. Taubat dah nak pergi sana.

"Ada video saya rakam di sebuah taman rekreasi, apabila saya tengok balik, boleh dengar orang menyanyi dan berbisik betul-betul sebelah saya. Meremang habis satu badan.

"Sama juga saya, berkelah dalam khemah dekat hutan, tiba-tiba dengar bunyi bising orang berborak di luar padahal memang tiada siapa. Sejak tu aku terus boikot aktiviti berkelah," kata sebahagian pelayar.

Bagi mereka yang beragama Islam, kita harus beriman dan percaya kepada perkara ghaib seperti syurga, neraka, malaikat, hari akhirat serta makhluk halus meliputi jin dan syaitan.

sumber - https://www.mstar.com.my/lokal/vira...neh-makin-ketara-ketika-kawan-baca-al-fatihah
 

Rumah terbiar 22 tahun, baru kini nak letak CCTV! Badan tukang pasang calar balar, pemilik dedah kenapa tiada penghuni​



553.jpg

Pemasangan CCTV di sekitar kediaman dapat membantu mengatasi jenayah pecah rumah. -Gambar hiasan

PERKHIDMATAN memasang kamera litar tertutup (CCTV) telah dilakukan lelaki ini sejak sekian lama.

Sepanjang tempoh itu, tugasan Rushdi sentiasa lancar dan mendapat pujian pelanggan sehingga akhirnya menjadi bualan masyarakat sekeliling di sekitar Rembau, Negeri Sembilan.

Populariti yang diterimanya itu menyebabkan dia diupah untuk memasang CCTV di sebuah rumah di Tampin.

Meskipun agak jauh dari lokasi kebiasaannya, namun Rushdi menerima tawaran tersebut dan mula melakukan lawatan tapak.

"Tuan rumah suruh aku datang untuk site visit setelah rundingan sebut harga dipersetujui.

"Semasa masuk ke rumah dengan kaki kanan dan diiringi salam, tiba-tiba bulu roma aku terangkat dengan tiba-tiba.

2671242.jpg

Gambar dan potret lukisan sering dijadikan hiasan pada dinding rumah. -Gambar hiasan

"Aku terus mencari DB board (kotak agihan litar elektrik) sebab rumah owner tu besar, sunyi dan tersangat kotor," ujarnya menceritakan situasi ketika pertama kali berada di rumah berkenaan.

Menurut Rushdi, rumah tersebut juga dipenuhi dengan anak patung serta gambar-gambar kenangan pemilik bersama ahli keluarga.

Melihatkan keadaan tersebut, dia mengakui perasaan seram sejuk mula menyelubungi diri.

"Selepas melihat 'area point' untuk pemasangan CCTV, aku terus keluar dan bersembang dengan tuan rumah di halaman luar," ujarnya yang turut terkejut apabila pemilik menyatakan rumah tersebut sudah tidak didiami selama 22 tahun.

Pelik dengan situasi berkenaan, dia terus bertanyakan tujuan pemasangan CCTV.

Baginya, tindakan tersebut hanya akan merugikan kerana rumah tersebut dibiarkan kosong tanpa penghuni.

Namun tanpa diduga, ujarnya, pemilik tetap berkeras untuk meneruskan pemasangan peranti disebabkan rumah tersebut telah dipecah masuk sebanyak tiga kali.

"Anehnya, owner maklumkan hanya tong gas sahaja yang hilang. Aku pun hairan juga kerana dalam rumah tu terdapat televisyen, sofa, almari jam... bodoh juga pencuri.

"Keesokan harinya, aku pun datang nak buat kerja-kerja pemasangan. Masa ni aku tengok isteri pemilik turut hadir bersama.

"Aku minta izin untuk naik ke atas deck dan dia hanya pesan supaya berhati-hati. Tiba-tiba perasaan aku diselubungi rasa seram sejuk sekali lagi," luahnya.

Enggan membiarkan perasaan takut menguasai diri, dia meneruskan kerja sehinggalah selesai.

2671235.jpg

Kelibat entiti turut dirakam menerusi CCTV. -Gambar hiasan (Facebook)

"Setelah siap, aku duduk bersembang dengan pemilik dan isterinya. Tiba-tiba pemilik bertanyakan sama ada CCTV yang dipasang itu boleh mengesan benda bergerak atau tidak.

"Aku terus menjawab 'ya' sambil menyatakan kucing yang lalu juga boleh dirakam.

"Dalam ketawa pemilik bertanyakan sama ada makhluk halus boleh dilihat atau tidak... aku terus katakan tidak pasti," tambahnya.

Belum habis rasa aneh dengan soalan yang diberikan, Rushdi sekali lagi dikejutkan dengan pendedahan isteri pemilik berkenaan.

"Isteri owner cakap yang anak dia pernah dirasuk dalam rumah tersebut sebanyak dua kali sehinggakan mereka enggan tinggal di situ.

"Sembang punya sembang, aku pun kemas barang untuk terus balik. Sampai saja di rumah, aku terus mandi di luar rumah kerana tak mahu berjumpa anak dalam keadaan 'kotor'.

"Keesokan harinya aku demam dan badan aku macam ada calar-calar kat belakang tepi, aku sembahyang dan berdoa supaya diberikan kesembuhan," ujarnya yang kembali pulih dan memulakan kerja seperti biasa selepas beberapa hari.

sumber - https://www.mstar.com.my/xpose/mist...lar-balar-pemilik-dedah-kenapa-tiada-penghuni
 

Cikgu Kuala Krai demam seminggu lepas berdialog dengan jin... Makhluk ghaib nak tumpang berteduh, kawasan terjejas banjir​

Sabtu, 29 Jun 2024 6:00 AM
Oleh: MSTAR


553.jpg

Banjir pada tahun 2014 menjejaskan sebahagian penduduk di Kelantan. -Gambar hiasan


KEWUJUDAN jin, bunian serta alam ghaib merupakan perkara yang melangkaui deria serta pemikiran manusia biasa.

Namun, ada individu tertentu mendakwa mereka mempunyai kebolehan untuk masuk ke alam ghaib dan berkomunikasi dengan makhluk-makhluk berkenaan.

Di TiKTok, seorang wanita turut meraih perhatian ramai apabila dia berkongsi kisahnya yang berdialog dengan makhluk didakwa sebagai jin.


2773184.jpeg


Mangsa banjir biasanya akan dipindahkan ke sekolah buat sementara waktu. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu yang berkhidmat sebagai guru di Kuala Krai, Kelantan, dia berdepan pengalaman tersebut ketika bencana banjir pada pada tahun 2014.

"Banjir paling teruk berlaku pada tahun 2014. Saya sempat berdialog dengan bangsa jin jenis bersayap yang ikut menumpang di sekolah tempat saya mengajar.

"Ini kerana tempat kediaman mereka turut terjejas. Ringkas ceritanya, dia nak tumpang dekat sekolah sebab kawasan dia terjejas.

Bayangkan macam rupa burung hering tapi mata merah menyala... badan manusia, berkepak dan berparuh seperti burung.​


GURU WANITA​

"Apabila kawasan dia dah okey, mereka akan balik te tempat asal yang terletak di lembah sebelah bukit, di belakang sekolah," dakwa wanita itu.

Tambah wanita itu lagi, pengalaman berjumpa dengan jin dianggap sesuatu yang sangat menakutkan sehingga dia mengalami demam selama seminggu.

"Dia beritahu nak tumpang. Masa tu saya berada dekat kawasan pagar belakang sekolah, kawasan bukit dan hutan. Takut sangat-sangat, tapi saya cuba beranikan diri. Allah sahaja yang tahu. Lepas tu demam seminggu.

"Bencana yang berlaku di alam kita, mereka turut terjejas dan kena tempiasnya. Bukan saja banjir, apa-apa bencana alam mereka turut terjejas.

"Mereka ikut pindah sebab tempat mereka tak boleh tinggal, berlumpur dan berdebu. Di sekolah bersih dan bebas debu lumpur," jelasnya lagi.

Dalam perkongsiannya, wanita itu turut memberi gambaran tentang rupa jin yang ditemuinya.

"Bayangkan macam rupa burung hering tapi mata merah menyala. Muka menyeramkan. Badan manusia, berkepak dan berparuh macam burung.

"Banyak lagi cerita tapi saya malas nak cerita, sebab manusia yang tak pernah alami akan kata kita mengarut," kongsi wanita itu.

2773185.jpg


Selain manusia, haiwan turut terjejas apabila habitat mereka ditenggelami air ketika banjir. -Gambar hiasan

Menjengah ruangan komen, beberapa pelayar TikTok turut berkongsi pengalaman mereka berdepan kejadian hampir sama.

"Tempat saya, kalau nak bagi tahu amaran banjir, bunyi meriam di alam sana. Tiga hari berturut-turut ya bunyi meriam tu malam-malam.

"Saya pernah nampak jin besar, badan berbulu macam bigfoot, bertaring, mata merah menyala, panjat dinding.

"Saya biasa tengok jin bersayap masa kecil dulu," dakwa beberapa netizen.

 

Singgah R&R pagi buta, rupanya hutan! Beli otak-otak dapat baki duit daun kering, mujur tak sempat makan​

Ahad, 30 Jun 2024 9:30 AM
Oleh: MSTAR

553.jpg

Kawasan R&R tertentu dikatakan menyimpan pelbagai kisah mistik. -Gambar hiasan



MENEMPUH perjalanan jauh pada lewat malam sering kali dielakkan oleh kebanyakan pengguna jalan raya, khususnya mereka yang menunggang motosikal.

Selain khuatir dengan keselamatan diri kerana faktor persekitaran yang gelap atau risiko kenderaan 'meragam' di tengah jalan, satu lagi sebab mengapa ramai mengelak perjalanan pada waktu malam adalah kerana takut terkena 'gangguan'.

Ramai berkongsi kisah pengguna jalan raya yang 'diganggu' di media sosial, namun pengalaman yang dikongsikan oleh seorang wanita ini cukup membuatkan bulu roma meremang!

Menurut wanita yang menggunakan akaun TikTok @zierafaziera, kejadian berkenaan berlaku sekitar 2022, ketika dia dan suaminya menunggang motosikal dari Johor menuju ke Perak.

Disebabkan mahu menghilangkan rasa lenguh buat seketika, mereka singgah di sebuah hentian Rehat & Rawat (R&R) sekitar pukul 1 pagi.

"Orang jual-jual pun ada. Jenis kami memang tak beli. Tapi tiba-tiba suami tengok orang jual otak-otak. Suami tahu saya suka otak-otak, suami pun beli. Jumlah berapa belas ringgit masa tu. Dapat duit baki. Saya tak makan lagi masa tu sebab takut mengantuk

"Suami pun kata nak pergi tandas kejap sebab sakit perut. Saya tunggu suami di pondok sampai tertidur.

2775986.jpg


Kawasan tandas menjadi tempoat popular mangsa terkena 'gangguan'. -Gambar hiasan

"Tiba-tiba saya terdengar budak kecil panggil nama saya. Saya terbangun dan terkejut... macam mana budak ni tahu nama saya sedangkan saya tak kenal. 'Kak Ira, boleh tak tolong saya?'

"Saya tengok dia dari atas ke bawah... seluar dia berdarah, baju koyak, rambut tak terurus. 'Tolong apa? Mak ayah mana?' Lepas tu dia minta saya ikut dia. Saya pun tak fikir panjang, ikut saja," ceritanya.

Menurut wanita berkenaan, kanak-kanak itu membawanya ke arah surau perempuan yang terletak di belakang hentian R&R tersebut.

Dia yang terpinga-pinga dan masih bingung kemudian mahu bertanya kembali namun terkejut apabila mendapati kanak-kanak tersebut sudah ghaib.

"Saya panggil 'adik... adik'. Saya jalan ke depan surau. Terkejutnya saya, semua orang di situ pandang dengan mata besar, baju kotor. Saya tutup muka. Tiba-tiba bahu saya ditepuk dan saya jerit.

"Suami terus peluk. Alangkah terkejutnya saya... tempat kami berhenti tu adalah hutan. Suami kata jangan cakap apa-apa dan kami berjalan ke motor.

"Suami baca ayat Kursi dan motor boleh hidup. Masa kami keluar dari kawasan 'R&R' itu, dengar suara ketawa dan mengilai sambal cakap 'Kak Ira, tolong saya kak'. Suami bawa selaju boleh," kongsinya.

Tambah wanita itu, selepas menunggang motosikal agak jauh, mereka kemudian berhenti di sebuah stesen minyak.

"Suami buka beg nak ambil duit untuk isi minyak. Tengok-tengok duit baki beli otak-otak tadi bertukar daun kering dan batu.

"Masa inilah suami cerita. Katanya masa dia nak masuk tandas, dia patah balik sebab teringat ada Yasin so nak beri pada saya suruh pegang. Masa dia buka pintu, semua hutan!

"Suami nak gerak cari saya tapi kakinya berat, ada benda paut. Dia baca apa je yang terlintas. Waktu itu dia nampak saya peluk pocong. Dia kuatkan hati untuk tarik dan sedarkan saya supaya kami beredar dari situ," kongsinya lagi.

2775985.png


Transaksi jual beli menggunakan wang tunai yang akhirnya bertukar menjadi daun kering ternyata meninggalkan tanda tanya. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, wanita tersebut berkata dia tidak dapat mendedahkan nama lokasi 'R&R' yang disinggahi mereka kerana tidak mengingatinya dengan jelas.

Bagaimanapun wanita itu bersyukur kerana dia dan suami tidak sempat menjamah otak-otak yang dibeli di kawasan tersebut.

"Otak-otak tu tak tahulah jadi apa sebab tertinggal dekat pondok," akhirinya.

Kisah seram wanita berkenaan yang dikongsikan mula oleh sebuah akaun TikTok lain meraih sehingga 2.4 juta jumlah tontonan.

 

Mula-mula toleh sambil tersenyum, kemudian mengilai! Wanita cemas suami dirasuk ketika memandu - “Ustaz kata hantu raya… orang hantar”​

Sabtu, 29 Jun 2024 10:30 AM
Oleh: MSTAR


553.jpg

Saat cemas ketika suami wanita berkenaan sedang dirasuk ketika memandu.

TIDAK dapat dibayangkan ketakutan yang dihadapi wanita ini tatkala suaminya secara tiba-tiba dirasuk makhluk halus ketika mereka dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan alternatif akibat gangguan mistik yang dialami sejak awal Jun lalu.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, wanita menggunakan akaun @aretieqaahh berkongsi situasi cemas bercampur menakutkan memaparkan keadaan suaminya yang separa sedar akibat dirasuk.

"Kami on the way nak pergi berubat sebab suami asyik demam selepas maghrib dah tiga minggu. Dia rasa sesuatu yang tak kena pada badan dia.

"Dalam perjalanan ke sana, dia memandu... tiba-tiba sesuatu terjadi. Just you imagine, dalam kereta cuma ada kamu, anak dan suami saja. Kamu toleh kanan, dia dah tersenyum-senyum memandang kamu.

"Waktu tu belum sampai lagi rumah perawat, dia berhentikan kereta!" kongsinya mengimbas kembali detik yang berlaku pada malam Khamis lalu.

2774995.jpg

Penduduk kampung membantu mengeluarkan dan memimpin suami wanita berkenaan.

Menerusi video berkenaan juga, jelas kedengaran suaranya yang bergetar akibat ketakutan dan tidak henti-henti berzikir ketika suaminya yang berada di tempat duduk pemandu mengeluarkan suara aneh seolah-olah mengilai.

"Aku dan baby dah keluar dari kereta sebab risau dia terkam baby. Menggigil satu badan. Allah je yang tahu perasaan aku masa tu. Alhamdulillah orang kampung ramai datang tolong," kongsinya lagi.

Dalam video berlainan, kelihatan suaminya berjaya dikeluarkan dari kereta sambil berjalan terbongkok-bongkok dengan dipimpin seorang lelaki yang merupakan penduduk kampung.

Menerusi satu lagi video lain, kelihatan suaminya sedang dirawat dan dipulihkan daripada gangguan di rumah perawat.

"Ustaz tu kata hantu raya, orang hantar... bukan saka," katanya lagi.

Bercerita lebih lanjut, wanita tersebut mendedahkan selain suami, anak kecil mereka turut menerima 'tempias' gangguan makhluk halus.

2774994.jpg

Video menunjukkan suami wanita berkenaan sedang dipulihkan.

"Saya bawa baby sebab baby yang teruk sebenarnya. Tiap kali tidur, menangis ligat macam kena cubit.

"Hidup zaman sihir sangat struggle. Kadang kita tak tahu punca, tapi akibatnya kita yang tanggung. Dari zaman sebelum kahwin sampai sekarang, masih ikhtiar," kongsinya lagi.

Sehingga kini beberapa video yang dimuat naik wanita berkenaan meraih jutaan jumlah tontonan, dengan satu daripadanya mencecah 7.8 juta.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menitipkan doa memohon kesembuhan buat suaminya selain mendoakannya tabah berdepan ujian berkenaan.

 

Pengantin baharu nekad pindah dari rumah sewa! Barang kerap dialih, 'main selipar' insiden paling seram​

Khamis, 11 Julai 2024 9:30 AM

553.jpg

Makhluk halus boleh melakukan gangguan dalam pelbagai bentuk. -Gambar hiasan

PASANGAN yang baru berkahwin ada kalanya terpaksa memulakan kehidupan dalam keadaan serba kekurangan.
Antara keperluan penting dan wajar dipenuhi adalah mencari tempat tinggal bagi meneruskan kehidupan sebagai suami isteri.

Namun melalui satu hantaran di laman TikTok, seorang lelaki dikenali sebagai Fahmi berkongsikan kisah hitam dilalui dia dan isteri ketika menyewa sebuah rumah.

Dalam kejadian pada empat tahun lalu itu, Fahmi menggambarkan segalanya kelihatan biasa ketika mereka cuba menyesuaikan diri dengan suasana di dalam kediaman baharu itu.

2794356.jpeg

Rumah yang baru didiami mungkin mempunyai kisah silam tersendiri. -Gambar hiasan


"Waktu mula-mula masuk semua rasa macam normal. Tapi selepas beberapa hari, kami mula kena kacau. Cuma syukur Alhamdulillah sepanjang pengalaman paranormal kami tu 'dia' tak pernah menjelmakan diri lagi.

"Insiden pertama terjadi ketika kami nak pergi kerja waktu pagi. Untuk makluman kami duduk rumah teres dua tingkat, sebelum keluar ke mana-mana memang jadi tabiat kami untuk tutup tingkap bilik tidur di aras atas.

"Tapi entah macam mana, waktu hari kejadian tu aku nampak tingkap bilik tidur kami tu terbuka semula walaupun aku yakin aku dah tutup sebelum tu. Tapi sebab tak nak takutkan isteri, aku buat cool je.

"Lagi satu, gangguan yang selalu berlaku adalah 'benda' tu suka main alih-alih barang dekat dapur. Waktu kami bangun pagi je mesti nampak perkakas dapur seperti tin susu dibawa keluar dari kabinet," imbas Fahmi.

Tidak cukup setakat itu, Fahmi berkata dia juga ada mendengar bunyi-bunyian aneh di dalam rumah tersebut.

"Aku dan isteri pada awalnya malas nak ambil port sangat, kami senyapkan je. Kalau 'benda' tu sepahkan barang kami kemas semula. Tapi aku mula rasa lain macam bila ada dengar bunyi-bunyi.

"Ada sekali tu waktu tengah malam kami sedang tidur, tiba-tiba dengar bunyi air berkocak dalam tandas macam ada orang tengah guna, siap batuk-batuk lagi.

"Tapi itu semua tak boleh dibandingkan dengan kejadian paling seram kami pernah lalui dekat rumah sewa tu. Sini saya ceritakan," jelas Fahmi penuh debaran.

Sebelum tu memang susah aku nak percaya benda hantu ni, sekali dah kena baru tahu.​

FAHMI​


Menurut Fahmi, dia dan isteri pulang lewat ke rumah sewa pada suatu malam apabila mereka menyedari sesuatu yang ganjil keesokan harinya.

"Isteri aku sebelum masuk rumah dia tanggalkan kasut dan letak di hadapan pintu. Waktu tu ada sepasang kasut isteri aku dan sepasang lagi selipar. Apabila kami keluar esok pagi nak pergi kerja, kasut belah kiri isteri aku hilang.

"Manakala yang selipar tu pula belah kanan hilang. Aku cuba la tolong carikan sekitar rumah, mungkin kucing ambil bawa lari ke. Tapi alangkah terkejutnya apabila aku jumpa kedua-dua kasut dan selipar tu di dalam kereta aku yang berkunci.

"Macam mana boleh ada di situ? Muka isteri terus pucat, memang ada benda yang tak kena dengan rumah ni. Kami cekalkan hati dan pergi juga kerja. Balik rumah malam tu, kami nampak jiran sebelah ada ustaz-ustaz datang.

"Aku pun tanya la abang tu apa cerita. Abang tu cakap rumah dia ada gangguan, tengah buat ikhtiar halau hantu dengan bacaan doa. Maksudnya bukan kami seorang la yang terkena," ujar Fahmi sedikit lega.

2794357.jpeg

Gangguan makhluk halus boleh meninggalkan stres mendalam. -Gambar hiasan


Walau bagaimanapun, Fahmi nekad untuk berpindah keluar kerana risau akan keadaan isterinya yang sedang hamil.

"Tak kisah la kalau aku baru dua bulan duduk situ, tapi aku nak berambus juga. Keselamatan isteri aku lebih penting. Cuma itulah, beberapa hari sebelum berpindah kami sekali lagi diganggu, mungkin sebab 'benda' tu marah,

"Dalam pukul 2 pagi, siling bilik tidur kami bergegar macam nak roboh sampai kami terbangun daripada tidur. Sebab geram punya pasal, aku pergi maki benda tu suruh senyap. Kemudian aku demam hampir dua minggu.

"Itu pengalaman mistik kali pertama yang aku tempuhi dalam hidup ni. Sebelum tu memang susah aku nak percaya benda hantu ni, sekali dah kena baru tahu.

"Syukur Alhamdulillah, paling penting saya, isteri dengan anak dah selamat sekarang," kata Fahmi menutup bicara.

sumber - https://www.mstar.com.my/xpose/mist...ialih-039main-selipar039-insiden-paling-seram
 

Ayam keras, kuah kurang rasa tapi kedai sentiasa penuh... Ustaz tak sedap hati, terkejut jumpa bingkai aneh di dinding!​

Selasa, 30 Julai 2024 10:30 AM

553.jpg

Hindari amalan syirik dalam apa jua urusan harian. -Gambar hiasan

PERSAINGAN sengit menyebabkan sesetengah restoran mengambil jalan pintas untuk kekal relevan.

Malah segelintir pengusaha gerai dikatakan sanggup menggunakan ilmu hitam bagi menonjolkan perniagaan.

Melalui satu hantaran di laman Facebook, seorang pengamal perubatan Islam, Hisyam Jamil, berkongsikan pengalamannya mengunjungi sebuah restoran yang didakwa mengamalkan azimat.

Menurut Hisyam, dia merasakan makanan di gerai tersebut sebagai 'biasa-biasa' sahaja, namun sedikit aneh apabila ia dibanjiri pengunjung tanpa henti.

2829092.jpeg

Impian setiap peniaga untuk melihat gerai meriah dengan pelanggan. -Gambar hiasan


"Setiap hari saya tengok ramai datang makan dekat kedai ni, jadi saya pun tertarik nak pergi cuba. Tapi apabila saya makan, tidaklah sesedap mana makanan gerai tu.

"Ayamnya keras manakala kuahnya kurang rasa. Macam mana pelanggan yang lain boleh nampak berselera betul makan, sampai penuh setiap meja di dalam kedai tu," ujar Hisyam sangsi.

Setelah diselidik dan diamati keadaan sekeliling, Hisyam membuat satu penemuan yang cukup mengejutkan.

"Tiba-tiba mata saya tertancap pada sebuah bingkai yang digantung di dalam kedai tu, sekilas pandang seperti potongan ayat al-Quran, tetapi selepas diamati memang terbukti keraguan saya.

"Ia adalah ayat al-Quran yang sudah diterbalikkan, diputus-putuskan serta ditulis dalam bentuk seperti segi tiga dan petak. Memang sebiji cara ilmu bomoh, saya dapat cam berdasarkan pengalaman saya dalam bidang perubatan Islam.

"Saya sedikit terkilan memandangkan pengusaha kedai merupakan wanita Muslimah yang memperagakan pakaian tudung labuh semuanya. Saya pun berhenti makan dan terus pergi berdepan dengannya.

"Saya berterus terang kepada peniaga berkenaan... ayat yang digantung tu apa benda sebenarnya?," soal Hisyam cuba mendapatkan penjelasan.

Hisyam berkata wajah peniaga itu langsung bertukar pucat apabila diajukan soalan yang sedemikian rupa.

Semoga kita semua dilindungi daripada gerai yang menggunakan pelaris... berharap pada Allah, bukan tangkal.​

HISYAM JAMIL​


"Tergagap-gagap peniaga tu nak jawab, sampai senyum pun tak ikhlas waktu tengok saya. Allahuakbar, kenapa sampai cara sebegini anda nak berniaga?

Saya pun cakap dekat dia... awak fikir sendiri benda ni baik ke tidak.
"Saya terus berlalu pergi dan biarkan peniaga tu tertanya-tanya," ujar Hisyam kecewa.

Menitipkan pesanan, Hisyam meminta peniaga di luar sana supaya memajukan perniagaan dengan cara yang tidak melanggar syarak.

"Perbaiki kualiti daripada segi makanan, perkhidmatan dan pemasaran. Kita tengok sahaja pada jenama gergasi di luar sana yang mempunyai francais, mereka tak memerlukan pertolongan pelaris pun untuk berjaya.

"Biasanya mereka yang mengamalkan benda-benda macam ni adalah pemilik gerai yang kecil. Berhenti cari salah orang lain, suka betul tuduh orang kononnya hantar sihir sampai pelanggan tak nampak kedai, akhirnya guna juga pelaris.

2829094.jpeg

Ilmu pada sesetengah gedung perniagaan yang diragui di sisi Islam.


"Kalau dah makanan tak sedap, macam mana orang nak datang? Semoga kita semua dilindungi daripada gerai yang menggunakan pelaris sebegini, bergantung harap pada Allah, bukan tangkal.

"Ingat, pelaris juga adalah sihir," kata Hisyam memberikan peringatan.

Dalam pada itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga sebulat suara berhujah bahawa amalan pelaris boleh membawa kepada jalan mensyirikkan Allah SWT.

"Merupakan perkara yang menyekutukan Allah untuk meletakkan benda-benda fizikal seperti beras, syiling, garam dan sebagainya sebagai amalan pelaris

"Hindarilah perkara yang boleh membawa kepada kepercayaan khurafat dan syirik dalam usaha kita mencari rezeki yang berkat.

"Sebaliknya, berusahalah dengan cara yang baik serta lazimi ayat-ayat al-Quran di samping bermohon kepada Allah supaya dikurniakan rezeki dan keuntungan yang berganda dalam perniagaan," ujarnya.

 

Hasrat tumpang solat Maghrib terbantut, ‘penghuni’ bilik atas riuh sekampung - “Buka pintu dah dengar orang berzikir”​

Rabu, 31 Julai 2024 6:00 AM
Oleh: MSTAR



553.jpg
Pelawaan ke rumah untuk acara makan-makan akhirnya merungkai sesuatu. -Gambar hiasan

SEGELINTIR individu dikurniakan deria keenam atau sixth sense yang membolehkan mereka melihat atau merasai kewujudan makhluk ghaib.

Malah mereka yang sering berhadapan situasi tersebut kebiasaannya sudah kalis atau mangli iaitu keadaan tidak berasa takut apabila terserempak dengan makhluk pelbagai rupa atau mengerikan.

Namun dikatakan juga kadang-kala makhluk ghaib ini akan menampakkan diri di hadapan manusia yang diingini.

Turut mempunyai pengalaman yang sama, seorang pelayar X yang dikenali sebagai Wafee berkongsi situasi dialami semasa hadir ke majlis kesyukuran di rumah pekerjanya.

2831332.jpg


Bilik tamu sering dijadikan ruang solat oleh sesetengah individu. -Gambar hiasan

"Saja nak kongsi, tadi staf ajak datang rumah, dia buat makan-makan sikit," ujarnya memulakan cerita.

Menurut lelaki ini, disebabkan berada di situ sehingga waktu hampir Maghrib, dia menyuarakan hasrat untuk tumpang bersolat.

Susulan daripada itu, dia diminta untuk naik ke ruangan atas rumah berkenaan.

"Kebetulan dah masuk Maghrib, nak tumpang solat. Dia (staf) suruh naik bilik atas untuk solat.

"Semasa nak naik tu dah rasa tak best. Buka pintu, tak sempat nak nyalakan lampu dah dengar orang berzikir," luahnya.

Lebih menggerunkan apabila dia mendengar bunyi suara yang ramai daripada dalam bilik tersebut.

Perasaan seram sejuk yang menguasai diri membuatkan Wafee mengambil keputusan untuk turun semula ke bahagian bawah.

Pernah ada pengalaman, masa tu rumah belakang (rumah pakcik) tak ada orang, tengah lepak waktu malam tiba-tiba dengar orang mengaji.​


WARGA MAYA​

Dia kemudian meminta izin untuk menunaikan solat di bilik yang terdapat di ruangan tersebut.

"Aku turun semula, minta izin solat bilik bawah je. Sebelum balik, dia (staf) tanya kenapa tak solat di atas yang menyebabkan aku serba salah untuk menjawab.

"Tapi dia sendiri beritahu, sejak beli rumah tu sehingga anak dah tiga orang, tapi dia sendiri tak pernah tidur di bilik master tersebut," tambahnya.

Perkongsian yang dibuat itu mendapat perhatian para pengikutnya.

2831319.jpg


Kebanyakan warga maya berkongsi pengalaman yang sama.

Ramai yang meluahkan rasa cuak selepas membaca posting berkenaan selain turut berkongsi pengalaman yang hampir sama.

"Meremang baca thread ni, maksudnya dengar orang zikir daripada audio atau macam mana?

"Aku pernah dengar keluarga kawan alami macam ni, tapi satu makhluk je, sebabnya dulu situ kawasan hutan dan memang laluan dia. jadi apabila naik rumah, dia macam tersangkut.

"Pernah ada pengalaman juga, masa tu rumah belakang (rumah pakcik) tak ada orang, tengah lepak waktu malam tiba-tiba dengar orang mengaji. Ingatkan suara dari surau sebab rumah depan surau tapi rupanya dari dalam rumah.

"Jin yang baik tu. Boleh jadi yang duduk sebelum ini, seorang yang banyak beribadat atau mengaji.

"Sebab rumah makcik pun, jiran bagitahu kalau dia tak ada memang akan dengar orang mengaji," ujar beberapa warga maya.

sumber - https://www.mstar.com.my/lokal/vira...ampung---buka-pintu-dah-dengar-orang-berzikir
 
oklah tu ada jin islam stay satu rumah...pakai wafak tu x boleh bla.. hantu jenis apa dia pakai
 

Nyanyi lagu Ulek Mayang waktu malam masa ‘camping’, 4 sahabat pulang awal! Si penyanyi ‘dipanggil’ terjun sungai​

Isnin, 19 Ogos 2024 9:30 AM
Oleh: MSTAR

553.jpg

Sungai juga sering disebut sebagai kawasan keras yang berpenunggu. -Gambar hiasan

BAGI meraikan semester terakhir pengajian, Amir (bukan nama sebenar) bersama tiga lagi rakannya memilih untuk berkhemah di sebuah daerah di Terengganu.

Lokasi perkhemahan itu terletak di kawasan sebatang sungai, dengan panorama hutan rimba yang hijau dan begitu mendamaikan jiwa.

Amir bersama Faliq, Khai dan Hadi merancang pelbagai aktiviti sepanjang perkhemahan itu, malah mereka turut membawa gitar dan juga dron untuk diterbangkan di kawasan hutan.

Pada malam pertama di lokasi itu, suasana cukup sepi memandangkan hanya mereka berempat yang memacak khemah di kawasan hutan berkenaan.

Ketika kawan-kawan memasak untuk makan malam, Amir mula memetik gitar dan mendendangkan beberapa buah lagu.

Secara tiba-tiba, Amir menyanyikan lagu Ulek Mayang, menyebabkan rakan-rakan lain terkejut.

2861476.jpg

Aktiviti 'healing' seperti berkemah di kawasan hutan semakin popular dalam kalangan rakyat negara kita. -Gambar hiasan

Hadi menegur Amir kerana menyanyikan lagu yang didakwa mempunyai elemen mistik itu.

Selesai makan malam, mereka berborak santai di kawasan unggun api sambil bercerita tentang perancangan praktikal tidak lama lagi.

Ketika itu, Amir tiba-tiba bangun dan berjalan ke arah tebing sungai sambil tiga rakannya meneruskan perbualan seperti biasa.

Mereka tidak menyesyaki apa-apa yang pelik memandangkan kawasan khemah itu hanya terletak kira-kira 10 meter dari tebing sungai.

Namun secara tiba-tiba, mereka dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat di dalam air.

Faliq, Hadi dan Khai terus berdiri dan melihat Amir sedang terkapai-kapai di dalam sungai.

Tanpa berfikir panjang, mereka terus berlari ke arah tebing sungai sebelum Hadi terjun untuk menyelamatkan Amir.

Amir berjaya dibawa naik ke darat, namun dia kelihatan separa sedar dan lemah tak bermaya.

2861478.jpg

Mandi sungai merupakan salah satu aktiviti yang boleh dibuat ketika perkhemahan.

Selepas hampir 30 minit, Amir akhirnya mula sedar dan dia terus menangis teresak-esak.

Selepas puas dipujuk oleh rakan-rakan, Amir mendedahkan dia sebenarnya melihat lembaga bermata merah muncul di permukaan air.

Namun katanya, dia bagaikan dirasuk untuk berjalan ke tebing sungai sebelum terjun sendiri untuk pergi ke arah lembaga itu.

Mendengar jawapan Amir, kesemua mereka berpandangan sesama sendiri dan terus membuka ayat suci al-Quran sehingga pagi.

Seawal 7 pagi esoknya, mereka terus berkemas dan bergegas untuk pulang ke kampus di Dungun, sekali gus membatalkan rancangan perkhemahan selama tiga hari.

Sejak kejadian itu, Amir juga trauma dan mula 'insaf' untuk tidak lagi menyanyikan lagu Ulek Mayang terutamanya pada waktu malam.

sumber - https://www.mstar.com.my/xpose/mist...lang-awal-si-penyanyi-dipanggil-terjun-sungai
 
Back
Top
Log in Register