Jackall
Fun Poster
- Messages
- 233
- Joined
- Jan 27, 2011
- Messages
- 233
- Reaction score
- 1
- Points
- 15
Tempat : Hospital
Masa : 2.30 - 3.30 pagi ( Jun 2019)
Ahli : Diri Sendiri
Suspek : X pasti (Malas nk Tinjau² Tengok)
Kisah ni tak lah seram mana cuma akan terasa kehadiran benda tu dok follow aku. mungkin agak berkenan nak di buat kawan dan mungkin juga benda tu tengah boring saja² nak mengusik. Lokasi di hospital (nama dirahsiakan) sewaktu mak aku dimasukkan ke wad sebab sakit.
Nurse ER call aku jam 0200pg mengatakan mak aku stabil dan akan dimasukkan ke wad, minta aku datang untuk uruskan hal kemasukkan. waktu tu aku memang dah mundar mandir kt hall ER menunggu masa untuk tolak mak aku ke wad. Jarak perjalanan dari ER ke wad lebih kurang 15minit perjalanan bertemankan 2 orang nurse 2 orang pesakit dan aku. Suasana sunyi sepi kena pulak wad tu terletak di blok belakang.
Sampai je kat wad,mak aku diberi katil dan aku dengan segeranya minta nurse wad untuk ambil orientasi kepada pesakit sebelum aku beredar. nurse tu boleh pulak cakap kat aku "dah nak balik ke?". dalam fikiran aku dah fikir macam² sebab jam kt dinding wad tunjuk pukul 0230pagi. (jarak hospital dari rumah aku cuma 15minit je) tu sebab aku tak tidur kat hospital lagi pun mak aku dah OK.
Masa aku nak balik tetiba terasa nak terkucil pulak, singgah lah aku ke tandas berhampiran di luar wad. Waktu melepas hajat kecil masih tak terasa apa², tiba² waktu aku nak buka pintu bilik air untuk keluar aku rasa macam ada benda tengah usyar aku dari atas. aku ni tak lah berani nak pandang atas dan tak lah takut sampai nak berlari pecut. buat² selamber jer macam tak ada apa² berlaku tapi bulu roma aku dah tegak mencanak.
Aku berjalan keluar menunggu lif dari tingkat 9 nak ke tingkat 1 fuhh berdegup laju jantung aku mengharapkan lif tu tak berhenti setiap tingkat. kot² ada yang nak turun sekali. alhamdulillah selamat sampai ditingkat 1 aku menuju ke motor aku yang aku park kat bangunan ER. Dalam perjalanan pulang aku rasa macam benda tu masih follow aku tapi aku tak tahu lah benda tu dok kat mana waktu tu sebab aku pandang cermin sisi motor takde pun bende tu kat belakang aku.
Sampai je aku kat flat rumah aku, ada kucing perati je aku dari bawah sampai tingkat 2 umah aku dok pandang tak berkelip. aku dok rasa pelik semacam je. so buat tak tahu je. waktu aku ambil kunci nak buka pintu rumah tetiba rasa berangin je depan aku, terus aku tak jadi nak masuk. aku pandang kucing dan kucing tu pun pandang aku sama² dengan muka blur. aku rasa tak sedap hati aku start la baca ayat² kursi. lama jugak aku dok mengadap kucing tu sambil mulut terkumat kamit membaca. dekat 20minit juga aku dekat luar rumah selepas kucing tu beredar dari situ. akhirnya aku selamat masuk ke rumah dengan jayanya.
sekian cerita aku. yang tak seram tapi aku tak tahu benda apa yang follow ikut aku tu sehingga kini. sebab aku pernah je nampak dan boleh rasa benda² macam tu kalau berhampiran dengan aku.