Up sikit cerita
Tempat = Jalan jerantut
Masa = Lepas asar
Ahli = Satu keluarga dalam kereta Nissan Sunny
Suspek = Geng bunian
Masa ni dalam perjalanan balik dari kampung di temerloh. Ayah saya drive. Saya dan adik-adik duduk di belakang. Duk bergurau mengusik tak payah cakap laa. Kejap-kejap ada laa yang menangis. Bila ada yang menangis je, ma yang duduk di depan pun bersuara. Kitoarang semua terus senyap. Masing-masing takut dengan ma sebab garang. Asal ma buka mulut je, mana yang menangis automatik tutup mulut. Bunyi esak tangis hilang. Senyap terus. Tinggal air mata je mengalir tak berhenti.
5 minit lepas tu riuh semula dalam kereta. Maklum laa, budak-budak. Dalam duk riuh-riuh tu tiba-tiba adik saya menjerit, "ABAH! Keretaaa!!"
Ada satu kereta putih laju menuju ke arah kami dari arah bertentangan. Kedudukan kereta tu betul-betul di laluan jalan kami. Meluncur laju menghampiri kereta kami. Saya dan adik-adik di belakang dah cuak. Capai apa yang boleh di pegang sambil melihat kereta putih tu.
Abah tersenyum sambil berkata, "Takpe, tu bukan kereta orang kita."
Elok-elok abah habis cakap, kereta kami bertembung. Kereta putih tadi lalu melepasi kereta kami disertai dengan angin dan gegaran yang agak kuat. Kami di belakang semua melambung. Ada yang terhantuk dengan bumbung dan ada yang terhantuk dengan cermin belah kanan dan kiri. Kepala saya benjol laa juga bila terhantuk dengan bumbung.
Lepas keadaan mula stabil, cepat-cepat kami toleh ke belakang. Jalan lengang, hanya kereta kami di atas jalan. Kereta putih tadi tu hilang entah ke mana. Berdebar tak usah kata. Nampak kereta nak bertembung depan mata dan tiba-tiba kereta tu boleh berlanggar menerusi kami macam tu je.
Masa nampak kereta tu sebelum berlanggar, memang nampak solid seperti kereta normal. Cuma bila mula berlanggar tu barulah wujudnya seperti kabur-kabur. Kabur tu sama macam kita ambil gambar sesuatu benda yang bergerak dengan laju. Ada tinggalan seperti ekor tu.
Agaknya kes-kes macam ni laa yang boleh buat eksiden di jalan lurus. Nampak dan cuba mengelak. Kalau elak haritu memang terjun tebing laa kami.