Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.

bebaruni saya cuba search google gambar sumiyang setan sewer... tup tup terjumpa link fb ni....
https://www.facebook.com/pg/detektifparanormal/photos/?tab=album&album_id=1739132613022322
tak sangka kisah saya dah sampai sejauh ni... tu yang buat teruja untuk kembali menulis...
insyaallah saya akan habiskan kisah seram security yang ntah dah berapa tahun bertangguh....
lejeng is back
welcome back lejeng
paid

Alkisah.....
Aku nak cerita kisah masa aku kecik belajar kat satu universiti awam dulu. masa tu aku berumur 21 tahun.
aku terpaksa menyewa bilik masa sem 4 kat melaka.
cari punya cari, akhirnya jumpa kat satu apartment ni. tingkat 5. hari-hari berulang alik jalan kaki, klas aku pulak sampai kat tingkat 8. kena naik tangga. pastu balik kena naik tangga lagi. tapi ok la, aku rasa sihat la hari-hari dok hmmmff humfff, berpeluh-peluh turun naik napas..
aku tak share bilik tu. aku nak duk sorang-sorang. seratus lima puluh ringgit sebulan. ok la kan..
Nak dijadikan cerita,
bilik yang aku huni tu pelik sikit. situ atmosfera dia menyeramkan. pastu kat dinding ada kesan meleleh, macam seolah-olah cat kat dinding tu meleleh dan cair. katil aku kat sebelah dinding tu la. tapi aku buat tak tau je.
pastu,
owner rumah tu cina. dia ni pengamal feng shui. dia tengok susun atur perabot dalam rumah tu pastu belek-belek buku fengshui dia. dia masuk bilik budak lain. tapi bilik aku dia tak masuk.
aku fikir bagus jugak dia tak masuk bilik aku. aku pun tak suke dia masuk.
Saat dia tak pandang bilik aku tu, aku dapat rasa ada orang yang dah mati dalam bilik tu.
Suatu malam....... jeng jejeng
Satu malam, masa tidur, tiba-tiba aku terjaga. biasalah, kan. budak-budak kena kacau ngan setan kan. badan tak boleh gerak. kepala je yang boleh gerak.
walaupun masa tu aku masih budak-budak, tapi aku boleh rasa mana setan tu berdiri.
aku pandang ke kiri
ZUPPPPPP
sesuatu terbang kat kaki aku
entah ape yang membuat buat dia terbang kat kaki aku :">
.......
aku tatap muka dia elok-elok.
Mukanya pucat lesu kaler putih takde darah, rambutnya panjang mengurai sampai ke pinggang, pakai baju putih. matanya putih tak ada biji mata. pandang semacam kat aku. kami bertentangan mata.
pastu dia start bersuara.
dia panggil aku, safuaaaan.. safuaaaan.. safuaaaaan..
aku tanya dia, kau nak ape?
dia tak balas pertanyaan aku, tapi panggil aku lagi.
safuaaaan.. safuaaaan.. safuaaaaan..
aku bengang.
pastu aku tanye kasar lagi.
kau nak ape &*%%$ ? kurang ajar kau *&^*&^.
Pastu aku dah tak tahan dengar suara dia dok panggil aku, aku gerakkan tangan dan tepuk-tepuk dada supaya aku boleh bangkit. pap, pappp, pappp
zupp aku bangkit dan dia pun hilang
sekian..
tamatlah satu cerita zaman budak-budak. harap menyeramkanlah. kalau tak seram takpelah :">

Kena kat aku member aku malam tadi
Lokasi kulai
Lembaga???
Keje syif malam. Keje malam biasanya berjaga je la. Takde apa2 sangat pun. Tido pun bergilir gilir. Yang penting ofis takde yg tido semua. Member aku tgh sedap layan game fon, ternampak kelibat partner dia berlegar dalam pejabat cam sedang cari sesuatu. Dia tak tegur la.
Tiba tiba member aku tersentap. Pasal apa. Teringat partner dia sedang tido bawah meja dia, meja sebelah je, dia tgk cek ada lagi bawah meja. Siapa pulak yang merayau rayau dalam ofis ni dengan menyerupai partner dia. Rupa lembaga tu serupa sangat cuma dia x bercakap je.
Apa lagi dia tempik la. "SIAPA KAU???". Mencicit lembaga tu lari ikut celah tingkap cam melompat keluar. Peluh2 sejuk membasahi badan. Partner yg tido tu pun terjaga pasal tempikan. Tanya apsal. Member aku tu pun jawab la, takde apa2, esok aku citer, aku nak tido lak ko jaga. Member aku ni pesan la kat partner dia lau nampak dia berlegar2 kat mana2 sila maki je. Blur la partner dia malam tu x paham. Eso pagi baru member aku buka citer. Pasal lembaga pelanduk 2 serupa. Sedap menyamar staff x sedar org muka sama ada lam tu.