BTC USD 82,973.4 Gold USD 4,144.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Benar Edisi Seram

apa engkorang rasa bila balik lewat malam sorang2 pastu bila sampai rumah mak tanya kenapa tak ajak kawan masuk skali?
 
Kisah masa aku remaja.

Lokasi Tapah

Umur ku masa tu 17 tahun. Aku suka lepak malam2 kat padang permainan kanak2 depan rumah kawan aku. Sambil sembang2 main gitar. Kami berdua je la. Dah jadi rutin setiap malam je mesti lepak kat port sama.

Masa tu jam dah 3 pagi. Kami rancak lagi bersembang. Mak kawan aku panggil kitaorg balik la. Dah malam. Tapi remaja masa tu mana nak dengar cakap org tua. Dah jumpa kawan apa pun lupa. Mak kawan aku tu keluar masuk rumah tak senang duduk, kul 3 pagi tu. Muka dia pandang ke arah port kami. Kul 4 pagi dia menyerah. Dia masuk rumah tido.

Pas tu tgh rancak kami berdua sembang tu kami tercium bau. Bau pelik2. Kejap wangi kejap busuk. Ko bau tak apa aku bau ni tanya aku. Member aku angguk tak menjawap. Start bau tu kuar kami rasa x senang hati. Mata meliar mencari punca bau. Mana la datangnya. Kami sepakat malam tu sampai situ je. Balik masing2.

Rumah aku kena menapak jauh skkit. Selang 2 jalan baru sampai rumah aku. Masa jalan tu. Bauan tu tak hilang cam ikut aku je.

Sampai rumah cuci kaki aku terus pejam mata. Bau tu aku boleh cium lagi dalam bilik aku. Ahh sudah apa lak yg ikut ni. Katil aku ni mengadap tingkap memang nampak la kalau ada org lalu. Malam tu x boleh tido aku. Meriah tul belakang rumah aku. Aku nampak lembaga hitam lalu lalang belakang rumah bukan 1. Cam ada 3 lembaga. Size x sama. Ada berjalan ada terbang. Tak tido sampai ke pagi la jawapnya. Sib baik semangat kuat lau tak habis kena demam terkejut.

Rupanya malam kami melepak kat port tu. Mak kawan aku ni nampak lembaga. Ikut join kami melepak. Dia nak gi tau tapi lembaga tu marah. Aku tanya la apa benda semalam tu. Lembaga apa? Makcik tu jawab. Ada 3. 1 besar tinggi, 1 cam perempuan, 1 cam anjing. Kami berdua lelaki mmg x nampak apa2 yg nampak mak member aku. Terkena aku malam tu. Sejak dari itu xde la melepak sampai malam. Nak sampai senja pun susah.

Sekian
 
Sampai hati mak kwn hang ye...biorkn je huhu

Bau2 wangi ni mengingatkn aku time kene ganggu dl caittt
 
Orang melayu memang minat sangat pasal tahyul mahyul dan khurafat ni.

Nak buat macammana, dari kecik dah diajar macam ni.

Cheq tak mau cakap sesiapa sebab cheq asal dari Kedah. Di kedah tu, berlambak bomo-bomo ni. Cheq pun banyak kali pi cari bomo. Sampaikan la ni cheq dok Johor ni pun, amalan bomo, kepercayaan tahyul dan khurafat murafat ni masih ada.

Maknanya, kepercayaan tahyul, khurafat, bomo membomo ni sudah merentasi bangsa, negeri, dan agama sebab cheq pernah pergi pada satu bomo ni, orang india beragama hindu pun 'berbomo' dengan bomo melayu jugak.:)):)):))

Cheq amat percaya Jin tu ada.

Dulu-dulu cheq amat takut dengan hantu, sampailah terjadi 2 perkara besar dalam hidup cheq yang merubah segala-segalanya berkenaan tahyul mahyul, khurafat, dan bomo membomo ni.

Yang pertama adalah, cheq tengok sendiri bagaimana orang nak mati dan hembuskan nafas terakhir. (Dua bulan cheq tak boleh tidoq).

Yang kedua adalah, bomo yang terakhir cheq pi jumpa adalah antara bomo yang paling digeruni oleh orang ramai. Bomo tu nak masukkan Jin dalam badan Cheq. Tapi tak berjaya.

Bagaimana jin nak rasuk dan menguasai manusia? Dengan menguasai jantung dahulu. (Jantung berdegup kencang walaupun nafas kita slow)

Dengan sumpah Lailahaillallah.....Jin atau Iblis tidak boleh menguasai manusia sekiranya manusia itu 'ingat' pada Allah.

Hat ni ja cheq boleh kongsi.

Kalau tak percaya, cubalah...:D
 
Sampai hati mak kwn hang ye...biorkn je huhu

Bau2 wangi ni mengingatkn aku time kene ganggu dl caittt

Den ingat ada satu bauan dari puak halus ni. Wangi yang amat. Nak gambarkan wangi tu tak reti sungguh. Banyak2 perfume, minyak atar dan bunga2 den tak jumpa lagi wangi yang macam ni.

Bila den cerita kat orang pandai dia kata ni bauan hutan. Bauan hutan macam mana pun wallahualam. Tapi kalau dorang nak jual perfume di memang den beli :D
 
minggu ni sorang penduduk kt apartment aku bising bising sbb dia & isteri terjaga pkl 3 pagi ada org main ketuk ketuk kt tingkat atas. dia terus sound kt group whatsapp penduduk. esok pagi dia pi tgk dari sebelah luar rumah tgk rumah atas tingkap terbuka mcm ada orang. dia naik pi ketuk pintu tp tk der orang jawab.
dia siap tampal notis kt pintu supaya owner tu jangan buat bising lg malam malam.
malam tadi dia dengar budak budak lari lari kt tingkat atas. oh dia pun sound lg kt group whatsapp. mungkin orang atas tu baru balik katanya.
lebih kurang pkl 10 mlm ada nombor baru join group whatsapp. Oh org tingkat atas tu baru join. dia perkenalkan diri. katanya dia gi bercuti 4 hari. dlm rumah dia tk der pun hammer, drill dan sebagainya. marah betul dia dpt surat layang yg ditampal pd pintu rumah.
sebenarnya kita org dh inform yg apartment tu mmg ada kejadian bunyi bising dr tingkat atas tp dia tk percaya. dia nk menangkan otak dia jer. mcm tu la manusia selagi belum jumpa depan mata selagi tu tk percaya.
 
Up sikit cerita

Tempat = Jalan jerantut
Masa = Lepas asar
Ahli = Satu keluarga dalam kereta Nissan Sunny
Suspek = Geng bunian

Masa ni dalam perjalanan balik dari kampung di temerloh. Ayah saya drive. Saya dan adik-adik duduk di belakang. Duk bergurau mengusik tak payah cakap laa. Kejap-kejap ada laa yang menangis. Bila ada yang menangis je, ma yang duduk di depan pun bersuara. Kitoarang semua terus senyap. Masing-masing takut dengan ma sebab garang. Asal ma buka mulut je, mana yang menangis automatik tutup mulut. Bunyi esak tangis hilang. Senyap terus. Tinggal air mata je mengalir tak berhenti.

5 minit lepas tu riuh semula dalam kereta. Maklum laa, budak-budak. Dalam duk riuh-riuh tu tiba-tiba adik saya menjerit, "ABAH! Keretaaa!!"

Ada satu kereta putih laju menuju ke arah kami dari arah bertentangan. Kedudukan kereta tu betul-betul di laluan jalan kami. Meluncur laju menghampiri kereta kami. Saya dan adik-adik di belakang dah cuak. Capai apa yang boleh di pegang sambil melihat kereta putih tu.

Abah tersenyum sambil berkata, "Takpe, tu bukan kereta orang kita."

Elok-elok abah habis cakap, kereta kami bertembung. Kereta putih tadi lalu melepasi kereta kami disertai dengan angin dan gegaran yang agak kuat. Kami di belakang semua melambung. Ada yang terhantuk dengan bumbung dan ada yang terhantuk dengan cermin belah kanan dan kiri. Kepala saya benjol laa juga bila terhantuk dengan bumbung.

Lepas keadaan mula stabil, cepat-cepat kami toleh ke belakang. Jalan lengang, hanya kereta kami di atas jalan. Kereta putih tadi tu hilang entah ke mana. Berdebar tak usah kata. Nampak kereta nak bertembung depan mata dan tiba-tiba kereta tu boleh berlanggar menerusi kami macam tu je.

Masa nampak kereta tu sebelum berlanggar, memang nampak solid seperti kereta normal. Cuma bila mula berlanggar tu barulah wujudnya seperti kabur-kabur. Kabur tu sama macam kita ambil gambar sesuatu benda yang bergerak dengan laju. Ada tinggalan seperti ekor tu.

Agaknya kes-kes macam ni laa yang boleh buat eksiden di jalan lurus. Nampak dan cuba mengelak. Kalau elak haritu memang terjun tebing laa kami.

macam mana abah bro tau tu bukan kereta biasa?
apa tips?
4-5 tahun lepas, kerap ulang alik golok-kl, drive sorang2 malam2..
sebab malam2 tak bahaya nak speed potong cilok..

ada sekali tido kejap dalam kereta kat shell atau caltex gua musang sebelum rnr baru tu,
termimpi jumpa mayat dalam lubang area rumah, angkat lah ke kereta,
masa nak letak atas kereta dalam mimpi tu,
kereta yang real ni pun macam kena hempas tindih benda berat..
terjaga, terus on kereta pecut la.. terus segar bulat mata.. masih gelap lagi jam 3-4pagi..
 
Last edited:

Takleh nak kasi tips macam mana. Sebab melibatkan bab rasa.
Kira macam bila kita tengok je automatik tahu. Haa nak explain pun tak reti.
 
Back
Top
Log in Register