BTC USD 84,559.7 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kibarkan Jalur Gemilang Terbalik!

Kibarkan Jalur Gemilang Terbalik Sebagai Tanda Protes Situasi Ekonomi dan Politik.


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
pasal bendera pun nak bising ke banyak benda lain yang perlu di pikirkan, lagi pun bendera je, bukan negara malaysia terbalik kalau orang ada otak dia tak pikir nak layan benda ni semua,sekian
 
Bendera terbalik.. kalau apa yang aku belajar dalam ilmu Pengakap..Bendera Terbalik dikibarkan utk menandakan sesuatu wabak penyakit melanda negara/negeri tersebut.

wabak umno nak serang permatang pauh :D
 
Bendera tu lambang kedaulatan negara,yg dipertuan agung dan raja2 melayu...tak sanggup aku nak buat cam gitu...yg salah bukan negara,pemimpin yg mengong...terbalik kan diorang la...
 
tul tuh...so, baik korang terbalik kan bendera parti BN korang tuh...ekeke...

p/s: kalau nk terbalik kan parti pas dgn pkr samer jer rupa dia kalau korang terbalikkan...
 
keratan akhbar

Jalur Gemilang lambang kedaulatan negara
SAYA amat tertarik dengan cadangan seorang penulis blog untuk mengibar Jalur Gemilang secara terbalik sempena Hari Kemerdekaan. Cadangan itu menggambarkan penulis tersebut seorang yang berfikiran celaru yang tidak tahu membezakan agenda politik dan nasionalisme.

Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan negara, bangsa dan agama Islam di Malaysia. Tindakan menterbalikkan Jalur Gemilang adalah sama dengan memperlekehkan dan menghina unsur tersebut, seolah-olah kedaulatan negara, bangsa dan agama Islam adalah tidak betul.

Jangan jadikan Jalur Gemilang sebagai sasaran disebabkan perbezaan fahaman politik.

Dalam masa kita cuba untuk mengibarkan Jalur Gemilang di peta dunia, saya amat kecewa kerana ada rakyat Malaysia sendiri cuba menghinanya di bumi tercinta ini. Cuba kita renung sejenak, senaraikan apakah sumbangan kita kepada bumi bertuah ini. Saya yakin sumbangan bumi bertuah yang dilambangkan dengan Jalur Gemilang ini lebih banyak daripada apa yang kita sumbangkan kepadanya. Saya yakin, penulis blog tersebut tidak tahu apa yang diperjuangkan, hanya bertindak dari fakta "mulut ke mulut" yang tidak pasti kebenarannya.

Ingatlah, Jalur Gemilang adalah lambang bangsa di seluruh dunia. Kita tidak dikenali daripada bendera parti. Jadilah rakyat Malaysia yang berkorban untuk mempertahankan dan memelihara Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan negara daripada rakyat yang jahil terkorban kerana menghinanya.

Bersamalah kita bersatu tanpa mengira agama, bangsa serta pegangan dan fahaman politik untuk memelihara kemuliaan dan kesucian lambang kedaulatan negara Malaysia (Jalur Gemilang) daripada dihina dan dikeji oleh rakyat yang derhaka.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

RAKYAT MERDEKA

Kuala Lumpur
 
org sengal je yg buat camtu.....
org yg buat camtu,diorg xsuka ddk kt Malaysia nie....
ape lagi,kasi halau je laa diorg yg kibar Jalur Gemilang
terbalik nie pegi ddk negara yg takder Jalur Gemilang.....
mengong tol laa....
 
Bendera tu lambang kedaulatan negara,yg dipertuan agung dan raja2 melayu...tak sanggup aku nak buat cam gitu...yg salah bukan negara,pemimpin yg mengong...terbalik kan diorang la...

sokong2 ..! mlaysia ttp ngara kita , kdaulatan ttp kena pertahankan. nak salahkan kepimpinan lain lak caranya kan.
 
Jalur Gemilang lambang kedaulatan negara
SAYA amat tertarik dengan cadangan seorang penulis blog untuk mengibar Jalur Gemilang secara terbalik sempena Hari Kemerdekaan. Cadangan itu menggambarkan penulis tersebut seorang yang berfikiran celaru yang tidak tahu membezakan agenda politik dan nasionalisme.

Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan negara, bangsa dan agama Islam di Malaysia. Tindakan menterbalikkan Jalur Gemilang adalah sama dengan memperlekehkan dan menghina unsur tersebut, seolah-olah kedaulatan negara, bangsa dan agama Islam adalah tidak betul.

Jangan jadikan Jalur Gemilang sebagai sasaran disebabkan perbezaan fahaman politik.

Dalam masa kita cuba untuk mengibarkan Jalur Gemilang di peta dunia, saya amat kecewa kerana ada rakyat Malaysia sendiri cuba menghinanya di bumi tercinta ini. Cuba kita renung sejenak, senaraikan apakah sumbangan kita kepada bumi bertuah ini. Saya yakin sumbangan bumi bertuah yang dilambangkan dengan Jalur Gemilang ini lebih banyak daripada apa yang kita sumbangkan kepadanya. Saya yakin, penulis blog tersebut tidak tahu apa yang diperjuangkan, hanya bertindak dari fakta "mulut ke mulut" yang tidak pasti kebenarannya.

Ingatlah, Jalur Gemilang adalah lambang bangsa di seluruh dunia. Kita tidak dikenali daripada bendera parti. Jadilah rakyat Malaysia yang berkorban untuk mempertahankan dan memelihara Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan negara daripada rakyat yang jahil terkorban kerana menghinanya.

Bersamalah kita bersatu tanpa mengira agama, bangsa serta pegangan dan fahaman politik untuk memelihara kemuliaan dan kesucian lambang kedaulatan negara Malaysia (Jalur Gemilang) daripada dihina dan dikeji oleh rakyat yang derhaka.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

RAKYAT MERDEKA

Kuala Lumpur

betul, saya bersetuju,
jasa kita pada tanah air malaysia ni taklh seberapa,
bila marah dan tak puas hati nak terbalikkan bendera pulak.....
byk cara lain blh menunjukkan rasa takpuas hati tu.....
hehehe....:p
 
sokong2 ..! mlaysia ttp ngara kita , kdaulatan ttp kena pertahankan. nak salahkan kepimpinan lain lak caranya kan.



rasanya x payah panjang lai le topic ni....dah ble tutup lagi elok..

jgn layan blog goblog ampah yg type guna kepala lutut tuh


p/s: byk x paedah nya tebalikkan negara snirik....jgn di viewkan pulak dgn hadis2...bahaya jika bukan ahli berdiskusi....ketawa jek sepet2 sngpore tu tngokan....sepet ni kata jek x racist...dlm forum diorg tu ....mau aku pijak2 je perut sekor2


meh le ke mesjid dtg awal....bykkan semayang sunat...kat mesjid x payah le pakai apa pun bendera.....takbir...


:)cgrock ...:)cgrock ...
 
Back
Top
Log in Register