BTC USD 83,975.5 Gold USD 4,151.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kibar bendera putih jika perlu bantuan

TOLOOOOOONNGG KAMI PERLUKAN DEROYANNNNNNN!

EKEKKEKEKE

IMG-20210630-WA0000.jpg
 
Tindakan itu dibuat selepas dia buntu kerana tiada siapa yang sudi menghulurkan bantuan walaupun telah memintanya di merata tempat.

Bendera putih ubah hidup Ah Soon

30 Jun 2021


1625039084738.png

Steven Sim mendengar masalah yang dihadapi oleh Ah Soon.Gambar kanan: Ah Soon menurunkan bendera putih yang dipasang di rumahnya pagi Rabu. - Foto FB Steven Sim Chee Keong


BUKIT MERTAJAM - Terdesak disebabkan kesempitan hidup dan beban hutang menyebabkan seorang penjaja terpaksa mengibarkan bendera putih di laman rumahnya di Bukit Mertajam bagi meminta bantuan.

Tindakan itu dibuat selepas dia buntu kerana tiada siapa yang sudi menghulurkan bantuan walaupun telah memintanya di merata tempat.
Kisah pilu Ah Soon dikongsikan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong yang mendapat tahu mengenai nasib Ah Soon sebelum bertemu dengannya pada pagi Rabu.

Menurut beliau, PKP berulang kali bukan sahaja menyebabkan Ah Soon tidak dapat berniaga malah terpaksa menanggung hutang sewa gerai, motosikal dan sewa rumah.

Malah beliau berkata, bil api dan air rumah Ah Soon juga sudah empat hingga lima bulan tidak dibayar.

"Disebabkan terdesak, Ah Soon juga menjual mesin basuh dan kipas angin di rumahnya demi sesuap nasi.

"Kesempitan hidup menyebabkan dia terpaksa meletak bendera putih petang semalam (Selasa).
Dia sudah menyerah kalah dan Ah Soon beritahu pada jirannya jika dia pergi, mereka boleh ambil motosikalnya," katanya dalam hantaran di laman Facebook pada Rabu.


1625039114875.png

Steven Sim membawa Ah Soon membeli barangan keperluannya. - Foto FB Steven Sim Chee Keong


Mendengar masalah yang dihadapi Ah Soon, Steven Sim berkata, Ah Soon bukannya tidak mencuba, malah berusaha untuk bangkit semula selepas tersungkur berkali-kali.

Katanya, PKP berulang-ulang menyebabkan Ah Soon buntu malah semua usaha tidak menjadi hinggakan dia terlalu penat.
"Saya beritahu Ah Soon, jangan berputus asa.

Hidup ini ada naik dan turun, tapi harapan tetap ada.

"Setidak-tidaknya, ada orang nampak bendera putihnya dan saya telah datang.

Saya tanya Ah Soon, apa yang dia perlu? Dia jawab saya hanya mau (mahu) cari makan.

"Saya boleh bekerja, tapi macam mana saya hendak berusaha dalam keadaan ini.

Dia kata ada lot gerai baru yang lebih baik dekat rumahnya, tapi dia sudah tidak larat," katanya.

Bagi membantu Ah Soon, Steven Sim berkata, beliau bersedia untuk bayar hutang sewa rumah, motosikal selain menjelaskan bil api dan air rumah Ah Soon.

Tambahnya, beliau juga membantu Ah Soon mendapatkan lot gerai baharu dan membayar sewa gerainya sampai hujung tahun ini.
"Kami bercakap lebih satu jam.

Apabila saya ajak Ah Soon bincang menu apa yang dia hendak jual, saya nampak Ah Soon kembali bersemangat.
"Dia bersungguh-sungguh hendak berusaha sendiri.

Dia tulis menunya kepada saya dan kami terus membeli bahan-bahan malah hari ini juga Ah Soon mahu buka gerai baru," tulisnya lagi.
Mengulas lanjut, Steven Sim berkata, kempen bendera putih bukan perkara main-main dan ia membuktikan rakyat sedang susah.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru warga Bukit Mertajam agar segera menghubunginya sekiranya berdepan masalah dan beliau akan segera turun memberikan bantuan.

Katanya, dalam beberapa jam sahaja, Ah Soon sudah bangkit semula dan menurunkan bendera putih di depan rumahnya.

"Kawan-kawan yang saya kasihi, jangan berputus asa dalam apa keadaan sekalipun.

Harapan sentiasa ada walaupun sekecil zarah dan sekecil-kecil zarah itu akan memberi sinar kepada hidup kita.

"Masih ramai lagi yang sudi bantu kita. Jika anda ada masalah jangan putus asa, hubungi saya di talian 012-5907507," katanya.
 
Usaha penduduk di kawasan itu yang merupakan golongan B40 dilakukan sejak seminggu lalu bagi membantu penghuni yang memerlukan bantuan.

Penduduk B40 wujudkan Gerobok Prihatin

30 Jun 2021


1625039484366.png

Baharuddin (tengah) membantu mengagihkan barang keperluan asas daripada Gerobok Prihatin kepada penduduk yang memerlukan di Rumah Pangsa Taman Air Biru, Pasir Gudang pada Rabu.


PASIR GUDANG - Penghuni Rumah Pangsa Taman Air Biru di sini mengambil inisiatif mewujudkan Gerobok Prihatin sebagai pusat pengumpulan makanan untuk penduduk di kawasan itu yang terputus bekalan makanan.

Usaha penduduk di kawasan itu yang merupakan golongan B40 dilakukan sejak seminggu lalu bagi membantu penghuni yang memerlukan bantuan.
Seorang ibu tunggal beranak lima, Nurul Tompang yang tidak kerja sejak dua bulan lalu mengakui Gerobok Prihatin memberi manfaat kepada individu sepertinya.

"Bagi sayalah memang sangat terkesan sebab dua bulan saya dicutikan kerja sebab pelanggan di tempat saya bekerja sangat kurang, saya pembantu tukang masak di sebuah restoran.

"Usaha ini sangat bagus kerana dapat membantu penduduk sekitar yang memerlukan, terima kasih bagi pihak yang menyumbang dan juga ketua kawasan persekitaran kami yang ambil berat masalah penduduk," katanya ketika ditemui di rumah pangsa itu pada Rabu.

Seorang suri rumah, Norlela Mohammad mengetahui mengenai bantuan Gerobok Prihatin melalui jirannya dan sudah dua kali mengambil barang keperluan di situ selepas terputus bekalan barang dapur.

"Alhamdulillah boleh kurangkan beban sikit sebab sudah berapa bulan tidak bekerja," katanya.

Sementara itu, Ketua Whip Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Baharuddin Mohamed Taib berkata, pihaknya amat tersentuh hati dengan kewujudan Gerobok Prihatin diusahakan daripada kalangan mereka yang bergelar B40.

"Penduduk di sini bukan senang sangat pun kebanyakan B40 tetapi prihatin. Jadi rezeki yang mereka ada walaupun sedikit mereka sumbangkan, tidak perlu kaya untuk menyumbang, B40 pun boleh menyumbang kalau mereka masih ada kerja dan mampu," katanya.

Tambahnya, Gerobok Prihatin tidak menghadkan pengambilan bahan-bahan yang disumbangkan tetapi mesti benar-benar memerlukan dengan memilih lima barang keperluan asas.

Katanya, sejak Gerobok Prihatin diwujudkan lebih 20 penduduk sudah mengambil barang di situ dan selepas ini dijangka meningkat.

 
kekadang ade yg memerlukn bantuan.. cuma dorg maybe malu...

betul tu, nak minta bantuan jiran segan, ada yg lebih selesa minta bantuan dgn kawan atau keluarga terdekat, untuk golongan macam ni jgn diharap mereka nak gantung bendera putih, lg la segan.. bukan setakat segan dgn jiran tapi segan satu kampung.. persatuan/kejiranan perlu mainkan peranan, bertanya kabar sesama jiran terdekat.. jadikan setiap surau jadi lokasi bakul makanan.. kalau segan nak ambil waktu siang boleh ambil waktu malam..
 
Kebanyakan penduduk di kampung itu adalah warga emas dan bekerja sebagai nelayan.
http://www.utusan.com.my/.../11-keluarga-kibar-bendera.../

11 keluarga kibar bendera putih di Kampung Sungai Emas Hujung​

Bendera-putih-1.jpg
ANGGOTA PBS Sungai Petani menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terputus bekalan makanan di Kampung Sungai Emas Hujung, Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah, hari ini. - UTUSAN/NUR SYAZWANA MANSOR

  • 30 Jun 2021, 6:31 pm


SUNGAI PETANI: Sebanyak 11 keluarga di Kampung Sungai Emas Hujung, Kota Kuala Muda, di sini bertindak memasang bendera putih di depan rumah mereka selepas mendakwa terputus bekalan makanan sejak seminggu lalu.

Seorang wakil penduduk, Nor Hanani Hasan, 28, berkata, mereka mula memasang bendera putih di depan rumah masing-masing pada pukul 10.30 pagi ini.

Menurutnya, kebanyakan penduduk di sini adalah warga emas dan bekerja sebagai nelayan.

Katanya, mereka mendakwa hilang sumber pendapatan sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Selepas saya maklumkan tentang kempen bendera putih terbabit, mereka memasang bendera putih di hadapan rumah masing-masing dengan harapan ada bantuan sampai.

“Bagaimanapun, saya hanya meminta mereka yang benar-benar terputus bekalan makanan sahaja berbuat demikian,” katanya ketika ditemui di kampung berkenaan hari ini.

Menurut Hanani, penduduk terbabit hilang punca pendapatan selepas pengusaha restoran di Sungai Petani dan Pulau Pinang tidak datang membeli hasil tangkapan kerana tidak beroperasi dalam tempoh PKP ini.

“Oleh itu, mereka tiada sumber pendapatan untuk menyara keluarga dan terpaksa hidup dalam serba kekurangan,” ujarnya.

Hanani menambah, penduduk yang memasang bendera putih itu kemudian mendapat perhatian daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Petani yang menghulurkan sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur.

Sementara itu, wakil PBS Sungai Petani, Muhammad Ridzuan Osman berkata, sumbangan itu diharap dapat meringankan beban keluarga tersebut.

“PBS Sungai Petani dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kini sedang giat mengesan orang awam yang mengalami kesempitan hidup dalam tempoh PKP ini untuk dibantu,” katanya. – UTUSAN ONLINE


 
Masrol Nizam yang terpaksa berhenti kerja sebagai buruh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain perlu menjaga isterinya, Jismah Abu Bakar, 68, yang diserang strok sejak 11 bulan lalu, ada menerima bantuan sebelum ini, namun, bekalan itu habis sejak beberapa hari lalu.
http://www.utusan.com.my/.../masrol-kibar-bendera-putih.../

Masrol kibar bendera putih demi kelangsungan hidup​

WhatsApp-Image-2021-06-30-at-6.27.30-PM.jpeg
MASROL NIZAM MD. DAUD,37, sambil diperhatikan isterinya, Jismah Abu Bakar,68, dan ADUN Titi Tinggi, Teh Chai Ann selepas menerima bantuan di Kampung Kolam, Padang Besar, Perlis hari ini.- UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

  • 30 Jun 2021, 6:36 pm


PADANG BESAR: Buntu selepas terputus bekalan makanan mendorong Masrol Nizam. Md. Daud,37, mengibar bendera putih di rumahnya di Kampung Kolam di sini dengan harapan nasib dia dan isterinya yang lumpuh itu mendapat perhatian mana-mana pihak.

Masrol Nizam yang terpaksa berhenti kerja sebagai buruh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain perlu menjaga isterinya, Jismah Abu Bakar, 68, yang diserang strok sejak 11 bulan lalu, ada menerima bantuan sebelum ini, namun, bekalan itu habis sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi, Teh Chai Ann yang mendapat maklumat mengenai situasi tersebut segera bergegas ke kediaman pasangan tersebut bagi menghulurkan bantuan dan keperluan makanan.

Masrol memberitahu, dia yang buntu selepas kehabisan stok makanan terlintas untuk mengibarkan bendera putih selepas mengetahui mengenai perkara tersebut di media sosial beberapa hari lalu.

“Alhamdulilah, selepas mengibar bendera tersebut, wakil rakyat di sini terus datang serta-merta menghulurkan bantuan. Sebelum ini, kami sering menerima bantuan, namun, bekalan makanan tersebut sudah habis.

“Saya tidak tahu hendak buat apa, kerja pun tidak ada manakala isteri pula terlantar. Selepas melihat kempen (kibar bendera putih), saya mencuba melakukannya dan alhamdulilah terus ada pihak memberikan bantuan,” katanya di sini hari ini.

Tambah Masrol, anak tirinya ada memberikan bantuan sebanyak RM150 sebulan bagi menjaga ibu mereka yang sedang sakit itu.
Sementara itu, Chai Ann yang mengunjungi pasangan tersebut memberitahu, dia menerima maklumat mengenai perkara tersebut daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kawasan berkenaan dan segera ke kediaman itu memberikan bantuan.

Selain itu, katanya, beliau juga akan melihat keperluan lain bagi membantu pasangan berkenaan khususnya daripada aspek bantuan bulanan atau sebagainya.

“Saya juga meminta JPKK untuk memantau sepanjang masa perkembangan agar mereka yang kekurangan itu, dapat dibantu.
“Kita sentiasa tampil memberikan bantuan sama ada pasang bendera putih atau tidak. Menjadi rutin saya untuk masuk ke kawasan-kawasan kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini bagi menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 
Kempen kibar bendera putih yang digerakkan di media sosial bukan satu kesalahan kerana dianggap sebagai satu cara menambah keprihatinan dan saling membantu sesama rakyat. - Timbalan Mufti Perak

Kibar bendera kerana darurat diharuskan dalam Islam

30 Jun 2021


1625053766611.png

Zamri


IPOH - Mengibarkan bendera atau tanda-tanda tertentu yang memberi isyarat bahawa diri dalam keadaan terdesak dan memerlukan bantuan sehingga mengancam jiwa adalah diharuskan dalam Islam.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, perkara itu seperti kempen kibar bendera putih yang digerakkan di media sosial, bukan satu kesalahan kerana dianggap sebagai satu cara menambah keprihatinan dan saling membantu sesama rakyat.

"Dalam Islam sendiri telah menetapkan bahawa semua pihak yang terjejas dan sampai kepada peringkat tiada bekalan makanan harian sehingga mengancam nyawa, adalah wajib untuk dibantu.

"Jadi, tindakan mengibarkan bendera atau apa-apa tanda ini secara tidak langsung membantu pihak pemerintah dan komuniti setempat memastikan bantuan kepada mereka yang terdesak dan benar-benar memerlukan dengan kadar segera.
"Hanya jika warna bendera itu menjadi pertikaian, bolehlah tukar dengan tanda-tanda lain atau warna-warna lain," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

Beliau berkata, dalam keadaan pandemik Covid-19 masih berlarutan, fokus setiap pihak sewajarnya adalah untuk membantu mereka yang terkesan dan memerlukan.

Justeru katanya, semua pihak terutama parti politik sepatutnya tidak menggunakan isu-isu kesengsaraan rakyat sebagai modal meraih sokongan dan populariti.

"Tanggungjawab pemerintah dan setiap agensinya adalah memastikan bantuan sampai dengan segera tanpa melalui proses birokrasi yang panjang dengan menyediakan kemudahan untuk mudah dihubungi.
"Namun keadaan ini tidak menggugurkan tanggungjawab ahli masyarakat terhadap jiran-jiran dan komuniti kejiranannya untuk membantu mereka yang terdesak," katanya.

 
Back
Top
Log in Register