BTC USD 83,564.2 Gold USD 4,177.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kibar bendera putih jika perlu bantuan

Sejarah lama tp tak tau sebab apa

FB_IMG_16250398229300317.jpg
Allahuakhbar sejarah malaya
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, apa yang lebih mustahak ialah semua pihak perlu mencari kaedah terbaik bagi memastikan setiap bentuk bantuan sampai kepada golongan sasar.
http://www.utusan.com.my/.../usah-jadikan-bendera-putih.../

Usah jadikan bendera putih isu ganggu usaha kerajaan​

WhatsApp-Image-2021-06-30-at-7.04.35-PM.jpeg
ZULKIFLI Mohamad Al-Bakri (tengah) menyerahkan bantuan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kepada Hishamuddin Abdul Karim di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh di Kuala Nerus. -UTUSAN/ PUQTRA HAIRRY ROSLI

  • 30 Jun 2021, 7:21 pm


KUALA NERUS: Kerajaan tidak mahu kempen bendera putih dijadikan isu hingga boleh mengganggu usaha mendekati golongan yang memerlukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, apa yang lebih mustahak ialah semua pihak perlu mencari kaedah terbaik bagi memastikan setiap bentuk bantuan sampai kepada golongan sasar.

Katanya, semua langkah perlu dilakukan untuk melindungi seramai mungkin yang terjebak dengan masalah kemurungan, stres mahu pun emosi tidak stabil.

“Saya tidak kata salah atau betul (kibar bendera) tetapi yang mustahak, kita cuba mencari jalan terbaik sama ada melalui berdoa, ikhtiar atau kaunseling.

“Usaha ini juga melibatkan agamawan serta kaunselor dengan cara masing-masing dan kita akan membantu masyarakat yang tidak stabil emosi di samping jiwa,” katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh di sini hari ini.
Terdahulu, Zulkifli menyerahkan 200 pek bantuan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim.

Kempen mengibarkan bendera putih jika terputus bekalan makanan mendapat sambutan hangat di media sosial sejak kelmarin.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyediakan 160 kaunselor bagi membantu orang ramai mengatasi isu kemurungan dan stres melampau ketika ini. -UTUSAN ONLINE


 
Aku respek sapa yg buat food bank nie guna duit sendiri. Bukan sikit dorg keluar duit. Mahu hari2 dekat seribu. Semoga rezeki dorg bertambah
 
Kalaulah boleh bayar api air dengan beras
Kalaulah bole bayar hutang bank dengsn mee segera
Kalaulah bole beli petrol dengan sardin
Kalaulah boleh bunuh covid ngan cili kering
Kalaulah duduk rumah gaji massyuuk
Kalaulah...kalaulah...kalaulah semua tu ada
Alangkah bahagianyaaaaaa
 

3 hari hanya kunyah biskut, ibu tunggal kibar bendera putih​


June 30, 2021 8:45 PM

Rohayah-Che-Samah-Bernama-300621.jpg


Rohayah Che Samah, berkata mereka hanya mengisi perut dengan biskut serta sumbangan makanan seperti kek yang diberikan jiran sejak ‘terputus’ bekalan beras. (Gambar Bernama)

KOTA BHARU: Buntu serta tertekan memaksa seorang ibu tunggal memacakkan bendera putih di hadapan rumah sebagai tanda meminta pertolongan daripada orang sekelilingnya.

Rohayah Che Samah, 50, berkata dia bertindak sedemikian kerana semakin kekurangan wang simpanan untuk meneruskan kehidupan seharian malah turut kehabisan beras sejak tiga hari lepas.

Rohayah yang tinggal bersama anak perempuan bongsunya, Amalina Kamaraddin, 14, berkata mereka hanya mengisi perut dengan biskut serta sumbangan makanan seperti kek yang diberikan jiran sejak ‘terputus’ bekalan beras.

“Saya pasang bendera putih selepas adik perempuan suruh berbuat demikian sebab saya selalu ceritakan masalah dialami kepadanya. Jadi, dia sarankan kepada saya gantung bendera putih supaya ada orang akan datang untuk tolong.



“Ikutkan saya pun tidak tahu mengenai (kempen) bendera putih ini. Alhamdulillah, selepas saya gantung ada pihak yang datang menghulurkan bantuan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, hari ini.

Rohayah bersama Amalina menetap di sebuah rumah sewa berkeluasan kira-kira 300 kaki persegi di Kampung Pulau Kundor, Pengkalan Chepa, dekat sini.

Ibu kepada enam orang anak itu berkata ketika ini, dia juga mengalami masalah kewangan kerana hanya bergantung kepada upah mewarna batik dengan bayaran RM2 untuk sehelai kain.

“Paling banyak dalam sehari pun saya terima upah untuk tujuh helai kain batik, tambahan dengan Fasa Satu dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini tidak banyak kain batik yang perlu diwarnakan.

“Anak-anak yang lain semua berada di Kuala Lumpur dan mereka juga tidak dapat membantu saya sebab masing-masing bekerja biasa sahaja dan turut terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Menurut Rohayah, lebih merumitkan keadaan apabila dia tidak layak menerima bantuan daripada pihak berkuasa kerana tidak mempunyai surat penceraian rasmi.

Terdahulu, Pusat Khidmat Parlimen Pengkalan Chepa ke rumahnya bagi memberikan sumbangan wang serta bekalan makanan kepada Rohayah selepas kibaran bendera putih di hadapan rumahnya tular menerusi WhatsApp dan Facebook, sejak pagi tadi.

Sumbangan itu disampaikan kepada Rohayah melalui Pegawai Khas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Muhammad Abdul Munib Zakaria. Turut hadir Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang Muhammad Sulaiman dan Penghulu Mukim Pulau Kundor Rosli Mat Hussin.


 
Jgn benda ni bermusim plak.. time viral je yeye je bantu . Kang jap lagi senyap... Uncle kentang gak yg kene uruskan

tn GamezStar, insya Allah perkara membantu org yg memerlukan ni takkan bermusim :)
sentiasa akan ada caranya sebarkan bantuan
mungkin jika bendera putih jarang digunakan, mungkin rakyat marhaen akan guna cara lain pulak
 
Back
Top
Log in Register