BTC USD 80,864.6 Gold USD 4,382.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kibar bendera putih jika perlu bantuan

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,750
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,750
Reaction score
2,180
Points
266
WhatsApp-Image-2021-06-28-at-23.16.03.jpeg

Kempen kibar bendera putih diharap dapat membantu orang ramai yang memerlukan bantuan namun berasa malu untuk menyatakannya secara terbuka. /FOTO INSTAGRAM AKMAL MASDUKI

Kibar bendera putih jika perlu bantuan​

PETALING JAYA – Kempen mengajak orang ramai mengibar bendera berwarna putih tular dalam pelbagai platform media sosial, hari ini.
Tinjuan Kosmo! mendapati carian kata kunci bendera putih dalam medium Facebook, Instagram dan Twitter mendapati saranan mengibarkan bendera putih disyorkan kepada mereka yang menghadapi kesusahan dan memerlukan pertolongan terutamanya dalam berdepan cabaran musim pandemik.

“Saya nasihatkan kepada semua yang susah, tiada makanan, naikkan bendera putih di rumah anda. Biar orang di sekeliling memberi sedikit sebanyak yang termampu. “Jangan ambil tindakan merugikan diri-sendiri dan keluarga. Elakkan stres, berkongsilah masalah dengan orang ramai. Tidak perlu merayu.

“Tidak perlu rasa malu. Hanya kibarkan kain putih. Semoga ada yg datang membantu,” tulis seorang pemilik akaun Facebook bernama Jah yang dipercayai antara individu terawal memulakan kempen tersebut kira-kira 11 jam lalu.

Seorang pemilik akaun Twitter bernama Jassa Li berkata, dia ternampak hantaran gambar di laman Facebook yang memaparkan tindakan meletak bendera putih seperti itu telah dilakukan jiran di rumah keluarganya di Johor Bahru semalam.

“Saya bertanya kepada kakak saya adakah perkara itu benar. Katanya betul. Keluarga tersebut terputus bekalan makanan. Ada anak kecil dan isteri sedang tunggu hari untuk bersalin,” kongsinya.
Rata-rata netizen menulis kata-kata sokongan dan menyatakan kesediaan untuk menghulur bantuan kepada individu yang berbuat demikian dan menyifatkannya idea tersebut amat bijak.

“Jiran adalah orang yang paling dekat dengan kita kerana jiran juga adalah keluarga. Kibarkan bendera putih supaya kami tahu. Kibarkan untuk kami bantu. Kibarkan untuk kami berganding bahu,” tulis Akmal Masduki di Instagram.

“Kempen ini begitu indah dan sekali lagi mengingatkan kita betapa kuatnya ikatan antara rakyat Malaysia di atas segala-galanya. Alhamdulillah, walau apa yang terjadi sekalipun, kita masih mempunyai ruang untuk kemanusiaan,” ciap pengguna Twitter bernama Hamizahani.

“Idea yang amat bernas, kita mesti bantu rakyat Malaysia yang susah sampai tidak ada makanan. Jangan sesekali fikir untuk bunuh diri. Rakyat menolong rakyat,” komen seorang netizen bernama Sana Balakrishnan.
“Betul idea yang terbaik. Zaman Covid-19 ini jangan malu. Jangan banyak pendam. Kita tolong sesama kita. Kasihan anak-anak kecil. Siapa yang pernah mengalami kesusahan dan kelaparan saja yang tahu betapa azabnya. teruskan,” sokong Iena Azlin. – K! ONLINE
 
Aiman-Athirah-2020-1-650x433.jpg

Terputus bekalan makanan: Kibarkan bendera putih​

Oleh FAZLI RADZI / June 28, 2021

“Mana-mana rumah yang terputus bekalan makanan dan memerlukan bantuan segera, sila kibarkan bendera putih.”

Itu pesanan Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional hari ini susulan masalah yang dialami golongan rentan dan berpendapatan rendah impak Covid-19 dan lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua AWAN Nasional, Senator Aiman Athirah Al Jundi berkata, beliau menyambut baik kempen awam Kibarkan Bendera Putih yang digerakkan pihak yang prihatin.
“Saya juga ingin memaklumkan bahawa kami dari AMANAH dan khususnya AWAN sangat gembira untuk turut serta dalam menjayakan kempen bantuan awam ini.​
“Saya menyeru kepada rakan-rakan ahli AMANAH, khususnya AWAN agar terus cakna kepada rakyat di persekitaran kita, sekaligus bersegera menghulurkan bantuan yang bersesuaian dan diperlukan oleh mana-mana rumah yang mengibarkan Bendera Putih,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Warganet dilihat menggerakkan kempen #BenderaPutih sebagai lambang kemarahan dan kekecewaan rakyat kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui bersama oleh Bersatu, Pas, Umno, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan lain-lain.

Reaksi awam itu susulan kegagalan kerajaan PN diterajui Mahiaddin Yassin menguruskan pandemik Covid-19 apabila negara masih mencatatkan angka tinggi kes harian melebihi 5,000 kes.

Kempen #BenderaPutih di media sosial itu juga muncul selepas kerajaan gagal mengelak lebih ramai rakyat daripada menjadi mangsa kepada krisis ekonomi, politik dan pentadbiran negara dengan Parlimen masih tidak bersidang.
bendera-putih.jpeg

Takde pulak dengar geng lobai turun padang tolong rakyat? Bersangka baik mungkin takut kena covid. Kihkihkihkihkih.
Awal pagi2 dah buat dosa kering tuduh2 orang lain.
Bila turun padang tapi tak tunjukkan kata tak buat kerja.
Bila turun padang tapi tunjukkan kata riak, nak pancing undi.
Memang senget netizen ni.
 
Kempen itu meminta pihak yang terputus bekalan makanan menaikkan bendera putih di rumah mereka sebagai isyarat agar orang lain dapat menghulurkan bantuan segera. -BeritaMkini

1624929023849.png

Kempen kibar bendera putih jika putus bekalan makanan dapat sambutan​

Diterbitkan 29 Jun 2021, 9:00 am

Kempen meminta pihak yang terputus bekalan makanan menaikkan bendera putih di rumah masing-masing mula mendapat perhatian.
Kempen menaikkan bendera putih itu bagi memberi syarat kepada orang lain untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan segera.

Tidak jelas bagaimana atau bila kempen itu dimulakan, tetapi semakin banyak berkongsi variasi mesej yang sama sejak petang semalam.
Antara lain, mesej seumpamanya disertakan dengan pesanan agar tidak mengambil tindakan ‘drastik’ dalam menghadapi kesulitan.
"Kepada yang susah, tiada makanan, naikkan #benderaputih di rumah anda, biar orang sekeliling membantu setakat yang termampu.
"Jangan ambil tindakan yang merugikan diri sendiri dan keluarga. Tidak perlu rasa malu. Hanya kibarkan kain putih
Semoga ada yang datang membantu," kata pengguna Twitter @JawaJohor2.

Bendera putih biasanya digunakan ketika konflik bersenjata untuk memaklumkan pihak lawan agar berbincang, atau sebagai tanda menyerah.

Dengan banyak mesej dan poster yang tersebar di media sosial berkaitan kempen itu, rata-rata memuji inisiatif itu sebagai cara yang baik untuk meminta pertolongan.

"Orang memerlukan makanan dan air untuk terus hidup, tetapi masih ada maruah untuk tidak meminta-minta
"Bendera putih tidak menandakan kekalahan, tetapi merupakan usaha terakhir sebelum rebah," kata pengguna Twitter @projekhitam.

Sementara itu, pengguna Twitter @Ainabill98 mengatakan dia menangis ketika membaca tentang orang-orang yang telah bunuh diri dalam menghadapi kesulitan, dan menambah "Mengibarkan bendera putih adalah alternatif yang sangat baik. Saya harap orang yang berdekatan mengambil berat. "

Kempen ini juga menarik perhatian Ketua Wanita Amanah, Aiman Athirah Jundi, yang menyambut baik inisiatif tersebut.

"Bagi pihak parti Amanah, saya menyambut baik kempen awam ini dan mengucapkan syabas dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sangat prihatin.

"Saya juga ingin memaklumkan bahawa kami dari Amanah dan khususnya Angkatan Wanita Amanah Negara sangat gembira untuk turut serta dalam menjayakan kempen bantuan awam ini.

"Saya menyeru kepada rakan-rakan ahli Amanah, khususnya Awan agar terus cakna kepada rakyat di persekitaran kita, sekaligus bersegera menghulurkan bantuan yang bersesuaian dan diperlukan oleh mana-mana rumah yang mengibarkan bendera putih," katanya di Facebook.

Takde pulak dengar geng lobai turun padang tolong rakyat? Bersangka baik mungkin takut kena covid. Kihkihkihkihkih.

ada je org pas turun padang tolong rakyat, cuma nama yg diorang gunakan takde lah tertera PAS kat kumpulan tu. diorang guna nama lain

klu tuan masuk involve sekali turun padang, atau tuan follow socmed diorang jadi tuan tahulah gerak kerja diorang,
tapi saya yakin tuan tak pernah follow, don't bother utk follow. tu yg tak tahu

cuma tau sebut geng lobai, geng lobai je kan
 
1st tengok CMM marah sebelum breakfast 😝
 
Back
Top
Log in Register