BTC USD 84,550.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kibar bendera putih jika perlu bantuan

Segan kot nk gi amik mknan kat masjid...
Maybe jrg pegi masjid...
Den agak la....

Tp kalo angkat bndera putih pun takpe...
Yg penting niat... Nak bantu sesama manusia...
Dan yg penting, netizen ni pun tk yah la nk amik gmbar bagai smua...

Org kalau dah susah kebulur takder makanan
Ko letak la kat mana pon
Mereka akan dtg juga
Balairaya dia dtg
Masjid dia dtg
Surau dia leh dtg
Sekolah pon boleh

Yg penting nasib mereka terbela
Walaupon sedikit
Lebih baik dari tiada langsung
Bantu membantu sesama insan
 
FB_IMG_1625033111914.jpg


Semakin ramai yg terkesan
 
Segan kot nk gi amik mknan kat masjid...
Maybe jrg pegi masjid...
Den agak la....

Tp kalo angkat bndera putih pun takpe...
Yg penting niat... Nak bantu sesama manusia...
Dan yg penting, netizen ni pun tk yah la nk amik gmbar bagai smua...

Aku rasa klu nk ambik gambar ambik gambar bendara putih saja, x perlu la ambik gambar org tu ataupun gambar bagi bekalan. Gambar bendera putih ni penting jugak utk org lain yg susah percaya ada orang dh buat. Bila dh ada orang buat, baru org lain nk ikut.
 
.

Tidak jelas bagaimana atau bila kempen itu dimulakan, tetapi semakin banyak berkongsi variasi mesej yang sama sejak petang semalam.
Antara lain, mesej seumpamanya disertakan dengan pesanan agar tidak mengambil tindakan ‘drastik’ dalam menghadapi kesulitan.
"Kepada yang susah, tiada makanan, naikkan #benderaputih di rumah anda, biar orang sekeliling membantu setakat yang termampu.
"Jangan ambil tindakan yang merugikan diri sendiri dan keluarga. Tidak perlu rasa malu. Hanya kibarkan kain putih
Semoga ada yang datang membantu," kata pengguna Twitter @JawaJohor2.

Bendera putih biasanya digunakan ketika konflik bersenjata untuk memaklumkan pihak lawan agar berbincang, atau sebagai tanda menyerah.

Dengan banyak mesej dan poster yang tersebar di media sosial berkaitan kempen itu, rata-rata memuji inisiatif itu sebagai cara yang baik untuk meminta pertolongan.

"Orang memerlukan makanan dan air untuk terus hidup, tetapi masih ada maruah untuk tidak meminta-minta
"Bendera putih tidak menandakan kekalahan, tetapi merupakan usaha terakhir sebelum rebah," kata pengguna Twitter @projekhitam.

Sementara itu, pengguna Twitter @Ainabill98 mengatakan dia menangis ketika membaca tentang orang-orang yang telah bunuh diri dalam menghadapi kesulitan, dan menambah "Mengibarkan bendera putih adalah alternatif yang sangat baik. Saya harap orang yang berdekatan mengambil berat. "

Kempen ini juga menarik perhatian Ketua Wanita Amanah, Aiman Athirah Jundi, yang menyambut baik inisiatif tersebut.
Kempen meminta pihak yang terputus bekalan makanan menaikkan bendera putih di rumah masing-masing mula mendapat perhatian.
Kempen menaikkan bendera putih itu bagi memberi syarat kepada orang lain untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan segera.

Tidak jelas bagaimana atau bila kempen itu dimulakan, tetapi semakin banyak berkongsi variasi mesej yang sama sejak petang semalam.
Antara lain, mesej seumpamanya disertakan dengan pesanan agar tidak mengambil tindakan ‘drastik’ dalam menghadapi kesulitan.

"Kepada yang susah, tiada makanan, naikkan #benderaputih di rumah anda, biar orang sekeliling membantu setakat yang termampu.
"Jangan ambil tindakan yang merugikan diri sendiri dan keluarga. Tidak perlu rasa malu. Hanya kibarkan kain putih
Semoga ada yang datang membantu," kata pengguna Twitter @JawaJohor2.

Bendera putih biasanya digunakan ketika konflik bersenjata untuk memaklumkan pihak lawan agar berbincang, atau sebagai tanda menyerah.

Dengan banyak mesej dan poster yang tersebar di media sosial berkaitan kempen itu, rata-rata memuji inisiatif itu sebagai cara yang baik untuk meminta pertolongan.

"Orang memerlukan makanan dan air untuk terus hidup, tetapi masih ada maruah untuk tidak meminta-minta
"Bendera putih tidak menandakan kekalahan, tetapi merupakan usaha terakhir sebelum rebah," kata pengguna Twitter @projekhitam.

Sementara itu, pengguna Twitter @Ainabill98 mengatakan dia menangis ketika membaca tentang orang-orang yang telah bunuh diri dalam menghadapi kesulitan, dan menambah "Mengibarkan bendera putih adalah alternatif yang sangat baik. Saya harap orang yang berdekatan mengambil berat. "

Kempen ini juga menarik perhatian Ketua Wanita Amanah, Aiman Athirah Jundi, yang menyambut baik inisiatif tersebut.
"Bagi pihak parti Amanah, saya menyambut baik kempen awam ini dan mengucapkan syabas dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sangat prihatin.

"Saya juga ingin memaklumkan bahawa kami dari Amanah dan khususnya Angkatan Wanita Amanah Negara sangat gembira untuk turut serta dalam menjayakan kempen bantuan awam ini.

"Saya menyeru kepada rakan-rakan ahli Amanah, khususnya Awan agar terus cakna kepada rakyat di persekitaran kita, sekaligus bersegera menghulurkan bantuan yang bersesuaian dan diperlukan oleh mana-mana rumah yang mengibarkan bendera putih," katanya di Facebook.



Abg jamil yg mula2 buat kempen bendera putih ni kat fb ...

20210630_140017.jpg
 

Mr Kong Tuck Wah​

21m ·

Waaa... Lu Olang Tara Rehat Ka.. Ayaaaa...
Inilah uncle respect banyak la dengan Hj Zaidy Abdul Talib dan team dia la.. Kerja non stop.. Ada kuasa ke atau takde, dia sama saja.. Mesti kerja habis baik untuk rakyat la..
Penduduk Dun Taman Templer dan Selayang betul2 banyak untung la ada pimpinan dan pasukan macam ini.. Lu olang mesti kena support tau diaorg ni.. Kasi tau la, kalau lu olang ada jumpa itu bendela putih ok..
#Templer4Zaidy

204414748_367844071366579_4339332925828792310_n.jpg
 
Sejak awal bulan ini, Murnizam Muda menyediakan barang makanan asas untuk diambil mana-mana individu yang memerlukan di atas meja di hadapan rumahnya di Indera Mahkota, Pahang.

Korban duit simpanan, guru buka bank makanan depan rumah​

Bernama
-
June 30, 2021 2:15 PM
26Shares
facebook sharing button
14
twitter sharing button

whatsapp sharing button

email sharing button

Murnizam-Muda-bernama-300621-2.jpg


Bank makanan di hadapan rumah Cikgu Murni di Indera Mahkota, Pahang, boleh dikunjungi bermula sekitar 8 pagi hingga 7 petang bagi mendapatkan barang makanan asas, antaranya beras, tepung, gula, telur, minyak masak dan kicap. (Gambar Bernama)

KUANTAN: Paparan kisah sedih orang ramai di media sosial yang kehilangan mata pencarian dan kelaparan akibat terkesan dengan wabak Covid-19 menyentuh hati seorang guru sehingga mendorongnya mengambil inisiatif mewujudkan bank makanan (‘food bank’) di hadapan rumahnya di Indera Mahkota, di sini.
Pendidik di SK Assunta Convent, Murnizam Muda, 42, berkata tanggungjawab itu diambil kerana beliau tidak sanggup melihat masyarakat tertekan tidak dapat membeli makanan, terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil.

Mesra disapa Cikgu Murni, ibu kepada empat anak itu berkata, biarpun perlu menggunakan duit simpanan untuk berbelanja ribuan ringgit setiap minggu, beliau menganggap ia sebagai sumbangan dan amal kecilnya kepada masyarakat, selain mengajar murid di sekolah.
“Saya mula beri bantuan tahun lalu dengan hantar ke rumah orang, tetapi kebelakangan ini kes Covid-19 sangat tinggi, hendak keluar pun takut dan tidak dibenarkan, jadi bermula awal bulan ini, saya buka meja di bawah pokok dan letak barang makanan asas untuk sesiapa sahaja datang ambil secara percuma,” katanya.



Bank makanan di hadapan rumahnya yang kelihatan seolah-olah kedai runcit mini itu boleh dikunjungi bermula sekitar 8 pagi hingga 7 petang bagi mendapatkan barang makanan asas, antaranya beras, tepung, gula, telur, minyak masak dan kicap.

Katanya, hampir setiap hari setelah selesai sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), beliau akan keluar membeli barang makanan asas di pasar raya sekitar Kuantan untuk kegunaan keesokannya.

“Saya memang beli secara borong kerana sehari perlu ‘top up’ barang di meja itu dalam empat hingga tujuh kali, sekali belanja lebih daripada RM500. Memang perlu berbelanja besar tapi saya tidak kisah gunakan simpanan sendiri asalkan mereka yang susah dapat makan.

“Banyak kes yang menyentuh hati, antaranya bunuh diri dan kelaparan, ia amat menyedihkan. Sumbangan saya ini tidak banyak mana tapi harap dapat meringankan beban mereka tanggung,” katanya.

Malah, menurut beliau, usaha kecilnya mula mendapat perhatian jiran dan rakan setugas lain yang turut sama menyumbang dari segi wang tunai atau makanan.

“Kadang-kadang mereka datang letak terus barang makanan atas meja disediakan, ada juga beri wang tunai dan minta saya beli barang yang dah kurang,” katanya.

Menurut guru Bahasa Inggeris dan Pendidikan Seni itu, adakalanya beliau turut menggunakan khidmat penghantar barang bagi membantu individu yang tidak mempunyai kenderaan dan berada di lokasi agak jauh.

“Ada yang hubungi saya melalui Facebook dan nyatakan masalah mereka, misalnya tiada wang dan kenderaan, jadi saya upah ‘runner’ untuk hantar barang ke rumah mereka,” kata guru yang berasal dari Terengganu itu.

 
x payah nk bawak politik taik ko kat sini bro... 24 jam duk politaik x penat ke... org tgh susah sampai xda makanan...politaik yg ko sibukkan...bersepah lagi thread lain kalau ko dah gian nak berpolitaik sangat...
Aiikkk....sentap lah pulak
Teman bagi tau je
 
Back
Top
Log in Register