BTC USD 85,894.5 Gold USD 4,314.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kibar bendera putih jika perlu bantuan

BENDERA PUTIH DAN LIWA' NABI : TANDA KEKALAHAN ?..

1- Ada beberapa Ulama' PAS menyamakan warna bendera putih sebagai tanda Kekalahan, Begitulah jahilnya mereka.. Bagi aku warna putih itu tidak berkait dengan soal Perang, Ia hanya simbol dan menifestasi dari suara Rakyat..

2- Jika Ulama PAS menyamakan warna Putih itu dengan Simbol Kekalahan dalam Perang, Tidakkah Ulama' PAS hadam akan bendera pasukan tentera Islam yang digunakan Nabi ﷺ itu berwarna hitam dan Putih..

Ada beberapa nama Panji Islam, tapi yang masyhur Panji hitam dikenal sebagaii Al Rayah (الرَّايَةُ), Manakala Bendera putih dikenal dengan nama al-Liwa’ (اللِّوَاءُ).. Keduanya ditulis dengan Kalimah Syahadah..Berkata Ibnu Abbas..

كَانَ لِوَاءُ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْيَضَ ، وَرَايَتُهُ سَوْدَاءَ

“Bendera (Liwa) Rasulullah ﷺ berwarna putih, dan panjinya (Rayah) berwarna hitam.”

3- Apakah warna Putih itu tanda kekalahan ? Riwayat mana Ulama PAS pakai, Apakah bersumberkan filem Madu tiga, tapi Itulah Otak Ulama PAS, tidak lari dari cerita Kahwin biarpun dalam Keadaan Pandemik..

4- Apakah Ulama PAS tahu ketika Ketika peristiwa penaklukan kota Mekah, Rasulullah ﷺ memasuki kota Mekah dengan membawa bendera (al-liwa’) berwarna putih..

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ دَخَلَ مَكَّةَ ، يَوْمَ الْفَتْحِ وَلِوَاؤُهُ أَبْيَضُ

“Bahawa Nabi ﷺ memasuki kota Mekah ketika Peristiwa Pembukaan dengan benderanya (liwa’) berwarna putih.”

5- Kebetulan pula antara peranan dan Fungsi Bendera Putih al-Liwa’ (اللِّوَاءُ) dalam sebahagian Atsar adalah bertujuan mengenal kedudukan Ketua dan Panglima Tentera Islam..

6- Sebenarnya bendera putih yang dikibarkan hari ini oleh rakyat tidaklah berkait dengan Nabi ﷺ , Bendera putih itu Tidak juga berkait dengan Kekalahan Perang, Apa yang kita tidak faham kenapa Ulama PAS marah dengan bendera Putih sehingga membawa pembodohan kepada Rakyat...Apakah yang dibimbangi itu Kekalahan PAS dan PN dalam PRU 15..

7- Jika Nabiﷺ Masuk ke Kota Mekah dengan Bendera Putih, tindakan Nabiﷺ ketika mana mula sampai ke Kota Madinah.. Nabiﷺ tidak membina kota Madinah dengan seruan Jihad dan perang.. ucapan pertama Nabi ﷺ ketika sampai ke Kota Madinah..
..
يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلامَ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ،..

" Wahai Sekalian Manusia.. Sebarkan lah Salam, Berikanlah Makan(kebajikan).. "

Bukan kah Usaha beri makan itu dituntut Dalam Islam ?

Tazkirah Maghrib

Ipohmali
 
#JohorBahru Dia yang bekerja sendiri sebagai juru kimpal kehilangan hampir separuh punca pendapatan bulanan sepanjang.
https://www.hmetro.com.my/.../kibar-bendera-putih-demi...

Kibar bendera putih demi isteri dan anak​


1624971828142.png


ZULKIFLIE menerima kunjungan ramai selepas mengibarkan bendera putih di hadapan kediamannya di Taman Pulai Indah. FOTO Mary Victoria Dass

Johor Bahru: "Saya tidak tahu sama ada tindakan kibar bendera putih ini betul atau tidak, tapi saya lakukannya demi anak dan isteri kerana kami terputus bekalan makanan," kata Zulkiflie Samsudin, 39, dari Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai di sini.

Zulkiflie berkata, dia yang bekerja sendiri sebagai juru kimpal kehilangan hampir separuh punca pendapatan bulanan sepanjang pandemik Covid-19 untuk menyara isteri, Nur Aqeela Atika Mohd Dali, 29 serta anak perempuannya yang berstatus orang kurang upaya (OKU), Putri Nur Zahirah, 9 dan anak lelakinya, Muhammad Putra Riqzi Zilhelmi berusia setahun.

Menurutnya, dia bukan sahaja tidak mampu lagi membayar sewa rumah dan ansuran kereta, malah turut tidak mampu membeli susu dan lampin pakai buang anak lelakinya itu.

"Saya sedih kerana tidak mampu menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan sebaik mungkin kerana masalah kewangan dan keadaan saya bertambah buruk sejak awal tahun ini. Apatah lagi isteri sedang hamil enam bulan.

"Saya kibarkan bendera petang semalam selepas melihat ada kempen di media sosial dan Alhamdullilah bantuan diterima mencurah-curah hingga mampu menampung keperluan keluarga selama beberapa bulan.

"Malah ada juga warganet yang sanggup melangsaikan sewa rumah yang tertunggak selama sebulan berjumlah RM800 selain bayaran ansuran kereta selama tiga bulan bernilai keseluruhan RM1,200," katanya.

Zulkiflie berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarganya selepas memasang bendera putih di hadapan rumahnya.

"Buat masa ini barangan keperluan kami sudah mencukupi dan begitu juga dengan sumber kewangan.

"Saya amat bersyukur atas bantuan diterima dan hanya Allah mampu membalas jasa baik semua penderma," katanya ketika ditemui hari ini.

Terdahulu wujud kempen kibarkan bendera putih di hadapan rumah bagi orang ramai yang berdepan dengan situasi terputus bekalan makanan di media sosial sejak semalam.

Kempen yang disambut baik pengguna media sosial itu bermatlamat memberi isyarat kepada pihak tertentu mahupun orang sekeliling mengenal pasti individu yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan dapat dibantu dengan segera.

Ia juga diharapkan dapat membantu lebih ramai yang memerlukan apa-apa bantuan namun malu menyatakannya secara terbuka.
Disiarkan pada: Jun 29, 2021 @ 7:29pm

 

Public Health Malaysia

43m ·

Sekiranya anda nampak bendera putih dikibarkan dalam mana mana kediaman/ kenderaan/ tempat kerja, ia adalah petanda individu/ keluarga tersebut memerlukan BANTUAN.

Cara paling mudah adalah belikan barang keperluan dan gantungkan sahaja di pagar rumah. Untuk mengurangkan kontak anda juga boleh menghantar barang keperluan dari pesanan online (link dalam ruangan komen)

Jika anda kenal individu tersebut boleh bertanya khabar terus kepada mereka , ajak berkomunikasi.
#KitaTolongKita

1624972112489.png
 

The Ahmad Maslan

7m ·

#Rakyat kawasan Parlimen #Pontian:
Sila whatsapp ke no.hp: 010 4562693 untuk terima bantuan kepada yang terdesak perlukan bantuan bungkusan makanan. Beri alamat rumah.
Saya minta staf Pusat Khidmat saya bersegera temui dan bantu jika ada yang kibar kain / #BenderaPutih dalam kawasan rumah mereka.

1624972872248.png
 
Bahaya salah pilih ayat yg mengundang misperception masyarakat. Teruk Pas kena kali ni. Diorang kena cover balik balik perahu yg terlajak tu
 
Bahaya salah pilih ayat yg mengundang misperception masyarakat. Teruk Pas kena kali ni. Diorang kena cover balik balik perahu yg terlajak tu
Padan muko....
Mcm tk prnah kena, lain kali sblum buat apa2...
Fikir dulu.. Dah tau awak tu bnyk musuh... Hati2 la...

Bg den, sndiri buat.. Sndiri mau igt...
Kalo dpt pusing, pusing la balik...
Maybe apo yg dia tulis tu, tak sama mcm apo yg nak disampaikan...
Pndai2 la yo....
 
Back
Top
Log in Register