BTC USD 62,866.7 Gold USD 4,317.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairy Ada Aura Anwar

muntah1.gif

aduh...lawak giler,,,bagus masuk raja lawak nie...cam nak putus tali perut aku.......
 
http://www.msomelayu.blogspot.com/

KEMENANGAN Khairy Jamaluddin sebagai ketua pemuda Umno yang baru tepat dan sekaligus menunjukkan kebijaksanaan perwakilan pemuda membuat pilihan mereka. Kemenangan Khairy menjelaskan pemuda memilih mengikut citarasa mereka dan tidak terikat dengan kebendaan. Mereka tahu memilih antara intan dengan kaca.

Mana bakal pemimpin muda yang boleh membawa perubahan dan mana yang masih berlegar dalam kepompong lama.

Ada beberapa perkara menarik tentang Khairy yang meletakkan kemenangan baginya.


Ada keberanian dan bersikap terbuka dan melatari suasana semasa.

Gigih, tabah menghadapi kecaman ke atasnya terutamanya oleh Dr Mahathir Mohamad.

Mempunyai keyakinan diri yang kuat dan sanggup menerjah sesiapa saja dengan pandangan dan akalnya sendiri.

Dia juga lebih rapat dan mesra dengan pemuda.

Perwatakannya menampakkan kepemudaan berbanding dengan dua calon lain.

Mendapat simpati apabila beliau dikacau oleh Lembaga Disiplin.

Kerana langsung tidak didokong oleh bapa mertuanya, Abdullah Badawi.
Soal politik wang mungkin menjadi faktor dan mungkin tidak tetapi saya tidak mahu masukan dalan intry ini. Saya percaya kesemua calon main politik kerana bukan Umno kalau tidak main politik. Rasuah itu sudah sinonim dengan Umno!

Kemenangan Khairy sekali lagi menjelaskan pencalonan tidak menunjukkan gambaran undi yang sebenarnya. Kemungkinan di sini kenapa Mukhriz mendapat pencalonan terbanyak tempoh hari ialah disebabkan tanpa disedari Mukhriz mungkin menggunakan modal kempen yang melewati orang lain kalaupun tidak dilakukan sendiri tetapi oleh proksinya.

Kehadiran Khairy jangan dipandang sepi oleh parti pembangkang. Tanggapan Umno akan hancur dengan Khairy menjadi ketua pemuda rasanya kurang tepat dan seolah menarik lastik tanpa ada batu dalam pelapiknya. Tanggapan dan tuduhan ini tidak mudah untuk menguburkan Umno di tangan Khairy.

Sudah tentu sebagai seorang yang mempunyai political will yang tinggal Khairy akan cuba memperbaiki dirinya, mempamirkan kepimpinannya dan paling bahaya ialah idea geliga yang ada kepada menantu bakal bekas perdana menteri ini cukup mencabar oposisi.

Petunjuk awal boleh dilihat semasa beliau berucap selepas diumumkan sebagai ketua pemuda Umno baru. Penuh bersemangat, bervisi dan mempunyai gerak body yang sesuai dengan citarasa pemuda dan saya yakin ramai juga puteri yang teruja dengan kemenangan Khairy itu.

Melihat kepada ucapan dan gaya Khairy selepas diumumkan kemenangan itu entah kenapa ingatan saya terhimpau pada tahun 1982 dulu ketika mana Anwar Ibrahim memenangi jawatan ketua pemuda Umno dengan mengalah Suhaimi Kamaruddin. Kalau tidak silap juga dengan undi sekitar 50. Ada aura Anwar di keliling Khairy.

Inilah yang parti pembangkang kena awasi. Terutamanya Pas yang juga akan memilih ketua pemuda baru memerlukan pemuda yang setanding dari segi semangat, kelimuan dan pengalaman politik yang mantap.

Ingat untuk berhadapan dengan Khairy tidak cukup kalau setakat mengungkitkan apa yang dituturkan oleh Dr Mahathir ke atasnya selama ini atau mengunngkitkan soal kekayaan Khairy menerusi rangkaian perniganannya.

Mencerita kekayaan orang lain dengan kita sendiri tidak rajin berusaha adalah kerja kurang cerdik. Keburukan lama seseorang itu akan terhapus dengan wibawa dan keyakinan tinggi yang bakal ditunjukkan dari masa ke semasa.

Dalam pada itu sedikit ingat untuk Khairy semoga beliau akan merubah budaya pemuda yang “berhora hore” sebelum ini dan jadilah pemuda yang berkualiti. Khairy sendiri sesudah menjadi ketua perlu mengunting kata-kata kesat yang pernah disebutnya sebelum ini.

Perangai dan dendam Hishamuddin Hussein yang sampai ke lahad memaki hamun Anwar Ibrahim rasanya mungkin tidak wajar diteruskan.

Bukankah keris kini tidak akan diarak lagi? Jadi Khairy kena simpan keris keramat pemuda Umno sebagai kenangan dan suatu legasi Hishamuddin. Khairy kena gerakkan minda pemuda dengan akal yang sihat, berpandangan jauh dan berpolitiklah untuk bangsa dan negara. Jangan sesekali cuba menyempitkan dunia yang luas terbentang ini.

mamat KJ ni kaya raya, mesti dia offer kebendaan ni... yang pilih dia perwakilan... memang lah wakil2 dah jd ahli politik wang... kalau betul dia diterima pemuda... kenapa masa pencalonan tu kalah teruk... betul kata rais yatim dalam tv1.... UMNO sudah terpesong... pemuda sudah lari dari asas UMNO... sbb tu dia nak kan perubahan terutama soal undi... biar ahli UMNO yg mengundi, Bkn wakil yg berat sebelah...
 
Last edited:
Aura konon...
Citt!!Poorahh..
Menyampah tgk muka
KJ nih..KJ=kerek jenglot!
 
Katak senyap jerr... bila mau panggil hujan


Ilmu apa mereka pakai….?

Pertama kali dalam sejarah...empat calon serentak dari satu UMNO bahagian yakni PUTRAJAYA - Datuk Ahmad Zaki Zahid,Hishamuddin Yahaya (Yeop),Khairun Aseh Che Mat dan Tun Faisal Ismail Aziz menang jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Seramai lebih 60 orang bertanding merebut 20 jawatan itu dalam pemilihan jawatan utama Pergerakan Pemuda UMNO Rabu.

Lebih menarik lagi rupa-rupanya Zaki, Khairun dan Hishamudin datang dari Cawangan UMNO yang sama iaitu Bunga Matahari.

Kebetulan Ketua Cawangan mereka pula ialah Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku mansor yang juga Ketua Bahagian itu.

Juga tidak kurang menarik Zaki bertanding lawan Khairun pada pemilihan Ketua Pemuda Bahagian itu pada tahun 2004.Zaki menang.Manakala Hishamuddin berentap dengan Tun Faisal merebut jawatan Naib Ketua Pemuda bahagian pada pemilihan baru-baru ini.Hishamuddin menang.
 
Last edited:
Kemenangan Khairy petanda Umno akan hilang dalam peta politik negara - Adun Paroi

SEREMBAN, 26 Mac (Hrkh)- Kemenangan ahli Parlimen Rembau,Khairy Jamaluddin dalam saingan Ketua Pemuda Umno semalam adalah petanda Umno akan hilang dalam peta politik negara.

Demikian tegas Adun Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dalam satu ulasannya hari ini berhubung kemenangan Khairy semalam.
Untuk makluman, Dun Paroi merupakan salah satu Dun di bawah Parlimen Rembau.
"Tiada siapa menyangka yang Khairy akan menang Ketua Pemuda Umno Malaysia. Memang ini tanda-tanda Umno akan hilang dalam peta Politik Malaysia dan hanya akan tinggal sebagai sejarah dalam buku sejarah Malaysia.
"Mukhriz Tun Dr Mahathir yang dilihat calon terbaik dan bersih dari rasuah politik akhirnya kalah," kata Taufek yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan.
Beliau berharap selesai pemilihan Umnio ini, pemimpin-pemimpin Umno yang juga menguasai kepimpinan kerajaan pusat dan kerajaan Negeri Sembilan , kembalilah ke akar umbi untuk merasai keperitan rakyat dalam situasi ekonomi yang lembap," katanya.
Ramai rakyat yang kehilangan kerja dan mereka benar-benar dalam kesempitan dan kesusahan hidup.
Sementara itu Ketua Pembangkang di Dun Negeri Sembilan, Loke Siew Fook yang juga ahli Parlimen Rasah berkata, kemenangan Khairy memperlihatkan perwakilan sebenarnya ingin kepada orang yang dikaitkan dengan rasuah.
Beliau mengucapkan tahniah kepada Khairy,namun dalam masa yang sama mendakwa amalan politik wang seolah diterima perwakilan yang memilih Khairy.
Loke juga melahirkan rasa pelik bagaimana Umno yang katanya mahu berubah akhirnya memilih mereka yang ada kaitan dengan rasuah.
Beliau juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan politik wang yang bergelumang dalam Umno._
 
Back
Top
Log in Register