BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairy Ada Aura Anwar

iswarahijau

Super Active Member
Messages
6,060
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
http://www.msomelayu.blogspot.com/

KEMENANGAN Khairy Jamaluddin sebagai ketua pemuda Umno yang baru tepat dan sekaligus menunjukkan kebijaksanaan perwakilan pemuda membuat pilihan mereka. Kemenangan Khairy menjelaskan pemuda memilih mengikut citarasa mereka dan tidak terikat dengan kebendaan. Mereka tahu memilih antara intan dengan kaca.

Mana bakal pemimpin muda yang boleh membawa perubahan dan mana yang masih berlegar dalam kepompong lama.

Ada beberapa perkara menarik tentang Khairy yang meletakkan kemenangan baginya.


Ada keberanian dan bersikap terbuka dan melatari suasana semasa.

Gigih, tabah menghadapi kecaman ke atasnya terutamanya oleh Dr Mahathir Mohamad.

Mempunyai keyakinan diri yang kuat dan sanggup menerjah sesiapa saja dengan pandangan dan akalnya sendiri.

Dia juga lebih rapat dan mesra dengan pemuda.

Perwatakannya menampakkan kepemudaan berbanding dengan dua calon lain.

Mendapat simpati apabila beliau dikacau oleh Lembaga Disiplin.

Kerana langsung tidak didokong oleh bapa mertuanya, Abdullah Badawi.
Soal politik wang mungkin menjadi faktor dan mungkin tidak tetapi saya tidak mahu masukan dalan intry ini. Saya percaya kesemua calon main politik kerana bukan Umno kalau tidak main politik. Rasuah itu sudah sinonim dengan Umno!

Kemenangan Khairy sekali lagi menjelaskan pencalonan tidak menunjukkan gambaran undi yang sebenarnya. Kemungkinan di sini kenapa Mukhriz mendapat pencalonan terbanyak tempoh hari ialah disebabkan tanpa disedari Mukhriz mungkin menggunakan modal kempen yang melewati orang lain kalaupun tidak dilakukan sendiri tetapi oleh proksinya.

Kehadiran Khairy jangan dipandang sepi oleh parti pembangkang. Tanggapan Umno akan hancur dengan Khairy menjadi ketua pemuda rasanya kurang tepat dan seolah menarik lastik tanpa ada batu dalam pelapiknya. Tanggapan dan tuduhan ini tidak mudah untuk menguburkan Umno di tangan Khairy.

Sudah tentu sebagai seorang yang mempunyai political will yang tinggal Khairy akan cuba memperbaiki dirinya, mempamirkan kepimpinannya dan paling bahaya ialah idea geliga yang ada kepada menantu bakal bekas perdana menteri ini cukup mencabar oposisi.

Petunjuk awal boleh dilihat semasa beliau berucap selepas diumumkan sebagai ketua pemuda Umno baru. Penuh bersemangat, bervisi dan mempunyai gerak body yang sesuai dengan citarasa pemuda dan saya yakin ramai juga puteri yang teruja dengan kemenangan Khairy itu.

Melihat kepada ucapan dan gaya Khairy selepas diumumkan kemenangan itu entah kenapa ingatan saya terhimpau pada tahun 1982 dulu ketika mana Anwar Ibrahim memenangi jawatan ketua pemuda Umno dengan mengalah Suhaimi Kamaruddin. Kalau tidak silap juga dengan undi sekitar 50. Ada aura Anwar di keliling Khairy.

Inilah yang parti pembangkang kena awasi. Terutamanya Pas yang juga akan memilih ketua pemuda baru memerlukan pemuda yang setanding dari segi semangat, kelimuan dan pengalaman politik yang mantap.

Ingat untuk berhadapan dengan Khairy tidak cukup kalau setakat mengungkitkan apa yang dituturkan oleh Dr Mahathir ke atasnya selama ini atau mengunngkitkan soal kekayaan Khairy menerusi rangkaian perniganannya.

Mencerita kekayaan orang lain dengan kita sendiri tidak rajin berusaha adalah kerja kurang cerdik. Keburukan lama seseorang itu akan terhapus dengan wibawa dan keyakinan tinggi yang bakal ditunjukkan dari masa ke semasa.

Dalam pada itu sedikit ingat untuk Khairy semoga beliau akan merubah budaya pemuda yang “berhora hore” sebelum ini dan jadilah pemuda yang berkualiti. Khairy sendiri sesudah menjadi ketua perlu mengunting kata-kata kesat yang pernah disebutnya sebelum ini.

Perangai dan dendam Hishamuddin Hussein yang sampai ke lahad memaki hamun Anwar Ibrahim rasanya mungkin tidak wajar diteruskan.

Bukankah keris kini tidak akan diarak lagi? Jadi Khairy kena simpan keris keramat pemuda Umno sebagai kenangan dan suatu legasi Hishamuddin. Khairy kena gerakkan minda pemuda dengan akal yang sihat, berpandangan jauh dan berpolitiklah untuk bangsa dan negara. Jangan sesekali cuba menyempitkan dunia yang luas terbentang ini.
 
Kah kah kah kah
KJ menjadi pujaan katak ijau...:))
 
org yg terlibat ngan `politik wang' dijulang sbg hero dek katak hijau :eek::eek:
pastu nak samkan ngan aura anwar...nampak sgt depa ngaku anwar punyai aura yg tersendiri...:)cgrock
 
ada aura atau ada auta ? .....
 
..ada aura...?...

..ye ker..
 
KJ pon betul2 pemuda.. mukhriz ngan tokei tempe tu dah over years.. pttnya masuk kategori senior daa.. pttla dia menang..:))
 
org yg terlibat ngan `politik wang' dijulang sbg hero dek katak hijau :eek::eek:
pastu nak samkan ngan aura anwar...nampak sgt depa ngaku anwar punyai aura yg tersendiri...:)cgrock

depa nak ngaku anwar ada aura tersendiri tp malu aje nak ngaku...:)paid:)paid:)paid
 
Back
Top
Log in Register