BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Nafi Ada Kaitan Dalam Kes Epstein

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141
178aff70f6873dba2b6acd84a9f73b39697f4a34c43a8


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam kes pembiaya kewangan Amerika Syarikat mendiang Jeffrey Epstein.

Menerusi hantaran di X, Anwar secara ringkas berkata beliau baru hari ini menyedari ada pihak luar yang mahu bertemunya dan memetik namanya dalam pertukaran e-mel berkaitan kes tersebut.

"Alhamdulillah, dah belasan tahun seperti yang disebut dalam e-mel, dan saya langsung tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang berbalas e-mel tu, terutama Epstein.

“Ok, saya nak sambung jalan-jalan di Johor Bahru," katanya yang tiba di Johor Bahru petang tadi dengan menaiki ETS3 dari Kuala Lumpur.

Dalam hantaran itu, Anwar turut menyertakan tanda pagar #DoneExplain sebagai telah menjelaskan isu tersebut.

Kenyataan itu dipercayai dikeluarkan susulan tuntutan Armada Bersatu supaya Anwar memberikan penjelasan berhubung dakwaan pernah berinteraksi secara langsung atau tidak langsung dengan Epstein atau mana-mana individu sebagaimana pendedahan dokumen rasmi Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang terkandung dalam arkib Epstein Files.

Menurut laporan media, dokumen dan surat-menyurat berkaitan kini dikeluarkan oleh DOJ sebagai sebahagian daripada usaha ketelusan dalam siasatan terhadap Epstein.

 
cuba kalau najib .. mau meroyan gila berdemo
 
Back
Top
Log in Register