BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan Ada Pengkhianatan Dalam Kerjasama Politik - Anwar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,877
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,877
Reaction score
290
Points
146

Jangan Ada Pengkhianatan Dalam Kerjasama Politik - Anwar​

2126d5c5163202707ddfa554f6cb6c8e69f6c47d987bd

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan supaya tidak wujud sebarang unsur pengkhianatan oleh mana-mana pihak dalam pembentukan kerjasama politik di negara ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata aspek kerjasama yang baik penting terutama ketika negara berdepan krisis ekonomi yang memerlukan semua pihak berganding bahu.

“Saya bagi kenyataan dalam menjayakan kerjasama dalam negara ini, jangan ada unsur-unsur pengkhianatan. Kalau tidak khianat, baguslah,” kata beliau ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) kali ke-10, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah dan Pengerusi Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) Saiful Azhar Shaharun.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini, yang menegaskan tidak seharusnya timbul isu pengkhianatan apabila sesuatu penggal pentadbiran berakhir.

Lagi berita akan menyusul...

 
Back
Top
Log in Register