BTC USD 86,424.0 Gold USD 4,147.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairuddin keluar PAS

#BHnasional 'Saya tak akan sama sekali sertai UMNO'
https://bit.ly/3N3lPeW

'Saya tak akan sama sekali sertai UMNO'​

Mac 15, 2022 @ 11:53pm

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. - Foto NSTP/Ghazali Kori

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menjelaskan beliau hanya berhenti sementara sebagai ahli PAS dan tidak akan sama sekali menyertai UMNO atau menubuhkan parti baharu.

Beliau juga menegaskan tidak akan melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen dengan baki penggal parlimen yang ada untuk dibubarkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan akan 'membayar' kifayah sumpah baiah yang dibuat sebagai Ahli Parlimen.

Katanya, tindakannya bukan keluar atau meninggalkan terus parti itu sebaliknya akan kembali semula kepada PAS apabila tiba masa yang sesuai selepas misinya selesai dan diterima semula parti.

"Saya berhenti menjadi ahli ada tujuan dan matlamat tertentu yang mana saya akan mengukur keadaaan dari masa ke semasa, sehingga berjaya mengajak PAS membetulkan kepemimpinan parti dan parti menang dengan cara terbaik.

"Saya tidak akan masuk UMNO,...selagi UMNO menjadi rakan dalam Muafakat Nasional (MN), saya boleh mesra selagi UMNO terus mengikut dasar dipersetujui MN... kekal bersama menjalankan budaya politik matang sejahtera," katanya dalam temubual khas Ruang Bicara di BERNAMA TV, malam ini.
Ruang Bicara itu dihoskan Sherkawi Jirim yang turut disiarkan melalui saluran Youtube dan Facebook BERNAMA TV.

Khairuddin yang juga bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menegaskan beliau tidak akan mengajak ahli PAS mengikut jejak beliau sebaliknya terus istiqamah dengan PAS.

"Tidak seorang pun ahli PAS termasuk di kawasan Parlimen saya yang diajak meninggalkan parti walaupun isteri saya sendiri," katanya menjelaskan elaun beliau sebagai ahli Parlimen akan diserahkan kepada PAS.

Ditanya sama ada tindakan beliau meninggalkan parti sebab merajuk selepas beliau digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat parti, katanya beliau tidak merajuk dan jika merajuk sekali pun beliau sudah bertindak seawal digugurkan sebagai AJK PAS Pusat.

"Saya mengambil tindakan membakar diri kerana saya sayangkan PAS dan ahli PAS...saya sudah bersama PAS kira-kira 33 tahun sejak usia 16 tahun lagi.

"Apa mereka nak cakap itu hak mereka, saya cuma mahu memberikan pesanan AJK untuk buat yang terbaik dan jangan sia-sia kesempatan yang ada, gunakan mesyuarat dan muktamar akan datang untuk bawa cadangan dan betulkan parti bukannya bersikap menafikan atau 'sindrom denial ' dan menyorok.

"Biar kita malu sekarang, tetapi tujuan asal kita kekal menjadi untuk membawa Islam secara bersama dan berkongsi keluarga dalam pemerintahan, " katanya

Menjelaskan tindakan keluar parti itu, katanya mengambil keputusan itu bagi membolehkan beliau membetulkan PAS dari luar parti.
"Ada perkara yang saya tidak boleh cakap dan betulkan selagi saya masih dalam parti, ini kerana parti ada perlembagaan dan ada disiplinnya.

"Ada banyak kecelaruan dalam parti , saya tidak salahkan ahli, ini bukan isu membabitkan ahli akar umbi atau kepemimpinan di kawasan atau bukan Dewan Undangan Negeri (DUN), negeri tetapi ini isu pengurusan parti peringkat pusat.

"Saya sudah cuba betulkan di peringkat Jawatankuasa Pusat, melalui jawatan saya sebagai Pengarah Institut Strategik PAS Pusat dan ahli Majlis Syura Ulamak selaku Setiausaha .

"Segalanya perkara sudah saya bawa melalui saluran yang ada dan kemukakan dan bincangkan secara dalaman, tetapi dibocorkan dan menjadi fitnah kepada saya, sedangkan sebagai ahli parti saya menjalankan tanggungjawab dan saluran yang ada tetapi kemuncaknya digugurkan dan akhirnya saya mengambil keputusan berhenti sementara daripada PAS," katanya.

Ditanya mengenai kecaman dibuat atas teguran yang beliau buat dan tindakannya meninggalkan parti itu, beliau menegaskan tidak sama sekali marah atau terguris hati dengan kecaman ahli parti.

Beliau berkata, kecaman yang diterima itu kerana ahli parti sayangkan PAS dan mereka tidak tahu perkara sebenar yang berlaku dalam kepemimpinan parti.

"Apa yang berlaku kerana kesilapan menguruskan kepemimpinan parti yang mana beberapa kali sudah dibetul dan ditegur...apabila ia tidak diendahkan, maka kita tidak berjaya dalam dua pilihan raya kerana tidak ada barokah," katanya.

Beliau menegaskan, MN yang dicapai bersama UMNO melalui jalan yang panjang dan mengikut saluran mengikut perlembagaan parti sebaliknya kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) berlaku sebaliknya.

"Kerjasama dengan PN ditandatangani oleh Presiden parti dan disaksikan beberapa AJK PAS Pusat tidak melalui keputusan AJK PAS Pusat atau disahkan Majlis Syura Ulama mahupun Muktamar PAS.

"Namun, kerjasama dengan PN ini sudah saya perbetulkan sebab itu kita gunakan slogan pertahankan MN dan perkasakan PN," katanya.
Ditanya tindakan PAS bermain 'dua kolam', katanya perkara itu tidak salah jika demi keutuhan dan muafakat umat Islam dan orang Melayu kerana sudah diputuskan PAS dalam hala tujunya untuk memerangi kemaraan Pakatan Harapan (PH) yang jelas tidak memihak kepada umat Islam dalam 22 bulan pentadbirannya.

Samaada jadi calon bebas
Atau berhenti daripada arena politik bak kata sahabat forumer dalam posting² sebelum ni
 
'Saya tak akan sama sekali sertai UMNO'​

Oleh Rohaniza Idris- Mac 15, 2022 @ 11:53pm
[email protected]

Ditanya tindakan PAS bermain 'dua kolam', katanya perkara itu tidak salah jika demi keutuhan dan muafakat umat Islam dan orang Melayu kerana sudah diputuskan PAS dalam hala tujunya untuk memerangi kemaraan Pakatan Harapan (PH) yang jelas tidak memihak kepada umat Islam dalam 22 bulan pentadbirannya
 
1647393802198.png

Khairuddin tak akan letak jawatan MP, hanya keluar 'sementara'

Diterbitkan: Mar 16, 2022 8:00 AM
⋅
Dikemaskini: 8:00 AM

Khairuddin Aman Razali berkata dia tidak akan meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Kuala Nerus susulan langkahnya untuk berhenti daripada menjadi ahli PAS.

Sebaliknya Khairuddin menegaskan dia akan terus berkhidmat untuk rakyat di kawasan yang dimenanginya pada pilihan raya umum (PRU) ke- 14 lalu.

Menurutnya, oleh sebab itu juga dia mengambil pendirian untuk menyerahkan semua elaun bulanan sebagai ahli parlimen kepada PAS sepanjang penggal ini sebagai memenuhi baiah yang dibuat ketika bertanding sebagai calon PAS pada PRU lalu.
"Oleh kerana Parlimen telah berada di penghujungnya, maka ijtihad saya adalah perlu kekal menjadi ahli parlimen dan untuk itu saya memulangkan semua elaun yang saya nikmati sebagai ahli parlimen kepada PAS.

"Saya (akan) berkerja tanpa elaun dan gaji bagi menyelesaikan tugasan sebagai ahli parlimen sehingga penggal habis untuk memastikan peruntukan untuk rakyat dapat disampaikan," katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk Kenapa saya berhenti PAS, di Bernama TV malam tadi.

Dalam sidang media semalam, Khairuddin yang juga bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi mengumumkan permohonan berhenti daripada menjadi ahli PAS dan berkata telah mengemukakannya kepada setiausaha agung parti, Takiyuddin Hassan
Tidak lama kemudian, Timbalan Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden membangkitkan semula ikrar baiah yang dilafazkan semua calon PAS dalam pilihan raya, yang antara lain menyebut keperluan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen atau Adun jika keluar daripada parti itu.

Bagaimanapun, Khairuddin berkata dia bersedia untuk meletakkan jawatan jika Parlimen membenarkan pertandingan bagi memilih wakil rakyat yang baru diadakan segera.

"(Namun) kalau saya letak jawatan sekarang maka siapa yang akan berkhidmat untuk rakyat dalam tempoh setahun ini?

"Saya menang dengan undi daripada ahli PAS, undi daripada atas pagar, dan sebahagiannya daripada Umno, itu kemenangan yang saya kecapi. Saya perlu berkhidmat untuk mereka yang mengundi saya," katanya lagi.

Mengulas pelawaan Anggota Parlimen Ketereh, Annuar Musa untuknya menyertai Umno, Khairuddin menegaskan bahawa dia tidak akan menyertai parti itu.

869b7030847667d2c3a6fa3923fceb72.jpg

"Saya tidak akan masuk Umno.

"Tetapi Umno adalah rakan kerjasama PAS dalam Muafakat Nasional, maka Umno kekal sebagai rakan muafakat PAS dan saya boleh mesra Umno selagi mana Umno menjadi sebahagian daripada MN ikut dasar parti dan berdasarkan budaya politik matang sejahtera," katanya lagi.

‘Hanya berhenti sementara’
Dalam wawancara semalam, bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu berkata dia hanya "berhenti" sementara daripada parti itu "atas tujuan tertentu" dan akan kembali semula jika masih diterima pada masa akan datang.

Katanya lagi, dia juga tidak mengajak pemimpin dan ahli lain untuk mengikut langkahnya, dan berpesan agar mereka semua kekal bersama PAS.

Cukuplah saya seorang berhenti untuk sementara waktu untuk laksanakan dua, tiga perkara yang perlu...sebagai orang yang berintimak dengan PAS. Bukan pendek masanya, sejak berusia 16 tahun.

"Saya mohon berhenti kerana ada perkara yang saya tak boleh bercakap, tak boleh betulkan selagi saya masih berada dalam PAS. Parti ada peraturan, disiplin yang perlu diikuti," katanya, sambil menambah dia telah bersuara mengikut saluran menerusi Majlis Syura Ulama sebelum ini.

“Maka saya perlu berada di luar parti sementara waktu untuk menyedarkan kepimpinan untuk urus parti cara betul kerana kesilapan urus parti, kesannya kepada apa yang akan dicapai…terutama melibatkan masa depan parti dan ketika hadapi PRU,” katanya.

Tanpa menjelaskan secara khusus, dia berkata pada masa ini ada banyak kecelaruan dalam PAS melibatkan kepimpinan tertinggi.

"Ini bukan cerita di peringkat cawangan, DUN, Parlimen atau pun negeri, tetapi melibatkan pengurusan parti di peringkat pusat," katanya lagi.

Melihat dari latar belakang, pengalaman dan kelayakan beliau. tak ada isu jika Yang Berhormat Ustaz Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali AT-TAKIRI berhenti dari arena politik.
 
Khairuddin dakwa kerjasama PN tak ikut perlembagaan PAS​

March 16, 2022 8:00 AM

MOHD_KHAIRUDDIN_AMAN_RAZALI_PAS_KUALA_NERUS_TERENGGANU_MENTERI_PERUSHAHAN_PERLADANGAN_KOMODITI...jpg

Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, PAS tidak mengikut perlembagaan parti berhubung kerjasama Perikatan Nasional.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa PAS melanggar perlembagaan parti itu berhubung kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Beliau yang keluar daripada PAS kelmarin berkata, kerjasama berkenaan tidak melalui proses penyediaan kertas kerja dan rundingan bersama kepimpinan tertinggi parti itu.

“Dalam PN tak ikut lunas perlembagaan parti, dia (presiden hanya) tandatangan surat…dengan mesyuarat dua, tiga orang sahaja.

“Tandatangan tanpa bawa ke Jawatankuasa PAS Pusat, tanpa kertas kerja ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, tanpa dibawa ke Majlis Syura Ulama untuk dibahaskan, untuk dilihat dari segi siasah syariah, maqasid syariah belum setuju dah lulus. Ini kesilapan,” katanya dalam temu bual disiarkan Bernama TV malam tadi.

Khairuddin berkata, PAS cuba mengekalkan Muafakat Nasional (MN) “hanya di mulut” namun kecenderungan sebenar ialah mahu bersama PN.

Beliau mendakwa ketika menjawat jawatan setiausaha Majlis Syura Ulama, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin turut meminta beliau membuat kertas kerja berkaitan hala tuju parti dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, dalam kertas kerja itu, beliau menggariskan cara untuk menyekat kemaraan Pakatan Harapan (PH) ialah dengan PAS mengikat hubungan bersama Umno dan Bersatu.

“Bahkan bila sebut dalam kertas kerja, kena betulkan bab PN yang tidak dibuat ikut lunas parti, maka presiden letak kesalahan kertas kerja kepada saya.

“Itu kertas kerja Majlis Syura Ulama dan dikritik Majlis Syura Ulama dalam Jawatankuasa PAS Pusat. Bagaimana presiden menyalahkan Majlis Syura Ulama dalam satu medan yang bukan medannya. Yang patut kritik dalam Majlis Syura Ulamalah, bukan dalam Jawatankuasa PAS Pusat. Ini yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu berbeza dengan rundingan MN yang dimeterai bersama Umno sebelum ini dengan mengikut saluran sewajarnya.

“Dasar parti sangat hebat, bermula kertas kerja peringkat Jawatankuasa PAS Pusat, dibawa ke Majlis Syura Ulama berkaitan kerjasama dengan parti lain, setelah dipersetujui Majlis Syura Ulama, dibawa ke dua kali Muktamar PAS pada 2018 dan 2019.

“Akhirnya setuju untuk tubuhkan MN. Draf dibawa ke Jawatankuasa PAS Pusat, dibawa ke Majlis Syura Ulama, turunkan ke Pusat untuk dibetulkan, dibawa (semula) ke Majlis Syura, barulah ditandatangani di depan pimpinan PAS dan Umno di PWTC pada 14 Sept 2019.
“Ini contoh proses dalam parti, tapi apa berlaku dalam PN?” soalnya.

Back
Top
Log in Register