Maestro
Legendary Member

- Messages
- 12,671
- Joined
- Nov 11, 2009
- Messages
- 12,671
- Reaction score
- 4,669
- Points
- 261
Baik sekarang x semestinya baik akan datang...bang mat pn dulu kamceng dgn ayoh chikMB ganu blh bertahan lg. Diakn baik dgn ayoh chik
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.

Baik sekarang x semestinya baik akan datang...bang mat pn dulu kamceng dgn ayoh chikMB ganu blh bertahan lg. Diakn baik dgn ayoh chik

Bang mat ketegaqBaik sekarang x semestinya baik akan datang...bang mat pn dulu kamceng dgn ayoh chik




Jalan masuk ada jln kluar matiHashim Jasin berkata ahli PAS yang dipilih menjadi calon pilihan raya perlu berikrar untuk taat kepada hukum Allah dan patuh arahan pucuk pimpinan parti.
Istiqamah, pegang baiah, Mursyidul Am PAS pesan kepada Ahli Parlimen, ADUN
March 15, 2022 1:10 PM
![]()
Mursyidul Am PAS Hashim Jasin mengingatkan pemimpin parti itu supaya terus istiqamah dalam perjuangan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Ahli Parlimen dan ADUN PAS digesa terus istiqamah dalam perjuangan dan tidak melupakan ikrar (baiah) yang telah diungkapkan sebelum dipilih menjadi calon dulu.
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, memberi pesanan itu susulan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali mengumumkan keluar daripada PAS dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas, semalam.
“Walaupun Khairuddin telah isytihar keluar PAS saya harap Ahli-ahli Parlimen PAS, begitu juga ADUN beristiqamahlah dalam perjuangan ni.
“Peganglah kepada perjanjian kita masa dipilih menjadi calon dulu dan teruskan perjuangan ini,” katanya kepada FMT.
Hashim berkata, setiap ahli PAS yang dipilih menjadi calon dalam pilihan raya perlu berikrar untuk taat kepada Allah dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Mereka juga tidak boleh menggunakan wang elaun ahli dewan tersebut setelah meletak jawatan atau dipecat.
“Memanglah. Nak jadi calon tu dia ada baiah. Baiah tu (bermaksud) kalau saya keluar daripada perjuangan PAS ini, segala hasil elaun dia tak boleh makan. Baiah terpakai untuk semua pemimpin PAS, dia bersumpah dengan nama Allah, itu adalah baiah.
“Saya difahamkan Takiri (Khairuddin) akan bayar semua,” katanya.
Bekas ADUN Sanglang itu juga tidak menolak kemungkinan tindakan Khairuddin itu selepas digugurkan sebagai ahli Jawatankuasa Pusat PAS awal tahun ini.
Menurutnya, Khairuddin telah menyatakan hasrat itu ketika perbincangan bersama pimpinan PAS mengenai keputusan tersebut.
“Ya, dia letak jawatan setelah berbincang. Perbincangan dengan pihak tertinggi PAS. Pihak tertinggi memang dah tahu dia nak keluar parti,” katanya.
Sebelum ini Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendakwa pengguguran itu dibuat atas sebab disiplin, namun tidak menghuraikannya.
Khairuddin memenangi kerusi Parlimen Kuala Nerus pada 2013 dan mengekalkannya pada PRU 2018. Beliau pernah menjawat jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ketika pentadbiran PH.
![]()
Istiqamah, pegang baiah, Mursyidul Am PAS pesan kepada Ahli Parlimen, ADUN
Hashim Jasin berkata ahli PAS yang dipilih menjadi calon pilihan raya perlu berikrar untuk taat kepada hukum Allah dan patuh arahan pucuk pimpinan parti.www.freemalaysiatoday.com







Politik pangkat tu mcm Scheme of Things ke bukan?'Politik wang dan pangkat diharamkan dalam PAS' - Hadi Awang
Mac 15, 2022 @ 3:32pm
Tan Sri Abdul Hadi Awang. -NSTP/ARKIB![]()
KUALA LUMPUR: Parti politik Islam di negara ini wajib mewujudkan kumpulan Islam yang beristiqamah di atas prinsip aqidah, syariah dan akhlak, seperti bahtera yang kukuh dan betul perjalanannya dengan berprinsip.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata sesiapa yang cuba untuk mengubah hala tuju atau menebuk bahtera itu untuk ditenggelamkan, akan dicampak keluar atau tercampak sendiri dengan kehendak Allah yang sentiasa memelihara agama-Nya.
Kenyataan itu dikeluarkan Abdul Hadi melalui Facebooknya, hari ini, sehari selepas Ahli Parlimen Kuala Nerus dari PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, mengumumkan keluar daripada parti itu, berkuat kuasa semalam.
Abdul Hadi berkata, PAS bukan sekadar mencari publisiti bagi memenangi pilihan raya dan mendapat kerusi atau jawatan tanpa prinsip dan akhlak, apatah lagi membisu terhadap kemungkaran dan perpecahan yang memburukkan keadaan umat dengan menipu masyarakat umum.
"PAS berusaha ke arah perpaduan umat Islam dan manusia, termasuk mereka yang bukan Islam dalam masyarakat majmuk melalui Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), UMNO dan lain-lain, bagi menegakkan konsep keadilan kepada semua dan menentang segala salah laku serta salah tadbir urus.
"PAS menentang segala keburukan dan kemungkaran seperti rasuah, salah tadbir urus serta salah laku yang berleluasa, maka PAS tidak boleh berta'awun bagi tujuan yang salah dan terpesong daripada prinsipnya walaupun ditawarkan kerusi, jawatan, harta dan sebagainya.
"Politik wang dan pangkat diharamkan dalam PAS. Ahlinya yang setia tetap beristiqamah dan bersabar, walaupun tidak mendapat sokongan masyarakat yang tidak memahami," katanya.
Ketika mengumumkan keputusannya keluar daripada PAS, Mohd Khairuddin yang juga bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) PAS enggan mendedahkan alasan berhubung pendiriannya itu, selain menegaskan beliau akan menjadi Ahli Parlimen Bebas.
Ditanya sama ada tindakannya itu dibuat berdasarkan pendedahannya berhubung cadangan kerjasama PN dan Pakatan Harapan (PH), bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu bagaimanapun menyifatkan ia hanyalah tanggungjawabnya untuk memberi teguran kepada PAS.
Pada 11 Februari lalu, Abdul Hadi mengesahkan, Mohd Khairuddin digugurkan daripada jawatan Setiausaha MSU dan sebelum itu, digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat kerana dikatakan mempunyai masalah disiplin serta berkaitan perkara dalaman parti itu.
Mohd Khairuddin sebelum ini berkata, dakwaan mengenai kecenderungannya kepada kerjasama PAS dan UMNO melalui Muafakat Nasional (MN), berbanding dengan BERSATU melalui PN adalah tidak benar dan beliau hanya berpegang kepada keputusan yang dibuat MSU PAS iaitu memperkasa PN dan MN.
Abdul Hadi berkata, MSU diberikan kuasa untuk mempertahankan pelaksanaan Fasal 3 dan 7 Perlembagaan PAS bagi mengawal segala pendekatan serta strategi yang diberikan hak kepada AJK PAS Pusat dan segala cabangnya supaya tidak terpesong.
"Tidak diizinkan kepada sesiapa dan mana-mana pihak bagi merungkai dasar itu dengan akalnya yang cetek, jauh sekali merombak atau merobohkannya, sama ada dari dalam atau anasir luar yang mahu merosakkan asas dan matlamat perjuangan PAS," katanya.









Inilah yg kesilapannya yg cuba dia cover up dan jiwa yg telah terbabas jauh dr landasan hanya kerana dia dah di zon selesaAhli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa kepimpinan tertinggi Pas mutakhir ini membuat keputusan bercanggah dengan dasar dan perlembagaan parti.
#AWANInews #AWANI745
Pemimpin Pas buat keputusan bercanggah dengan dasar parti - Khairuddin
Mac 15, 2022 23:13 MYT
![]()
Khairuddin menjelaskan antara keputusan bercanggah dengan dasar Pas ialah penubuhan Perikatan Nasional (PN) yang tidak mengikut prosedur yang sepatutnya. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa kepimpinan tertinggi Pas mutakhir ini membuat keputusan bercanggah dengan dasar dan perlembagaan parti.
Beliau mendakwa keputusan yang datang dari proses yang salah akan memberi kesan kepada ahli-ahli Pas yang sangat setia kepada parti.
Khairuddin menjelaskan antara keputusan bercanggah dengan dasar Pas ialah penubuhan Perikatan Nasional (PN) yang tidak mengikut prosedur yang sepatutnya.
"Menjadi dasar parti ialah kerjasama melalui Muafakat Nasional. Ini adalah dasar parti yang dibuat dengan sangat hebat.
"Bermula dengan kertas kerja oleh Jawatankuasa Pas Pusat kemudiannya dibawa ke Majlis Syura Ulamak dan diluluskan kemudian dibawa ke Muktamar Pas Pusat sebanyak dua kali pada 2018 dan 2019.
"Akhirnya kita bersetuju untuk menubuhkan Muafakat Nasional dan draf Muafakat Nasional dibawa ke Jawatankuasa Pas Pusat, selepas itu dibawa ke Majlis Syura.
"Deraf itu kemudiannya dibetulkan oleh Jawatankuasa Pas Pusat dan dibawa sekali lagi ke Majlis Syura barulah ditandatangani di hadapan ahli-ahli Pas dan UMNO pada 14 Sept 2019 di PWTC.
"Ini proses yang mengikut perlembagaan parti. Tetapi apa yang berlaku dengan Perikatan Nasional. Perikatan Nasional ditubuhkan tidak mengikut lunas perlembagaan parti.
"Hanya dengan tandatangan oleh Presiden dengan nasihat dua tiga orang sahaja. Tanpa dibawa ke Dewan Harian Pas, tanpa dibawa ke Majlis Syura. Belum dipersetujui sudah ditubuhkan. Ini contoh kesilapan,"katanya dalam satu temu bual yang disiarkan di Bernama TV.
Beliau mendakwa kesilapan tersebut didiamkan dan telah cuba dibetulkan di peringkat dalaman dengan mengambil sikap membetulkan kesilapan pengurusan.
Namun akhirnya, dakwa Khairuddin kerana ingin membetulkan apa yang disifatkan satu kesilapan yang melibatkan masa depan parti, beliau telah disingkirkan dari barisan kepimpinan Pas.
Justeru, beliau menyeru pemimpin dan ahli-ahli Pas yang sayangkan parti agar mengambil sikap menegur kepimpinan yang ada.