BTC USD 86,150.3 Gold USD 4,156.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairuddin keluar PAS

IMG_20220315_000633.jpg

Pemimpin PAS memang tak boleh ditegur.. boleh kena buang mcm Husam.. Nak bela diri pun tak dbagi peluang.. Tapi PAS boleh pula tegur cara tak beretika, buat tajuk forum semata mata nak tegakn pendapat sendiri.Guna nama orang sesuka hati.

Lepas tu tuan punya badan nak berucap tak bagi utk bela diri.. PAS Nak ajak debat tapi wakil PAS sendiri yang mengatur acara debat kat luar negara dalam tempoh singkat yg tak ada peluang pihak dijemput mengatur masa sesuai dan buat perbincangan awal.

Bolehlah tengok2 santai2 video kat bawah. Nak lagi menarik boleh tengok perangai mcm ustaz budak dlm PAS, berdegar degar ajak orang debat, last sendiri taknak debat dengan mcm2 alasan.


Husam sumbu pelita tu........ Kalau dia tegur aku pun tak mau dengar............ Dia punya Betui tu dia je yg faham........
 
Mcm ni lah selalu terjadi kat orang PAS bila guna dalil.. dia tak konsisten.. keluar PAS masuk amanah dikira perpecahan yg menggembirakan orang kafir, masuk UMNO sokong MN masih dikira penyatuan ummah yg menyebabkan Malaikat bersorak dn bertakbir.. tu contoh.
mana ada org bukan Islam gembira dgn perpaduan Islam - itu fakta.
 
Kata Annuar, Khairuddin diketahui disisih beberapa kali dalam partinya dan berdepan beberapa isu lain.

1647318502445.png


Annuar Musa ajak Khairuddin berjuang bersama Umno

Diterbitkan: Mar 15, 2022 8:00 AM
⋅
Dikemaskini: 12:17 PM



Susulan keluar daripada PAS anggota Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali dipelawa agar meneruskan perjuangan bersama Umno.
Pelawaan itu diutarakan Anggota Parlimen Ketereh, Annuar Musa, yang menyifatkan berita Khairuddin keluar PAS sebagai tidak mengejutkan.

Malah kata Annuar, Khairuddin diketahui disisih beberapa kali dalam partinya dan berdepan beberapa isu lain.
"Saya yakin dia seorang ahli parlimen yang kental semangatnya.

"Sebagai rakan ahli parlimen saya berharap beliau mempertimbangkan untuk terus berjuang menerusi wadah Umno dan BN pula, insya-Allah," kata Annuar dalam hantaran di Facebook, semalam.

42fbfb679a28aa31270e1b6b4e09fcaa.jpg
Khairuddin Aman Razali

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Khairuddin yang juga bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi memohon untuk keluar daripada PAS.

Bagaimanapun dia tidak menyatakan alasan tindakan itu diambil, namun sejak kebelakangan ini dia sering mengkritik pendekatan PAS termasuk ketika berkempen sempena pilihan raya negeri PRN (Johor).


 
1647318619203.png


'Siapa cuba tebuk, ubah hala tuju bahtera PAS akan tercampak keluar'

Diterbitkan: Mar 15, 2022 12:28 PM
⋅
Dikemaskini: 12:28 PM




Mana-mana pihak yang cuba untuk mengubah hala tuju PAS atau cuba untuk “menenggelamkannya”, akan tersingkir daripada parti, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Jelas Hadi, PAS berdiri atas prinsip dan dasar tersendiri- menjadikan Islam sebagai akidah perjuangan, serta sunah, ijmak dan qias sebagai hukum tertinggi - yang dijaga Majlis Syura Ulama (MSU), manakala AJK PAS pusat pula mentadbir mengatur pengurusan serta strateginya.
Peranan MSU dan AJK PAS pusat itu, kata Abdul Hadi, tidak boleh dilaga-lagakan oleh mana-mana pihak kerana sempadannya telah ditetapkan mengikut perlembagaan parti, selain adab berjemaah yang telah ditarbiah kepada ahli.

“Tidak diizinkan kepada sesiapa dan mana-mana pihak bagi merungkai dasar tersebut dengan akalnya yang cetek, jauh sekali merombak atau merobohkannya sama ada dari dalam ataupun anasir luar yang mahu merosakkan asas dan matlamat perjuangan PAS.




“[...] Sesiapa yang gagal dalam tarbiahnya, maka akan tersingkir atau disingkirkan,” katanya dalam catatan Minda Presiden di Facebooknya.

Tegas ahli parlimen Marang itu, hanya orang yang sabar, dapat terus bersama PAS, manakala yang tidak ikhlas dan istiqamah atau gopoh untuk menang sehingga mengambil pendekatan pintas yang terpesong sehingga terpesong, akan tersingkir.

“Keadaan ini berlaku sama ada kerana kebodohan dirinya ataupun digoda oleh pelbagai pihak sepanjang perjalanannya.

“[...] Kita wajib mewujudkan kumpulan Islam yang beristiqamah di atas prinsip akidah, syariah, dan akhlak supaya dipelihara oleh Allah laksana bahtera yang kukuh dan betul perjalanannya yang berprinsip.

“Sesiapa yang mencuba untuk mengubah hala tujunya atau menebuknya bagi ditenggelamkan, nescaya akan dicampak keluar atau tercampak sendiri dengan kehendak Allah yang sentiasa memelihara agama-Nya (Islam),” kata Abdul Hadi lagi.

Catatan itu dikeluarkan di kala isu permohonan Anggota Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali untuk keluar dari PAS hangat diperdebatkan.

Khairuddin sejak kebelakangan ini lantang mengkritik pendekatan PAS termasuk langkah pemimpin yang menyerang Umno ketika berkempen dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor, yang menyaksikan Umno-BN menang besar.

Dia dilihat sebagai tokoh dalam PAS yang cenderung kepada kerjasama Muafakat Nasional (MN) bersama Umno, berbanding bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).

Khairuddin sebelum ini digugurkan daripada anggota jawatankuasa (AJK) PAS. Jawatankuasa pusat PAS juga menarik balik pencalonannya sebagai anggota MSU, menyebabkan kelayakannya sebagai setiausaha badan itu terbatal.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, PAS mempunyai banyak pengalaman sejak sebelum merdeka lagi, sehinggalah kini ia mengambil pendekatan demokrasi tanpa kekerasan dan masyarakat bersaudara walaupun bermasyarakat majmuk.

“Usaha pihak yang mahu merosakkan pendekatan ini dapat disingkirkan sepanjang perjalanannya, sehingga PAS langsung tidak rebah tersungkur.

“Mereka yang tersungkur ialah mereka yang mengacau perjalanannya, sama ada yang menipu, ekstrem, ataupun tiada kebijaksanaan,” katanya lagi.




 

Abdul Hadi Awang​

4j ·

Minda Presiden PAS

KERJASAMA BERPRINSIP

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang berprinsip Islam mewajibkan supaya tidak berganjak dengan dasarnya yang termaktub dalam Perlembagaan PAS di bawah Majlis Syura Ulama (MSU). MSU diberikan kuasa untuk mempertahankan pelaksanaan Fasal 3 dan 7 bagi mengawal segala pendekatan dan strategi yang diberikan hak kepada Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat dan segala cabangnya supaya tidak terpesong.

Tidak diizinkan kepada sesiapa dan mana-mana pihak bagi merungkai dasar tersebut dengan akalnya yang cetek, jauh sekali merombak atau merobohkannya sama ada dari dalam ataupun anasir luar yang mahu merosakkan asas dan matlamat perjuangan PAS.

Tidak diizinkan juga mencelarukan peranan MSU yang menjaga dasar dan prinsip, manakala AJK PAS Pusat yang mentadbir dan mengatur pengurusan dan strateginya. Bahkan, Fasal 26 (9)(m) Perlembagaan PAS juga menjelaskan antara tugas-tugas AJK PAS Pusat adalah pada amnya menjalankan tugas dan arahan-arahan oleh Presiden serta melaksanakan apa saja usaha untuk kemajuan parti akan keutuhan umat Islam.

Fasal 3 dan 7 itu ialah Islam menjadi aqidah perjuangan dan hukum tertingginya ialah Kitabullah (al-Quran), Sunnah Rasul, Ijma‘ Ulama’, dan Qiyas. Namun, tidak boleh berlawanan antara MSU dengan AJK PAS Pusat dan tidak boleh dilagakan oleh mana-mana pihak kerana diketahui sempadan masing-masing mengikut perlembagaan dan adab berjemaah yang ditarbiah. Sesiapa yang gagal dalam tarbiahnya, maka akan tersingkir atau disingkirkan.

PAS banyak pengalamannya sejak ditubuhkan sebelum kemerdekaan lagi, ketika ramai yang menyerah kalah kepada penjajah dan ada yang paling ekstrem melawannya. Sehingga dalam arena politik selepas merdeka, PAS mengambil pendekatan konsep demokrasi tanpa kekerasan dalam negara sendiri dan masyarakat bersaudara walaupun bermasyarakat majmuk.

PAS juga mengambil pendekatan bermuamalat dengan pihak lain daripada jemaahnya, sama ada Islam ataupun bukan Islam. Usaha pihak yang mahu merosakkan pendekatan ini dapat disingkirkan sepanjang perjalanannya, sehingga PAS langsung tidak rebah tersungkur.

Mereka yang tersungkur ialah mereka yang mengacau perjalanannya, sama ada yang menipu, ekstrem, ataupun tiada kebijaksanaan.
Fiqh politik Islam mengajar beberapa amalan seperti baiah (bersetia), mu‘ahadah (berjanji), dan islah (berdamai) dengan kumpulan Islam secara khusus bagi mendapatkan jumlah anggota jemaah yang dituntut oleh amalan demokrasi dan mengukuhkan ikatan saf perjuangan Islam yang sama-sama diimani. PAS tidak menganggap jemaahnya sahaja yang berhak menegakkan Islam, malah apa yang penting adalah tidak memecahkan saf perjuangan Islam tersebut.

Pada masa yang sama, PAS menjalinkan hubungan dengan kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem bagi membanyakkan sokongan kepada kebaikan bersama dalam kehidupan bermasyarakat majmuk. Firman Allah SWT:
﴿۞عَسَى ٱللَّهُ أَن يَجۡعَلَ بَيۡنَكُمۡ وَبَيۡنَ ٱلَّذِينَ عَادَيۡتُم مِّنۡهُم مَّوَدَّةٗۚ وَٱللَّهُ قَدِيرٞۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ٧ لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ٩﴾
“Mudah-mudahan, Allah menimbulkan kasih sayang antara kalian dengan orang-orang yang kalian musuhi antara mereka. Dan Allah adalah Maha Kuasa. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (7) Allah tidak melarang kalian untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangi kalian kerana agama dan tidak (pula) mengusir kalian dari negeri kalian. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (8 ) Sesungguhnya, Allah hanya melarang kalian menjadikan sebagai kawan kalian orang-orang yang memerangi kalian kerana agama dan mengusir kalian dari negeri kalian, dan membantu (orang lain) untuk mengusir kalian. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” (Surah al-Mumtahanah: 7–9)
Semua pendekatan tersebut ditunjukkan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dengan pihak lain yang dinamakan himayah (perlindungan), tahaluf (persefahaman), dan ta‘awun (tolong-menolong).

Dalam semua bentuk atau pendekatan kerjasama itu, wajib berpegang kepada prinsip asas yang menjadi sempadan yang tidak boleh berganjak. Apabila sudah terkeluar dari sempadan itu, maka wajib diperbetulkan. Jika tidak, maka hendaklah diputuskan hubungan, termasuk dengan sesama kumpulan Islam sendiri yang terpesong dari segi fikrah sehingga melakukan kekerasan.

Firman Allah SWT:
﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا٥٩﴾
“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul, dan Uli al-Amr antara kalian. Kemudian, jika kalian berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kalian benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagi kalian) dan lebih baik akibatnya.” (Surah al-Nisa’: 59)
Uli al-Amr itu ialah para umara (pemimpin) dan ulama (ilmuwan Islam). Firman Allah SWT lagi:
﴿وَإِن طَآئِفَتَانِ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱقۡتَتَلُواْ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَهُمَاۖ فَإِنۢ بَغَتۡ إِحۡدَىٰهُمَا عَلَى ٱلۡأُخۡرَىٰ فَقَٰتِلُواْ ٱلَّتِي تَبۡغِي حَتَّىٰ تَفِيٓءَ إِلَىٰٓ أَمۡرِ ٱللَّهِۚ فَإِن فَآءَتۡ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَهُمَا بِٱلۡعَدۡلِ وَأَقۡسِطُوٓاْۖ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ٩﴾
“Dan kalau ada dua golongan daripada mereka yang beriman itu berperang, hendaklah kalian damaikan antara kedua-duanya! Akan tetapi, kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kalian perangi sampai surut kembali kepada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara kedua-duanya menurut keadilan, dan hendaklah kalian berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.” (Surah al-Hujurat: 9)

Dalam keadaan yang paling lemah sekalipun ketika Marhalah Makkiyyah, semasa umat Islam masih belum memiliki negara yang berkuasa, Rasulullah SAW dan para sahabat RA membatalkan himayah dan tahaluf yang diberikan oleh kalangan keluarga mereka dan para pemimpin Makkah yang bukan Islam apabila diminta membatalkan perjuangan Islam walaupun ditawarkan takhta dan harta. Sabda Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya, Abu Talib:
يَا عَمُّ، ‌وَاَللَّهِ ‌لَوْ ‌وَضَعُوا ‌الشمسَ ‌فِي ‌يَمِينِي، ‌والقمرَ ‌فِي ‌يَسَارِي عَلَى أَنْ أَتْرُكَ هَذَا الْأَمْرَ حَتَّى يُظهره اللَّهُ، أَوْ أَهْلِكَ فِيهِ مَا تَرَكْتُهُ.
“Wahai bapa saudara kesayanganku! Demi Allah, kalau mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini (Islam), sehingga Allah memenangkannya atau aku mati dalam perjuangannya, nescaya aku tidak meninggalkannya sekali-kali!” (Ibn Hisham, al-Sirah al-Nabawiyyah, jld. 1, ms. 240)

Akhirnya, Abu Talib berjanji untuk terus mempertahankan Rasulullah SAW. Peristiwa ini menunjukkan ketegasan kepada prinsip dan pendekatan yang anjal (fleksibel).

Terkini, PAS memperkenalkan pendekatan ta‘awun (kerjasama) dengan parti-parti Melayu Islam, bumiputera, dan bukan Islam yang tidak ekstrem berkonsepkan firman Allah SWT:
﴿... وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ٢﴾
“...Dan tolong-menolonglah kalian dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Dan bertaqwalah kalian kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya.” (Surah al-Ma’idah: 2)
Itulah dua pendekatan yang nyata: Bertolong-menolong dalam perkara kebajikan dan taqwa (mentaati Allah) serta tidak bertolong-menolong dalam perkara kejahatan dan permusuhan. Perkara ini berkonsepkan amar ma‘ruf dan nahi munkar.

PAS berusaha ke arah perpaduan umat Islam dan umat manusia, termasuk mereka yang bukan Islam dalam masyarakat majmuk melalui Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), dan lain-lain. Hal ini adalah bagi menegakkan konsep keadilan kepada semua dan menentang segala salah laku dan salah tadbir urus.

PAS menentang segala keburukan dan kemungkaran seperti rasuah, salah tadbir urus, dan salah laku yang berleluasa. Maka, PAS tidak boleh berta‘awun bagi tujuan yang salah dan terpesong daripada prinsipnya walaupun ditawarkan kerusi, jawatan, harta, dan sebagainya.
Politik wang dan pangkat diharamkan dalam PAS. Ahlinya yang setia tetap beristiqamah dan bersabar, walaupun tidak mendapat sokongan masyarakat yang tidak memahami.

PAS berwawasan keredaan Allah daripada dunia sehingga akhirat, bukan sekadar mencari publisiti bagi memenangi pilihan raya dan mendapat kerusi atau jawatan tanpa prinsip dan akhlak. Lebih-lebih lagi jika membisu terhadap kemungkaran dan perpecahan yang memburukkan keadaan umat dengan menipu masyarakat umum.

PAS dan pendukungnya yang setia, sedia bersabar walaupun memakan masa yang panjang kerana pesanan Rasulullah SAW:
"مَنِ ‌الْتَمَسَ ‌رِضَى ‌اللَّهِ ‌بِسَخَطِ ‌النَّاسِ رَضِيَ الله تعالى عَنْهُ وَأَرْضَى النَّاسَ عَنْهُ وَمَنِ الْتَمَسَ رِضَا النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ سَخَطَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَأَسْخَطَ عليه الناس".
“Sesiapa yang mencari keredaan Allah walaupun dimarahi oleh manusia, nescaya Allah meredainya dan Allah menjadikan manusia meredainya. Sesiapa yang mencari keredaan manusia sahaja walaupun dimurkai oleh Allah, nescaya Allah memurkainya dan Allah menjadikan manusia memarahinya.” (Riwayat Ibn Hibban 276)

Hanya mereka yang sabar dan beristiqamah dapat melangsungkan perjuangan ini bersama PAS. Mereka yang tidak ikhlas dan istiqamah akan terkeluar atau dikeluarkan daripada PAS. Allah SWT menceritakan doa Nabi Musa AS dan syarat diperkenankan doa Baginda:
﴿وَقَالَ مُوسَىٰ رَبَّنَآ إِنَّكَ ءَاتَيۡتَ فِرۡعَوۡنَ وَمَلَأَهُۥ زِينَةٗ وَأَمۡوَٰلٗا فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّواْ عَن سَبِيلِكَۖ رَبَّنَا ٱطۡمِسۡ عَلَىٰٓ أَمۡوَٰلِهِمۡ وَٱشۡدُدۡ عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ فَلَا يُؤۡمِنُواْ حَتَّىٰ يَرَوُاْ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَلِيمَ٨٨ قَالَ قَدۡ أُجِيبَت دَّعۡوَتُكُمَا فَٱسۡتَقِيمَا وَلَا تَتَّبِعَآنِّ سَبِيلَ ٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ٨٩﴾
“Musa berkata: ‘Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah memberi Firaun dan pemuka-pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia, ya Tuhan Kami – akibatnya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan Engkau. Ya Tuhan kami, binasakanlah harta benda mereka, dan kunci matilah hati mereka, maka mereka tidak beriman hingga mereka melihat seksaan yang pedih.’ (88) AlIah berfirman: ‘Sesungguhnya, telah diperkenankan permohonan kalian berdua, sebab itu tetaplah kalian berdua (beristiqamah) di jalan yang lurus dan janganlah sekali-kali kalian mengikuti jalan orang-orang yang tidak mengetahui.’ (89)” (Surah Yunus: 88–89)
Para ulama menceritakan bahawa jarak masa kemenangan yang dijanjikan adalah selama 40 tahun.

Orang yang tidak mengetahui keadaan ini, sama ada dia mahu kemenangan yang gopoh ataupun tidak percaya kepada janji kemenangan sehingga tidak istiqamah, lalu mengambil pendekatan pintas yang terpesong daripada prinsip dan matlamat perjuangan. Keadaan ini berlaku sama ada kerana kebodohan dirinya ataupun digoda oleh pelbagai pihak sepanjang perjalanannya.

Maka, PAS teguh dan tegas dalam pelaksanaan disiplin jemaah yang dilaksanakan. Oleh kerana itu, berlakulah perkara yang dinyatakan oleh Allah:
﴿لَوۡ كَانَ عَرَضٗا قَرِيبٗا وَسَفَرٗا قَاصِدٗا لَّٱتَّبَعُوكَ وَلَٰكِنۢ بَعُدَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلشُّقَّةُۚ وَسَيَحۡلِفُونَ بِٱللَّهِ لَوِ ٱسۡتَطَعۡنَا لَخَرَجۡنَا مَعَكُمۡ يُهۡلِكُونَ أَنفُسَهُمۡ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ إِنَّهُمۡ لَكَٰذِبُونَ٤٢﴾
“Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: ‘Jikalau kami sanggup, tentulah kami berangkat bersama-sama kalian.’ Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya, mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.” (Surah al-Tawbah: 42)

Kita melakukan penapisan terhadap apa yang zahir dan dapat dipandang sahaja. Apa yang tersembunyi, maka Allah yang menapisnya bagi membersihkan jemaah yang benar-benar menegakkan Islam yang diredai-Nya.

Kita mengharapkan supaya kita mencapai ciri-ciri kumpulan Islam yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bertahan dan beristiqamah di atas prinsipnya yang teguh:
«‌لَا ‌تَزَالُ ‌طَائِفَةٌ ‌مِنْ ‌أُمَّتِي ‌قَائِمَةً ‌بِأَمْرِ ‌اللهِ، ‌لَا ‌يَضُرُّهُمْ ‌مَنْ ‌خَذَلَهُمْ ‌أَوْ ‌خَالَفَهُمْ، حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ وَهُمْ ظَاهِرُونَ عَلَى النَّاسِ»
“Tetap ada satu kumpulan dalam kalangan umatku mereka yang bangkit menegakkan perintah Allah (bagi menegakkan agama-Nya), mereka tidak boleh dimudaratkan (dihapuskan) oleh kalangan yang mengecewakan atau melawan mereka, sehingga datangnya ketentuan Allah (kemenangan) dalam keadaan mereka terus-menerus menzahirkan diri mereka di tengah-tengah khalayak manusia.” (Riwayat Muslim 1037 dan Ahmad 16932)

Kita wajib mewujudkan kumpulan Islam yang beristiqamah di atas prinsip aqidah, syariah, dan akhlak supaya dipelihara oleh Allah laksana bahtera yang kukuh dan betul perjalanannya yang berprinsip. Sesiapa yang mencuba untuk mengubah hala tujunya atau menebuknya bagi ditenggelamkan, nescaya akan dicampak keluar atau tercampak sendiri dengan kehendak Allah yang sentiasa memelihara agama-Nya (Islam).

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 12 Sha‘ban 1443 / 15 Mac 2022
 
1647318619203.png


'Siapa cuba tebuk, ubah hala tuju bahtera PAS akan tercampak keluar'

Diterbitkan: Mar 15, 2022 12:28 PM
⋅
Dikemaskini: 12:28 PM




Mana-mana pihak yang cuba untuk mengubah hala tuju PAS atau cuba untuk “menenggelamkannya”, akan tersingkir daripada parti, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Jelas Hadi, PAS berdiri atas prinsip dan dasar tersendiri- menjadikan Islam sebagai akidah perjuangan, serta sunah, ijmak dan qias sebagai hukum tertinggi - yang dijaga Majlis Syura Ulama (MSU), manakala AJK PAS pusat pula mentadbir mengatur pengurusan serta strateginya.
Peranan MSU dan AJK PAS pusat itu, kata Abdul Hadi, tidak boleh dilaga-lagakan oleh mana-mana pihak kerana sempadannya telah ditetapkan mengikut perlembagaan parti, selain adab berjemaah yang telah ditarbiah kepada ahli.

“Tidak diizinkan kepada sesiapa dan mana-mana pihak bagi merungkai dasar tersebut dengan akalnya yang cetek, jauh sekali merombak atau merobohkannya sama ada dari dalam ataupun anasir luar yang mahu merosakkan asas dan matlamat perjuangan PAS.




“[...] Sesiapa yang gagal dalam tarbiahnya, maka akan tersingkir atau disingkirkan,” katanya dalam catatan Minda Presiden di Facebooknya.

Tegas ahli parlimen Marang itu, hanya orang yang sabar, dapat terus bersama PAS, manakala yang tidak ikhlas dan istiqamah atau gopoh untuk menang sehingga mengambil pendekatan pintas yang terpesong sehingga terpesong, akan tersingkir.

“Keadaan ini berlaku sama ada kerana kebodohan dirinya ataupun digoda oleh pelbagai pihak sepanjang perjalanannya.

“[...] Kita wajib mewujudkan kumpulan Islam yang beristiqamah di atas prinsip akidah, syariah, dan akhlak supaya dipelihara oleh Allah laksana bahtera yang kukuh dan betul perjalanannya yang berprinsip.

“Sesiapa yang mencuba untuk mengubah hala tujunya atau menebuknya bagi ditenggelamkan, nescaya akan dicampak keluar atau tercampak sendiri dengan kehendak Allah yang sentiasa memelihara agama-Nya (Islam),” kata Abdul Hadi lagi.

Catatan itu dikeluarkan di kala isu permohonan Anggota Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali untuk keluar dari PAS hangat diperdebatkan.

Khairuddin sejak kebelakangan ini lantang mengkritik pendekatan PAS termasuk langkah pemimpin yang menyerang Umno ketika berkempen dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor, yang menyaksikan Umno-BN menang besar.

Dia dilihat sebagai tokoh dalam PAS yang cenderung kepada kerjasama Muafakat Nasional (MN) bersama Umno, berbanding bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).

Khairuddin sebelum ini digugurkan daripada anggota jawatankuasa (AJK) PAS. Jawatankuasa pusat PAS juga menarik balik pencalonannya sebagai anggota MSU, menyebabkan kelayakannya sebagai setiausaha badan itu terbatal.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, PAS mempunyai banyak pengalaman sejak sebelum merdeka lagi, sehinggalah kini ia mengambil pendekatan demokrasi tanpa kekerasan dan masyarakat bersaudara walaupun bermasyarakat majmuk.

“Usaha pihak yang mahu merosakkan pendekatan ini dapat disingkirkan sepanjang perjalanannya, sehingga PAS langsung tidak rebah tersungkur.

“Mereka yang tersungkur ialah mereka yang mengacau perjalanannya, sama ada yang menipu, ekstrem, ataupun tiada kebijaksanaan,” katanya lagi.





Syukur xda binatang disebut dalam ulasan kali ni...tertunggu tunggu kot2 dapat belajar organisma baru dalam ulasan kali ni...
 
kalau dikirakan, Khairuddin ni punya performance selama ni mmg cukup bagus
dia pun takde create skandal atau involved dlm jenayah

sayang sungguh dia seolah dipersiakan hanya atas sebab political ground yg tak menyamai kehendak pemimpin tertinggi
dia seolah tidak dihargai walau atas pencapaian dia selama ni dlm parti
 
Back
Top
Log in Register