BTC USD 86,460.3 Gold USD 4,142.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairuddin keluar PAS

kalau dikirakan, Khairuddin ni punya performance selama ni mmg cukup bagus
dia pun takde create skandal atau involved dlm jenayah

sayang sungguh dia seolah dipersiakan hanya atas sebab political ground yg tak menyamai kehendak pemimpin tertinggi
dia seolah tidak dihargai walau atas pencapaian dia selama ni dlm parti
Kena terima le, dlm politik ada turun ada naik.............. Jgn sesekali sangka bila kat atas, semua org kena dengar cakap kita...............
 
kalau dikirakan, Khairuddin ni punya performance selama ni mmg cukup bagus
dia pun takde create skandal atau involved dlm jenayah

sayang sungguh dia seolah dipersiakan hanya atas sebab political ground yg tak menyamai kehendak pemimpin tertinggi
dia seolah tidak dihargai walau atas pencapaian dia selama ni dlm parti
Bukan gitu mek
TITM antara yg paling dekat ngan dia
Kerja tip top....tp influencer dia yg too much dan macamana dia tak bole memuaskan hati semua pihak ...begitulah juga semua pihak tak akan dpt memuaskan hati dia
Action dia resigned jd ahli pun dah jadi polimik yg tak sihat dlm jemaah...sokongan siapa dan idea apa yg dia nak paksakan
Dlm pas ni ...nak cari ahli utk pegang jawatan pun susah ...
Ni kes little Napoleon je ni....
Dia tak perlu resign pun kalu dia masih mahu duduk dlm pentas politik....masa dia akan sampai sbb ...dia tu pas punya blue eyes
 
Bukan gitu mek
TITM antara yg paling dekat ngan dia
Kerja tip top....tp influencer dia yg too much dan macamana dia tak bole memuaskan hati semua pihak ...begitulah juga semua pihak tak akan dpt memuaskan hati dia
Action dia resigned jd ahli pun dah jadi polimik yg tak sihat dlm jemaah...sokongan siapa dan idea apa yg dia nak paksakan
Dlm pas ni ...nak cari ahli utk pegang jawatan pun susah ...
Ni kes little Napoleon je ni....
Dia tak perlu resign pun kalu dia masih mahu duduk dlm pentas politik....masa dia akan sampai sbb ...dia tu pas punya blue eyes

tu lah tn barz, saya mmg respect dia ni
kiranya buah pemikiran dia bagus, agak kedepan. sepanjang dia jadi tokoh politik, dia antara yg disegani
ye sepertimana yg tn barz sebut, dia kerja tip top
 
Last edited:
Nwamuso ni pandai2 je ajak masuk meno. Kang marah pulak penyokong pas. Meno curi kerusi pas😁
 
Hashim Jasin berkata ahli PAS yang dipilih menjadi calon pilihan raya perlu berikrar untuk taat kepada hukum Allah dan patuh arahan pucuk pimpinan parti.

Istiqamah, pegang baiah, Mursyidul Am PAS pesan kepada Ahli Parlimen, ADUN​





March 15, 2022 1:10 PM


Pas-Flag-Bendera-Pas-bernama.jpg


Mursyidul Am PAS Hashim Jasin mengingatkan pemimpin parti itu supaya terus istiqamah dalam perjuangan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen dan ADUN PAS digesa terus istiqamah dalam perjuangan dan tidak melupakan ikrar (baiah) yang telah diungkapkan sebelum dipilih menjadi calon dulu.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, memberi pesanan itu susulan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali mengumumkan keluar daripada PAS dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas, semalam.

“Walaupun Khairuddin telah isytihar keluar PAS saya harap Ahli-ahli Parlimen PAS, begitu juga ADUN beristiqamahlah dalam perjuangan ni.
“Peganglah kepada perjanjian kita masa dipilih menjadi calon dulu dan teruskan perjuangan ini,” katanya kepada FMT.



Hashim berkata, setiap ahli PAS yang dipilih menjadi calon dalam pilihan raya perlu berikrar untuk taat kepada Allah dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Mereka juga tidak boleh menggunakan wang elaun ahli dewan tersebut setelah meletak jawatan atau dipecat.

“Memanglah. Nak jadi calon tu dia ada baiah. Baiah tu (bermaksud) kalau saya keluar daripada perjuangan PAS ini, segala hasil elaun dia tak boleh makan. Baiah terpakai untuk semua pemimpin PAS, dia bersumpah dengan nama Allah, itu adalah baiah.
“Saya difahamkan Takiri (Khairuddin) akan bayar semua,” katanya.

Bekas ADUN Sanglang itu juga tidak menolak kemungkinan tindakan Khairuddin itu selepas digugurkan sebagai ahli Jawatankuasa Pusat PAS awal tahun ini.

Menurutnya, Khairuddin telah menyatakan hasrat itu ketika perbincangan bersama pimpinan PAS mengenai keputusan tersebut.
“Ya, dia letak jawatan setelah berbincang. Perbincangan dengan pihak tertinggi PAS. Pihak tertinggi memang dah tahu dia nak keluar parti,” katanya.

Sebelum ini Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendakwa pengguguran itu dibuat atas sebab disiplin, namun tidak menghuraikannya.

Khairuddin memenangi kerusi Parlimen Kuala Nerus pada 2013 dan mengekalkannya pada PRU 2018. Beliau pernah menjawat jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ketika pentadbiran PH.


 
"Keluar parti bukan keluar agama, PAS bukan soal akidah ia hanyalah parti politik," katanya.

1647324251373.png


Mujahid ucap syabas kepada Khairuddin

Diterbitkan: Mar 15, 2022 1:53 PM
⋅
Dikemaskini: 1:53 PM


Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof mengucapkan syabas kepada Anggota Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali yang bertindak keluar daripada PAS.

Menurutnya, keluar parti bukannya keluar agama dan PAS bukannya soal akidah sebaliknya hanyalah parti politik.

"Keluar parti bukan keluar agama, PAS bukan soal akidah ia hanyalah parti politik. Syabas mantan setiausaha Majlis Syura Ulama membuktikan fitnah kepada Amanab tak betul.

"Amanah terbuka kepada sesiapa sahaja, Islam rahmatan lil alamin," katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Sebagai rekod Mujahid yang juga anggota parlimen Parit Buntar merupakan bekas pemimpin PAS yang keluar daripada parti itu susulan pergolakan dalaman pada 2015.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Khairuddin yang juga bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi memohon untuk keluar daripada PAS.

Bagaimanapun dia tidak menyatakan alasan tindakan itu diambil, namun sejak kebelakangan ini dia sering mengkritik pendekatan PAS termasuk ketika berkempen sempena pilihan raya negeri PRN (Johor).

Sebelum ini Khairuddin juga dikaitankan dengan satu rakaman audio yang tular di media sosial yang dikatakan mengkritik kepimpinan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

 
Back
Top
Log in Register