BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tamat Kerjasama Dengan Bersatu, PAS Mungkin Keluar Atau Dikeluarkan Daripada PN - Penganalisis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,162
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,162
Reaction score
346
Points
141

Tamat Kerjasama Dengan Bersatu, PAS Mungkin Keluar Atau Dikeluarkan Daripada PN - Penganalisis​

0ea7f2858cce87c6157890807acc34c2634c0908b5ce4


PAS berkemungkinan keluar atau dikeluarkan daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) selepas membuat keputusan menamatkan kerjasama dengan Bersatu, demikian menurut penganalisis politik.

Pengarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur Profesor Madya Dr Mazlan Ali berkata PAS tidak boleh menentukan hala tuju PN secara bersendirian kerana gabungan politik itu turut dianggotai Bersatu, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).

“PAS hanya mewakili satu suara sahaja... oleh kerana PAS sudah putus hubungan dengan Bersatu, ada kemungkinan tiga parti komponen dalam PN akan buat keputusan untuk mengeluarkan PAS, dan gabungan itu dijangka dipimpin Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata PAS berkemungkinan membentuk penjajaran politik baharu bagi menghadapi pilihan raya akan datang sekali gus memecahkan lagi blok pembangkang.

“Kita akan menyaksikan dua blok pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), iaitu PN yang dipimpin Bersatu dan satu lagi jajaran baharu yang diterajui PAS,” katanya.

Mazlan juga berkata perpecahan antara PAS dan Bersatu berpotensi memberikan kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sekiranya sokongan Melayu tidak lagi tertumpu kepada satu gabungan pembangkang.

Semalam, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu secara rasmi memutuskan untuk menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu selepas mengambil kira laporan, kajian dan penilaian semasa terhadap hubungan kedua-dua pihak.

Berikutan keputusan itu, Muhyiddin dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Bersatu, sebagai parti pengasas PN akan terus kekal dalam gabungan berkenaan dan memperkukuh teras perjuangannya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian pula berkata PAS dan Bersatu dijangka berdepan kesan politik susulan keputusan itu selain cabaran besar dalam meraih sokongan pengundi.

 
PAS mmg perlu bergerak solo, senang nk laksana apa yg diidam2kan tanpa bantahan dari mana2 pihak, andai berkuasa nnt.

Nk buat negara hidayah, setel.
Nk ikut hak kerakyatan cara Islam, setel.
Nk hudud, setel.
Nk haramkan DAPig, setel.
Nk laksana cukai berkonsepkan zakat dan jizyah, setel.
Nk haramkan terus penjualan arak dan babi, setel.
Nak letakkan non muslim sbg cuma pelaksana dasar, setel.
Qard Al Hassan, setel.
Pendidikan percuma semua peringkat, setel.
Hapuskan sekolah vernakular dan Dong Zhong, setel.
Kos sara hidup turun, setel.

X ada yg x setel, andai TGHH jadi PMXI nanti.
 
noh, pastu siapa ketua pembangkang sekarang ni? PN terbubar?
 
Back
Top
Log in Register