BTC USD 85,366.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairuddin keluar PAS

tn lau_kau, UMNO dan PAS lain liganya walau Malay-based
saya mcm tak setuju klu dia masuk UMNO. UMNO berbeza sangat dengan PAS
Umno ngn pas xdk beza pun, matlamat utama kuasa, ada kuasa semua boleh jd....umno pun melayu Islam pas pun melayu Islam....on saja klau abg kai masuk umno rampas terengganu hehehe
 

Tentera Troll Kebangsaan Malaysia​

· Sebentar tadi ·

Ust Dr. Khairuddin at-Takiri

Tahniah Ustaz.

Tindakan paling bijok sekali apabila meninggalkan PAS.

PAS kini bukan yang dulu. Jika dulu Majlis Syura itu sendiri berfungsi sebagai check and balance kepada tindak tanduk Presiden.
Pada masa itu Ayoh Chik sendiri akan merujuk kepada Almarhum TGNA selaku Mursyidul Am apabila nak buat keputusan untuk parti dan halatuju parti.

Nak bersama dengan PKR, Bang Non dijemput mengadap TGNA dulu. Nak bersama dengan DAP pun, Mendiang Karpal Singh dengan Lim Kit Siang pun kena berjumpa TGNA dulu.

Presiden tak boleh buat keputusan sesuka hati.

Manakala ahli - ahli walaupun ada konsep wala', melalui perwakilan, mereka berani untuk berbeza pendapat ketika berbahas di Muktamar Taman Melewar. Suara perwakilan diangkat ke Jawatankuasa Pusat. Masa tu profesional ke lebai lepasan timur tengah ke semua diraikan. Slogan PAS for All dijulang - julang.

Namun itu dulu.

Selepas kelompok profesional meninggalkan parti setelah digelar jebon, parti dah takde kepelbagaian. Yang tinggal hanya pak lebai. Parti dilihat hanya berkiblatkan presiden. Parti dilihat terlalu Hadi-centric. Ahli dilarang menjadi lebih bijak dari pemimpin bak kata tuan presiden.
Apa yang Ayoh Chik cakap, semua kena ikut, semua wajib senada. Majlis Syura macam takde function

Bila Ayoh Chik cakap sokong Umno demi penyatuan ummah, maka berduyunlah ahli - ahli membanjiri PWTC, walaupun dulu UMNO di cop parti sekular, walaupun dulu sampai solat dua imam, buat dua masjid sebab imam tu UMNO, kariah situ UMNO.

Namun apabila Ayoh Chik tukar selera sokong Muhyiddin, maka pakat semua ahli akur sokong PN walaupun ahli tidak dilibaturus, tidak dibahas di Muktamar.

Tau - tau PAS dah sertai PN, tau - tau logo bulan dah dicampak tepi, vest hijau dah tukar biru, gambar calon pun dah tak pakai kopiah dan baju melayu.

Ayoh Chik juga selalu berkata mahu memperkukuhkan MN, tapi pada masa yang sama Ayoh Chik juga mahu bertanding melawan UMNO di Melaka dan Johor. Tindak tanduk Ayoh Chik ni bukan sahaja mengelirukan ahli - ahli malah merugikan parti.

Maka sekali lagi tahniah diucapkan kepada Ustaz diatas keberanian ustaz untuk meninggalkan PAS dan melawan Ayoh Chik yang semakin tidak relevan
 
Tak terkejut dengan tindakan MP Kuala Nerus itu
#malaysiagazette #politik #umno

Annuar pelawa Khairuddin berjuang menerusi wadah UMNO​


14 March 2022


MGF20082019_PC-UMNO-PAS_06.jpg


Annuar Musa


JOHOR BAHRU – Bekas pemimpin Pas, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali yang mengumumkan keluar daripada parti itu hari ini dijemput untuk ‘terus berjuang’ menerusi wadah UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pelawaan tersebut dibuat oleh pemimpin UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa melalui media sosialnya sebentar tadi.





Annuar bagaimanapun tidak terkejut dengan keputusan Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus untuk menarik diri daripada menjadi ahli Pas.

“Beliau diketahui disisih beberapa kali dalam partinya dan berhadapan beberapa isu lain. Saya yakin beliau seorang ahli Parlimen yang kental semangatnya.

“Sebagai rakan ahli Parlimen, saya berharap beliau mempertimbangkan untuk terus berjuang menerusi wadah UMNO dan Barisan Nasional pula. Insya-Allah,’ kata Annuar melalui media sosial.



Khairuddin yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus mengumumkan keluar daripada Pas sekaligus menjadi wakil rakyat Bebas petang tadi.

Surat berhenti daripada menjadi anggota Pas telah dihantar kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
“Alasan berhenti daripada Pas sukar untuk dijawab.



“Saya sayangkan Pas. Saya ‘kekal Pas’ insya-Allah tetapi bukan sebagai ahli organisasi kekal tetapi kekal dengan matlamat perjuangan dasar dan tujuan insya-Allah.

“Sementara itu bebas, ahli Parlimen bebas. Agak berat untuk saya memohon berhenti tetapi itu peruntukan perlembagaan yang ada, memohon berhenti dengan sendiri,” kata Khairuddin dalam sidang akhbar di Parlimen petang tadi.

Khairuddin diketahui antara pemimpin Pas yang mempertahanan kerjasama parti itu dengan UMNO melalui Muafakat Nasional.
Beliau sebelum ini digugurkan daripada anggota jawatankuasa Pas.

Jawatankuasa Pas Pusat juga menarik balik pencalonannya sebagai anggota Majlis Syura menyebabkan kelayakannya sebagai setiausaha badan itu terbatal sebelum ini. – MalaysiaGazette


 


Pas teliti permohonan Khairuddin mahu keluar parti​


14 Mac 2022 09:34pm

1647265699673.png


SHAH ALAM - Pas akan meneliti permohonan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang menyatakan hasrat mahu keluar daripada parti dan menjadi ahli Parlimen Bebas.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi wartawan Sinar Premium berkata, beliau hanya mengetahui berita mengenai tindakan bekas Setiausaha Majli Syura Ulama berkenaan mahu meninggalkan Pas menerusi media massa.


"Saya dapat maklumat melalui media mengenai permohonan Mohd Khairuddin dan parti mengambil maklum akan permohonannya. Parti akan teliti permohonan dan akan buat keputusan nanti.

"Justeru, saya berharap seluruh ahli parti dapat meneruskan tugas macam biasa dan ini bukan perkara baharu dalam mana-mana parti. Jadi semua pihak perlu teruskan istiqamah dalam perjuangan sehingga bertemu ALLAH," katanya.


Dalam pada itu, Khairuddin ketika dihubungi enggan mendedahkan punca sebenar beliau mengambil keputusan mengejut meletakkan jawatannya sebagai ahli Pas dan kini menjadi ahli Parlimen Bebas.

Khairuddin yang juga bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, menjelaskan beliau memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai isu peletakan jawatannya pada Isnin.

"Saya akan ulas kemudian nanti," katanya ketika ditanya sama ada peletakan jawatannya adalah kerana beliau rimas dengan tindak tanduk sekumpulan pemimpin Pas yang cuba menyingkirkannya daripada parti itu sebelum ini.

Sebelum itu, Khairuddin yang juga bekas ahli Jawatankuasa Pas Pusat dalam sidang akhbarnya di Parlimen mengesahkan bahawa beliau kini adalah ahli Parlimen Bebas kerana sudah sudah menyerahkan surat pemberhentian selaku ahli Pas kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Parlimen kira-kira jam 2.30 petang, Isnin.


Khairuddin yang juga mantan Menteri Perusahaan Perladangan Komoditi berkata, tindakannya itu adalah selaras dengan Perlembagaan Pas iaitu keberhentian ahli dengan permintaan sendiri.

"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pas atas peluang menjadi ahli selama 33 tahun sejak 1989 dan seterusnya menjawat pelbagai jawatan kepimpinan sejak 1999.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Pas yang memberi peluang untuk dicalonkan pada pilihan raya, seterusnya menjadi Ahli Parlimen Kuala Nerus sejak 2013," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen yang turut disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, biarpun bukan lagi menjadi ahli Pas, beliau tetap akan menyerahkan semua elaun bulanan sebagai ahli Parlimen untuk waktu berbaki sehingga menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kepada Pas sebagai mematuhi bai’ah dibuatnya ketika bertanding.

 
Makmum tidak akan membaca Al-Fatihah lebih kuat dari imam, serta tidak akan rukuk dahulu dari imam.

1647266010444.png


SURAT | Disiplin mengkritik dalam PAS
Ahmad Yahaya
Diterbitkan: Mar 14, 2022 8:00 PM
⋅
Dikemaskini: 8:00 PM



Siapa sahaja boleh beri pandangan kepada PAS, bahkan boleh kritik PAS.

PAS terbuka dengan pandangan serta kritikan. PAS hargai pandangan yang baik serta membina.

Begitu juga kritikan, tidak ditolak mentah-mentah. Bahkah ada ketika dijadi asas untuk membuat penilaian.

Cuma harus diingat. PAS tetap PAS, gerak kerjanya berteraskan prinsip, berdisiplin dan berorganisasi.




Keputusan PAS di muktamar, Majlis Syura, PAS Pusat, Perhubungan PAS negeri mengikut bidang kuasa masing-masing.

PAS tidak membuat keputusan di kedai kopi dan di tepi jalan. Tidak melompat dan terkoyak hanya disebabkan kritikan serta tohmahan.

Ahli PAS pula memiliki disiplin jamaah, wala’ serta taat dengan keputusan jemaah. Ahli yang berakhlak akan tetap menjaga disiplin serta adab berjemaah.

Sebagai makmum, dia tidak akan membaca Al-Fatihah lebih kuat dari imam, serta tidak akan rukuk dahulu dari imam.

AHMAD YAHAYA adalah ketua Dewan Ulamak PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah

 
khairuddin ni takde ke org PAS back up dia?
takkan takde sorang pun back up dia, dia Otai PAS, dah lama dlm PAS

takkan imej dan reputasi dia teruk sangat ruined selepas kena tindakan dari PAS beberapa bulan lepas
come on PAS, datang la walau sorang dua back up dia
 
Dia kena isap dunhill baru boleh join...
Teringat zaman sekolah tgh minum kat bandar pasir mas... Ibrahim ali datang salam semua dalam kedai...bau rokok alahai kuat betul ..dunhill 20 dalam poket pak berahim terjojol keluar
skrg ni dia byk sponsor cermin yg org letak kat simpang jalan tuh.. yg bentuk cembung tuh hehe.. kat area kampung sebelah...
diaorg pacak cermin tuh.. sekali ngan pacak bendera putera tuh... ok laa ada fungsi jgk.. membantu org kuar simpang
 
Back
Top
Log in Register