BTC USD 86,460.3 Gold USD 4,142.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairuddin keluar PAS

khairuddin ni takde ke org PAS back up dia?
takkan takde sorang pun back up dia, dia Otai PAS, dah lama dlm PAS

takkan imej dan reputasi dia teruk sangat ruined selepas kena tindakan dari PAS beberapa bulan lepas
come on PAS, datang la walau sorang dua back up dia

dalam pas mana ada yang berani sanggah keputusan presiden .... zaman dulu sampai berpecah jadi pan sekarang
 
SHAH ALAM - Pas akan meneliti permohonan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang menyatakan hasrat mahu keluar daripada parti dan menjadi ahli Parlimen Bebas.

khairuddin ni takde ke org PAS back up dia?
takkan takde sorang pun back up dia, dia Otai PAS, dah lama dlm PAS

takkan imej dan reputasi dia teruk sangat ruined selepas kena tindakan dari PAS beberapa bulan lepas
come on PAS, datang la walau sorang dua back up dia
Orang yang sesuai adalah Nik Abduh tapi dia senyap jer sekarang.
 
Walaupun tidak merujuk sebarang nama, ia beberapa jam selepas Khairuddin Aman Razali mengumumkan keluar PAS.

1647266594130.png

Timbalan ketua pemuda kongsi semula baiah calon PAS

Diterbitkan: Mar 14, 2022 9:47 PM
⋅
Dikemaskini: 9:47 PM

Beberapa jam selepas Khairuddin Aman Razali mengumumkan keluar parti, Timbalan Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden membangkitkan semula ikrar baiah yang dilafazkan semua yang menjadi calon dalam pilihan raya.

Baiah itu antara lain menyentuh tentang perlunya mematuhi pimpinan selagi tidak bercanggah dengan Islam serta jika meninggalkan parti setelah menang dalam pilihan raya.

"Dan bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi Wabillahi Watallahi, sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah terpilih menjadi ahli Dewan Negeri/Dewan Rakyat, maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat," menurut baiah itu seperti yang dikongsi Afnan, dalam Facebooknya hari ini.

Afnan berkata, ikrar tersebut dilafazkan di depan saksi dalam kalangan pimpinan tertinggi PAS, dalam satu acara sebelum penamaan calon.

"Ini adalah lafaz baiah semua calon PAS yang telah dipilih menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya.

"Moga Allah melindungi kita semua daripada penyakit-penyakit hati, memberi ketabahan menempuh ujian dan mendorong kita untuk terus istiqamah," kata Afnan.

713aa5f6566def856b587b84122f432b.jpg

Dia bagaimanapun tidak merujuk sebarang nama secara khusus.

Berikut adalah ikrar penuh baiah seperti yang dikongsi Afnan:
"Bahawa saya (sebut nama sendiri) berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasul-Nya dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti selagi mana tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Dan bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi Wabillahi Watallahi, sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah terpilih menjadi ahli Dewan Negeri/Dewan Rakyat, maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.

Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ahli dewan tersebut setelah saya meletak jawatan atau dipecat adalah haram.

Dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, wallahi wabillahi watallahi, untuk meletakkan jawatan dari menjadi ahli dewan negeri / dewan rakyat tersebut apabila saya keluar atau dipecat dari parti.

Wallah 'ala ma aqulu syahid, dan Allah bersaksi atas apa yang saya tuturkan ini."

Dalam sidang media petang tadi, Khairuddin turut berkata akan menyerahkan semua elaun bulanan sebagai ahli parlimen kepada PAS sehingga PRU15, bagi memenuhi baiah yang dibuatnya.

​

Afnan Hamimi​

4j ·

Bahawa saya (sebut nama sendiri) berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasul-Nya dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti selagi mana tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Dan bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi Wabillahi Watallahi, sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah terpilih menjadi ahli Dewan Negeri / Dewan Rakyat, maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.
Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ahli dewan tersebut setelah saya meletak jawatan atau dipecat adalah haram.
Dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, wallahi wabillahi watallahi, untuk meletakkan jawatan dari menjadi ahli dewan negeri / dewan rakyat tersebut apabila saya keluar atau dipecat dari parti.
Wallah 'ala ma aqulu syahid, dan Allah bersaksi atas apa yang saya tuturkan ini.
___________________
Nota:
Ini adalah lafaz baiah semua calon-calon PAS yang telah dipilih menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya.
Lafaz baiah ini dilafazkan di dalam majlis baiah yang diadakan sebelum penamaan calon, di hadapan saksi-saksi tertentu dalam kalangan pimpinan tertinggi.
Moga Allah melindungi kita semua daripada penyakit-penyakit hati, memberi ketabahan menempuh ujian dan mendorong kita untuk terus istiqamah.
Afnan Hamimi
14 Mac 2022

1647266848491.png

1647266858915.png
 
khairuddin ni takde ke org PAS back up dia?
takkan takde sorang pun back up dia, dia Otai PAS, dah lama dlm PAS

takkan imej dan reputasi dia teruk sangat ruined selepas kena tindakan dari PAS beberapa bulan lepas
come on PAS, datang la walau sorang dua back up dia
Susah nak cakap mek
Dlm pas ni ada usrah ...yg membentuk fikrah pemikiran dan hala tuju
Semua dlm bentuk berjemaah dan hiraki
Imam didepan dan makmum dibelakang ...kalu nak mufarakah pun ada fekahnya
Walau ada khilaf ...jemaah adalah keutamaan
So sebagai ahli biasa dan wakil rakyat yg mewakili pas....dia kena tolak kepentingan diri dan kiv pendapat dia dulu kalu nak terus berjuang.....tindakan dia utk resign.....satu tindakan yg kurang strategic walaupun nampak terbaik
 
saya ambik maklum tn barz, terima kasih atas pandangan ni :)
 
Susah nak cakap mek
Dlm pas ni ada usrah ...yg membentuk fikrah pemikiran dan hala tuju
Semua dlm bentuk berjemaah dan hiraki
Imam didepan dan makmum dibelakang ...kalu nak mufarakah pun ada fekahnya
Walau ada khilaf ...jemaah adalah keutamaan
So sebagai ahli biasa dan wakil rakyat yg mewakili pas....dia kena tolak kepentingan diri dan kiv pendapat dia dulu kalu nak terus berjuang.....tindakan dia utk resign.....satu tindakan yg kurang strategic walaupun nampak terbaik

Ni nampak pandangan sebagai ahli PAS
View nya lain dari orang luar macam ambe
Sekadar nampak dari luar
 
POLITIK | Mohd Khairuddin Aman Razali Umum Keluar PAS

Mohd Khairuddin Aman Razali yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus itu mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media di Parlimen petang tadi.

Menerusi sidang media berkenaan, beliau mengesahkan telah menghantar surat perletakan jawatannya kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam pertemuan di Bangunan Parlimen, pada pukul 2.30 petang tadi.

​
 
Back
Top
Log in Register