BTC USD 85,272.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairuddin keluar PAS

Mungkin wajar msk amno agak dpt buat perubahan dr dalam seperti yg anwar cuba dulu harap berjaya 😁😁😁
 
Murshidul Am PAS berkata dia akan mendapatkan penjelasan Khairuddin berhubung pengumumannya hari ini.

1647250473831.png


Khairuddin pernah janji tak akan keluar PAS, kata Hashim
Diterbitkan: Mar 14, 2022 4:57 PM
⋅
Dikemaskini: 5:06 PM



Mursyidul Am PAS Hashim Jasin akan mendapatkan penjelasan daripada Khairuddin Aman Razali berhubung permohonannya untuk keluar daripada parti itu.
Menurut Hashim, ini kerana Khairuddin sebelum ini berjanji tidak akan keluar daripada PAS.

"Dia janji dengan saya, apa pun yang jadi, dia tak akan keluar dari PAS. Ini menggemparkanlah apabila dia ambil tindakan begitu (keluar PAS).

"Tapi ikut janji dia, dia tak akan keluar daripada PAS. Jadi saya akan dapatkan penjelasan daripada dia sendiri," kata pemimpin tertinggi parti itu ketika dihubungi Malaysiakini.




Khairuddin mengumumkan permohonan berhenti daripada menjadi ahli PAS dalam satu sidang media hari ini dan menjadi ahli parlimen bebas.

ecfcad370b6cff11dc7b24d4e2627d56.jpg


Ahli parlimen Kuala Nerus itu berkata surat berhubung perkara tersebut telah pun dikemukakan kepada setiausaha agung Takiyuddin Hassan, mengikut perlembagaan parti.

"Merujuk perlembagaan PAS, fasal 15 (1) (a) pemberhentian ahli dengan permintaan sendiri.

"Maka dengan ini saya Mohd Khairuddin Aman Razali pemegang nombor keahlian PAS 313899 memohon untuk berhenti daripada menjadi ahli PAS," kata bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu.




Ditanya jika Khairuddin pernah berkongsi apa yang terbuku di hatinya, Hashim tidak mendedahkannya.

Bagaimanapun, dia berkata tindakan Khairuddin itu merupakan satu kehilangan dan menyuarakan penghargaan untuk segala pengorbanannya kepada PAS.

"Sedikit sebanyak (rasa kehilangan) dan terima kasih atas pengorbanan dia dalam jemaah ini," katanya.

Ditanya jika dia akan cuba memujuk Khairuddin untuk menarik balik permohonannya, Hashim berkata ia bergantung kepada keadaan.
"Kita tengok keadaan macam mana," katanya ringkas.

Dilihat sebagai pemimpin PAS yang lebih cenderung kepada Muafakat Nasional (MN), Khairuddin kebelakangan ini tampil mengkritik pendekatan parti termasuk langkah pemimpin yang menyerang Umno ketika PRN Johor.

Dia juga sebelum ini digugurkan daripada anggota jawatankuasa (AJK) PAS dan dipecat daripada jawatan setiausaha Majlis Syura Ulama PAS.

 
Ahli parlimen Kuala Nerus itu berkata, ia sebagai memenuhi baiah yang dibuat ketika bertanding dalam PRU lalu sebagai calon PAS.

1647250654189.png


Langgar baiah, Khairuddin serah elaun MP pada PAS hingga PRU15
Diterbitkan: Mar 14, 2022 5:12 PM
⋅
Dikemaskini: 5:29 PM


Susulan pengumuman keluar daripada PAS, Khairuddin Aman Razali akan menyerahkan semua elaun bulanan sebagai ahli parlimen kepada parti itu sehingga pilihan raya umum ke-15 (PRU)

Ahli parlimen Kuala Nerus itu berkata, ia sebagai memenuhi baiah yang dibuat ketika bertanding dalam PRU lalu sebagai calon PAS.

"Saya akan serahkan semua elaun bulanan sebagai ahli parlimen pada waktu berbaki sehingga ke PRU15 sebagai memenuhi baiah yang dibuat ketika bertanding dalam pilihan raya.

"Saya mendoakan PAS terus maju jaya sebagai parti yang membawa ideologi Islam dan sebagai Muslim saya akan terus memperjuangkan dasar PAS iaitu Islam, seruan PAS iaitu Allahuakbar dan tujuan serta usaha PAS seperti yang termaktub dalam perlembagaan PAS yang semuanya selaras dengan kehendak Islam," katanya pada sidang media di parlimen, hari ini.

ADS

Terdahulu bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu mengumumkan keluar daripada PAS hari ini.

Menurutnya, surat berhubung keputusan itu telah dikemukakan kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, mengikut perlembagaan PAS.

Sebagai rekod, elaun bulanan bagi ahli parlimen adalah sebanyak RM16,000 sebulan.

Sebelum ini menjadi amalan bagi PAS untuk mewajibkan calon-calonnya melafazkan baiah atau sumpah taat setia sekiranya dipilih bertanding dalam pilihan raya.

Pada 2018, PAS dilapor menggugurkan sumpah baiah talak tiga yang perlu dilafazkan calon-calon parti itu pada PRU 14, yang sebelum itu mencetuskan kontroversi.

Ketua Dewan Ulamanya, Dr Mahfodz Mohamed ketika itu berkata, ia berikutan kesetiaan ahli dan kekuatan parti itu didakwa semakin kukuh.

Sementara itu, Khairuddin menyeru semua ahli PAS untuk terus istiqamah dengan perjuangan dan memperjuangkan Islam menerusi wadah PAS.

Ditanya sama ada keputusan itu berkaitan dengan kritikannya terhadap PAS sebelum ini, Khairuddin menegaskan ia adalah sebahagian tugas sebagai ahli parti dan rakyat Malaysia.

"Itu sebahagian tugas sebagai ahli parti dan tugas saya sebagai rakyat Malaysia untuk terus memberikan pandangan berdasarkan hadis nabi, bahawa agama itu adalah nasihat.

"Maka saya akan terus memberikan nasihat-nasihat saya kepada parti politik di Malaysia termasuk PAS dan apa sahaja ketidakselarasan daripada sudut peraturan yang berjalan saya akan tegur," katanya.


 
UMNO terbuka untuk mendengar apa jua usul yang akan dibawa dalam PAU itu nanti asalkan tidak menyentuh isu sensitif.

Ahmad Maslan tidak tolak ada usul PRU15 pada PAU

14 Mac 2022

1647250853974.png

Ahmad Maslan (tengah) pada sidang akhbar sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Menara Dato Onn pada Isnin. -Foto: Bernama


KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan tidak menolak kemungkinan usul Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dibawa oleh jurucakap dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 bermula pada Rabu ini.


Menurutnya, UMNO terbuka untuk mendengar apa jua usul yang akan dibawa dalam PAU itu nanti asalkan tidak menyentuh perkara yang sensitif.

"Saya kira UMNO ini terbuka dan kita akan mendengar apa juga yang mereka akan bahaskan. Namun, saya harap perbahasan itu tentunya akan menjurus bukan hanya kepada isu politik.


"Kita juga mahu mendengar tentang isu menangani Covid-19, meningkatkan ekonomi rakyat dan negara, isu mengenai hubungan antara kaum, agama dan sebagainya.

"Mungkinlah ada yang akan menyentuh mengenai PRU15. Kita tidak tahu lagi sebab mereka bebas untuk mengungkapkan apa jua perkataan asalkan tidak menyentuh hal yang sensitif," katanya dalam sidang akhbar sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Auditorium UMNO, Menara Dato' Onn pada Isnin.

Beliau berkata, usul yang akan dibahaskan dalam PAU akan diputuskan dalam satu mesyuarat yang akan diadakan pada Selasa.

Dalam pada itu, Ahmad menjelaskan semangat kemenangan dan rasa kesyukuran akan mewarnai PAU kali ini selepas BN berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

"Semangat serta kesyukuran menang kedua-dua PRN itu akan dibawa bersama oleh perwakilan dan pemerhati ke Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Selain itu, semangat kejayaan rakan akrab BN di Sarawak yang menang 76 daripada 82 kerusi atau 93 peratus juga tentunya dapat dirasakan.



"Jadi, siri kemenangan kepada BN dan rakan BN itu memberikan semangat baharu dan rasa penuh kesyukuran perwakilan pada kali ini. Saya kira ia akan mewarnai Perhimpunan Agung UMNO ini dengan semangat bahawa UMNO dan BN bangkit kembali untuk dipertanggungjawabkan menguruskan pemerintahan negara," katanya.

Pada masa sama, beliau turut menjelaskan seramai 5,571 orang perwakilan akan menghadiri PAU kali ini.

Menurut Ahmad, ia melibatkan 959 orang perwakilan akan menyertai Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, 971 perwakilan menghadiri Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda manakala 961 perwakilan terlibat pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri.

"Jumlah perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO pula adalah 2,680 termasuk 61 perwakilan Mahasiswa Nasional.

"Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan merasmikan PAU UMNO 2021 dan menyampaikan ucapan dasar pada Jumaat," katanya.

PAU kali ini juga diadakan secara fizikal sepenuhnya dengan kapasiti perwakilan separuh daripada dewan yang digunakan selain melibatkan beberapa dewan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).



 
ada puak yg melompat happy bila dia keluar PAS.....puak bukan Islam galak dok menghina Dr Khairuddin....hakikatnya bukan Islam akan happy bila Islam berpecah.....dan akan gerun bila Islam bersatu....
Kalau dia melompat ke parti UMNO cemana? Dikira berpecah juga ke yg akan menggembirakan bukan Islam.. Kemudian kalau dia melompat ke parti Amanah cemana pula?
 
Kalau dia melompat ke parti UMNO cemana? Dikira berpecah juga ke yg akan menggembirakan bukan Islam.. Kemudian kalau dia melompat ke parti Amanah cemana pula?
"Kalau" tak leh guna.....tunggu apa dia nak buat.....lepas tu baru komen......bukan Islam happy bila Islam berpecah itu adalah hakikat...
 
Back
Top
Log in Register