BTC USD 82,433.6 Gold USD 4,194.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keuntungan Belanja Makan.

Jutawan

Super Active Member
Messages
7,480
Joined
Oct 17, 2006
Messages
7,480
Reaction score
183
Points
78
Jum, 18 Mac 2011 11:47 | drinspirasi | Editor: everjihad
20101007-success_200_200.jpg

Bagaimana hendak memahirkan suatu perkara dengan cepat? Biasanya untuk mahir sesuatu perkara dengan cepat adalah melalui seminar. Tetapi kos untuk menghadirinya seminar tersebut biasanya mahal.

Salah satu tips lain adalah dengan mengajak pakar atau kawan anda yang berjaya dalam bidang tersebut untuk berjumpa. Belanja dia makan tengah hari. Tips ini diberi dan dikongsi oleh Robert Kiyosaki. Katanya kaedah paling cepat untuk mahir dalam sesuatu bidang adalah ajak pakar tersebut makan atau minum.

Mereka sememangnya tidak kedekut untuk berkongsi ilmu. Lagipun itu merupakan tajuk kegemaran mereka. Lebih-lebih lagi dapat berjumpa dengan orang lain yang mempunyai kegemaran yang sama. Sudah tentu mereka lagi bersemangat untuk berkongsi.

"Cari seorang yang pernah melakukan apa yang mahu anda lakukan. Belanja dia makan tengah hari. Minta petua atau sedikit maklumat daripadanya tentang perniagaan." Robert Kiyosaki

Jika anda ingin mahir dalam dunia saham. Carilah pakar yang mahir dalam bidang tersebut yang boleh diajar keluar. Seseorang yang telah berjaya menjana keuntungan seperti yang anda inginkan. Saya pasti kefahaman tentang saham dan perspektif anda tentang pelaburan ini turut berubah.

"Owh tak sangka ya dengan bermain saham sahaja boleh jadi jutawan."

Begitu juga dengan jika anda ingin melabur dalam hartanah. Ajaklah kenalan yang sudah berjaya dalam bidang ini. Saya pasti mereka tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan anda. Itu sememangnya kegemaran mereka. Mereka tidak kedekut.

" Wah. Rupanya tanpa modal juga kita boleh memiliki hartanah."

'Lepak' dengan cara ini telah membantu Robert berjaya dalam kewangan. Mengapa tidak kita ikut sahaja tips beliau. Tidak kira dalam bidang apa pun. Hatta dalam bidang pembelajaran. Tips belajar dan lain-lain.

Tentu ramai berkata, "Alamak kena belanja ni."

Hai! Kos RM1.50 untuk secawan milo ais. Tambah makanannya yang dipesan adalah nasi goreng daging merah yang berharga RM4.50. Jumlah keseluruhannya RM6.00. Memang banyak.

Fikirkan ianya semula. Apa salahnya mengeluarkan RM6.00 untuk mendapatkan sekolompok ilmu? Ilmu tersebut lebih bernilai daripada RM6.00. Ilmu yang akan membantu anda lebih berjaya. Jadi siapakah yang untung?

*Ini seakan-akan sama dengan lepak. Tetapi ia berbeza dengan 'lepak' yang sebenar. Lepak yang sebenar anda berbual kosong dan tidak bertujuan. Tetapi lepak yang sedang dibuat oleh anda sekarang ini adalah 'lepak ilmuan'!

Selamat beramal!

Sumber

p/s : So, belanjalah kawan2 anda yang ber'ilmu', bukan yang mengabihkan boreh jo tetapi apa2 hal pun niat belanja sedkah ler.:D
 
hmmmm bukan senang nak ajak pakar2 ni gi minum sajer2 jer
 
haihh..ilmu free pun taknak.
inikan plak kene bayar.
 
ada 1 hadis nabi, dimana, ayat dia bunyi lebih kurang camni. jika kamu hidup di zaman yg berleluasa riba dan rasuah, kalau kamu buat sesuatu kebaikan, tak perlu lah ambil apa-apa sebagai hadiah, kerana di bimbangi benda tu rasuah. walaupun hanya sehelai jari jerami

kalau nak juga hadiah, jgn guna ayat hadiah, cakap awal2 yg nasihat atau ilmu saya ni, harga dia rm 6 nak dengar bayar
 
belanja kawan mcm nie lagi baguih dari belanja kawan yng asyik kutuk mengata,mengeji...
 
Back
Top
Log in Register