BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kestabilan Negara Bergantung Kepada Kekuatan Perpaduan Rakyat - PM Anwar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,773
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,773
Reaction score
289
Points
146
0179aba3dd650c6b07cc7d41fd7ff4f569b8292ceabf0

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat Bazar Ramadan UA di Sepanggar bagi menyantuni para peniaga dan pengunjung yang hadir daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk mencari juadah berbuka puasa di sini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kestabilan sebenar negara bergantung kepada kekuatan perpaduan rakyat serta kesediaan untuk bergerak bersama demi masa depan Malaysia yang lebih makmur dan berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa serta global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata kunjungannya ke Sabah memberi peluang untuk menyantuni pelbagai lapisan masyarakat, termasuk pimpinan tempatan, penjawat awam, peniaga kecil serta golongan muda yang disifatkan sebagai harapan masa depan negeri dan negara.

“Sabah mengingatkan kita bahawa kekuatan Malaysia bukan sekadar pada hasil bumi, tetapi juga pada keharmonian rakyat yang hidup dalam semangat muafakat dan saling menghormati, selain komitmen Kerajaan MADANI untuk terus melaksanakan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) demi kesejahteraan rakyat negeri ini,” katanya.

Perdana Menteri mengadakan lawatan ke Sabah semalam yang menyaksikan beliau menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2026, selain program Mini Konvensyen Keadilan serta Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang peringkat negeri Sabah.

Beliau turut meluangkan masa mengadakan tinjauan mesra di Bazar Ramadan University Apartment, Sepanggar sebelum mengakhiri lawatan dengan menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI bersama rakyat Sabah.

 
Itulah tagline UMNO BN selama ini, dan modus operandi nk gugat kestabilan negara adalah cara pembangkang dulu, kini, dan selamanya.

How irony.
 
Back
Top
Log in Register