BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keselamatan Jalan Raya Di Genting Highlands Perlu Dipertingkat - Tiong

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Keselamatan Jalan Raya Di Genting Highlands Perlu Dipertingkat - Tiong​

47f90d6a011264c0349767038120e5cb6a2810d56f26f

Datuk Seri Tiong King Sing

Lebih banyak kemudahan pengurang kelajuan atau bonggol jalan perlu dipasang di laluan Genting Highlands bagi mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya, kata Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau berkata perhatian khusus terhadap langkah mengurangkan kelajuan kenderaan dan  mengurangkan risiko kemalangan perlu diberikan di kawasan kritikal, terutama di laluan keluar masuk utama pusat peranginan itu.

“Terdapat keperluan mendesak untuk menyemak semula dan menyegerakan pelaksanaan lebih banyak langkah pemantauan berteknologi bagi meningkatkan tahap pengurusan keselamatan jalan raya,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan berhubung kemalangan bas persiaran di Genting Highlands.

Mesyuarat itu membincangkan perkembangan siasatan kemalangan berkenaan bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), PUSPAKOM serta agensi berkaitan, di samping merangka langkah susulan bagi memperkukuh pengurusan keselamatan kenderaan pelancongan.

Tiong berkata JPJ sebelum ini pernah mencadangkan pemasangan kemudahan perangkap laju di laluan berkenaan, namun cadangan itu belum dapat dilaksanakan kerana jalan tersebut merupakan laluan persendirian.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa walaupun laluan itu diklasifikasikan sebagai hak milik dan diuruskan secara persendirian, ia tetap melibatkan keselamatan pelancong serta pengguna jalan raya awam.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap pihak pengurusan Genting Highlands dapat memberikan kerjasama kepada kerajaan dan agensi penguat kuasa dalam melaksanakan penambahbaikan keselamatan demi kepentingan awam serta atas semangat tanggungjawab sosial korporat.

“Melindungi keselamatan pelancong, menjaga reputasi pelancongan negara dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan pelancongan adalah tanggungjawab bersama.

“Kita mesti berorientasikan hasil, sentiasa proaktif dalam mengesan dan menyelesaikan kelemahan, bukannya membiarkan masalah yang sama terus berulang,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register