BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Tikam Pelajar: Remaja Didakwa Atas Cubaan Bunuh

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Kes Tikam Pelajar: Remaja Didakwa Atas Cubaan Bunuh​

65287079e409ef2d2838c398f2e2b74e6a507a9017b0e

Seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan cubaan membunuh seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di sini, Isnin lepas.

Seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok di sini, hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di sini, Isnin lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Syafiq Yazid berkata tiada pengakuan direkodkan daripada remaja 15 tahun itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Maslinda Selamat.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan cubaan membunuh ke atas seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dengan menggunakan pisau sehingga menyebabkan kecederaan dan perbuatan itu mempunyai niat untuk menyebabkan kematian pada 9.50 pagi, di sebuah sekolah menengah di Banting, 6 Julai lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan denda atau penjara hingga 20 tahun, atau boleh dihukum dengan hukuman mati jika kecederaan dilakukan dan tertuduh tertakluk kepada hukuman penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, remaja perempuan terbabit tiba di mahkamah kira-kira 8.30 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

 
Back
Top
Log in Register