Kes penginapan haram di SG terus meningkat
Apabila pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan mengejut di sebuah rumah kedai di Serangoon Road pada 2024, mereka mendapati 37 orang tinggal di seluruh tingkat dua dan tiga. (Gambar: CNA)
SINGAPURA: Dari luar, sebuah rumah kedai berwarna putih di sepanjang Serangoon Road kelihatan seperti bangunan lain di kawasan Little India yang sibuk.
Namun, di sebaliknya, tingkat dua dan tiga bangunan itu sudah diubah menjadi asrama haram.
IKLAN
Ketika pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan mengejut pada 2024, mereka mendapati 10 bilik dengan 36 ruang katil, dan 37 orang tinggal di kedua-dua tingkat berkenaan.
Beberapa pekerja di kawasan itu memberitahu Mediacorp bahawa mereka sering melihat orang keluar masuk bangunan tersebut, biasanya keluar awal pagi dan pulang pada waktu malam.
Terdapat tanda-tanda bahawa mereka yang menjalankan operasi itu cuba mengelak daripada menarik perhatian.
Dokumen mahkamah menunjukkan rangka katil dan mesin basuh dibawa masuk ke premis itu melalui pintu belakang bagi mengelak dikesan.
Pesalah itu didenda S$90,000 kerana mengubah unit rumah kedai berkenaan menjadi penginapan asrama tanpa kebenaran, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).
IKLAN
Kes seumpama itu meningkat kepada 544 tahun lalu berbanding 534 pada 2024. Sepanjang lima bulan pertama 2026, URA menyiasat 278 kes disyaki penginapan haram.
Secara berasingan, kes disyaki penginapan jangka pendek turut meningkat daripada 200 pada 2024 kepada 219 pada 2025. Dari Januari hingga Mei 2026, 58 kes sedemikian disiasat.
Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa rangka katil dan mesin basuh dibawa masuk ke dalam hartanah melalui pintu masuk belakang untuk mengelakkan pengesanan. (Gambar: CNA)
BERALIH DARIPADA PLATFORM TRADISIONAL
Namun, tawaran penginapan haram terus muncul online.
Mediacorp menemui iklan di platform e-dagang Carousell yang menawarkan penginapan di hartanah kediaman untuk tempoh sesingkat sebulan - kurang daripada tempoh minimum tiga bulan yang ditetapkan bagi hartanah kediaman privet di Singapura.
Menurut sebuah syarikat pengurusan hartanah dan kemudahan, aturan sedemikian semakin sukar dikesan kerana pihak yang terlibat mengubah cara mereka mengiklankannya.
IKLAN
Sebelum ini, pengurus hartanah akan log masuk ke platform berkaitan penginapan seperti Airbnb untuk melihat sama ada terdapat iklan mengenai estet berkenaan, kata pengarah urusan syarikat pengurusan hartanah dan kemudahan Unity FM, Frank Ng.
"Namun kini anda jarang melihatnya. Penyedia beralih kepada media sosial dan ada juga yang menyiarkannya di media sosial yang tidak biasa digunakan di Singapura," katanya.
Carousell menyatakan ia menyiasat iklan apabila menerima laporan atau mengenal pasti kemungkinan urus niaga yang menyalahi undang-undang. Ia akan mengambil tindakan apabila perlu, termasuk mengeluarkan iklan berkenaan.
MENGESAN PENGINAPAN HARAM
Pengesanan boleh menjadi lebih sukar selepas penghuni sudah tinggal di sesebuah pembangunan kediaman.
IKLAN
Penghuni di sesebuah unit mungkin mempunyai kad akses seperti penduduk yang sah, manakala kamera pengawasan sahaja mungkin tidak mencukupi untuk menentukan sama ada seseorang tinggal di situ secara haram.
Oleh itu, pengurus hartanah memerhatikan corak tingkah laku yang luar biasa, kata Encik Ng.
"Ada yang kelihatan agak keliru... mereka tidak tahu ke mana hendak pergi. Mereka bertanya arah, lantas saya katakan semua ini merupakan tanda-tanda yang boleh dikesan," katanya.
((provost's chair professor))
Namun, menangani penginapan haram memerlukan kerjasama antara pelbagai pihak, kata Profesor Sing Tien Foo, Pengerusi Provos dalam bidang hartanah di Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura (NUS).
"Di satu pihak, pengawal selia perlu mengenakan penguatkuasaan lebih ketat. Di pihak yang lain, anda juga memerlukan seseorang di lapangan untuk mengenal pasti dan melaporkan sebahagian daripada kes ini," katanya.
Penghuni di sesebuah unit mungkin mempunyai kad akses seperti penduduk yang sah, manakala kamera pengawasan sahaja mungkin tidak mencukupi untuk menentukan sama ada seseorang tinggal di sana secara haram. (Gambar CNA)
APA YANG DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI SEWA JANGKA PENDEK HARAM
Hartanah kediaman privet di Singapura, termasuk kondominium, apartmen dan rumah berhalaman, tidak boleh disewakan untuk tempoh kurang daripada tiga bulan berturut-turut.
Bagi flat HDB, tempoh minimum penyewaan sublet ialah enam bulan.
Pihak berkuasa menjelaskan hartanah kediaman adalah untuk kediaman jangka panjang dan pertukaran penghuni jangka pendek yang kerap boleh menjejas keselamatan, privasi dan keamanan penduduk, serta mengubah ciri sesebuah kejiranan.
Membenarkan penginapan sedemikian boleh menggalakkan lebih banyak hartanah digunakan sebagai sewa jangka pendek, kata Prof Sing.
"Saya fikir mungkin berlaku kegiatan spekulatif yang boleh menaikkan sebahagian harga di beberapa lokasi popular ini," tambahnya.
PENGINAPAN JANGKA PENDEK PERNAH DIPERTIMBANGKAN
Pada 2018, URA mengkaji sama ada penginapan jangka pendek di rumah privet boleh dibenarkan di bawah rangka kerja kawal selia baharu.
Antara idea yang dipertimbangkan adalah mendapatkan kelulusan daripada 80 peratus pemilik dalam sesebuah kondominium serta mengehadkan sewa jangka pendek kepada 90 hari setahun.
Dengan menyatakan berlaku "kebuntuan" mengenai peraturan yang dicadangkan antara pengendali platform perkongsian rumah dengan pemilik rumah privet yang menyuarakan kebimbangan dalam tinjauan pihak berkuasa, URA menyatakan pada 2019 bahawa ia tidak akan meneruskan peraturan tersebut.
Singapura bukan satu-satunya negara yang mengenakan sekatan terhadap sewa jangka pendek.
Di Hong Kong, penginapan kurang daripada 28 hari berturut-turut secara amnya memerlukan lesen hotel atau rumah penginapan.
Jepun membenarkan penginapan privet di bawah rangka kerja minpaku — atau perkhidmatan penginapan persendirian — tetapi secara amnya mengehadkan penginapan sedemikian kepada 180 hari setahun.
Barcelona mengambil pendekatan lebih ketat, dengan mengumumkan rancangan untuk tidak memperbaharui lesen lebih 10,000 apartmen pelancongan selepas lesen itu tamat pada 2028. Langkah itu bertujuan membendung peningkatan kos perumahan dan meningkatkan akses kepada perumahan bagi penduduk.
Kes penginapan haram di SG terus meningkat
SINGAPURA: Dari luar, sebuah rumah kedai berwarna putih di sepanjang Serangoon Road kelihatan seperti bangunan lain di kawasan Little India yang sibuk. Namun, di sebaliknya, tingkat dua dan tiga bangunan itu sudah diubah menjadi asrama haram. Ketika pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan m